Salam semua,
Hari ini saya meluangkan masa hampir 4 jam untuk menjawap ke semua pertanyaan mengenai perniagaan internet yang tertangguh dari anda. Saya memohon maaf atas sedikit kelewatan menjawap pertanyaan itu
. Mungkin selepas ini saya meluangkan masa sejam sehari untuk menjawap segala pertanyaan mengenai perniagaan internet ini. Nanti saya akan masukkan dalam jadual harian kerja online saya ye.
Jika ada pertanyaan yang belum saya reply, sila membuat pertanyaan sekali lagi. Takut ada kesilapan teknikal atau terlepas pandang yang mengakibatkan pertanyaan anda tidak saya jawap.
Buat masa ini, hanya tempat pertanyaan ini yang saya buka untuk anda mengemukakan apa-apa juga pertanyaan mengenai kekeliruan anda terhadap perkara-perkara online termasuk perniagaan internet. Bagi yang dah pro tu jangan la buat pertanyaan ye he.he.. bagi peluang pada newbie yang baru hendak bermula. Ini link pertanyaan tersebut atau boleh klik pada pilihan pertanyaan di atas blog ini.
http://www.mesrainternet.com/blog/index.php/hubungi-kami/
atau boleh direct membuat pertanyaan di sini:
Kebiasaannya saya akan menjawap pertanyaan yang mudah dulu, di ikuti yang susah. Jadi jika anda mahu pertanyaan anda segera saya jawap, pastikan ianya pertanyaan mudah la ha..ha..ha..
Last email yang saya jawap pertanyaan adalah melalui Saudara Khairul. Manakala ada satu alamat email dari Perwina (macam pernah dengar nama ini, tapi dimana ye..?) yang email tidak sampai kepadanya disebabkan memberikan alamat email salah. Jika Perwina membaca blog ini sila berikan alamat email sebenar anda ye. Sebab saya amat-amat berminat dengan soalan anda
. Email dari ijamidayu pula saya jawap melalui sms
.
Jadi kepada anda yang ada apa-apa jua pertanyaan mengenai perniagaan internet dan yang seangkatan dengannya (online). boleh lah mengambil kesempatan ini kerana ianya 100% percuma. Esok atau lusa saya ingin berikan anda satu teknik mudah membina… jeng..jeng..jeng.. Tungguuu!!!!
Jumpa lagi ye.
Peminat anda,

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 15th, 2008
Apa khabar anda hari ini? Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Mungkin ada yang kerja hujung-hujung minggu begini. Tak kira la apa pun yang penting ceria-ceria selalu.Kenapa saya lama tak update post? Ada juga yang bertanya sama ada semua IM ada agenda tersembunyi ke? Smartzul juga dah lama tak update blog.. Sham rajaadsense juga, tapi rasanya hari ini dah ada update terbaru di blog beliau. Sebelum terlupa selamat pengantin baru Sham. Moga kekal sehingga ke anak cucu
.
Baik untuk menghilangkan rasa kegusaran anda, biar la saya berterus terang.. Sebenarnya saya selalu online tapi lebih banyak menumpuhkan pada teknik-teknik perniagaan serta program internet iaitu adsense. Ya!! perniagaan internet adalah sumber pendapatan saya di internet dan kini saya ingin menstabilkan pendapatan google adsense pula.
Bukan saya tidak ingin menghasilkan produk-produk terbaru perniagaan internet.. insyaallah akan ada produk kedua menyusul selepas Ebook Panduan Asas Cpanel dari saya nanti
. Istimewanya google adsense ini akan memberikan kita pendapatan tetap bulan-bulan jika kena caranya. Jadi saya akan fokus ke arah itu buat masa ini.
Berita baiknya.. perniagaan internet saya akan berjalan seperti biasa, blog juga akan saya update, support serta pertanyaan dari anda juga akan saya jawap tapi kena sabar menanti di sebabkan selain perniagaan internet saya juga kerja offline, jadi agak sibuk sedikit.
Berita buruknya semua bentuk JV mungkin saya kurangkan seketika kerana hendak menumpukan pada perniagaan serta program internet ini
. Maaf ye jika ada yang ajak Joint Venture tidak dapat nak terima. Insyaallah suatu masa nanti akan saya umumkan jika telah ada masa untuk JV.
Saya ingin undur diri seketika untuk sambung studi Ebook Jana Wang Adsense. Apa pendapat saya mengenai ebook ini? Excellent!!! Thumb Up.. Ebook yang patut anda miliki. Wasalam..
p/s: Baru-baru ini 2 rakan saya iaitu Rizal & Cikgu Azleen ada melancarkan produk terbaru mereka. Anda boleh jenguk produk-produk tersebut melalui link dibawah ini:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 10th, 2008
Assalammualaikum semua,
Amboi.. lama sungguh saya tidak update post blog ini. Kepada anda yang selalu berkunjung ke blog ini maaf di pinta kerana lama tak update dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan anda.
Betul ke program internet serta perniagaan internet hanya untuk orang-orang yang telah menapak lama dalam industri ini? Emm.. macam betul je kan!
. Bukan apa.. baru-baru ini saya menerima email dari seseorang insan yang begitu kecewa dengan program-program serta perniagaan internet yang beliau ingin ceburi.
Masalahnya bila mana beliau mencuba pelbagai program serta perniagaan internet namun satu pun tidak mendatangkan hasil malahan telah kehabisan beratus RM. Saya tidak menafikan anda memang sukar untuk bersaing dengan IM yang telah menapak lama ini disebabkan:
- Ramai orang telah kenal mereka, bermaksud orang lebih percaya pada mereka berbanding anda.
- IM telah mempunyai beribu mail list atau senarai email, pendek kata mereka dapat menghubungi beribu pelanggan hanya dengan sekali klik sahaja
.
- Kebanyakkan IM adalah pencipta, mereka boleh memberikan pelbagai bonus untuk pembeli mereka berbanding anda.
- Hubungan yang rapat antara IM dengan IM lain memberi lebih kekuatan kepada mereka berbanding anda.
- Mereka boleh memberi support yang beratus lebih baik berbanding anda
.
- dan seribu macam alasan lagi… Pendek kata anda tidak akan mampu menandingi IM ini dalam berjual beli di internet.
Tetapi harus anda ingat kerana IM (Internet Marketer) ini juga sebenarnya suatu masa dulu sama seperti anda kini. Mereka juga baru dan harus bersaing dengan IM yang terdahulu. Namun kenapa mereka boleh sampai ke tahap ini?
Saya tinggalkan anda dengan soalan ini..
Mengenai program internet pula, saya amat-amat tidak setuju jika anda mengatakan ianya hanya untuk orang-orang yang telah lama dalam industri ini. Satu contoh iaitu program adsense.. adakah IM ini ada share dengan google sehinggakan google memberikan keistimewaan kepada mereka untuk mendapat pendapatan lebih?
Sudah tentu jawapannya TIDAK. Tapi mengapa mereka boleh berjaya dalam program ini dan anda tidak? “Alaa.. dah tentu la bang, sebab IM dah tahu banyak teknik nak dapatkan pelawat”. Tapi tahukah anda saya mendapatkan teknik mempromosikan adsense juga melalui ebook yang sama dengan yang anda beli.
Saya membeli ebook raja adsense, juga membeli ebook jana wang adsense, saya juga membeli ebook teknik F2R dan pernah mengikuti kursus dengan Syed Ikhwan pakar adsense tu.. “Betul ke Jebat beli semua ebook tu?” Ya memang betul saya telah membeli ke semua ebook-ebook ini semata-mata ingin berjaya dalam adsense. Andakah anda juga seperti saya?
Mungkin salah satu sebab corak atau kesungguhan pembelajaran IM dan anda berbeza. Saya tidak ingin memeningkan kepala anda dengan pelbagai soalan. Apa yang ingin saya katakan, masih terlalu banyak ruang kepada semua untuk berjaya dalam program mahupun perniagaan internet. Bak kata pepatah ‘Dimana ada kemahuan, Tuhan pasti tunjukkan jalannya’. ;-)

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 30th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Maafkan saya, ini adalah post terpanjang saya setakat ini. Saya janji lain kali tak buat lagi he..he..
Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membuat duit melalui video klip yang anda punyai. Saya tahu ramai anda diluar sana yang gemar mengambil video-video klip. Lebih-lebih lagi kini dengan handphone pun anda boleh membuat video klip. Betul tak! tapi tahukah anda bagaimana membuat duit melalui video klip tersebut?
Saya akan tunjukkan, mungkin ini boleh dijadikan aktiviti anda di internet kelak bagi menjana pendapatan.. siapa tahukan?
. Namun syarat utamanya ialah video dalam bahasa english dan video tersebut harus kepunyaan anda 100%. Kira anda sendiri la yang merakamkan video klip tu!. Contoh anak-anak anda nyanyi lagu mat salleh kemudian anda rakamkan.. Ok tak!!
1) Anda daftarkan diri DISINI!!
2) Selepas itu anda akan menerima email pengesahan. Anda boleh login masuk ke akaun metacafe anda itu. Caranya masukkan email dan password yang anda create tadi.

Klik sini untuk login
3) Tahniah anda sudah boleh mula membuat duit melalui video klip. Caranya upload video klip tersebut ke producer rewards. Klik upload seperti gambar di bawah.

4) Kemudian anda klik ’Browse..’ dan cari dimana video klip anda letakkan di folder komputer anda. Setelah selesai klik ‘Upload File’ dan tunggu sehingga proses upload selesai.

5) Selepas itu akan kelihatan maklumat video klip yang perlu anda isikan. Maklumat ini amat-amat penting kerana semua pelawat akan menonton video klip anda jika maklumat yang anda isikan amat menarik minat mereka untuk menonton.

Tips mengisi maklumat video klip: Pertama anda perlu cari katakunci (Tags) yang powerfull. Andaikata anda ingin meletakkan katakunci ‘joke’ bermaksud jika anda orang membuat carian video klip joke.. maka akan dipaparkan video klip anda. Beginilah cara bagaimana anda boleh mendapatkan traffic atau pelawat menonton video klip anda nanti. Jadi pastikan tags anda powerfull.
Cara mudahnya anda buat carian tags ‘joke’.. anda lihat video klip yang muncul adakah mereka mendapat pelawat ratus, ribu atau juta..

Salah satu dari video klip yang mendapat ribuan pengunjung.. Hanya mengunakan 2 kata kunci iaitu ‘random’ dan ‘joke’. Jadi anda boleh tiru tags ini untuk diletakkan pada maklumat video klip anda. Teruskan carian kata kunci atau tags. Lagi banyak lagi ok
. Tapi ingat video data juga harus powerfull dan seharusnya dapat menarik pelawat menonton setelah membacanya. Jadi lakukan sedikit kajian ye..

6) Seterusnya klik ‘next’. Jika video klip anda asli, anda akan dibawa ke page seterusnya dan kemudian anda pilih ‘Producer Rewards’. Seterusnya anda akan diberikan link untuk membolehkan anda melihat dan mempromosikan link tersebut bagi mencari pelawat menonton video klip anda. Namun jika video klip tiruan, serta merta proses upload dibatalkan.
Bagaimana anda mendapat bayaran? Untuk membolehkan anda mendapat bayaran perlu memenuhi 2 syarat berikut iaitu video klip anda perlu mendapat 20,000 penonton sama dengan nilai USD100. Dan juga video klip anda perlu mendapat sekurang-kurang 3 star ke atas. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat di sini http://www.metacafe.com/producer_rewards/
Jangan terkejut dengan angka 20000 view kerana jika tags dan maklumat video anda tadi powerfull dalam tempoh seminggu pun boleh mendapat view puluhan ribu dan tidak mustahil ratusan ribu. Sebab itu saya katakan pentingnya maklumat video anda tadi.
Anda juga boleh menyebarkan video klip anda di youtube, friendster, Myblog, My Space dan sebagainya. Bagaimana mereka membayar anda? Maklumat pembayaran anda boleh baca DI SINI!!. Itu sahaja. Selamat mencuba dan jika ada mana-mana yang tidak faham boleh ajukan soalan pada saya ye :-) .

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 19th, 2008
Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu begini manakah tumpuan anda untuk beristirehat? Kebiasaannya saya kalau tidak kerja, gemar menghabiskan hujung minggu saya di rumah sahaja dengan melihat-lihat perkembangan perniagaan internet yang tidak sempat saya lawati sewaktu masa sibuk. Ya la.. seminggu sibuk, tiada masa kekadang untuk melihat perkembangan industri internet ini
.
Bagi anda yang mempunyai sifat sama seperti saya, apa kata di masa kelapangan ini anda membaca satu ebook baru yang baru sekejap tadi dilancarkan iaitu “Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate”.

Rahsia Menjadi Pro Affiliate .
Ebook ini cuba mengupas kekuatan beberapa teknik yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan pendapatan melalui affiliate walaupun anda tidak mempunyai senarai mail list untuk melakukan promosi.
Ebook ini amat sesuai untuk newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet, khususnya program affiliate kerana anda memang memerlukan satu kaedah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan melalui affililiate.
Saya tidak mahu berceloteh panjang, saya tinggalkan anda dengan Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate ini untuk bacaan di hujung minggu
.
Jumpa lagi ye!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 13th, 2008
Previous Posts