Archive for March, 2007

Menarik Pelawat Atau Traffic Ke Blog Anda Dengan MyBlogLog.

Apa Khabar anda hari ini? Moga sihat hendaknya. Saya sihat namun sedikit sibuk menyiapkan beberapa perkara. Salah satunya rangka untuk projek ebook saya. Alhamdulilah!! kalau berjalan lancar 07/05/2007 akan saya lancarkan :-) .

Wah!! perasankah anda kini telah banyak blog-blog muncul. Tahniah kepada anda yang berjaya menghasilkan blog sendiri. Bukan mudah!!. Namun dengan adanya panduan belajar membina blog sendiri anda dapat membangunkan blog sendiri sama seperti blog saya ini.

Blog dapat menarik pelawat secara mudah ke laman web jualan anda. Namun tidak bererti anda tidak perlu melakukan apa-apa promosi untuk menarik pelawat ke blog anda :-) . Promosi tetap diteruskan!. Andaikata pelawat ke blog anda sehari 30 orang, namun dengan promosi yang berkesan anda akan dapat meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda. Ini bererti pelawat ke laman web utama/jualan anda juga meningkat. Betul tak?

Bab menarik pelawat/traffic nie memang sukar, namun anda boleh memikirkan bermacam-macam inisiatif bagaimana untuk menarik pelawat ke blog anda :-) . Seperti blog saifulsham.com, mereka menggunakan cara link automatik.. Boleh faham ke? :-) Tu! istilah saya.. :-) Tiap kali anda komen ke blog mereka, nama anda automatik mendapat link dengan mereka. Ini sedikit sebanyak dapat menarik pelawat/traffic ke blog anda. Saya memberikan komen kat blog diorang, kini nama saya berada dalam link mereka :-) . Alamak!! terbocor pula rahsia saya mendapatkan pelawat dari link SaifulSham nie ;-) .

Link Pada Blog SaifulSham

Satu cara mudah menarik traffic ke blog anda adalah menggunakan MyBlogLog. Saya membongkarkan untuk anda satu cara mencari pelawat atau traffic menggunakan MyBlogLog ini. Tahukah anda? Tiap kali anda masuk ke blog seseorang yang mempunyai Recent Readers MyBlogLog anda sebenarnya meninggalkan jejak blog anda. Tak faham! Ok secara mudahnya seperti ini :-) .

Recent Readers Pada Blog Mesrainternet

Ini adalah antara 5 pelawat sebentar tadi yang masuk ke blog saya. Terima kasih untuk MyRowk, Jimieray, Arynet, Ciken, Hartasepencari kerana melawat laman web saya sebentar tadi. Beginilah jejak blog yang anda akan tinggalkan pada Recent Readers blog yang anda lawati.

Tidak mustahil pelawat yang datang ke blog saya akan klik pada jejak blog yang anda tinggalkan tu. Secara ringkas anda hanya perlu mempunyai Mybloglog dan kemudian senantiasa melawat ke blog yang mempunyai Recent Readers untuk meninggalkan jejak blog anda. Secara automatik MyBlogLog mengesan anda. 

Tidak kira sama ada blog yang anda lawati, mempunyai post terbaru atau tidak. Tugas anda hanya perlu lawati blog dan tinggalkan jejak blog. Jika ada post terbaru letakkan komen dan tinggalkan jejak anda pada komen juga. Inilah tips saya bagaimana meningkatkan traffic pada blog saya. Anda cuba.. anda pasti mendapat peningkatan pelawat pada blog anda :-) .

Iskh!! dah banyak tips dah yang saya bagi nie :-) . Tapi tak kisah! saya nak anda berjaya juga dalam perniagaan internet. Amin!!

P.S: Jika anda melayari internet di Cyber Cafe, pastikan anda login terlebih dahulu MyBlogLog anda.. sebelum melihat blog orang lain. Tujuannya adalah untuk meninggalkan jejak blog anda.

P.S.S: Untuk belajar membina blog sendiri.. KLIK DISINI!!

9 comments March 30th, 2007

Projek Ebook Pertama Saya - Cabaran Yang Saya Kena Tempuhi!

Telah setahun lebih saya dalam perniagaan internet ini. Namun dalam setahun lebih ini juga saya hanya menumpukan program-program adsense, affiliate, produk nyata dan resell right. Walaupun mendapat sedikit hasil :-) , tapi belum ada kepuasan pada diri saya. Kerana kesemuanya adalah produk yang bukan datang dari saya.

Saya dengan ini ingin meletakkan diri saya satu cabaran untuk menghasilkan ebook sendiri! Ye! ebook sendiri.. setelah berbulan-bulan menjalankan kaji selidik, satu tajuk telah saya pilih.. Kenyataan ini bukan main-main, namun inilah cabaran yang saya kena tempuhi.. Saya tengah serius sekarang ini! :-) .

Saya mengumumkan pada blog saya bukan untuk berlagak, mahupun menunjuk-nunjuk.. tetapi saya ingin anda menjadi saksi sama ada saya mampu menyahut cabaran ini atau tidak. Dengan meletakkan cabaran seperti ini pada diri saya, diharapkan mampu untuk saya berusaha lebih, membuang sifat malas, memberi fokus sepenuhnya pada projek ebook ini.. malu saya jika tidak dapat menghasilkannya nanti.. betul tak?

Untuk ebook ini saya harap dapat dilancarkan pada bulan 07/05/2007 bersamaan pada hari isnin. Kenapa hari isnin? Sebab ramai pengusaha memilih hari isnin melancarkan produk jualan mereka. Untuk berjaya satu formula saya iaitu tiru sahaja apa yang orang berjaya dah buat :-) .

Sama ada saya mampu atau tidak menghasilkan ebook ini, anda akan lihat nanti ye.. Namun tiada apa yang mustahil jika kita ada kemahuan atau pun matlamat. Saya harap anda doakan saya dapat melancarkan projek ebook saya ini. Saya akan umumkan pada blog saya ini perkembangan dari masa ke semasa untuk projek ebook saya tu.

Berkenaan harga ebook saya belum memikirkannya lagi :-) . Namun yang pasti ini adalah projek ebook pertama, saya tidak akan jual mahal dan berjanji ianya mampu untuk dimiliki oleh semua.. insyaallah. Saya akan umumkan harga projek ebook ini bila hendak dilancarkan kelak. Jadi selalu-selalulah datang ke blog saya ini. OK

Kepada anda yang mempunyai pertanyaan kepada saya, saya minta maaf kerana lewat  sedikit membalasnya, kerana projek ebook dalam rangka pembuatan :-) . Saya harap anda berpuashati dengan penjelasan ini.. dan berjanji akan membalasnya dalam masa terdekat ini.    

Sampai disini sahaja post hari ini. Semoga saya berjaya menghasilkan ebook sendiri. Jangan lupa doakan untuk saya. Terima kasih! ;-)

P.S: Saya ingin berterima kasih pada Smartzul kerana sokongan beliau dalam projek ebook saya yang bakal terbit ini.

14 comments March 25th, 2007

Langkah #5.1 - Penerima Pembayaran Melalui 2CheckOut

Apa khabar semua? Diharap anda ceria hari ini.. Walaupun tiap hari senantiasa mendung di Bandaraya Bersejarah Ini, mana lagi kalau bukan Melaka :-) .

Post saya hari itu berkenaan kad kredit, bagaimanakah pendapat anda? Perlukah untuk menggunakan kad kredit dalam produk jualan anda? Terpulang pada anda! Namun saya percaya suatu hari nanti anda juga akan menggunakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit ini. Percaya atau tidak? Saya percaya anda juga bercita-cita untuk meluaskan perniagaan anda diperingkat global kelak. Untuk sampai keperingkat itu.. tidak boleh tidak anda mesti menggunakan pembayaran melalui kad kredit :-) .

Terpulanglah kepada anda sama ada hendak menggunakan worldpay, Paypal, Clickbank mahupun 2checkout? Namun jika ditanya pendapat saya, suka saya menyatakan 2checkout adalah penerimaan pembayaran yang saya cadangkan untuk anda. Kerana risiko menggunakan 2checkout amat rendah. Namun jika anda menggunakan cara pembayaran selain 2checkout, nasihat saya tanya kepada yang pakar!

Bagaimana untuk membuka akaun 2checkout anda? Caranya Mudah!!

1) Pertama anda perlu masuk ke laman web 2checkout terlebih dahulu! Pastu anda perlu Klik Signup!

Signup 2checkout

2) Anda perlu melengkapkan 4 langkah mudah.

Langkah Pendaftaran 2checkout

Langkah Pendaftaran 2checkout

  • Langkah 1 persetujuan syarat 2checkout.
  • Langkah 2 membuat pembayaran sebanyak USD47 bersamaan lebih kurang RM200 seumur hidup. Pembayaran adalah menggunakan kad kredit anda.
  • Seterusnya langkah 3 pengesahan pembayaran anda dan..
  • Langkah 4 anda boleh login pada akaun 2checkout anda.

Langkah Pendaftaran 2checkout

3) Sebelum anda meneruskan untuk langkah 5 anda perlu menunggu statement bank kredit kad anda. Ini adalah kerana pihak 2checkout meletakkan ‘validation activate password’ pada penyata bank anda itu untuk tujuan keselamatan. Bererti hanya anda seorang sahaja yang dapat login pada akaun 2checkout anda. Ingat anda perlu menunggu statement bank kad kredit anda itu. sebelum dapat menggunakan akaun 2checkout anda.

Setelah selesai kesemua syarat diatas, anda sudah boleh menerima pembayaran melalui kad kredit pada produk anda. 

Ada beberapa perkara yang anda perlu ketahui apabila menggunakan perkhidmatan 2checkout ini.

  • Pembayaran minimum 2checkout kepada anda adalah sebanyak USD100. Bererti selagi pembeli anda belum membuat pembelian mencecah USD100 pihak 2checkout tidak akan menghantarkan cek bayaran kepada anda :-) .
  • Cek sampai kepada anda selama lebih kurang 2 minggu. Namun anda boleh cepat menerima cek anda jika memberi kebenaran untuk 2checkout menggunakan courier service, namun potongan oleh 2checkout mencecah USD20. Nasihat saya hanya menggunakan air mail sudah memadai. Potongan fee + bayaran air mail adalah 5%. Bererti kalau cek USD100 pihak 2checkout hanya mengambil sebanyak USD5.
  • Pembayaran anda boleh set sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.
  • Anda tidak boleh meletakkan 2checkout pada laman web anda, selagi laman web anda belum bersedia untuk menjual. 2checkout perlu menjaga nama baik mereka. Meletakkan link pembayaran 2checkout pada laman web anda, manakala laman web anda tidak mempunyai produk jualan boleh menjatuhkan status 2checkout.
  • 2checkout suka anda membalas setiap email mereka kepada anda. Tidak perlu panjang-panjang reply tiap kali 2checkout menghantar email kepada anda. Seperti saya hanya reply “asap”.

Itu sahaja panduan dari saya jika anda berminat untuk menggunakan penerima pembayaran melalui kad kredit menggunakan 2checkout. Saya akan cuba menerbitkan ebook detail sikit berkenaan dengan 2checkout ini. Tapi saya tidak boleh janji bila. Kerana saya amat-amat sibuk bulan ini juga bulan depan, disebabkan satu misi perlu saya laksanakan :-) . Akan saya umumkan pada blog saya ini. Selalulah mengunjungi blog ini untuk mendapatkan info dari saya berkenaan perniagaan internet ini.

P.S: Anda boleh menghantarkan pertanyaan jika anda berminat tetapi tidak faham untuk menggunakan 2checkout ini. Saya janji akan melayan anda ;-) . Jumpa lagi!

-Jebat Mesranet.

3 comments March 23rd, 2007

Pertanyaan Memulakan Perniagaan Internet Dari Anda!

Tahukah anda sehingga hari ini saya melayan hampir 30 soalan pertanyaan dari newbie yang berminat dalam perniagaan internet ini. Semuanya saya telah balas, walaupun kekadang mengambil sedikit masa :-) . Harap dimaafkan!! Kepada yang membuat pertanyaan terima kasih atas sokongan anda pada laman web saya..

Macam-macam soalan yang saya terima berkenaan perniagaan internet ini. Selain saya membalas melalui email, kekadang saya mendapat idea dari pertanyaan itu, kemudian menghasilkan post berkenaan pertanyaan yang memerlukan saya membuat huraian panjang lebar. Apa yang saya harapkan anda berpuas hati dengan jawapan saya. Namun jika tak menjawap soalan anda, jangan segan-segan, anda boleh tanya saya balik!

Berita baik untuk anda!! Mood saya elok sangat hari ini :-) . Oleh itu saya mengalu-alukan sebarang pertanyaan dari newbie yang berminat ingin tahu tentang perniagaan internet, atau newbie yang ingin memulakan perniagaan internet. Tapi hanya untuk newbie!! Kepada anda yang telah ada sedikit sebanyak basic tu.. bagilah laluan pada newbie yang betul-betul zero dalam perniagaan internet ini.

Tujuan saya satu adalah ingin memberikan sedikit ilmu yang saya ada pada anda. Ilmu itu sebenarnya tidak berguna kalau saya atau anda tidak praktikkannya. Dengan memberikan anda ilmu yang saya ada, mudah-mudahan ilmu saya itu boleh dikembangkan dan beroleh keberkatan dariNYA.

Pada laman web saya nanti.. Saya ingin meletakkan semua pertanyaan berserta jawapan untuk rujukan mana-mana newbie, sebab kekadang ada soalan dari anda yang sama.. bukan seorang dua namun sampai 5 atau 6 orang. Ini untuk memudahkan saya dari menjawap pertanyaan yang berulang-ulang. Alamat email dan nama anda akan saya rahsiakan.. Ngan risau ye!! :-) Tapi bukan masa terdekat ini!! Tunggu ye.. ;-)

Anda boleh pergi pada link ini untuk pertanyaan anda!! . Setiap pertanyaan selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam akan saya cuba untuk menjawapnya. Namun jika lewat saya harap anda faham :-) .Pertanyaan ini percuma dan tiada kos terselindung.. hee..hee.. macam iklan TV lak!! Apa tunggu lagi.. Ini peluang untuk anda. Tanyalah apa saja.. Ngan tanya saya dah kahwin atau belum dah ler! :-) .

P.S: Satu formula untuk anda berjaya dalam hidup ialah dengan bertanya jika ada yang anda tidak tahu. Jangan sesekali malu untuk bertanya! Lagipun untuk ruangan pertanyaan ini, saya sendiri yang offer untuk anda membuat pertanyaan! Betul Tak?? :-)

P.S.S: Untuk ruangan pertanyaan tu. Ruangan untuk URL web kosongkan je, jika anda masih belum mempunyainya. OK Jom! buat pertanyaan anda..

Add comment March 21st, 2007

Perniagaan Internet Dan Pelaburan Internet tu… Sama ke!!??

yahoo.. Kayo den!! Salah seorang kawan tempat kerja saya menjerit.. Saya pada mulanya tidak tahu hujung pangkal, tapi dah lumrah manusia.. mulut memang susah nak tutup :-) Cerita si polan tu menjerit suka sampai juga ke telinga saya. Dengar cerita sebab dah untung ratusan ringgit sehari dalam peniagaan internet.

Wah hebat!! Tidak sangka saya bukan berseorangan dalam perniagaan internet ni. Rupanya ada kawan yang lebih hebat dari saya. Mana tak! sehari dah untung ratusan ringgit. Saya ni dah bertahun dalam perniagaan internet ni, namun untuk mendapat untung ratusan ringgit sehari bukan mudah!. Sesuatu harus dilakukan iaitu menimba sedikit ilmu dari si polan nie :-) .

Laaaaaaaaaaaaa………….. Mati-mati ingatkan perniagaan internet dengan urusan jual beli. Rupa-rupanya pelaburan yang ntah apa-apa tu!! Masuk USDxxx nanti tiap hari duit masuk.. Geram lak saya!! Tahu tak pelaburan internet dan perniagaan internet tu berbeza. Perniagaan internet adalah urusniaga jual dan beli.. Saya ulang… URUSNIAGA JUAL DAN BELI. Anda jual pada pembeli dan anda mendapat keuntungan dari jual beli tu. Namun pelaburan internet tiada urusan jual dan beli,  tup!! tup!! anda mendapat keuntungan. Soalnya dari mana keuntungan yang anda perolehi itu? Pelaburan la!!.. Ye tahu pelaburan!!.. tapi pelaburan yang macam mana?

Susah juga nak jawap soalan tu.. Lagi satu soalan adakah pelaburan seperti ini hukumnya halal atau haram? Lagilah susah nak jawap!! Namun persoalan ini sebenarnya sudah terjawap jika anda merujuk laman web http://www.zaharuddin.net . Merujuk pada laman web Zaharuddin tu hukum pelaburan seperti ini adalah HARAM . Nasihat saya pelaburan seperti ini anda kena tinggalkan kerana fatwa telah mengatakan ianya HARAM. Jika sebelum ini anda tidak tahu hukum pelaburan ini, saya harap lepas baca post ini dan merujuk laman web http://www.zaharuddin.net tadi anda buangkanlah pelaburan yang ntah apa-apa ini. Ingat!! Haram harus dijauhi..

Banyak soalan yang saya hendak tanya kepada anda yang melabur pelaburan internet seperti ini:

  • Tahukah dimana pelaburan ini dilaburkan?
  • Dari mana keuntungan yang sebanyak itu diperolehi sedangkan dalam pelaburan ada turun dan naik? Namun pelaburan ini asyik untung je memanjang..
  • Jika untung berbilion-bilion.. Mereka ada modal kenapa nak ajak anda masuk dalam pelaburan tu? Baik buat duit untuk diri sendiri. Seperti Bill Gates, orang terkaya didunia tu.. mana ada ajak sesiapa. Apa faedahnya ajak anda kaya sesama?
  • Kenapa pelaburan seperti ini tiada lesen dari Bank Negara?
  • Esok laman web pelaburan ini tutup, ada tak jaminan untuk anda dapat duit anda semula?

Iskh!! ada seribu satu macam soalan lagi.. Namun tidak perlu untuk saya terus bertanya, kerana saya tahu anda tiada jawapan untuk soalan itu.. dan saya juga tidak mengharapkan jawapan dari anda.. Kerana yang haram tetap haram. Saya tidak sanggup dimurkaiNYA dan kerana tanggungjawap saya sebagai orang muslim patut rasanya saya menyampaikan kepada kekawan yang lain.

Jika anda mahukan kepuasan yang hakiki :-) , apa kata anda pelajari perniagaan internet. Anda akan rasa kepuasannya suatu masa nanti kerana anda berusaha dan keuntungan kelak adalah hasil titik peluh anda sendiri. Betul tak?

P.S Berita khas..

CERAMAH KHAS : “PELABURAN INTERNET” 

Penceramah : Ust Zaharuddin Abd Rahman
Tarikh : 1 April 2007 (Ahad Malam Isnin)
Tempat : Dewan Solat, Surau As-Shakirin, Bandar Utama,
No 1 A, Jln BU 3/2, Bandar Utama, PJ
Masa : Lepas Maghrib
Masuk : Percuma
Hubungi : Ust Rosdee 013-320 3072

Kepada semua bolehlah datang mendengar ceramah untuk lebih memahami akan pelaburan internet ini. Berita ini adalah ehsan dari blog SmartZul

 

2 comments March 20th, 2007

Previous Posts


Calendar

March 2007
M T W T F S S
« Feb   Apr »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category