Archive for June, 2008

Jom Belajar Bahasa English - Banyak Boleh Buat Dalam Perniagaan Internet.

Kekadang saya tersenyum sendirian melihat iklan terbaru di kaca TV, bila mana beberapa budak nakal dalam bas cuba mengorat seorang gadis mat salleh, sebelum gadis tersebut bertanyakan bagaimana untuk pergi ke Tugu Negara dalam bahasa english dan seterusnya menjerat mereka disebabkan tidak fasih berbahasa english ;-) .

Senario ini memang berlaku dan secara jujur saya juga seakan sama seperti mereka. Bukan tidak reti langsung, namun sedikit kesukaran untuk berkominikasi. Kiranya saya baik sedikit dari bebudak nakal tersebut kot ha..ha..

Alat belajar english

Dalam perniagaan internet, peluang untuk membuat duit lebih besar terbuka untuk anda jika fasih berbahasa english. Kerana ke semua pengguna internet dunia sama ada suka atau tidak harus tahu berbahasa english kerana ianya menjadi bahasa pengantaraan global.

Memang tidak dinafikan anda juga boleh membuat duit dalam perniagaan internet jika tidak tahu berbahasa english, tapi market anda akan bertumpu di Asia tenggara sahaja, itu pun tidak semua negara yang tahu berbahasa kita seperti Thailand, Myanmar, Kemboja dan lain-lain.

Anda juga akan mengalami sedikit kesulitan dalam perniagaan internet ini jika tidak tahu berbahasa english kerana hampir kesemua software, tool, program adalah dalam bahasa english sepenuhnya. Ya saya akui kini banyak buku-buku atau ebook-ebook rujukan dalam bahasa Malaysia yang boleh membantu anda dalam perniagaan internet, namun tahukah anda siapa yang menghasilkan buku-buku serta ebook-ebook ini.. ya!! kebanyakannya mereka yang fasih berbahasa english (namun sebenarnya banyak lagi contoh akan kelebihan yang anda miliki jika tahu berbahasa english).

Ada juga mereka yang membuat keuntungan dengan mencipta ebook berbahasa malaysia hasil kajian mereka terhadap ebook berbahasa english. Ya la.. mereka di luar sana lebih maju kerana sudah lama dengan perniagaan internet dan oleh itu sesiapa sahaja boleh membuat kajian dan menghasilkan ebook versi bahasa Malaysia. Ingat!! saya kata KAJIAN.. bukan MENIRU.. faham ye!! Jangan salah erti pula!!

Kepada anda yang ada menyimpan niat untuk belajar bahasa english, emm.. rasanya masih belum terlambat untuk belajar, kerana hidup seharusnya jangan berhenti dari terus belajar. Saya juga akan mengikuti kelas english, banyak membaca dalam english, banyak melihat cerita berbahasa english ( I like it he..he.. ), dengar lagu berbahasa english dan apa-apa jua yang seangkatan dengannya ;-) .

Alhamdulilah kini kawan seperjuangan saya dalam perniagaan internet iaitu Cikgu Azleen dalam usaha untuk merealisasikan bentuk pelajaran bahasa english di internet. Rasanya kita boleh menyokong usaha baik ini dan jika berjaya kelak akan menyenangkan kita bersama. Satu kelebihan belajar melalui internet ialah masa yang boleh di jimatkan dari segi ulangalik kelas (harga petrol pun dah mahal untuk berkenderaan), masa pembelajaran boleh dilakukan apabila masa free dan yang lebih penting seisi keluarga boleh belajar bersama.. betul tak?

Untuk menyokong usaha murni Cikgu Azleen, apa kata anda ke laman web ini untuk membantu bentuk penyampaian yang macam mana yang boleh membantu anda dalam pembelajar BI nanti, khususnya memberi kelebihan dalam perniagaan internet anda kelak.

Survey Kelas Bahasa English Cikgu Azleen! .

Jumpa lagi nanti ye.. Assalammualaikum.

Jebat Mesranet

2 comments June 29th, 2008

Jangan Tangguh! Redah Je..

Jika anda ingin mengaktifkan diri dalam perniagaan internet ini, satu sifat atau tabiat yang harus anda kuburkan ialah sifat suka menangguh kerja. Ya! tabiat ini nanti boleh membunuh kerjaya atau perniagaan internet anda.

Sejak akhir-akhir ini perkara tersebut sering melanda diri saya sendiri. Bayangkan kalau dulu blog ini sering kali up to date, kini hampir seminggu baru ada post-post terbaru, disebabkan tabiat suka menangguh kerja dan lama ke lamaan kerja dah bertimbun-timbun menyebabkan kerja yang pada awalnya mudah, kini tampak sukar untuk di siapkan.

Memang tidak dapat di nafikan sifat menangguh kerja ini sebenarnya berlaku sejak dari bangku sekolah lagi dan sehingga kini :-). Betul tak? Teringat dahulu zaman sekolah bila mana dapat homework dari cikgu yang perlu di siapkan sebelum minggu depan. “Emm.. lama tu minggu depan. Relax la dulu..”. Lama kelamaan homework semakin bertambah dan tempoh seminggu yang cikgu beri telah hampir..

Apa lagi bersengkang mata la untuk menyiapkan. Sanggup tak tengok tv. Itu kalau semua tahu buat la.. mana yang tak tahu buat, esok pagi awal-awal lagi pergi kelas untuk tiru dari kekawan. Last kantoi dengan cikgu tak buat homework, sebab ingatkan sikit je.. rupanya banyak pula nak kena salin balik ha..ha..

Ingatkan zaman tu dah berlalu, rupanya sifat menangguh kerja ni ada juga bila dah besar panjang ni. Mungkin ini yang dikatakan tabiat. Betul kata pepatah melentur buluh kena dari rebung ;-) .

Jadi jika anda ingin melibatkan diri atau ingin serius dalam perniagaan internet pastikan anda buang terlebih dahulu sifat suka menangguh kerja, kerana ianya akan membunuh kerjaya internet tanpa anda sedari. Emm.. Jebat pandai nasihatkan orang, diri sendiri tu kena betulkan dulu he..he..  Saya ambil kata-kata nadia AF6 –> Redah je!!

Insyaallah saya akan cuba susun kembali plan ebiz saya. Anda bila lagi!!? ;-) Good luck yer.

Jebat Mesranet

3 comments June 23rd, 2008

Produk Terbaru - Ebook Panduan Asas HTML

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,

Lagi produk baru perniagaan internet di pasaran yang baru di lancarkan tepat pukul 9.00 pagi tadi. Ebook kali ini adalah berkenaan dengan Panduan Asas HTML. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mazlie Nadzri kerana sudi JV dengan saya. Maaf ye agak lewat sedikit membuat post ini kerana agak sibuk kerja pagi tadi.

Anda tahu apa itu HTML? . Pernah ke anda terlihat simbol seperti di bawah ini?

Simbol HTML

:-) Simbol yang betul-betul boleh membuatkan anda pening kepala. Namun tahukah anda sedikit pengetahuan mengenai simbol-simbol ini boleh memberi sedikit kelebihan untuk anda.

Memang tidak dinafikan kini anda telah boleh membuat laman web, blog tanpa mempunyai pengetahuan mengenai HTML. Namun Jika anda mengetahui asas HTML anda sebenarnya mempunyai sedikit kelebihan dari mereka yang tidak tahu langsung bahasa HTML ini.

Sebagai contoh anda dan saya mempunyai blog masing-masing. Namun oleh kerana saya mempunyai asas HTML saya dapat memberikan kelainan atau pemandangan yang cantik pada blog saya berbanding anda yang hanya tahu menulis artikel namun keadaan blog yang sedikit suram :-) . Berikut adalah contoh sidebar blog saya yang menggunakan kemahiran HTML:

Contoh HTML

Menarik bukan ;-) . Fikirkan la sama ada anda inginkan kemahiran HTML ini atau puas hati dengan kemahiran lain yang anda punyai he..he.. Namun jika anda berminat dengan ebook ini bolehlah melayari laman web jualan dibawah ini.

Ebook Panduan Asas HTML

 

Ebook Panduan Asas HTML .

Jumpa lagi.

Wasalam.

Jebat Mesranet

4 comments June 16th, 2008

Produk Terbaru - Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank

* Informasi untuk anda pembaca setia blog ini. Post ini ringkas sahaja, hanya ingin memberitahu produk terbaru perniagaan internet yang dikeluarkan oleh IM tempatan.

Hampir terlupa saya untuk mengumumkan produk terbaru perniagaan internet di Malaysia selain daripada Ebook Jana Wang Adsense yang dilancarkan 5 hari lepas.

Ebook terbaru tersebut ialah ” pakej khas panduan lengkap clickbank “. Secara ringkas clickbank adalah affiliate digital terbesar di dunia yang menawarkan sumber pendapatan kepada agen-agen yang turut serta bersama dengan clickbank.

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank .

Pakej ini mengandungi 100 produk digital yang mengandungi ilmu-ilmu khas yang anda perlukan untuk mempromosikan clickbank dengan lebih berkesan. Dimana pakej ini dipecahkan dengan 6 kategori iaitu:

  • Ilmu asas clickbank.
  • Mindset untuk mencapai kejayaan dengan clickbank.
  • Tool-tool affiliate.
  • Cara mencipta serta mencari niche yang sesuai.
  • Pemasaran serta promosi yang betul.
  • Bonus istimewa.

Apa yang lebih istimewa produk ini dibekalkan denag MRR (Master Resell Rights) yang mana ebook-ebook digital ini boleh anda jual semula kepada sesiapa sahaja dan 100% keuntungan milk anda sepenuhnya :-) .

Baik saya tinggalkan anda dengan produk ini, kerana saya sedikit sibuk dengan perniagaan internet serta sedikit review mengenai 1 produk terbaru dalam masa terdekat ini. Saya akan berikan informasi seterusnya jika produk ini telah berada dipasaran.

Jebat mesranet

2 comments June 8th, 2008

Bosan Dengan Internet? Antara Aktiviti Yang Anda Boleh Mulakan - SIRI 2

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.

Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung :-) . Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.

Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.

Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru :-) .

Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini? :-)

Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.

Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.

Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan? :-)

Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –> ;-)

Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Contoh Iklan Google

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.

Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:

  • Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
  • Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
  • Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.

Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.

Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:

  1. Ebook Jana Wang Adsense 
  2. Ebook Raja Adsense
  3. Ebook 7 Hari Mahir Adsense

Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet.  Moga membantu.

Jebat Mesranet

 

4 comments June 7th, 2008

Previous Posts


Calendar

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Posts by Month

Posts by Category