Duit Raya Dari Google + Selamat Berhari Raya Semua!!
October 12th, 2007
Petang tadi saya terima satu surat dari oversea. Memang saya tidak terkejut dan saya tahu surat tersebut adalah cek dari google adsense untuk earning bulan ogos 2007. Tapi tak menyangka surat tersebut sampai awal kurang dari 2 minggu. Target lepas raya baru sampai.

Hasilnya tidak la banyak mana hanya USD111.06. Alhamdulilah lepaslah kalau nak beli baju raya, tapi malangnya belum boleh di tunaikan he..he.. Nak masuk akaun dan dapat tunai mengambil masa 1 bulan. Tahukah anda? Cek ini adalah cek pertama yang saya perolehi dan merupakan cek yang terakhir saya akan terima dari google.
Kenapa? Sebab kini google adsense telah menambahkan option bayaran ke western union quick cash.. dimana perkhidmatan tersebut support negara kita Malaysia. Lagi cepat boleh terima bayaran. Hanya sehari.. Ni yang menambahkan minat saya untuk aktif dalam google adsense ni..
PENGUMUMAN Dari Saya!!
Masih ada lagi ke orang yang akan baca post saya ni
, maklumlah dah mood raya, tentu dah mula sibuk balik ke kampung halaman masing-masing. Saya ingin memberitahu kepada anda yang saya akan bercuti bermula hari ini sehingga 27hb oktober ini. Kerana saya akan balik ke kampung halaman saya di Sabah.
Untuk itu saya tidak akan online selama waktu itu.. dan jika online sekali pun, hanya akan melayan pembeli ebook saya. Ini adalah kerana perkhidmatan internet agak terhad di sana
. Kepada mereka yang ada membuat pertanyaan kepada saya yang masih belum berjawap.. saya akan cuba menjawapnya jika online kelak. Maafkan saya membuatkan anda ternanti jawapan dari saya.
Sekembalinya saya nanti, ada sesuatu yang ingin saya umumkan kepada anda. Ini adalah plan terakhir saya sebelum menutup tirai tahun 2007. Jadi jangan lupa jenguk blog saya ini selalu. Kerana tawaran ini terhad untuk beberapa orang sahaja
.
Saya juga akan membayar awal komisen untuk agen affiliate saya untuk bulan ini iaitu pada hari ini juga. Terima kasih kepada anda agen affiliate yang sudi bekerjasama dengan saya.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri kepada mentor saya, pembeli ebook-ebook saya, agen affiliate cpanel, kekawan forum WC, pembaca setia blog ini dan yang tak putus-putus memberi komen dan semua warga dan rakan perniagaan internet. Saya memohon maaf bebanyak jika ada tersalah silap, terkasar bahasa dan perlakuan yang menguris perasaan anda semua.
Pesanan saya jika balik ke kampung tu hati-hati di jalan raya… Biar lambat asalkan selamat.. Pastikan juga rumah anda dikunci sebaik-baiknya jika hendak balik ke kampung.. Jangan main mercun.. Minta tolong jiran sebelah rumah tengok-tengok rumah yang anda tinggalkan. Pastikan semua suis telah dimatikan jika hendak meninggalkan rumah. Jika hendak jalan jauh kereta jangan lupa servis
.
Ok sampai sini dulu untuk bilan ini. Jumpa anda dibulan november nanti ye. Namun selalu berkunjung ke blog ini, sebab ada post yang telah saya setkan secara automatik yang berkisar tentang dunia perniagaan internet ini.
Selamat hari raya semua!! Maaf Zahir & Batin..

Entry Filed under: Berita Harian, adsense, cari duit, google adsense, pengumuman





























3 Comments Add your own
1. skycrew | October 12th, 2007 at 8:43 am
selamat hari raya untuk anda. semoga raya anda meriah
dah dapat adsense punya income boleh le kasi aku duit raya
he heh heh
2. Jebat Mesranet | October 12th, 2007 at 8:53 am
Selamat hari raya juga untuk anda. Semoga aidilfitri ini membawa seribu keceriaan. Terima kasih.
P.S: Duit raya! Cek tak clear lagi..
3. Maizul | October 16th, 2007 at 4:25 pm
SelAMAT hARI RAYA mAAF zAHIR & BATIN.
Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed