Saya Tidak Online 3 Hari
March 21st, 2008
Salam Semua,
Post ini hanya ingin memberitahu kepada semua pembaca setia blog ini yang saya tidak akan online selama 3 hari bermula hari ini di sebabkan saya ke Kuala Lumpur semalam kerana ada sedikit urusan. Peluang depan komputer hari ini saya ambil untuk memberitahu kepada anda, mana la tahukan ada yang ternanti-nanti tulisan dari saya he..he..
Pagi tadi saya ke tempat urusan di Wangsa Maju menaiki teksi, masalahnya alamat tempat urusan tersebut saya langsung tidak tahu dan tak pernah pergi pun. Jadi cara selamat dan ingin sampai tepat pada waktu yang dijanjikan, saya menaiki teksi la. First time naik kereta kecut perut. Pemandu teksi tu bawa kereta laju sesangat. habis semua lorong dia celok. Sebelum tu tanya dari member-member yang biasa jalan kat KL ni kata dari Hentian Pudu ke Wangsa maju makan masa 45 mimit ke satu jam.. teksi tu 15 minit je dah sampai dah!!.. Nasib baik selamat ha..ha..
Tapi nak salahkan diorang tak boleh juga.. sebab itu sumber rezeki diorang. Mungkin berkat masa memandu yang diorang pendekkan tu menambahkan sumber pendapatan diorangkan. Betul tak?
. Jadi no komen kat situ. satu sikap yang patut di contohi ialah kena cepat rebut peluang untuk menambahkan hasil pendapatan kita. Begitu juga dengan anda yang melakukan perniagaan internet ini. Nampak sahaja peluang sambar cepat-cepat, jangan tunggu orang lain gerak dulu. Macam pemandu teksi tadi.. Tapi jangan contohi bawa kereta laju-laju pula.. kang tak pasal-pasal masuk hospital.. Ok ye nak undur diri jap, sebab urusan baru nak mula. Jumpa lagi nanti

Entry Filed under: Berita Harian, pengumuman































Leave a Comment
Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed