Posts filed under 'affiliate'

Rahsia Menjadi Pro Affiliate

Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu begini manakah tumpuan anda untuk beristirehat? Kebiasaannya saya kalau tidak kerja, gemar menghabiskan hujung minggu saya di rumah sahaja dengan melihat-lihat perkembangan perniagaan internet yang tidak sempat saya lawati sewaktu masa sibuk. Ya la.. seminggu sibuk, tiada masa kekadang untuk melihat perkembangan industri internet ini :-) .

Bagi anda yang mempunyai sifat sama seperti saya, apa kata di masa kelapangan ini anda membaca satu ebook baru yang baru sekejap tadi dilancarkan iaitu “Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate”.

Rahsia Menjadi Pro Affiliate

Rahsia Menjadi Pro Affiliate .

Ebook ini cuba mengupas kekuatan beberapa teknik yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan pendapatan melalui affiliate walaupun anda tidak mempunyai senarai mail list untuk melakukan promosi.

Ebook ini amat sesuai untuk newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet, khususnya program affiliate kerana anda memang memerlukan satu kaedah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan melalui affililiate.

Saya tidak mahu berceloteh panjang, saya tinggalkan anda dengan Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate ini untuk bacaan di hujung minggu ;-) .

Jumpa lagi ye!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments July 13th, 2008

Kekuatan Membina Sistem Affiliate Untuk Produk Anda!

Salam buat semua pembaca setia blog ini..

Sejak akhir-akhir ini saya agak susah mengawal dan mengatur waktu tidur saya. Tidak seperti biasa kerana mata saya kini mudah sangat terpejam, pantang lentokkan kepala atas katil alamat hanyut la jawapnya. Saya tidak pasti adakah disebabkan penat bekerja atau cuaca sejuk kerana hujan kerap kini atau kurang bersenam seperti selalu atau gelang magnetik yang baru sebulan dua saya gunakan atau faktor usia :-) . Apa pun hari ini saya gagahi untuk menulis post ini untuk anda.

Dalam perniagaan internet, dapat menjual sesuatu produk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tidak kira produk tersebut ciptaan anda sendiri atau produk versi MRR atau RR. Namun berapa ramai dari anda yang dapat berbuat demikian? Emm.. sebenarnya banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda. Saya tidak akan menceritakan semuanya, namun salah satu cara hebat menjual produk anda melalui sistem affiliate.

Sistem affiliate adalah satu sistem yang membolehkan anda menjual produk menggunakan agen-agen yang berdaftar dengan anda untuk menghasilkan jualan produk dan kemudian anda memberikan komisen untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh agen-agen anda tadi.

Pengalaman saya, melalui sistem affiliate sehingga kini saya masih menerima belian untuk Ebook Panduan Cpanel terbitan saya. Bayangkan semenjak 6 bulan lepas saya tidak ada membuat apa-apa promosi untuk ebook ini melainkan hanya melalui blog mesrainternet ini sahaja. Memang tidak dinafikan mungkin ada jualan datangnya dari link pada blog ini dan harus tidak dinafikan selebihnya dari agen affiliate. Kerana sehingga kini saya masih membayar komisen untuk agen-agen affiliate yang berjaya membuat jualan.

Contoh mudahnya seperti ini, jika melalui blog saya hanya dapat menyampaikan kepada 10 orang pelawat mengenai produk jualan saya. Namun kerana adanya sistem affiliate saya mempunyai beberapa agen andaikan 10 orang yang menyertai sistem affiliate saya.. dan melalui 10 orang agen tersebut saya dapat menarik 100 pelawat ke laman web produk jualan saya dengan mengambil kira setiap agen dapat menarik 10 pelawat. 100 orang ramai tu, mustahil dari 100 orang tersebut tiada yang membeli produk anda jika ianya benar-benar bermutu.. betul tak? Anda bayangkan berapa banyak traffic atau pelawat dari agen affiliate untuk ebook panduan asas cpanel saya, yang kini berjumlah hampir 900 orang.

Saya akui tidak semua agen affiliate yang akan mempromosikan produk jualan anda sampai bila-bila. Kerana satu perkara yang anda kena faham adalah disebabkan terlalu banyak produk-produk terbaru di internet yang kini sedar kekuatan sistem affiliate. Saingan anda kini bertambah :-) . Tapi seperkara yang anda mesti ingat ialah:

Tidak perlu risau sama sekali kerana seperti lumrah alam patah tumbuh hilang berganti. Walaupun agen-agen lama sudah beralih kepada produk-produk baru di internet, agen-agen baru akan senantiasa ada dan berminat untuk mempromosikan terus produk anda. Itulah istimewanya sistem affiliate ;-) . Satu petua yang betul-betul berkesan jika anda mahu agen-agen lama yang ini terus kekal mempromosikan produk internet anda adalah dengan MEMBERIKAN KOMISEN YANG LUMAYAN.. contohnya RM50 untuk setiap jualan.. saya berani jamin sampai bila-bila mereka akan terus mempromosikan produk anda he..he..

Jadi apa tunggu lagi!! jika produk anda sebelum ini tidak mempunyai sistem affiliate, apa kata anda setup satu sistem affiliate ini.. tak pandai upah la sesiapa yang terror.. ramai yang terror buat kat luar tu.. Saya pasti kelak anda pasti berjaya menghasilkan jualan.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add comment July 4th, 2008

Pembayaran Komisen Affiliate Ebook Cpanel

Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli :-) .

Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Pembayaran Komisen Affiliate Pada Agen

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.

Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join ;-) .

Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan :-) .Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.

Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments February 19th, 2008

Buat Duit Di Internet + Fokus Dan Terus Berusaha Tanpa Jemu

Ada tak antara anda yang tidak tahu “Dengan Internet Anda Boleh Membuat Duit?”. Saya pasti ramai antara anda yang telah tahu. Cara buat duit yang popular di internet ini ialah dengan adsense, program affiliate, ebay dan banyak lagi. Anda boleh rujuk post saya sebelum ini di sini

Saya pasti ada antara anda yang sudah mendapat hasilnya. Namun ada yang begitu lama bertungkus lumus namun masih belum mendapatkan pulangan walau sesen pun di internet. Bukan itu sahaja, malahan ratusan duit telah dihabiskan untuk membeli berbagai ebook panduan, nama domain dan web hosting namun duit yang ingin di jana, masih belum medatangkan hasil. Satu nasihat dari saya.. Anda jangan berputus asa dan jangan sesekali berhenti di sini. Anda perlu terus berusaha tanpa mengenal jemu.

Pengalaman saya, membuat duit dari internet ini tidak semudah yang disangka. Saya mengambil masa setahun untuk mendapatkan hasilnya. Satu teknik yang powerfull dalam menjana pndapatan melalui internet ialah FOKUS. Ya fokus pada apa yang anda hendak buat!!. Satu contoh.. Andaikata anda ingin mencari duit melalui affiliate, pada mulanya fokus pada satu affiliate sahaja dulu. Jangan pilih terlalu banyak affiliate kerana kononnya lagi banyak affiliate lebih banyak untung.. Tapi ingat, itu pun kalau ada orang yang nak klik pada link anda!! betul tak. So pesanan saya fokus kepada satu affiliate dahulu.

Lakukan pelbagai cara promosi melalui satu affiliate yang anda join ini, fokus sehingga anda mendapat satu jualan pada mulanya. Bermakna jika telah mendapat satu jualan, cara promosi anda itu mungkin boleh diguna pakai dan diteruskan. Namun jika tidak lupakan cara promosi seperti itu.. dan secara kretif cari pelbagai alternatif lain cara promosi pula. Ingat kena fokus pada satu terlebih dahulu. Dengan fokus pada satu affiliate ini anda akan nampak dimana sebenarnya kelemahan anda itu.

Ingat kaedah ini boleh diguna pakai untuk semua cara lain membuat duit melalui internet. Apa yang penting anda perlu fokus pada apa yang anda buat. Walaupun cara ini memakan sedikit masa, namun lebih baik dari langsung tidak dapat membuat duit dari internet.

Jebat Mesranet

P.S: Sudahkah anda mendapat ebook terbaru saya “Panduan Asas Cpanel”. Jika belum segera mendapatkannya sekarang, kerana harga promosi akan di tutup tidak lama lagi dan selepas itu anda terpaksa membeli dengan harga asal :-) . Anda KLIK DISINI!!

P.S.S: Jangan lupa untuk join Affiliate Ebook Panduan Asas Cpanel saya. Ebook yang hangat dipasaran. Ini mungkin peluang anda untuk membuat duit melalui internet. Sentiasa bersama dengan blog ini untuk pengumuman pembukaan Affiliate Ebook terbaru saya. 

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments May 12th, 2007

“Apa Gunanya Blog?” - Pertanyaan Newbie Kepada Saya

Terharunya saya.. Ada seorang newbie yang bertanyakan pada saya kenapa 3 hari sekali baru nak buat post ;-) . Jawapan untuk pertanyaan itu, saya tengah sibuk kerja, Ok start esok nak cuba buat post 2 hari sekali.. Tapi tak janji tau :-) .

Yang paling sadis tu ada newbie yang bertanya ” abg!!, newbie tu ape? ” Mungkin dia ingat newbie nie macam baby doll kot :-) . Untuk anda diluar sana yang baru nak bermanja-manja, berjinak-jinak, mencuba-cuba perniagaan internet ini.. andalah yang digelarkan newbie.

Ok berbalik untuk tajuk post hari ini.. Ada newbie yang membuat pertanyaan ” bang blog nie guna untuk ape? ” . Aduh.. susah nak jawap nie! :-) Terima kasih untuk pertanyaan tu. Teringat saya masa mula mencuba-cuba perniagaan internet ini. 1st time dengar benda blog nie.. puas juga berfikir ape bendanya blog nie.. Dah lama sikit baru faham..

Ok secara mudah blog ini seperti diari harian. Sebab tu ada sesetengah blog yang membuat post tiap-tiap hari, sesetengahnya 2 hari sekali, ada sesetengahnya 3 hari sekali ( macam blog saya ), ada sebulan sekali dan ada yang tak update langsung :-) . Sebab itu blog amat mudah untuk mendapatkan perhatian enjin pencari kerana selalu update.

Pembinaan blog ini bergantung pada yang empunya blog. Sama ada blog yang dibina adalah tentang personaliti, perniagaan mahupun perkhidmatan, hiburan, hobi dan macam-macam lagi. Biasa orang menulis blog bergantung pada kemahiran serta minat mendalam tentang perkara tu.. Contoh macam saya, minat dalam perniagaan internet dan menulis blog juga dalam bidang tu.. Elakkan dari menulis benda yang anda tidak minat, kerana dikhuatiri anda berhenti sekerat jalan :-) .

Dalam perniagaan internet blog digunakan untuk:

  • Menarik pelawat (traffic) ke laman web secara pecuma.
  • Sebagai modul untuk berkomunikasi kepada bakal pembeli atau pelanggan.
  • Menambahkan rangkaian perniagaan melalui internet.
  • Membuat duit melalui program adsense atau pun  affiliate.
  • Membuat duit dengan menyewakan sedikit tapak blog pada pengunjung yang berminat, dengan syarat blog anda mempunyai pengunjung yang tinggi :-) .
  • Dapat menaikkkan kredibiliti anda dimata pelanggan anda.
  • Mudah untuk update berbanding laman web statik. Hanya membuat beberapa post dan publish.
  • Membantu dalam menaikkan ranking laman web dengan syarat selalu update.
  • Dan macam-macam lagi kelebihan blog..

Namun tidak semestinya anda yang tidak mempunyai perniagaan internet tidak perlu mempunyai blog. Anda juga boleh mempunyai blog sendiri sebagai modul penulisan dan boleh dipaparkan secara global. Ketahuilah dengan blog anda juga mampu menambah pendapatan sampingan.. Namun perlukan teknik yang betul :-) .

Blog ada yang percuma juga berbayar. Untuk blog percuma anda boleh cuba Blogger.com manakala yang berbayar seperti blog ini. Ianya 100% kepunyaan saya. Kelebihan blog berbayar ialah anda boleh buat sesuka hati kerana ianya blog anda. Kredibiliti anda juga baik dimata pelangan. Jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet anda perlu pelajari bagaimana membuat blog menggunakan domain anda! Itu nasihat saya ;-)

P.S: Untuk mempelajari bagaimana membuat blog wordpress asas panduan langkah demi langkah anda boleh Klik Disini!!

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

1 comment February 28th, 2007

Previous Posts


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category