Perniagaan Internet Dan Pelaburan Internet tu… Sama ke!!??
yahoo.. Kayo den!! Salah seorang kawan tempat kerja saya menjerit.. Saya pada mulanya tidak tahu hujung pangkal, tapi dah lumrah manusia.. mulut memang susah nak tutup
Cerita si polan tu menjerit suka sampai juga ke telinga saya. Dengar cerita sebab dah untung ratusan ringgit sehari dalam peniagaan internet.
Wah hebat!! Tidak sangka saya bukan berseorangan dalam perniagaan internet ni. Rupanya ada kawan yang lebih hebat dari saya. Mana tak! sehari dah untung ratusan ringgit. Saya ni dah bertahun dalam perniagaan internet ni, namun untuk mendapat untung ratusan ringgit sehari bukan mudah!. Sesuatu harus dilakukan iaitu menimba sedikit ilmu dari si polan nie
.
Laaaaaaaaaaaaa………….. Mati-mati ingatkan perniagaan internet dengan urusan jual beli. Rupa-rupanya pelaburan yang ntah apa-apa tu!! Masuk USDxxx nanti tiap hari duit masuk.. Geram lak saya!! Tahu tak pelaburan internet dan perniagaan internet tu berbeza. Perniagaan internet adalah urusniaga jual dan beli.. Saya ulang… URUSNIAGA JUAL DAN BELI. Anda jual pada pembeli dan anda mendapat keuntungan dari jual beli tu. Namun pelaburan internet tiada urusan jual dan beli, tup!! tup!! anda mendapat keuntungan. Soalnya dari mana keuntungan yang anda perolehi itu? Pelaburan la!!.. Ye tahu pelaburan!!.. tapi pelaburan yang macam mana?
Susah juga nak jawap soalan tu.. Lagi satu soalan adakah pelaburan seperti ini hukumnya halal atau haram? Lagilah susah nak jawap!! Namun persoalan ini sebenarnya sudah terjawap jika anda merujuk laman web http://www.zaharuddin.net . Merujuk pada laman web Zaharuddin tu hukum pelaburan seperti ini adalah HARAM . Nasihat saya pelaburan seperti ini anda kena tinggalkan kerana fatwa telah mengatakan ianya HARAM. Jika sebelum ini anda tidak tahu hukum pelaburan ini, saya harap lepas baca post ini dan merujuk laman web http://www.zaharuddin.net tadi anda buangkanlah pelaburan yang ntah apa-apa ini. Ingat!! Haram harus dijauhi..
Banyak soalan yang saya hendak tanya kepada anda yang melabur pelaburan internet seperti ini:
- Tahukah dimana pelaburan ini dilaburkan?
- Dari mana keuntungan yang sebanyak itu diperolehi sedangkan dalam pelaburan ada turun dan naik? Namun pelaburan ini asyik untung je memanjang..
- Jika untung berbilion-bilion.. Mereka ada modal kenapa nak ajak anda masuk dalam pelaburan tu? Baik buat duit untuk diri sendiri. Seperti Bill Gates, orang terkaya didunia tu.. mana ada ajak sesiapa. Apa faedahnya ajak anda kaya sesama?
- Kenapa pelaburan seperti ini tiada lesen dari Bank Negara?
- Esok laman web pelaburan ini tutup, ada tak jaminan untuk anda dapat duit anda semula?
Iskh!! ada seribu satu macam soalan lagi.. Namun tidak perlu untuk saya terus bertanya, kerana saya tahu anda tiada jawapan untuk soalan itu.. dan saya juga tidak mengharapkan jawapan dari anda.. Kerana yang haram tetap haram. Saya tidak sanggup dimurkaiNYA dan kerana tanggungjawap saya sebagai orang muslim patut rasanya saya menyampaikan kepada kekawan yang lain.
Jika anda mahukan kepuasan yang hakiki
, apa kata anda pelajari perniagaan internet. Anda akan rasa kepuasannya suatu masa nanti kerana anda berusaha dan keuntungan kelak adalah hasil titik peluh anda sendiri. Betul tak?
P.S Berita khas..
CERAMAH KHAS : “PELABURAN INTERNETâ€Â
Penceramah : Ust Zaharuddin Abd Rahman
Tarikh : 1 April 2007 (Ahad Malam Isnin)
Tempat : Dewan Solat, Surau As-Shakirin, Bandar Utama,
No 1 A, Jln BU 3/2, Bandar Utama, PJ
Masa : Lepas Maghrib
Masuk : Percuma
Hubungi : Ust Rosdee 013-320 3072
Kepada semua bolehlah datang mendengar ceramah untuk lebih memahami akan pelaburan internet ini. Berita ini adalah ehsan dari blog SmartZul
Â
2 comments March 20th, 2007






















