Posts filed under 'Aktiviti Internet'
Apa khabar anda hari ini? Selamat berhujung minggu bersama keluarga. Mungkin ada yang kerja hujung-hujung minggu begini. Tak kira la apa pun yang penting ceria-ceria selalu.Kenapa saya lama tak update post? Ada juga yang bertanya sama ada semua IM ada agenda tersembunyi ke? Smartzul juga dah lama tak update blog.. Sham rajaadsense juga, tapi rasanya hari ini dah ada update terbaru di blog beliau. Sebelum terlupa selamat pengantin baru Sham. Moga kekal sehingga ke anak cucu
.
Baik untuk menghilangkan rasa kegusaran anda, biar la saya berterus terang.. Sebenarnya saya selalu online tapi lebih banyak menumpuhkan pada teknik-teknik perniagaan serta program internet iaitu adsense. Ya!! perniagaan internet adalah sumber pendapatan saya di internet dan kini saya ingin menstabilkan pendapatan google adsense pula.
Bukan saya tidak ingin menghasilkan produk-produk terbaru perniagaan internet.. insyaallah akan ada produk kedua menyusul selepas Ebook Panduan Asas Cpanel dari saya nanti
. Istimewanya google adsense ini akan memberikan kita pendapatan tetap bulan-bulan jika kena caranya. Jadi saya akan fokus ke arah itu buat masa ini.
Berita baiknya.. perniagaan internet saya akan berjalan seperti biasa, blog juga akan saya update, support serta pertanyaan dari anda juga akan saya jawap tapi kena sabar menanti di sebabkan selain perniagaan internet saya juga kerja offline, jadi agak sibuk sedikit.
Berita buruknya semua bentuk JV mungkin saya kurangkan seketika kerana hendak menumpukan pada perniagaan serta program internet ini
. Maaf ye jika ada yang ajak Joint Venture tidak dapat nak terima. Insyaallah suatu masa nanti akan saya umumkan jika telah ada masa untuk JV.
Saya ingin undur diri seketika untuk sambung studi Ebook Jana Wang Adsense. Apa pendapat saya mengenai ebook ini? Excellent!!! Thumb Up.. Ebook yang patut anda miliki. Wasalam..
p/s: Baru-baru ini 2 rakan saya iaitu Rizal & Cikgu Azleen ada melancarkan produk terbaru mereka. Anda boleh jenguk produk-produk tersebut melalui link dibawah ini:

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 10th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Maafkan saya, ini adalah post terpanjang saya setakat ini. Saya janji lain kali tak buat lagi he..he..
Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membuat duit melalui video klip yang anda punyai. Saya tahu ramai anda diluar sana yang gemar mengambil video-video klip. Lebih-lebih lagi kini dengan handphone pun anda boleh membuat video klip. Betul tak! tapi tahukah anda bagaimana membuat duit melalui video klip tersebut?
Saya akan tunjukkan, mungkin ini boleh dijadikan aktiviti anda di internet kelak bagi menjana pendapatan.. siapa tahukan?
. Namun syarat utamanya ialah video dalam bahasa english dan video tersebut harus kepunyaan anda 100%. Kira anda sendiri la yang merakamkan video klip tu!. Contoh anak-anak anda nyanyi lagu mat salleh kemudian anda rakamkan.. Ok tak!!
1) Anda daftarkan diri DISINI!!
2) Selepas itu anda akan menerima email pengesahan. Anda boleh login masuk ke akaun metacafe anda itu. Caranya masukkan email dan password yang anda create tadi.

Klik sini untuk login
3) Tahniah anda sudah boleh mula membuat duit melalui video klip. Caranya upload video klip tersebut ke producer rewards. Klik upload seperti gambar di bawah.

4) Kemudian anda klik ’Browse..’ dan cari dimana video klip anda letakkan di folder komputer anda. Setelah selesai klik ‘Upload File’ dan tunggu sehingga proses upload selesai.

5) Selepas itu akan kelihatan maklumat video klip yang perlu anda isikan. Maklumat ini amat-amat penting kerana semua pelawat akan menonton video klip anda jika maklumat yang anda isikan amat menarik minat mereka untuk menonton.

Tips mengisi maklumat video klip: Pertama anda perlu cari katakunci (Tags) yang powerfull. Andaikata anda ingin meletakkan katakunci ‘joke’ bermaksud jika anda orang membuat carian video klip joke.. maka akan dipaparkan video klip anda. Beginilah cara bagaimana anda boleh mendapatkan traffic atau pelawat menonton video klip anda nanti. Jadi pastikan tags anda powerfull.
Cara mudahnya anda buat carian tags ‘joke’.. anda lihat video klip yang muncul adakah mereka mendapat pelawat ratus, ribu atau juta..

Salah satu dari video klip yang mendapat ribuan pengunjung.. Hanya mengunakan 2 kata kunci iaitu ‘random’ dan ‘joke’. Jadi anda boleh tiru tags ini untuk diletakkan pada maklumat video klip anda. Teruskan carian kata kunci atau tags. Lagi banyak lagi ok
. Tapi ingat video data juga harus powerfull dan seharusnya dapat menarik pelawat menonton setelah membacanya. Jadi lakukan sedikit kajian ye..

6) Seterusnya klik ‘next’. Jika video klip anda asli, anda akan dibawa ke page seterusnya dan kemudian anda pilih ‘Producer Rewards’. Seterusnya anda akan diberikan link untuk membolehkan anda melihat dan mempromosikan link tersebut bagi mencari pelawat menonton video klip anda. Namun jika video klip tiruan, serta merta proses upload dibatalkan.
Bagaimana anda mendapat bayaran? Untuk membolehkan anda mendapat bayaran perlu memenuhi 2 syarat berikut iaitu video klip anda perlu mendapat 20,000 penonton sama dengan nilai USD100. Dan juga video klip anda perlu mendapat sekurang-kurang 3 star ke atas. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat di sini http://www.metacafe.com/producer_rewards/
Jangan terkejut dengan angka 20000 view kerana jika tags dan maklumat video anda tadi powerfull dalam tempoh seminggu pun boleh mendapat view puluhan ribu dan tidak mustahil ratusan ribu. Sebab itu saya katakan pentingnya maklumat video anda tadi.
Anda juga boleh menyebarkan video klip anda di youtube, friendster, Myblog, My Space dan sebagainya. Bagaimana mereka membayar anda? Maklumat pembayaran anda boleh baca DI SINI!!. Itu sahaja. Selamat mencuba dan jika ada mana-mana yang tidak faham boleh ajukan soalan pada saya ye :-) .

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 19th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.
Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung
. Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.
Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.
Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru
.
Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini?
Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.
Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.
Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan?
Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –>
Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.
Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:
- Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
- Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
- Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.
Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.
Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:
- Ebook Jana Wang Adsense
- Ebook Raja Adsense
- Ebook 7 Hari Mahir Adsense
Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet. Moga membantu.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 7th, 2008