Apa khabar anda hari ini? Moga bertambah sihat, ceria dan kini bersedia untuk menghadapi bulan ramadhan minggu hadapan. Dalam perniagaan internet perkara penting untuk setiap blog dan laman web adalah bagaimana untuk menarik ratusan malahan ribuan pelawat ke laman web anda. Salah satu kaedah asas adalah menggunakan kekuatan enjin pencari seperti yahoo, google, msn dan banyak lagi.
Namun seperti yang semua tahu kaedah ini amat sukar kerana persaingan yang anda terima dari pesaing anda, kerana hampir semuanya menggunakan teknik yang serupa untuk mendapatkan tempat terbaik dalam enjin pencari. Oleh itu kaedah lain diperlukan untuk menarik pelawat ke laman web masing-masing.
Salah satu kaedah terbaik adalah menggunakan technorati dengan teknik tag & ping. Kaedah ini membolehkan setiap kali artikel di tulis maka secara automatik anda akan mendapat tempat pertama pada technorati dan seterusnya akan jatuh tempat kedua dan seterusnya jika ada post yang sama keyword dengan artikel anda di tagkan oleh seseorang.
Namun setelah anda membuat post baru dan melakukan tag & ping, secara automatik anda akan mendapat tempat pertama semula dan ini yang menjadikan teknik ini dapat menarik pelawat ke laman web anda.
Namun masalahnya bagaimana membina tag pada setiap artikel? Sepanjang saya menghasilkan blog mesrainternet dot com, ramai yang telah bertanya bagaimana saya menghasilkan tag pada sidebar blog ini.
Abaikan cara sukar tersebut kerana saya bermain dengan kod php untuk meletakkannya. Namun cara yang paling mudah adalah menggunakan plugin yang disediakan untuk membolehkan anda tag setiap artikel anda pada technorati. Istimewanya jika anda gunakan blog wordpress, semua kerja tag & ping akan dilakukan secara automatik.
Dalam artikel ini saya tidak dapat menunjukkan bagaiamana memasang plugin tersebut. Namun jika anda membeli “Ebook Panduan Membina Blog Wordpress” anda boleh rujuk panduan untuk memasang plugin ini.
Saya lupa mana saya dapatkan plugin ini, namun jika berminat anda boleh download pada link di bawah ini. Selepas pasangkan pada blog wordpress, anda hanya perlu menaip kod seperti dibawah setiap kali selesai menulis sesuatu post atau artikel. Nanti secara automatik akan wujud tag untuk keyword artikel tersebut.
Contoh tag yang akan terhasil seperti dibawah artikel ini. Selamat mencuma teknik memasang tag pada artikel. Semoga memberi pelawat yang ramai ke laman perniagaan internet anda he..he..
Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..Anda baru dalam perniagaan internet? Anda ada masalah membina laman web, blog mahupun salesletter? Sebenarnya ada cara mudah membinanya, ya!! semudah A B C sahaja. Sebenarnya saya terjumpa kaedah ini semasa menjelajah youtube 2 hari lepas.
Saya dah cuba praktikan ternyata ianya teramat-amat mudah digunakan.Saya sungguh kagum dengan sipencipta program ini. Masalah anda dalam perniagaan internet khususnya pembina laman web, salesletter dan blog mungkin akan dapat diatasi dengan mudah kini. Sesiapa pun boleh membuat laman web ala-ala professional dengan cara yang teramat-amat simple.. Kod-kod adsense juga boleh diletakkan mengikut kemahuan anda dimana sahaja dalam laman web yang anda bina mengikut kemahuan anda. Amat-amat sesuai untuk pengiat-pengiat adsense juga yang mempunyai masalah membina laman web mahupun blog.
Anda tidak percaya anda boleh view sedikit sedutan youtube dibawah ini.. Klik butang play, kemudian klik pause lebih kurang 3 minit kemudian klik play semula untuk memastikan videoklip tidak terputus-putus semasa anda menonton. Anda pasti teruja melihatnya he..he..
Apa yang membuatkan program ini lebih menarik, kerana setelah anda siap design laman web, salesletter mahupun blog nanti secara automatik anda boleh pindahkkan ke hosting anda dengan hanya 3 langkah. Mahu guna hosting percuma juga boleh .
Namun khabarnya program ini akan dibuka kepada 1000 orang yang terawal sahaja dan selepas itu ianya akan menutup keahlian, ini bagi memastikan server mereka dapat menampung penggunaan 1000 pelanggan terawal ini. Boleh juga join lepas tu, tapi berbayar la kot he..he.. Saya tidak pasti kini berapa ramai dah keahlian, namun setakat hari ini mereka masih menerima anda menjadi ahli mereka.
Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang ini bukan sahaja menarik malahan percuma pula tu!!
Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini, saya akan mencari bahan-bahan menarik untuk anda dan perniagaan internet anda.
Jumpa lagi ye!!
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Ya!! anda tidak tersalah baca.. kini Tun Dr. Mahathir juga telah mula menulis blog untuk meluahkan sebarang pandangan serta pendapat beliau mengenai perkembangan politik di negara kita Malaysia. Emm.. Kepada anda yang meminati senario politik Malaysia, silalah berkunjung ke Blog Tun kerana Tun bukan calang-calang orang dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang banyak mewarnai dan mencorakkan Malaysia.
Apa yang istimewanya mengenai blog Tun adalah kerana ianya di tulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa Malaysia dan adakalanya bahasa english bersesuaian dengan post yang akan di bincangkan.
Anda lihat sendiri.. orang yang begitu berpengaruh di Malaysia juga menggunakan blog untuk menulis. Kalau anda fikir-fikirkan sendiri, apa perlunya Tun Dr. Mahathir menulis dalam blog, sebab setiap butir patah perkataan beliau pada umum akan tersebar sekelip mata sahaja di segenap pelusuk negara kita Malaysia juga dunia.
Namun kenapa Tun Dr. Mahathir kini memilih blog sebagai medan untuk beliau menulis? Sebab Tun tahu kekuatan blog sangat-sangat hebat untuk di jadikan senjata dalam bidang penulisan di alaf baru ini. Bukti utama yang tidak boleh di sangkal adalah kekalahan teruk kerajaan pada pilihanraya baru-baru ini. Walaupun dapat memerintah Malaysia kembali, namun dengan majoriti kurang dari 2/3. Walaupun bukan 100% dari kekuatan blog.. tapi sedikit sebanyak blog juga memainkan peranan.
Adakah melampau jika saya katakan blog adalah satu kemestian kini untuk semua orang?. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai komputer dan talian internet. Fikirkan la.. kalau orang macam Tun Dr. Mahathir yang begitu popular dan berpengaruh juga menggunakan blog, apatah lagi orang yang langsung tidak ternama macam anda mahupun saya.
Jadi fikir-fikirkan la untuk mempunyai blog sendiri. Mulakan penulisan anda.. Tapi untuk apa? Untuk berkongsi pengalaman mungkin, untuk membina kredibiliti mungkin, untuk menambah kenalan talian mungkin, untuk membuat network mungkin, untuk memberi tutorial mungkin, untuk apa sahaja tak kisah!!, yang penting anda mempunyai blog peribadi anda sendiri.
Saya dalam perancangan untuk berkempen memulakan 1 kempen membantu newbie dalam perniagaan internet ini. Ni bukan kempen pilihanraya tau! . Ya! kempen ini saya dah fikir lama dah, namun oleh kerana kekurangan masa saya tangguhkan kempen ini sehingga kini.
Berita baiknya saya akan meneruskan kempen ini dan kini dalam proses membuat minisite. Tapi tak janji la bila boleh siap. Nanti saya umumkan pada blog ini setelah ianya dilancarkan. Saya akan meminta beberapa bantuan dari mereka yang berminat berkempen bersama saya dan yang pastinya mereka akan mendapat sedikit kelebihan. Tapi pastikan anda mempunyai blog la, kalau tiada alamat melepas la nanti .
Kempen apa tu? Saya tidak mahu memberitahu masa ini, nanti tak suprise la!! .Namun saya pasti kempen ini mungkin sedikit sebanyak merubah serta memberi semangat kepada anda untuk meneruskan perniagaan internet ini he..he..
Sepanjang kempen ini berlangsung anda akan diberikan pelbagai teknik serta tips-tips yang jarang atau mungkin anda tidak pernah dengar sebelum ini. Caranya anda hanya pilih satu dari semua teknik tu, kemudian lakukan dan lihat sama ada ianya bersesuaian dengan anda atau tidak. Jangan tamak nak buat semua sekali lak!! alamat anda tidak akan ke mana-mana pun.
Saya pasti anda kini dah tak sabar nak tahu lebih lanjut tentang kempen ini.. “Jebat bagitahu la.. plzzz!!… Tak nak!! ha..ha.. Ooo kejamnya saya membiarkan anda ternanti-nanti. Masalahnya bukan kejam adik hoi!! tapi benda tak siap lagi. Jadi kena tunggu la dan selalu ye berkunjung ke sini!!
Wasalam..
P.S: Smartzul akan mengeluarkan produk terbaru dalam masa terdekat ini. Zul juga akan sertakan lesen RR hanya untuk 50 orang sahaja. Jom tengok produk ini, mana la tahu anda berminat!.. Klik Disini!!!!
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Maaf ye semalam tidak dapat buat post sebab kena kerja 12 jam.. Letih la. Emmm ada juga la yang tidak sabar nak tahu teknik yang ke dua ini. Siap email tanya macam mana teknik tu . Jadi bersemangat pula saya nak ceritakan teknik ni he..he..
Tahniah kepada yang bertanya kerana anda ada satu dalam diri anda iaitu perasaan ingin tahu. Biasa perasaan ingin tahu dan seterusnya membuat pertanyaan adalah salah satu kaedah atau proses pembelajaran yang baik. Sebab tu budak-budak atau anak-anak kita selalu bertanya itu dan ini,disebabkan mereka dalam proses pembelajaran.
Cuma dalam perniagaan internet, tindakan juga penting la, sebab banyak teknik melibatkan teknikal.. kira dah ada teori, anda kena buat praktikal. Iskh!! membebel pula Jebat ni.. Bila nak cerita teknik yang kedua ni!!!!?? He..He..
Ok saya teruskan.. untuk teknik yang kedua ini saya tujukan kepada anda yang selalu kekeringan idea untuk menulis. Namun kepada anda yang banyak idea menulis pun boleh cuba juga teknik yang kedua ni .
Baik teknik yang kedua adalah mewujudkan forum pada blog anda. Di akui kuasa forum juga dapat meningkatkan traffic pada blog. Namun teknik ini je tidak mencukupi kerana sebelum menwujudkan forum anda kena tahu apa topik niche yang ingin anda buka pada forum anda. Topik kena la popular dan orang suka dan selalu nak bertandang ke situ. Kira tidak bosan kalau menjadi ahli forum tu.
*Image contoh forum pada blog
Jangan pula membuka forum untuk berkenal-kenalan ke sebab anda bukan artis yang orang ramai perlu untuk berkenalan he..he.. Buka forum untuk berborak-borak ke sebab semua kat internet ni tiada masa nak layan anda berborak he..he.. Tapi cari sesuatu yang orang lain excited nak join forum anda. Tidak mengapa mulakan dengan bilangan ahli kecil terlebih dahulu.
Satu contoh kata lah anda pakar dalam sesuatu teknik tertentu. Apa kata anda ambil beberapa orang ahli yang ingin anda ajar secara percuma.. katalah 10 orang. Insyaallah akan berebut orang menjadi ahli pada forum anda itu. Cukup 10 orang tutup thread forum itu dan mulakan latihan. Yang pasti ahli 10 orang ini akan aktif pada forum anda . Mana yang tidak berjaya mengikuti latihan dengan anda, saya percaya akan selalu jenguk ke forum tersebut untuk melihat lain peluang kalau ada. Mulakan dengan 10 kemudian 100 kemudian 1000 .
Atau anda boleh membuka pada umum. Tak kisah berapa ramai yang ingin belajar teknik tu.. Atau anda boleh membuat pertandingan.. atau anda boleh membantu mana-mana newbie dalam permasalahan niche yanga anda buka.. atau anda boleh membuka forum anda tempat pertanyaan atau anda boleh.. bla..bla.. bla..
Tak kisah apa niche atau fokus yang ingin anda buka pada forum anda, tapi pastikan ianya dapat menarik sedikit traffic ke blog anda itu. Mulakan dengan sedikit, insyaallah lama kelamaan akan ramai yang bertandang ke forum blog anda. walaupun anda tidak kerap membuat post pada blog .
Tapi Jebat macam mana nak buat forum blog tu? Ummmhh!!, saya agak sibuk sedikit untuk mengajar mambuat forum pada blog. Apa kata anda pergi ke blog member saya ini, sebab kat blognya anda memberi tutorial bagaimana membina forum pada blog. Anda boleh klik link dibawah ini. Apa-apa yang tak faham buat pertanyaan kat situ he..he..
Saya harap ianya dapat menarik traffic atau pelawat ke blog anda. Ada banyak lagi teknik yang saya ingin ceritakan. Anda teruskan membaca pada blog saya ini. Satu saya nak ingatkan, jika anda menggunakan blog percuma anda tidak akan membina forum blog . Jika berminat untuk mempelajari bagaimana membuat blog seperti ini anda boleh klik link dibawah ini.