Posts filed under 'Belajar Cpanel'
Masih terlalu awal untuk bercerita pasal raya
, Namun mood laman web ini akan sedikit berbeza untuk meraihkan syawal yang bakal menjelma he..he.. Sebenarnya pada hari jumaat ini saya akan mula bercuti raya dari perniagaan internet dan kerja offline yep.. yep.. horeyy!!
.
Mengenai tajuk post ini, sebenarnya saya senantiasa memantau ebook tulisan saya, sama ada masih releven di pasaran atau tidak. Ini berikutan ebook yang di tulis 2 tahun lepas berkemungkinan tidak sesuai untuk tahun yang akan datang.
Begitu juga halnya dengan Ebook Panduan Asas Cpanel, saya akan memastikan penggunaannya senantiasa di update dan sesuai sehingga kini. Yang tebaru namun benda ini tak baru juga la, telah ada syarikat web hosting yang menggunakan cpanel versi 11, contoh seperti ecommercemastery.com, internet-webhosting.com.

Masalahnya ebook cpanel yang saya tulis adalah berpandukan cpanel versi 10 yang memang di gunakan rata-rata oleh semua orang ketika itu dan kini masih juga releven. Antara syarikat web hosting yang menggunakan versi 10 ini ialah seperti sempoihosting, namsahaz, netkl dan banyak lagi..

Saya terfikir juga untuk update ebook cpanel ini dengan menggunakan tool cpanel versi 11, namun penggunaan cpanel versi 10 juga masih releven dan saya berani kata, lebih banyak yang menggunakan versi 10 berbanding versi 11 buat masa ini.
Oleh itu, buat masa ini saya belum lagi hendak menukarkan Ebook Cpanel dengan tool versi 11. Disebabkan perkara di atas dan salah satu sebab lain adalah versi 11 dan versi 10 hanya mempunyai perbezaan kecil. Buktinya saya klik pada webmail kedua-dua cpanel ini dan perhatikan paparannya
Cpanel versi 11 .

Â
Cpanel Versi 10 .

Sama tak?
. Kepada pembeli ebook yang menggunakan cpanel versi 11, jangan khuatir kerana Ebook Panduan Asas Cpanel ini masih releven untuk digunakan. Jumpa lagi dan selamat berpuasa.

September 22nd, 2008
Hari ini 20/08/08, jika anda klik pada laman web jualan Ebook Cpanel saya, mungkin anda tidak akan dapat view laman web tersebut disebabkan masalah hardware dari Syarikat web hosting yang di sewa, dimana mereka telah memaklumkan kepada saya sebelum ini.
Hari ini juga jika anda melawat beberapa blog popular, jika masalah serupa berlaku, jangan betulkan connection internet anda, kerana semua yang menggunakan server yang sama akan mengalami masalah yang sama. Sampai bila? Mungkin 24 jam atau lebih.
Jika anda serius dalam perniagaan internet, seharusnya anda jangan menggunakan server web hosting yang sama untuk ke semua laman web atau blog anda. Tahu kenapa? Anda bayangkan jika menggunakan server web hosting yang sama, jika masalah seperti ini berlaku alamat perniagaan anda 100% lumpuh.
Namun jika anda menggunakan server yang berbeza, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai 50% perniagaan internet yang masih berjalan seperti biasa. Kalau biasa anda untung sehari RM100, mungkin hari ini kurang sikit la RM50 kot, alhamdulilah juga la anda masih mempunyai pendapatan kan
. Daripada tiada langsung..
Setakat ke hari ini saya telah menggunakan 4 web hosting berbeza untuk ke semua web dan blog perniagaan internet saya. Selain itu saya juga memilih server kat US untuk web yang target visitor dari sana dan server kat Malaysia untuk perniagaan internet yang kat Malaysia, salah satu contohnya adalah blog ini yang menggunakan server Malaysia.
Tahu kenapa saya gunakan server Malaysia untuk target visitor kat Malaysia dan server US untuk target visitor kat US? Salah satu sebab adalah supaya kecekapan server tu lagi tinggi jika berdekatan berbanding dengan jauh beribu batu.
Ingat lagi tak gempa bumi di China kalau tak silap saya, yang mengakibatkan gangguan kabel internet dasar laut tu.. Masa tu kat Malaysia tidak dapat view internet dari luar negara seperti yahoo, google, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Bayangkan kalau masa tu anda menggunakan server Malaysia untuk jual produk yang target pembeli dari oversea.. lumpuh lagi la perniagaan internet anda kan..
Tapi jika anda menggunakan server US, walaupun masalah ini berlaku kat Malaysia, perniagaan internet anda di luar sana masih berjalan seperti biasa. sekali lagi anda dapat mengelakkan perniagaan internet anda bermasalah.
Itu sahaja tips berkaitan web hosting untuk yang serius ingin menjalankan perniagaan internet. Walaupun masalah server ini jarang berlaku, namun bersiap sedia dari segala kemungkinan memastikan perniagaan internet anda senantiasa berjalan lancar, insyaallah
.

September 20th, 2008
Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli
.
Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join
.
Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan
.Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.
Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

February 19th, 2008
Sudah hampir seminggu saya tidak membuat post blog ini walaupun musim cuti perayaan kini. Jawapannya, saya tidak bercuti dan amat sibuk di sebabkan cover member yang bercuti untuk sambut perayaan. Pendek kata, semasa anda bercuti, saya sebenarnya tengah sibuk bekerja
.
Semalam saya diajukan pertanyaan oleh seorang kawan saya yang berminat untuk menceburi diri dalam perniagaan internet. Beliau bertanya “apakah produk yang boleh saya jual di internet?” Selepas itu dengan bersemangat saya menerangkan semua bentuk produk yang boleh di jual di internet. Tahu apa jawapannya.. SUSAHNYA!!. Emm.. susah!, jika anda tidak pernah membuatnya.. namun kalau anda telah membuatnya, ianya tidak la sesukar mana. Jadi untuk tidak melemah semangatkan hati beliau, saya memberi cadangan bentuk produk yang mudah untuk dijual dan semuanya telah disediakan
.
Produk tersebut adalah produk yang mempunyai resell rights atau master resell rights. Kenapa produk ini dikatakan mudah? Sebab semuanya telah disediakan untuk anda merangkumi ebook atau perisian, laman web jualan, banner promosi dan lain-lain. Disamping itu anda akan mendapat support dari owner laman web tersebut.
Bukan itu sahaja, produk resell rights atau master resell rights ini kebiasaannya mempunyai pemintaan yang tinggi di pasaran. Ini terbukti kerana daripada 3 produk reseller, saya mendapat untung berganda-ganda dari harga pembelian resell rights ebook tersebut.

Produk 1 (Resell Rights) - Ebook Panduan Maybank2u Online Stocks ini saya dapatkan dari En.Aku dengan harga RM120. Oleh itu saya boleh menjualkannya kembali dan 100% keuntungan milik saya
.Sehingga kini saya telah menjual produk ini sebanyak 11 buah dengan harga RM90.
RM90 x 11 = RM990 –> Kos RM120 (Harga RR) + RM100 (Harga web hosting) = RM220
Oleh sebab itu keuntungan saya RM990-RM220 = RM770
==========================================
Produk 2 (Resell Rights) - Ebook Panduan Asas Membina BLog ini saya beli resell rights dari Smartzul dengan harga RM137. Sehingga kini saya telah menjual sebanyak 17 buah ebook ini.
RM55 x 17 = RM935 –> Kos RM137Â (Harga RR) + RM100 (harga web hosting)Â = RM237
Oleh sebab itu keuntungan saya RM935-RM220 = RM715
==========================================
Produk 3 (Master Resell Rights) - Ebook panduan mudah FTP ini saya dapatkan dengan harga RM20 dan kini saya telah menghasilkan jualan sebanyak 10 buah. Oleh itu keuntungan RM20 x 10 = RM200 –> RM200 - RM20 (Harga MRR) = RM180
Anda lihat bagaimana dengan produk Resell Rights dan Master Resell Rights saya membuat keuntungan berlipat kali ganda dalam perniagaan internet ini. Bukan sahaja mudah, malahan yang penting sehingga kini produk ini masih saya jual dan menjadi salah satu hasil pendapatan saya di internet.
Mudah bukan!!
. Secara ringkasnya jika anda tidak mempunyai produk jualan di internet, apa kata cuba cara saya mendapatkan keuntungan dengan menjual produk RR atau MRR.
Saya berminat la!! Tapi mana nak dapatkan produk RR atau MRR ini? Anda boleh mendapatkan produk ini jika ada sesiapa yang menawarkan bentuk produk sebegini. Atau anda boleh mendapatkannya dari saya.. kerana saya kini sedang mencari 100 orang yang berminat menjual produk Ebook Cpanel dengan 100% keuntungan milik anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link di bawah ini.
http://belajarcpanel.com/ResellRights
Harap anda juga boleh mendapatkan RM1 pertama di internet
. Jumpa lagi!!

February 10th, 2008
Selamat pagi semua
,
Maafkan saya sebab tidak memberikan perkhabaran projek resell rights yang berlangsung semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar semalam dan di kesan hanya mempunyai satu kesilapan kecil iaitu satu paparan imej tertinggal. Namun atas maklumat seorang pembeli, kesilapan itu telah saya betulkan. Terima kasih Rawaida.
Sehingga kini jual beli terus berlangsung. Bermula dengan pelancaran semalam pada pukul 9.00 pagi, agak senyap seketika mungkin sebab orang tengah kerja dimana sehingga pukul 10.30 pagi hanya seorang sahaja yang membeli.
Namun tepat pukul 1.00 tghr, order menderu-deru masuk, mungkin di sebabkan masa rehat jadi orang mengambil masa rehat ini untuk bank-in kan duit mereka
.Setakat ini telah berlaku jualan sebanyak 18 unit dari 44 yang telah booking. Jadi saya rumuskan kini, tetap masih ada 56 lagi kekosongan yang perlu di isikan. Saya pasti anda yang menempah akan melakukan belian. Namun belum ada masa untuk mengadap komputer atau nak tunggu gaji masuk hujung bulan ini
. Tidak mengapa saya akan terus simpan unit yang anda tempah.
Setakat ini saya tidak dapat pastikan adakah semua pembeli semalam dari senarai yang membuat tempahan. Nanti saya cek balik ye, untuk memastikan mereka yang tempah awal tidak terlepas peluang ini. Saya simpan satu untuk anda!!
.
Letih juga melayan pembelian semalam. Namun amat berbaloi dengan penat lelah selama ini. Sampai pukul 11.00 malam tadi masih ada tempahan masuk dan semuanya telah saya berikan produk pakej resell rights tersebut. Anda sebenarnya sudah boleh membuat jualan serta merta.
Namun nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk membuat jualan. Pastikan semua yang saya bekalkan telah di edit dan berfungsi sepenuhnya. Berita baiknya saya telah pasangkan semuanya pada laman web. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi sahaja.
Bab penting adalah page untuk pembayaran, pastikan dapat berfungsi. Pastu atur strategi dan teknik promosi yang berkesan. Insayaallah ada rezeki untuk semua dalam perniagaan internet ini. Boleh masuk ruangan forum untuk berbincang teknik dan cara promosi.
Baik itu sahaja. Ada kerja sikit perlu saya habiskan. Emm.. ada satu order masuk lagi. Jadi jumlah unit yang sudah jual sebanyak 19 unit.

P.S: Ucapan terima kasih untuk Labanon kerana sudi JV dengan saya. Semua pembeli ebook saya akan mendapat kupon diskaun RM5 untuk produk 101 tips adsense terbongkar. Untuk melihat anda KLIK DISINI!
January 22nd, 2008
Previous Posts