Kemahiran penulisan sebenarnya memberikan kelebihan pada seseorang yang berminat berkecimpung dalam perniagaan internet. Namun tidak bermakna anda yang tidak mempunyai latar belakang penulisan tidak boleh berjaya dalam perniagaan internet ini!.
Kenapa saya berkata demikian? Ya jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet tak boleh tidak anda perlu menulis
. Semua IM pun sama mereka perlu menulis. Kerana kekuatan perniagaan internet sebenarnya melalui penulisan tidak kira sama ada anda menerbitkan ebook, membuat artikel, update blog, salesletter, menjawap pertanyaan pelanggan, membuat broadcast pada mail list anda dan seribu macam lagi.
“Namun masalahnya saya langsung tidak ada pengalaman untuk menulis? Boleh ke saya menceburi perniagaan internet ini?”. Boleh! selagi anda ada keinginan untuk menulis
.
Saya sebenarnya tertarik dengan teknik Fadzli yusoff yang berjaya menghasilkan 15 buah buku dalam tempoh setahun. Walaupun bukan berlatarbelakangkan bidang penulisan, namun beliau berjaya menghasilkan penulisan yang bermutu dan dapat menyiapkan buku sebanyak itu dalam tempoh setahun.

Bagaimanakah teknik saudara Fadzli yusof? Caranya amat simple.. Pada awalnya saudara Fadzli akan merancang penulisan sesuatu buku dan target buku tersebut andaikan 120 mukasurat. Tukarkan 120 mukasurat kepada 120 hari dan ini bersamaan 4 bulan. Jadi saudara Fadzli akan mula menulis tiap-tiap hari hanya 1 mukasurat dan selang 4 bulan buku tersebut siap untuk di terbitkan.
Bayangkan untuk hanya 1 muka surat dalam sehari, pastinya sesiapa pun mampu berbuat demikian dan saya percaya jika anda mengarang sesuatu penulisan hanya satu mukasurat sehari saya yakin karangan anda akan terlalu indah dan bermutu. Laa tak kan karang 1 mukasurat dalam tempoh 24 jam tak boleh cari isi yang meletooppp!!! betul tak?
Teknik saudara Fadzli ini sebenarnya sesuai diaplikasikan dalam penerbitan ebook atau untuk update blog anda. Andaikata anda ingin menerbitkan ebook sendiri, boleh cari niche yang power tak kisah la ambil la berapa masa pun. Setelah jumpa niche yang sesuai rancang dan terbitkan ebook mengikut teknik saudara Fadzli. Andaikata hari ini anda sibuk tak sempat menyiapkan 1 mukasurat, keesokannya tak boleh tidak anda perlu menyiapkan 2 mukasurat.
Untuk update blog juga anda boleh gunakan teknik ini. Andaikan anda ingin membuat post 3 hari sekali, gunakan 3 hari tu untuk membuat 1 artikel yang bermutu. Jika teknik ini anda boleh disiplin dan amalkan, saya yakin anda boleh pergi jauh dalam perniagaan internet anda. Kredit untuk Saudara Fadzli Yusoff. Tq

November 21st, 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa juga kepada seluruh umat islam di mana anda berada.
Sedar tak sedar hari ini.. emmm.. lupa pula dah puasa ke berapa!. Memang saya tak pernah kira pun, benda wajib yang penting tunaikan je la sehingga syawal tiba nanti
.
Baik hari ini saya bagi satu cara atau lebih kurang macam kes studi la bagaimana membina ebook yang mempunyai value atau permintaan. Sebenarnya nak buat ebook kena tahu juga ebook itu mempunyai permintaan atau tidak. Artikel ini ditujukan pada newbie yang baru hendak mereka cipta ebook sendiri.
Selain dari membuat survey sebenarnya anda sendiri boleh rasa ebook itu mampu meletup atau tidak.. Chewah.. ini dah macam cite nujum pak belalang ni he..he.. Ya! saya tidak tipu. Baik anda baca hingga habis cerita di bawah ini. Pastu nanti anda fikir-fikirkan la ye..
Kes studi..
Keperluan asas yang perlu ada dalam perniagaan internet ialah komputer dan talian internet anda. Memang menyakitkan kepala jika kedua-dua keperluan ini bermasalah dan yang lebih menyukarkan jika anda tidak tahu nak buat apa apabila masalah menimpa kedua-duanya. Betul tak?
Selama 3 tahun saya berkecimpung dengan perniagaan internet ini, sudah 3 kali saya mengalami masalah yang berulang iaitu komputer terkena virus. Pada awalnya memang pening di buatnya. Komputer terpaksa hantar kat kedai untuk format balik kemudian masukkan software baru semula di mana kos kesemuanya ialah RM60.
Ada sekali tu kebetulan komputer bermasalah pada hari sabtu. Nak tak nak sehingga isnin baru dapat kembali komputer. Itu kalau kena peniaga yang jujur la, kalau tak mungkin makan masa 4 atau 5 hari pastu mereka buat cerita hardisk problem la, mother board terbakar la.. dari RM60 dah jadi ratusan ringgit..
Nak tak nak saya tekadkan diri belajar cara untuk format komputer ini. Kebetulan ada kawan yang tahu buat benda ni.. Nak di jadikan cerita, satu kali komputer bermasalah saya terus rujuk pada kawan ni. Saya belanja dia makan, minum dan tengok wayang sekali.. Ni bukan rasuah tau!! dan pujuk dia formatkan komputer saya tu dan ajar saya sekali he..he..
Mungkin disebabkan pujuk rayu manis tersebut
, saya berjaya belajar ilmu baru ni dan alhamdulilah kini saya boleh format komputer sendiri jika bermasalah. Saya percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah ini, namun ramai di luar sana yang mengalami masalah serupa.. betul tak?
Ini terbukti sehingga hari ini telah ada kawan-kawan yang meminta tolong format komputer mereka semula. Memang saya bagi free je.. namun ada juga diantara mereka yang menghulurkan duit atau belanja makan
.
Kesimpulannya jika saya membuat ebook berkaitan format komputer ini, anda rasa ebook ini akan laku tak? Tanya diri anda berapa ramai di luar sana yang mempunyai komputer? Tanya diri anda berapa ramai diluar sana yang tahu format komputer jika terkena virus? dan akhir sekali tanya diri anda pernah tak komputer terkena virus? he..he..
Dah tamat dah.. Saya rasa anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Yang penting dalam pembinaan ebook ialah, bagaimana ianya dapat memberikan kelebihan pada pembeli anda kelak. Semoga berjaya dalam perniagaan internet anda.
Wasalam.
p/s: Ada diluar sana yang tahu format komputer? Jangan ambil tau idea nak buat ebook berkenaan format komputer ni, ni idea saya.. ha..ha..

September 13th, 2008