Posts filed under 'Buku online'
Alhamdulilah kini saya beransur pulih daripada demam yang melanda sejak 3 hari lepas. Yang peliknya walaupun demam panas, namun doktor tidak memberi MC. Jadi saya kuatkan juga diri untuk kerja offline saya di luar sana, setelah balik ke rumah, tidak mampu saya untuk update blog, apatah lagi mengerjakan kerja online ini. Hari ini baru sihat sepenuhnya
.Maafkan saya kerana lewat sehari mengumumkan pelancaran Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0. Ebook ini telah dilancarkan semalam 27/05/2008. Ebook ini akan dijual secara terhad seperti mana versi 1.0 yang terdahulu. Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang pelanggan versi terdahulu.

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0
Memang saya mengakui isi kandungan ebook ini mampu untuk anda menjana pendapatan secara tetap melalui google adsense. Kerana kekuatan ebook ini adalah cara mendapatkan ranking top 10Â pada search enjin seperti google, yahoo dan msn bagi menjamin traffic atau pelawat pada blog anda untuk mendapatkan pendapatan tanpa henti melalui google adsense.
Bagi anda yang belum mendapatkan isi kandungan preview setebal 33 mukasurat ebook ini, bolehlah mendownloadnya melalui link di bawah ini. Anda boleh baca serba sedikit isi kandungan ebook ini, selepas itu anda putuskan adakah ebook ini sesuai untuk anda pelajari atau tidak.
LINK DOWNLOAD PREVIEW EBOOK JANA WANG ADSENSE
Tapi kena cepat la, sebab seperti yang saya katakan tadi ebook ini adalah terhad dan jualannya akan di hentikan setelah memenuhi kuantiti jualan yang di tetapkan.

May 28th, 2008
Salam semua,
Apa khabar anda hari ini? Harap sihat hendaknya. Post kali ini berbentuk survey mengenai minat anda terhadap proses pembelajaran melalui internet. Berbeza dengan suatu masa dahulu dimana proses pembelajar melalui internet hanya melalui ebook. Namun kini telah ramai pakar yang membuat video tutorial untuk proses pembelajaran melalui internet ini.
Bukan itu sahaja, telah ramai juga pakar yang mewujudkan forum support, servis dan tutorial melalui YM (yahoo messenger) dan macam-macam lagi. Namun hanya dua perkara yang akan saya sentuh iaitu Ebook dan video tutorial, kerana ini yang paling popular IM gunakan untuk membantu anda.
Anda lebih minat yang mana dalam proses pembelajaran ini kalau dibahagi hanya satu pilihan.. Ebook atau Video Tutiorial? Secara logik rasanya ramai yang meminati video tutorial rasanya la
. Namun tak mustahil ada yang lebih tertumpu pada ebook untuk proses pembelajar di internet berbanding dengan video tutorial. Betul tak?
“Betul la abang Jebat.. ebook ini tak berapa detail berbanding dengan video tutorial. Kalau video tutorial step by step cara ditunjukkan, rasanya seperti saya lebih dekat dengan proses tu!! Ini mungkin alasan anda yang meminati video tutorial”.
“Saya lebih mengemari ebook. Ada masalah, saya boleh pergi detail ke masalah tersebut. Hanya semak bab mana dan mukasurat mana.. terus dah ada depan mata saya. Kalau video tutorial saya nak kena tunggu buffer penuh.. Nak cari bab yang tak faham.. terpaksa tengok je video hingga sampai pada bab tersebut.. Ini contoh alasan orang yang meminati ebook la
“.
Nak tahu juga pendapat anda lebih mengemari yang mana? Sebab walaupun video tutorial lebih efektif untuk proses pembelajar, kerana ianya adalah melalui penglihatan dan pendengaran berbanding ebook yang lebih pada penglihatan.. namun saya yakin anda ada alasan sendiri kenapa lebih meminati ebook atau video tutorial?
Kerana saya yakin dan pasti masing-masing ada kelebihan masing-masing. Secara jujur saya lebih meminati ebook berbanding video tutorial. Ini mungkin di sebabkan saya lebih minat membaca dari menonton TV he..he..

April 3rd, 2008
Salam semua,
Ya saya terlalu banyak idea untuk menulis, namun agak kesuntukan masa sedikit
. Jadi idea menulis tu saya simpan dulu ye. Saya juga mempunyai 3 email yang perlukan saya reply segera, ada masa malam nanti semuanya saya reply. Harap sabar menanti.. Sibuk sikit dengan kempen kerja offline di samping beberapa kerja yang memerlukan ketelitian.. Semuanya kerja offline.
Jadi untuk hari ini saya cuma ingin menyampaikan kepada anda, majalah IM keluaran mac 2008 telah terbit dan telah sedia untuk anda download. Banyak info berkenaan perniagaan internet yang anda boleh dapati melalui majalah IM ini. Segera mendownload dan ianya 100% percuma.

Antara isu yang dikuapas untuk keluaran mac ini ialah:

Emm.. nampak macam menarik! Ok la saya nak baca jap majalah IM ni. Jumpa lagi nanti ye.. nak bersiap pergi solat jumaat pula pasni. Wasalam
Â
March 7th, 2008
Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli
.
Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join
.
Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan
.Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.
Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

February 19th, 2008
Sejak seminggu lepas saya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai produk terbaru di internet. Pada awalnya saya buat tak layan je he..he.. tapi dah ramai sangat yang bertanya tentang produk ini, jadi saya ambil keputusan untuk menjawap pada blog ini. Sebab saya tak larat nak jawap satu persatu email anda
.
Produk apa tu? Tiadalah rahsia sangat, sebab saya percaya anda juga ada menerima email berkenaan produk terbaru perniagaan internet ini dari mereka yang tidak diundang. Tak baik buat spam ni adik hoi!!.. Lagipun melanggar syarat agen affiliate tu. Baik.. produk yang saya maksudkan ialah ‘Ebook Duit Sekelip Mata’.

Oooohhh!!! Produk ni!
.. Ya! produk ini. Boleh caya ke ebook membuat duit dengan sekelip mata ni?. Nak beli rasa was-was la juga, ye la mudah sangat ke nak buat duit ni? Saya takut terkena lagi la, hari tu beli ebook buat duit juga pastu dia suruh promosikan affiliate dan dapat duit. Saya tanya abang sebab abang dah lama dalam perniagaan internet ni. Ni produk duduk diam-diam dapat duit ke? Naper dia nak bagitahu orang kalau betul produk tu boleh buat duit.. dan seribu satu macam pertanyaan lagi. Pening nak jawap ni.. sebab ebook tu bukan saya yang tuliskan
.
Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa tok bomoh bertanyakan berkenaan dengan produk ini he..he.. gurau je la. Sebagai tidak menghampakan, saya cuba menjawap pertanyaan anda kerana risau anda tidak lena tidur terkenangkan produk ini. Nak jawap saya kena tahu isi kandungan ebook ini terlebih dahulu, oleh itu semalam saya beli sendiri ebook ini dan hari ini saya melihat akaun paypal saya. Wahh!! hebat ebook ini…Â
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
duit belum masuk lagi ni he..he.. marah ni!!
Baik secara jujur produk ini adalah penerangan langkah demi langkah berkenaan ebay dan bagaimana dengan ebay anda boleh menjana pendapatan. Saya suka dengan produk ini kerana memberi saya input berkenaan cara jualan di ebay dengan satu niche tertentu. Ia bermanfaat jika sekiranya anda belum didedahkan dengan jual beli di ebay. Kepada anda yang sudah pakar mengenai ebay, rasanya produk ini tidak banyak membantu.
Namun adakah ebook ini boleh menghasilkan wang sekelip mata dan setiap saat
. Jawapannya boleh tapi anda kena bekerja keras juga la. Kalau tak kerja keras memang tak boleh dapat walau sesen pun. Saya tak buat apa lagi.. sebab tu akaun paypal pagi tadi kosong je he..he..
Sebab kat sini masih ada urusan jual dan beli. Namun teknik yang digunakan rasanya berkesan tapi kena buat sedikit kajian produk yang ada permintaan tinggi. Yang baiknya produk ini adalah penerangan langkah demi langkah dan anda akan dapat lihat proses jualan sebenar di ebay. Apa yang perlu anda buat adalah menyemak sahaja akaun paypal duit sudah masuk atau belum. Tapi ingat! anda buat baru dapat duit, tak buat duit tak dapat la.
Rumusannya produk ini adalah asas penjualan sebenar di ebay dengan sesuatu niche jualan yang rasanya berkesan juga la untuk mendapatkan hasil atau RM1 pertama akaun paypal anda. Saya ulangi produk ini hanya sesuai untuk anda yang belum mempunyai asas jual beli di ebay. Untuk melihat bentuk produk ini
http://mesrainternet.com/belajarebay
Saya juga ada membeli satu lagi ebook berkenaan ebay untuk membandingkan kedua-dua produk ini. Post ini sudah terlalu panjang, jadi saya akan ceritakan berkenaan ebook yang satu lagi di lain post. Harap mambantu
.

February 14th, 2008
Previous Posts