Posts filed under 'Cara Promosi'

Promosi Percuma Namun Hasil Gempak Kalau Kena Cara

Baru-baru ini saya menemui satu cara promosi percuma perniagaan internet anda, tapi traffic beratus-ratus malahan beribu-ribu lemon kalau kena cara. Namun cara ini memerlukan anda mempunyai nama domain yang senang sebutan, tidak mengelirukan, jangan terlalu panjang dan pastinya orang yang mendengar senang nak ingat.

Kalau nama domain anda mengelirukan macam domain ni ‘4candatsotong.com’ nanti orang yang dengar akan taip fourcandatsotong.com atau terlalu panjang seperti kainbatikbaikpunya.com.. ni boleh nak ingat ke? Tentunya ingat-ingat lupa kalau nama domain panjang macam ni kan.. jadi dah rugi traffic yang dengar kat situ. Jadi kalau nak guna cara promosi ni pastikan nama domain anda betulkan terlebih dahulu menjadi seperti ini ‘belajarblog.com’.. ‘belajarcpanel.com’.. ‘mesrainternet.com’.. ha..ha.. ala mestilah Jebat kata ok, sebab semua tu domain Jebat.. Ye la adik oii!!! kalau tak saya yang nak puji siapa lagi.. betul tak?

Ok dah ada nama domain yang baik punya, mulalah melakukan promosi perniagaan internet anda di TV ataupun radio. Iskh!! Jebat ni kata promosi percuma.. ni kalau kat tv dan radio bukan percuma namanya.. ni nak bagi bankrup.. mahal gila tu!!. Relax la brother!!.. teknik ini saya jamin 100% percuma, caranya anda hanya perlu melihat atau mendengar radio yang berkaitan dan bila mereka menyuruh dail untuk bertanyakan soalan.. anda boleh mulakan ayat seperti ini..

“Hello.. saya Jebat dari melaka, laman web mesrainternet.com mempunyai pertanyaan bagaimana anda boleh bla..bla..bla..” atau anda boleh mula macam ni..

“Assalammualaikum,  Saya Jebat laman web mesrainternet.com dari Melaka, ingin bertanyakan pada mawi mengenai pembabitan bla..bla..” Ha..ha.. sama ke pertanyaan tu?

Tak kisah la, namun pastikan anda memberikan pertanyaan atau cadangan-cadangan yang bernas sebelum menelefon stesen TV atau radio terbabit. Jangan main tangkap muat je, kerana kredibiliti atau cara menanyakan soalan juga memainkan peranan untuk penonton atau pendengar ingin mengetahui lebih lanjut mengenai anda.

pastu saya jamin akan ada tangan-tangan gatal yang ingin tahu mengenai laman web anda dan di sinilah segalanya bermula.. chewahh!! :-) . Nampak tak anda mengambil peluang secara percuma untuk mempromosikan laman web jualan anda. Jika kena cara meletup!! bayangkan berapa ramai yang menonton TV dan mendengar radio di Malaysia ni, jutaan orang ooo!!!. Andaikata hanya 1% dari sejuta orang yang melawat laman web anda, ini bermakna 10,000 traffic yang anda akan terima. Emm.. banyak tu!.

Jadi tugasan anda hanya menyediakan nama domain yang mudah dan mesra pengguna, dengar sekali orang boleh ingat dan tahu nak eja :-) , sediakan pen & kertas untuk mencatatkan nombor telefon jika dibuka ruangan soal jawap. Pastikan juga handphone anda mempunyai kredit untuk panggilan :-) . Duduk depan TV atau dengar radio, lebih baik topik tersebut ada kena mengena dengan produk anda, contoh kalau produk internet anda boleh tunggu rancangan Dr.Irfan ke.. ni lagi ada potensi besar mendapatkan traffic sekaligus jualan. Pastu sediakan pertanyaan yang bernas dan berinovasi dan anda selesai mempromosikan produk jualan anda dengan percuma hasil gempak beb!! ;-)

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

11 comments March 16th, 2008

Pembayaran Komisen Affiliate Ebook Cpanel

Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli :-) .

Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Pembayaran Komisen Affiliate Pada Agen

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.

Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join ;-) .

Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan :-) .Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.

Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments February 19th, 2008

Boleh Cuba Teknik Ini - Meningkatkan Pelawat Pada Blog (Siri 2)

Maaf ye semalam tidak dapat buat post sebab kena kerja 12 jam.. Letih la. Emmm ada juga la yang tidak sabar nak tahu teknik yang ke dua ini. Siap email tanya macam mana teknik tu :-) . Jadi bersemangat pula saya nak ceritakan teknik ni he..he..

Tahniah kepada yang bertanya kerana anda ada satu dalam diri anda iaitu perasaan ingin tahu. Biasa perasaan ingin tahu dan seterusnya membuat pertanyaan adalah salah satu kaedah atau proses pembelajaran yang baik. Sebab tu budak-budak atau anak-anak kita selalu bertanya itu dan ini,disebabkan mereka dalam proses pembelajaran.

Cuma dalam perniagaan internet, tindakan juga penting la, sebab banyak teknik melibatkan teknikal.. kira dah ada teori, anda kena buat praktikal. Iskh!! membebel pula Jebat ni.. Bila nak cerita teknik yang kedua ni!!!!?? He..He..

Ok saya teruskan.. untuk teknik yang kedua ini saya tujukan kepada anda yang selalu kekeringan idea untuk menulis. Namun kepada anda yang banyak idea menulis pun boleh cuba juga teknik yang kedua ni :-) .

Baik teknik yang kedua adalah mewujudkan forum pada blog anda. Di akui kuasa forum juga dapat meningkatkan traffic pada blog. Namun teknik ini je tidak mencukupi kerana sebelum menwujudkan forum anda kena tahu apa topik niche yang ingin anda buka pada forum anda. Topik kena la popular dan orang suka dan selalu nak bertandang ke situ. Kira tidak bosan kalau menjadi ahli forum tu.

Contoh Forum Blog

*Image contoh forum pada blog

Jangan pula membuka forum untuk berkenal-kenalan ke sebab anda bukan artis yang orang ramai perlu untuk berkenalan he..he.. Buka forum untuk berborak-borak ke sebab semua kat internet ni tiada masa nak layan anda berborak he..he.. Tapi cari sesuatu yang orang lain excited nak join forum anda. Tidak mengapa mulakan dengan bilangan ahli kecil terlebih dahulu.

Satu contoh kata lah anda pakar dalam sesuatu teknik tertentu. Apa kata anda ambil beberapa orang ahli yang ingin anda ajar secara percuma.. katalah 10 orang. Insyaallah akan berebut orang menjadi ahli pada forum anda itu. Cukup 10 orang tutup thread forum itu dan mulakan latihan. Yang pasti ahli 10 orang ini akan aktif pada forum anda :-) . Mana yang tidak berjaya mengikuti latihan dengan anda, saya percaya akan selalu jenguk ke forum tersebut untuk melihat lain peluang kalau ada. Mulakan dengan 10 kemudian 100 kemudian 1000 :-) .

Atau anda boleh membuka pada umum. Tak kisah berapa ramai yang ingin belajar teknik tu.. Atau anda boleh membuat pertandingan.. atau anda boleh membantu mana-mana newbie dalam permasalahan niche yanga anda buka.. atau anda boleh membuka forum anda tempat pertanyaan atau anda boleh.. bla..bla.. bla..

Tak kisah apa niche atau fokus yang ingin anda buka pada forum anda, tapi pastikan ianya dapat menarik sedikit traffic ke blog anda itu. Mulakan dengan sedikit, insyaallah lama kelamaan akan ramai yang bertandang ke forum blog anda. walaupun anda tidak kerap membuat post pada blog :-) .

Tapi Jebat macam mana nak buat forum blog tu? Ummmhh!!, saya agak sibuk sedikit untuk mengajar mambuat forum pada blog. Apa kata anda pergi ke blog member saya ini, sebab kat blognya anda memberi tutorial bagaimana membina forum pada blog. Anda boleh klik link dibawah ini. Apa-apa yang tak faham buat pertanyaan kat situ he..he..

Tutorial Membina Forum Pada Blog

Saya harap ianya dapat menarik traffic atau pelawat ke blog anda. Ada banyak lagi teknik yang saya ingin ceritakan. Anda teruskan membaca pada blog saya ini. Satu saya nak ingatkan, jika anda menggunakan blog percuma anda tidak akan membina forum blog :-) . Jika berminat untuk mempelajari bagaimana membuat blog seperti ini anda boleh klik link dibawah ini.

http://belajarblog.com

Itu sahaja.. jumpa anda di lain post. Teruskan berkunjung ke blog ini. Wasalam.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments January 25th, 2008

Boleh Cuba Teknik Ini - Meningkatkan Pelawat Pada Blog ( Siri 1)

Post ini panjang sedikit. Jadi saya pecahkan kepada 2 siri.. ;-)

Sebagai newbie dalam perniagaan internet, saya amat menyarankan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu blog peribadi sebagai langkah awal anda dalam perniagaan internet ini. Tentunya blog tersebut bukan blog percuma, tetapi blog dengan domain anda sendiri. Seperti blog ini adalah 100% kepunyaan saya. Jadi tiada siapa yang hak ke atas blog ini melainkan diri saya sendiri. Kira apa yang saya nak buat kat blog ini.. suka hati saya la he..he..

Jika menggunakan blog percuma, saya khuatir anda tetiba hilang blog tersebut setelah mempunyai traffic atau pelawat dan kerja anda selama ini akan menjadi sia-sia. Sebab pihak yang memberikan percuma boleh berbuat sesuka hati pada blog anda, sebab ia sepenuhnya milik mereka. Bagaimana membina blog menggunakan domain sendiri? Anda boleh lihat laman web dibawah ini.

http://belajarblog.com/

Setelah mempunyai blog sendiri, satu langkah awal yang anda kena lalui ialah anda mesti membuat post sekali selang 3 hari. Kenapa? Ya jika anda selalu berbuat demikian, pelawat baru yang berkunjung ke blog anda akan sentiasa melawat blog anda selalu disebabkan senantiasa ada benda baru untuk di baca. Dan semakin hari akan semakain ramai kerana pelawat yang telah menjumpai blog anda senantiasa tertumpu pada blog anda.

Jangan risau jika anda telah berbulan-bulan membuat post namun tiada seorang pun yang memberi komen pada blog anda. Itu benda normal, sebab seperti anda juga :-) , jarang memberi komen pada blog ini he..he.. namun anda selalu melawat blog ini kan? Jadi begitu jugalah hal nya dengan blog anda nanti. Jadi abaikan jika tidak ada orang komen, teruskan dengan post-post fresh dari anda selang 3 hari sekali. Tak kisah post itu panjang atau pendek, yang penting kena buat selang 3 hari sekali.

Saya percaya dengan yakin jika benda ini anda amalkan, pelawat blog anda akan bertambah dari sehari ke sehari. Tapi faktor menarik pelawat ke blog anda bukan ini sahaja, ada seribu satu macam lagi, namun ini lah cara yang paling berkesan buat masa ini untuk newbie seperti anda. “Iskh!!.. ini ke teknik tu jebat!!” tensionnya… Ha..ha.. Bukan teknik ini yang ingin saya ceritakan, namun ada satu teknik lain. Teknik ini boleh juga anda guna jika anda putus idea dalam penulisan. Kira power juga la teknik ini. Tapi bukan hari ini, sebab post ini sudah terlalu panjang. Esok atau lusa saya cerita ;-) .

Jebat Mesranet

P.S: Tawaran masih dibuka untuk anda yang berminat dan ingin mempunyai perniagaan online pertama dalam perniagaan internet. Anda boleh lihat laman web tawaran itu DISINI!!.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

8 comments January 23rd, 2008

Perniagaan Internet - Ambil Apa jua Peluang

Assalammualaikum semua,

Baik untuk hari ini saya ingin memberi tips mudah untuk anda promosi laman web mahupun blog, untuk perniagaan internet anda. Caranya amat mudah, namun ramai yang mengabaikannya.

Dalam perniagaan internet apa yang paling penting ialah promosi..promosi…promosi.. Tidak guna anda mempunyai beribu laman web kalau satu pun tiada pelawat yang datang berkunjung.

Cara promosi yang saya maksudkan ialah memberikan testimoni anda. Testimoni ini ialah anda membeli satu produk, selepas anda gunakan produk tersebut, anda membrikan satu pengakuan ikhlas mengenai produk itu, kemudian owner laman web meletakkan pengakuan tersebut pada laman web jualan beliau. 

Contoh Testimoni Saya

* Salah satu contoh testimoni saya pada laman web jualan produk Smartzul.

Kenapa saya katakan penting? Kebanyakan penjual-penjual produk di internet mempunyai cara tersendiri untuk menarik beribu-ribu pengunjung ke laman web jualan mereka. Bayangkan jika testimoni anda ada pada laman web mereka, ini dapat menarik pelawat secara percuma ke laman web atau blog anda.

Anda rugi mengeluarkan duit membeli sesuatu produk tetapi tidak mengambil peluang untuk memberikan testimoni anda. Rebut peluang baik ini.. Walaupun owner sesuatu laman web tidak meminta testimoni anda.. anda berikan sahaja. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Mungkin selepas beliau melakukan update laman web suatu masa nanti, beliau akan meletakkan testimoni anda. Alhamdulilah.. dapat pelawat secara percuma ke laman web atau blog anda.

Jadi apa tunggu lagi.. Berikan testimoni anda!! ;-)

 

Jebat Mesranet

p.s: Kepada semua pembeli ebook cpanel, saya mengalu-alukan anda untuk memberikan testimoni untuk saya letakkan pada laman web belajarcpanel.com. Saya dalam proses mengemas kini sales letter ini. Siapa cepat dia dapat.. :-) . Rebut peluang! menambahkan pelawat untuk laman web perniagaan internet anda.

p.s: Tawaran kini hanya terbuka untuk 70 orang sahaja lagi. Klik Di sini jika berminat!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add comment December 28th, 2007

Previous Posts


Calendar

August 2008
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Posts by Month

Posts by Category