Posts filed under 'cari duit'
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.
Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung
. Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.
Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.
Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru
.
Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini?
Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.
Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.
Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan?
Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –>
Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.
Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:
- Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
- Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
- Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.
Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.
Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:
- Ebook Jana Wang AdsenseÂ
- Ebook Raja Adsense
- Ebook 7 Hari Mahir Adsense
Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet. Moga membantu.

Â
June 7th, 2008
Assalammualaikum Semua,
Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..
Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/
Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya
.
Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.
Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.
Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung
. Selain anda juga tidak bosan melayari internet..
Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi
.

June 3rd, 2008
Alhamdulilah kini saya beransur pulih daripada demam yang melanda sejak 3 hari lepas. Yang peliknya walaupun demam panas, namun doktor tidak memberi MC. Jadi saya kuatkan juga diri untuk kerja offline saya di luar sana, setelah balik ke rumah, tidak mampu saya untuk update blog, apatah lagi mengerjakan kerja online ini. Hari ini baru sihat sepenuhnya
.Maafkan saya kerana lewat sehari mengumumkan pelancaran Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0. Ebook ini telah dilancarkan semalam 27/05/2008. Ebook ini akan dijual secara terhad seperti mana versi 1.0 yang terdahulu. Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang pelanggan versi terdahulu.

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0
Memang saya mengakui isi kandungan ebook ini mampu untuk anda menjana pendapatan secara tetap melalui google adsense. Kerana kekuatan ebook ini adalah cara mendapatkan ranking top 10Â pada search enjin seperti google, yahoo dan msn bagi menjamin traffic atau pelawat pada blog anda untuk mendapatkan pendapatan tanpa henti melalui google adsense.
Bagi anda yang belum mendapatkan isi kandungan preview setebal 33 mukasurat ebook ini, bolehlah mendownloadnya melalui link di bawah ini. Anda boleh baca serba sedikit isi kandungan ebook ini, selepas itu anda putuskan adakah ebook ini sesuai untuk anda pelajari atau tidak.
LINK DOWNLOAD PREVIEW EBOOK JANA WANG ADSENSE
Tapi kena cepat la, sebab seperti yang saya katakan tadi ebook ini adalah terhad dan jualannya akan di hentikan setelah memenuhi kuantiti jualan yang di tetapkan.

May 28th, 2008
Saya ada membuat jualan web templet adsense di forum WangCyber. Thread pada post forum itu lebih ditujukan kepada pengiat-pengiat adsense yang menggunakan perisian HyperVRE atau teknik F2R.
Web templet ini 100% beroperasi dengan perisian HyperVRE. Ramai antara mereka yang menggunakan perisian HyperVRE dan pengamal teknik F2R mengalami masalah mendapatkan NICHE dan web templet yang sesuai. Jadi sedikit sebanyak masalah ini akan dapat di atasi dengan adanya web templet adsense ini. Tak percaya?
Salah satu contoh web templet adsense yang saya bina sebentar tadi, adalah 100% sama dengan web templet yang akan saya jualkan kepada anda. Anda boleh melihat contoh pada image atau terus ke laman web tersebut

http://mesrainternet.com/engines
Setiap satu web templet adalah BERBEZA NICHE dan telah dilakukan research disamping Niche yang mahal. Satu Niche saya jualkan hanya untuk seorang. Bermaksud Niche yang telah saya jualkan tidak akan saya jualkan lagi kepada sesiapa.
Jika berminat, anda boleh melihat bentuk tawaran itu pada thread forum di Wang Cyber atau anda boleh Klik Disini!!
Itu sahaja, semoga anda berjaya mendapatkan pendapatan pertama anda dengan adsense selain dari perniagaan internet ini.

March 2nd, 2008
Sejak seminggu lepas saya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai produk terbaru di internet. Pada awalnya saya buat tak layan je he..he.. tapi dah ramai sangat yang bertanya tentang produk ini, jadi saya ambil keputusan untuk menjawap pada blog ini. Sebab saya tak larat nak jawap satu persatu email anda
.
Produk apa tu? Tiadalah rahsia sangat, sebab saya percaya anda juga ada menerima email berkenaan produk terbaru perniagaan internet ini dari mereka yang tidak diundang. Tak baik buat spam ni adik hoi!!.. Lagipun melanggar syarat agen affiliate tu. Baik.. produk yang saya maksudkan ialah ‘Ebook Duit Sekelip Mata’.

Oooohhh!!! Produk ni!
.. Ya! produk ini. Boleh caya ke ebook membuat duit dengan sekelip mata ni?. Nak beli rasa was-was la juga, ye la mudah sangat ke nak buat duit ni? Saya takut terkena lagi la, hari tu beli ebook buat duit juga pastu dia suruh promosikan affiliate dan dapat duit. Saya tanya abang sebab abang dah lama dalam perniagaan internet ni. Ni produk duduk diam-diam dapat duit ke? Naper dia nak bagitahu orang kalau betul produk tu boleh buat duit.. dan seribu satu macam pertanyaan lagi. Pening nak jawap ni.. sebab ebook tu bukan saya yang tuliskan
.
Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa tok bomoh bertanyakan berkenaan dengan produk ini he..he.. gurau je la. Sebagai tidak menghampakan, saya cuba menjawap pertanyaan anda kerana risau anda tidak lena tidur terkenangkan produk ini. Nak jawap saya kena tahu isi kandungan ebook ini terlebih dahulu, oleh itu semalam saya beli sendiri ebook ini dan hari ini saya melihat akaun paypal saya. Wahh!! hebat ebook ini…Â
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
duit belum masuk lagi ni he..he.. marah ni!!
Baik secara jujur produk ini adalah penerangan langkah demi langkah berkenaan ebay dan bagaimana dengan ebay anda boleh menjana pendapatan. Saya suka dengan produk ini kerana memberi saya input berkenaan cara jualan di ebay dengan satu niche tertentu. Ia bermanfaat jika sekiranya anda belum didedahkan dengan jual beli di ebay. Kepada anda yang sudah pakar mengenai ebay, rasanya produk ini tidak banyak membantu.
Namun adakah ebook ini boleh menghasilkan wang sekelip mata dan setiap saat
. Jawapannya boleh tapi anda kena bekerja keras juga la. Kalau tak kerja keras memang tak boleh dapat walau sesen pun. Saya tak buat apa lagi.. sebab tu akaun paypal pagi tadi kosong je he..he..
Sebab kat sini masih ada urusan jual dan beli. Namun teknik yang digunakan rasanya berkesan tapi kena buat sedikit kajian produk yang ada permintaan tinggi. Yang baiknya produk ini adalah penerangan langkah demi langkah dan anda akan dapat lihat proses jualan sebenar di ebay. Apa yang perlu anda buat adalah menyemak sahaja akaun paypal duit sudah masuk atau belum. Tapi ingat! anda buat baru dapat duit, tak buat duit tak dapat la.
Rumusannya produk ini adalah asas penjualan sebenar di ebay dengan sesuatu niche jualan yang rasanya berkesan juga la untuk mendapatkan hasil atau RM1 pertama akaun paypal anda. Saya ulangi produk ini hanya sesuai untuk anda yang belum mempunyai asas jual beli di ebay. Untuk melihat bentuk produk ini
http://mesrainternet.com/belajarebay
Saya juga ada membeli satu lagi ebook berkenaan ebay untuk membandingkan kedua-dua produk ini. Post ini sudah terlalu panjang, jadi saya akan ceritakan berkenaan ebook yang satu lagi di lain post. Harap mambantu
.

February 14th, 2008
Previous Posts