Posts filed under 'Download Percuma'
Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu begini manakah tumpuan anda untuk beristirehat? Kebiasaannya saya kalau tidak kerja, gemar menghabiskan hujung minggu saya di rumah sahaja dengan melihat-lihat perkembangan perniagaan internet yang tidak sempat saya lawati sewaktu masa sibuk. Ya la.. seminggu sibuk, tiada masa kekadang untuk melihat perkembangan industri internet ini
.
Bagi anda yang mempunyai sifat sama seperti saya, apa kata di masa kelapangan ini anda membaca satu ebook baru yang baru sekejap tadi dilancarkan iaitu “Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate”.

Rahsia Menjadi Pro Affiliate .
Ebook ini cuba mengupas kekuatan beberapa teknik yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan pendapatan melalui affiliate walaupun anda tidak mempunyai senarai mail list untuk melakukan promosi.
Ebook ini amat sesuai untuk newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet, khususnya program affiliate kerana anda memang memerlukan satu kaedah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan melalui affililiate.
Saya tidak mahu berceloteh panjang, saya tinggalkan anda dengan Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate ini untuk bacaan di hujung minggu
.
Jumpa lagi ye!!

July 13th, 2008
Alhamdulilah kini saya beransur pulih daripada demam yang melanda sejak 3 hari lepas. Yang peliknya walaupun demam panas, namun doktor tidak memberi MC. Jadi saya kuatkan juga diri untuk kerja offline saya di luar sana, setelah balik ke rumah, tidak mampu saya untuk update blog, apatah lagi mengerjakan kerja online ini. Hari ini baru sihat sepenuhnya
.Maafkan saya kerana lewat sehari mengumumkan pelancaran Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0. Ebook ini telah dilancarkan semalam 27/05/2008. Ebook ini akan dijual secara terhad seperti mana versi 1.0 yang terdahulu. Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang pelanggan versi terdahulu.

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0
Memang saya mengakui isi kandungan ebook ini mampu untuk anda menjana pendapatan secara tetap melalui google adsense. Kerana kekuatan ebook ini adalah cara mendapatkan ranking top 10Â pada search enjin seperti google, yahoo dan msn bagi menjamin traffic atau pelawat pada blog anda untuk mendapatkan pendapatan tanpa henti melalui google adsense.
Bagi anda yang belum mendapatkan isi kandungan preview setebal 33 mukasurat ebook ini, bolehlah mendownloadnya melalui link di bawah ini. Anda boleh baca serba sedikit isi kandungan ebook ini, selepas itu anda putuskan adakah ebook ini sesuai untuk anda pelajari atau tidak.
LINK DOWNLOAD PREVIEW EBOOK JANA WANG ADSENSE
Tapi kena cepat la, sebab seperti yang saya katakan tadi ebook ini adalah terhad dan jualannya akan di hentikan setelah memenuhi kuantiti jualan yang di tetapkan.

May 28th, 2008
Ohh!! tidak.. saya di landa demam piala thomas dan uber. Inilah salah satu sukan yang saya ikuti sejak dari bangku sekolah lagi. Dari zaman misbun sehingga la kini Lee Chong Wei.. dari gandingan bergu Razif/Jalani dan kini Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong kini
.
Jadi untuk minggu ini saya agak sibuk sikit duduk depan TV menonton acara sukan kegemaran saya. Selepas itu pada bulan jun nanti EURO 2008 pula akan bermula.. Ohh..Ohh lagi satu acara sukan kegemaran saya selain dari world cup he..he.. Jadi kalau masa ni saya agak menyepi sikit faham-faham ye
. Namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa menonton acara sukan kegemaran dengan kerja-kerja online ini, insyaallah.
Untuk Piala Thomas Malaysia telah berjaya masuk ke semi final dan akan menentang pasukan China pada hari jumaat ini (17/05/08). Perlawanan ini hebat sangat, seakan-akan final piala thomas dan mesti tonton he..he.. Tak pasti bermula lepas sembahyang jumaat lebih kurang 2.30 petang atau malam selepas maghrib. Yang pasti channel astro 816. Mungkin hari tu RTM1 juga membuat siaran langsung, juga tak pasti.Â
Andaikata pasukan negara kita berjaya menumpaskan China, pada hari ahad nanti pada pukul 7.00 malam akan berlangsung perlawanan akhir juga mesti tonton.. rugi ohh tak tengok. Harap-harap pasukan negara kita berjaya membawa pulang piala thomas. Kali terakhir pasukan negara membawa pulang piala thomas iaitu pada tahun 1992.
Yang menyedihkan pasukan piala uber Malaysia gagal dalam suku akhir di tangan korea. Walaubagaimanapun kejayaan menewaskan Jepun harus di beri pujian.
Aduh excited sangat cerita pasal piala thomas hampir terlupa tujuan saya menulis post hari ini. Tiada yang istimewa sangat, hanya ingin memberitahu majalah IM keluaran Mei telah sedia untuk anda download. Maaf ye agak lewat sikit memberitahu anda. Emm.. semangkin hebat nampaknya majalah IM ini dan input-input mengenai perniagaan internet banyak boleh didapati di sini secara percuma.
Juga kini telah ada tambahan penulis baru untuk majalah IM ini. Nak tahu siapa? jangan lupa download dan anda boleh lihat sendiri. Yang pasti bukan saya la he..he.. Baik saya tinggalkan anda dengan majalah IM ini. Baca jangan tak baca. Banyak input menarik majalah IM keluaran Mei ini.

Download Disini!!

May 15th, 2008
Salam semua,
Ya saya terlalu banyak idea untuk menulis, namun agak kesuntukan masa sedikit
. Jadi idea menulis tu saya simpan dulu ye. Saya juga mempunyai 3 email yang perlukan saya reply segera, ada masa malam nanti semuanya saya reply. Harap sabar menanti.. Sibuk sikit dengan kempen kerja offline di samping beberapa kerja yang memerlukan ketelitian.. Semuanya kerja offline.
Jadi untuk hari ini saya cuma ingin menyampaikan kepada anda, majalah IM keluaran mac 2008 telah terbit dan telah sedia untuk anda download. Banyak info berkenaan perniagaan internet yang anda boleh dapati melalui majalah IM ini. Segera mendownload dan ianya 100% percuma.

Antara isu yang dikuapas untuk keluaran mac ini ialah:

Emm.. nampak macam menarik! Ok la saya nak baca jap majalah IM ni. Jumpa lagi nanti ye.. nak bersiap pergi solat jumaat pula pasni. Wasalam
Â
March 7th, 2008
Tidak tahu apa masalahnya kerana akses internet terlalu lembab sejak 2 hari lepas. Oleh itu saya tidak dapat nak buat penulisan terbaru pada blog ini. Hari ini ok sikit, namun bibit-bibit kelembapan itu masih ada
.
Baik!!.. sudahkah anda memiliki E-Majalah ini? Jika belum apa kata anda daftarkan diri untuk memilikinya secara percuma. Yup!! ianya diberikan secara percuma tiap-tiap awal bulan dan akan memberikan info terkini berkenaan perniagaan internet di Malaysia.

Jika sebelum ini anda perlu mencari sumber informasi perniagaan internet anda di merata tempat seperti forum, blog, berita, artikel.. kini sedikit sebanyak masalah anda diatasi dengan mendapatkan E-Majalah ini, kerana sumber tersebut akan tiba pada email anda tiap-tiap bulan.
Baik line internet pun tidak berapa elok lagi, jadi saya undur diri dulu.. he..he.. ok tak alasan ni
.Saya biarkan anda dengan E-majalah ini untuk meneruskan pembacaan anda. Selamat membaca!!.
http://majalahim.com
Jumpa lagi. Wasalam.

February 3rd, 2008
Previous Posts