Posts filed under 'Ebook Panduan FTP'

Bantuan Untuk Mereka Yang Degil

Salam semua,

Apa khabar anda hari ini. Maaf ye lama tak update blog ini disebabkan kerja offline yang tidak tentu masa sejak seminggu lepas. Kini segalanya telah selesai. Kepada agen affiliate belajarcpanel.com minta maaf juga kerana lewat dari biasa membayar komisen anda :-) .

Bukan kat bank tiada duit dan bukan juga lupa password bank online.. tetapi adalah masalah teknikal yang saya alami he..he.. Saya janji masalah ini tak akan berulang di masa-masa akan datang. Komisen telah saya jelaskan sebentar tadi. Terima kasih untuk usaha gigih anda mempromosi ebook saya. Cuma ada 2 orang yang belum saya bayar disebabkan tidak meletakkan akaun bank iaitu ‘Zul200289′ dan ‘Cikgubiz’.. Contact saya yer :-) .

Seperti yang anda ketahui baru-baru ini smartzul telah melancarkan satu produk menggunakan sistem ems. Sistem yang memang canggih dari pandangan mata saya. Istimewanya produk ni kerana selain menjadi milik anda, ianya boleh dijual kembali kerana di sertakan lesen MRR (Master Resell Right). Anda boleh klik di sini!! untuk melihat produk ini.

Namun sistem canggih tersebut rasanya hanya sesuai kepada mereka yang telah ada asas dalam perniagaan internet ini. Kepada anda yang baru hendak bermula.. Maaf ianya tidak sesuai untuk anda!!.

Tapi ada juga mereka yang tidak mempunyai asas perniagaan internet ini degil dengan tidak mempedulikan nasihat yang diberikan. Mereka juga membeli produk ini.. dan pastinya hanya terkebil-kebil tak tahu mana nak mula. Ye la kalo nama domain dan web hosting pun tak tahu nak beli.. Macam mana nak godek-godek sistem tersebut dan asas-asas teknikal yang lain.

Namun tidak boleh salahkan mereka 100%.. Ye la salah satu sebab mungkin pasal ebook ini murah dan mereka beli. Pastu tak kan nak simpan je.. dah tentu ebook ini boleh jual semula. 

Dan yang kedua mereka mahu alami sendiri dunia perniagaan internet itu yang ada urusan jual dan beli. Sebab bagi mereka praktikal adalah lebih baik dari teori. Kalau itulah niat anda saya cukup kagum dengan anda. Oleh itu saya ingin membantu anda. Bantuan yang macam mana?

Baik saya ingin membantu anda secara online sehingga anda berjaya menaikkan laman web jualan anda untuk menjual “Ebook Panduan mudah FTP” tersebut. Menaikkan bermaksud upload untuk paparan orang ramai. Bagaimanapun urusan promosi tetap tanggungjawap anda. 

Dan ianya percuma untuk anda tetapi dengan satu syarat anda haruslah membeli dari saya ;-) . Adilkan.. Buat masa ini ia masih dibuka untuk semua. Setelah sampai target yang saya ingini, saya akan tutup kelas bimbingan ini.. 

Lakukan belian anda. KLIK DISINI!! .

Jebat Mesranet

P.S: Semua pembeli ebook FTP saya terdahulu. Saya tak sabar nak beri bimbingan untuk anda. Jika anda masih belum berjaya menguploadkan sepenuhnya laman web jualan ebook FTP anda. Jangan segan-segan segera hubungi saya menggunakan ym yang saya beri bersama-sama pembelian ebook :-) .

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments November 21st, 2007


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category