Posts filed under 'Email Marketing'
Selamat berhari minggu semua
. Hari ini tak pergi mana-mana ke? Jalan shopping ke.. tengok wayang ke.. main bowling ke.. ni la perkara yang saya suka lakukan dahulu setibanya hari minggu begini.. tu pun kalau tak kerja la. Namun selama melibatkan diri dalam perniagaan internet ini, jarang-jarang dah jalan rewang-rewang ni.. banyak masa di habiskan depan komputer
.
Spam oh spam!! anda tentunya membenci spam termasuk la diri saya juga amat-amat membenci spam. Sebab itu saya akan klik spam pada semua email yang tidak diundang masuk ke inbox saya tanpa balas kesian. Anda juga patut berbuat demikian, jangan segan-segan atau ragu-ragu.. Terima je email yang tidak diundang, kategorikan ke dalam spam. Tapi kena la hati-hati juga, kerana takut email saya pula yang anda klik spam ha..ha..
Kepada anda yang tidak tahu apa itu spam, saya akan terangkan secara ringkas pada anda.. Spam adalah sebarang email yang tidak di undang yang dihantar oleh sesiapa sahaja atau oleh anda sendiri, ke email seseorang tanpa kebenaran. Pastikan anda mendapatkan kebenaran dari owner email tersebut sebelum manghantarkan email kepada mereka. Ini cara terbaik supaya email anda tidak di kategorikan sebagai spam. Contoh email spam adalah seperti dibawah ini..

Salah satu inbox email saya menerima hampir 800 email spam setiap hari. Salah saya juga kerana mendedahkan email tersebut di internet, tetapi kini tidak lagi. Tahukah anda email yang terdedah di internet berupaya untuk di SPAM!!. Ya ini betul kerana kini terdapat satu perisian yang boleh menarik semua email yang terdedah di internet. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan spam adalah dengan tidak mendedahkan email anda di internet.
Salah satunya jangan sekali menulis direct alamat email anda pada sesuatu laman web atau blog anda. Ini banyak dilakukan oleh newbie tanpa mereka sedari. Inilah yang mengakibatkan banyak email spam masuk ke email inbox anda. Jika anda hendak menulis juga email pastikan pada laman web anda tulis begini
jebat_abdulkadir[@]yahoo.com
Ya letakkan simbol seperti ini [ ]. Atau anda boleh create atau cipta imej bergambar untuk email anda menggunakan photoshop. Jadi anda boleh menggunakan imej tersebut pada semua laman web atau blog anda.
Anda tidak percaya? Anda cuba anda pasti akan melihat kesannya serta merta. Namun jika ada juga email spam ini, seperti yang saya katakan tadi, kategorikan email tersebut dalam spam. Lagi satu, anda semak kembali ke semua laman web anda sama ada mendedahkan email anda ddi internet. Jika ada, pastikan anda mengikuti cara yang saya sarankan. Moga membantu!
P.S: Ada juga boleh melihat perbincangan pada forum WC, cara untuk mengelakkan email spam ini. Kerana banyak tips-tips yang dikongsikan di sini!.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
February 23rd, 2008
Hari ni genaplah puasa kita yang ke… Emm.. 20.. 21..23.. iskh! kurang pasti saya. Tak kisah la berapa hari kini anda berpuasa yang penting janganlah putus lagi hendaknya, harap-harap genap sebulan.
Ni saya nak tanya pada anda? Bukan teka-teki, tapi pertanyaan yang amat-amat mudah. Bukan berbentuk soalan ramalan SPM, tapi soalan yang mudah sahaja. Iskh!! nak hadiah ke? Soalan mudah jer.. kalau susah bolehlah janji bagi hadiah
.
Ok soalannya “Pernahkan anda memberikan nama serta alamat email anda untuk subcribe pada sesebuah laman web?” Kalau anda kaki internet atau berminat dengan perniagaan internet.. Saya pasti anda banyak pengalaman dan telah subcribe berpuluh-puluh laman web untuk mendapatkan ebook percuma mereka.
Gambar dibawah adalah contoh subcribe yang saya letakkan pada laman web ‘Belajar Cpanel‘. Jika anda berminat untuk mendapatkan preview ebook saya anda hanya perlu meletakkan nama serta email anda, kemudian satu link download akan diberikan pada anda.

Link download ebook akan diberikan pada alamat email yang anda letakkan pada ruangan kosong di atas tu. Setelah selesai mengisi nama serta alamat email, serta merta satu link akan dihantarkan ke email anda.
Kemudian anda perlu serta merta membuka email anda itu, untuk mendapatkan satu email pengesahan subcire anda. Contoh email seperti gambar di bawah ini..

Anda buka email itu, kemudian email ini yang paling penting, sama ada anda mahu menerima link download yang di janjikan atau tidak!. Lihat gambar dibawah ini:

Ia inilah penghujung segala proses subcribe anda. Apa yang perlu anda buat adalah klik link yang diberikan itu.. kemudian anda selesai! Tapi masalahnya.. Ada segelintir daripada anda yang takut serta was-was untuk klik link pengesahan tersebut. Tak tahulah arsal!!??
Ada juga kekadang email yang saya terima meminta kepastian, untuk apa link pengesahan tersebut.
-
Adakah untuk memerangkap Anda?
-
Adakah untuk memaksa anda membeli produk saya?
-
Adakah ada sesuatu yang tersirat, yang saya tak nampak dengan mata kasar atau terfikir dek akal?
-
dan seribu macam lagi pertanyaan..
Kerana saya ada banyak pengalaman mengenai pertanyaan sebegini. Satu yang saya nampak di sini adalah ketakutan.. kot-kot ada teknik tersembunyi yang digunakan oleh owner laman web perniagaan internet tersebut, yang akan membuatkan mereka menyesal tak sudah-sudah di kemudian hari.
Jawapan untuk pertanyaan serta kerisauan anda sebenarnya tidak berasas. Link tersebut bukanlah ada mempunyai apa-apa juga teknik black hat atau seumpamanya. Saya memerlukan anda klik link subcribe tersebut adalah untuk memastikan anda bersetuju saya menghantarkan email kepada anda.
Saya tahu anda tidak suka untuk saya menghantarkan email secara SPAM atau tidak beretika. Jadi salah satu caranya adalah dengan meminta kebenaran dari anda. Cara anda memberi kebenaran adalah dengan klik link seperti gambar diatas. Itu sahaja dan semuanya seleai.. Mudah bukan?
Jadi mulai hari ini, jangan takut untuk klik link pengesahan tersebut. Kerana saya jamin anda tidak akan rugi satu sen pun dengan hanya klik pada link pengesahan tersebut. Wasalam..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
October 9th, 2007
Untuk post saya kini saya akan pilih dari soalan newbie yang popular diruangan pertanyaan saya untuk diketengahkan. Ini bukan bertujuan mengaibkan anda (orang yang membuat pertanyaan), namun ianya perlu saya kongsikan disini, supaya tiada lagi soalan ulangan di inbox saya
.
Sebenarnya sukar untuk saya menjawap soalan newbie tersebut, ini kerana jika saya boleh berbuat demikian, sayalah orang yang paling hebat dalam perniagaan internet ini. Bayangkan saya hanya create satu produk, pastu saya sendkan kepada berjuta orang sekaligus.. saya hanya target 1% dari sejuta bermakna 1000 orang telah membeli produk saya.. Yahoooo!!! Kayo den..
Tetapi rasanya ianya sukar untuk atau bahasa yang paling indah.. mustahil untuk dibuat kerana setahu saya tiada IM atau otai-otai internet yang terror seperti itu. Ketahuilah oleh anda dalam perniagaan internet tidak lah sesukar mana. Saya berani jamin anda boleh menguasai perniagaan internet ini dalam masa seminggu dengan syarat anda pandai dalam komputer.
Namun perkara yang paling sukar sekali adalah bagaimana untuk anda mempromosikan produk anda kepada umum? Tanyalah kesemua yang berkecimpung dalam arena internet ini, pasti bersetuju dengan saya. Lagi satu anda sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya menghantarkan email promosi kepada orang lain, kerana dikhuatiri email anda akan di SPAM. Tahu apa itu SPAM? Email-email sampah yang selalu singgah dalam inbox email anda.. email itulah yang dikatakan SPAM. Jika ini berlaku.. alamat laman web jualan anda akan di black list oleh enjin pencari seperti yahoo, google, msn.
Anda pernah lihat gambar seperti dibawah ini?

Tahu apa tujuannya? Cara ini yang biasa digunakan oleh IM untuk mengumpul email list untuk membolehkan mereka menghantar email sekaligus kepada semua yang tinggalkan maklumat email mereka.
Satu cara lagi ialah dengan menggunakan yahoo groups. Ya cara ini membolehkan anda menghantar email secara pukal kepada semua ahli groups tersebut. Caranya klik link yahoo groups dibawah. Kemudian taipkan nama yahoo groups bentuk mana yang anda hendak join.
http://groups.yahoo.com/
Namun cara ini tidak begitu efektif. Namun jika anda pandai atau kreatif dalam bab-bab promosi, mungkin cara yahoo groups ini boleh juga anda gunakan. Terpulang pada anda!!

P.S: Kepada pertanyaan yang masih belum mendapat maklumbalas dari saya, harap bersabar. Saya akan cuba membalasnya secepat mungkin. Terima kasih atas kesabaran anda..
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
August 7th, 2007
Apa khabar semua? Lamanya saya tidak menulis post untuk blog saya. Bukan kerana ingin meninggalkan perniagaan internet ini, tetapi ada satu projek yang memerlukan saya memberi perhatian lebih. Namun setelah teringatkan anda pembaca setia blog ini, saya terpanggil untuk menulis post dengan update terkini
. Senang cerita, saya rindu dengan anda he..he..
Tahukah anda ada banyak teknik-teknik untuk email marketing ini? Salah satu teknik adalah yang digunakan oleh En.Aku dalam pra pelancaran produk terbaru beliau. En.Aku menggunakan Wangcyber forum untuk mendapatkan mail list dengan membuat pertandingan yang akan menarik orang ramai untuk daftar dan secara tidak langsung akan menarik traffic pada laman web jualan beliau.
Hafiz Latif a.k.a Bitol melalui internetmuda.com dalam masa 5 hari mendapat 3000 mail list kalau tidak silap saya, iaitu dengan memberikan ‘10 email tentang kesilapan usahawan internet‘ yang popular. Teknik ini telah berjaya menarik ramai orang untuk subcribe disamping ada membuat satu pertandingan juga untuk affiliate yang berjaya menarik ramai traffic ke laman web internetmuda.com ini.
Lihat kekuatan yang anda boleh hasilkan jika teknik email marketing yang anda gunakan betul dan kena pada caranya, disamping dapat menarik perhatian orang yang melawat laman web anda. Namun suka saya ingin memberitahu beberapa teknik asas email marketing yang perlu ada pada laman web anda!.. bukan hari ini tapi post yang akan datang
.
Saya juga dalam rangka menyiapkan satu projek untuk email marketing ini. Jika ikutkan perancangan awal adalah pada bulan ini, Namun oleh kerana ada projek penting kini, saya terpaksa tangguh projek email marketing ini. Selepas itu saya akan kongsikan kepada anda hasil dari projek email marketing saya itu berapa banyak mail list yang dapat saya kumpul. Itu pun jika ianya mencecah angka ribu
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 26th, 2007
Saya mencuri sedikit masa saya untuk post kali ini. Ini adalah disebabkan satu projek kumpulan saya, ditempat kerja (Infineon Technology sdn.Bhd.) telah berjaya mewakili ke Southern Region (NPC - ICC) di Persada Johor , JB yang di jadualkan pada 5 - 6/7/2007 bulan depan (tarikh terbaru, kerana sebelum ini di jadualkan di Melaka setelah ditunda).
Untuk projek ini kumpulan akan menyiapkan lebih kurang 180 slide powerpoint dan menyiapkan 4 orang speaker yang akan membentangkan projek tersebut. Salah seorang speaker tersebut adalah saya
. Kini tengah berhempas pulas untuk menghafal skrip untuk pembentangan projek tersebut. Kepada anda yang ada di sekitar JB boleh la datang beramai-ramai untuk melihat konvensyen ini dan boleh lihat saya sekali he..he..
Baiklah, untuk post kali ini adalah berkenaan dengan email marketing. Saya begitu teruja sekali ingin memberi tahu anda. Ini adalah kerana saya telah melihat beberapa kejayaan yang dirai oleh IM Malaysia dan dari luar berkenaan dengan teknik email marketing ini.
Apa yang saya ingin beritahu anda, rasanya anda telah sedia maklum. Namun saya mahu memberikan anda fokus kembali tentang pentingnya email marketing ini. Untuk anda yang ingin berjaya dalam perniagaan internet, tidak boleh tidak.. “ANDA MESTI FOKUSKAN UNTUK MENDAPATKAN EMAIL DARI BAKAL PELANGGAN ANDA”. Teknik inilah yang dinamakan email marketing.
Saya ingin bercerita kepada anda, kerana saya telah laluinya. Saya kini adalah admin affiliate untuk belajarcpanel.com . Anda yang nak join digalakkan join
. Sebagai admin dalam affiliate saya boleh melihat semua hasil jualan dari agen saya. Bukan sesuatu yang ajaib jika IM Malaysia yang banyak menghasilkan pendapatan dari program affiliate ini. Kerana satu yang saya perhatikan mereka mempunyai mail list yang begitu banyak.
Anda bayangkan jika anda mempunyai 100 alamat email bakal pembeli. Melalui 100 orang tersebut hanya 1 orang yang membeli. Jika anda ada 1000 anda akan dapat 10 orang pembeli. Jika 5000 anda akan dapat 50 orang pembeli. Anda bayangkan jika satu program affiliate untuk satu jualan anda mendapat komisen RM10. Jadi anda telah pun mendapat untung RM500
. Banyak tu…
Itu jika satu program affiliate. JIka anda join 5 program, atau 10 program.. Berapa banyak keuntungan yang anda perolehi? Anda kira sendiri laaa.. Wah banyak tu!!!
Jadi apa anda tunggu lagi!!. Pelajari teknik email marketing ini. Dalam post saya yang akan datang, saya mahu tumpukan pada teknik email marketing ini, khas untuk anda.. pembaca setia blog saya
. Terima kasih, tanpa anda blog ini satu sen tak bererti!!

P.S: Tahukah anda pada Mei 2006, semasa mengikuti kursus Dr.Irfan Khairi, beliau ada memberitahu yang beliau mempunyai mail list sebanyak 16,000. Itu tahun 2006. La ni rasanya berapa banyak ya!! kalau dapat JV, kayoo den he..he..
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 17th, 2007