Boleh Cuba Teknik Ini - Meningkatkan Pelawat Pada Blog (Siri 2)
Maaf ye semalam tidak dapat buat post sebab kena kerja 12 jam.. Letih la. Emmm ada juga la yang tidak sabar nak tahu teknik yang ke dua ini. Siap email tanya macam mana teknik tu
. Jadi bersemangat pula saya nak ceritakan teknik ni he..he..
Tahniah kepada yang bertanya kerana anda ada satu dalam diri anda iaitu perasaan ingin tahu. Biasa perasaan ingin tahu dan seterusnya membuat pertanyaan adalah salah satu kaedah atau proses pembelajaran yang baik. Sebab tu budak-budak atau anak-anak kita selalu bertanya itu dan ini,disebabkan mereka dalam proses pembelajaran.
Cuma dalam perniagaan internet, tindakan juga penting la, sebab banyak teknik melibatkan teknikal.. kira dah ada teori, anda kena buat praktikal. Iskh!! membebel pula Jebat ni.. Bila nak cerita teknik yang kedua ni!!!!?? He..He..
Ok saya teruskan.. untuk teknik yang kedua ini saya tujukan kepada anda yang selalu kekeringan idea untuk menulis. Namun kepada anda yang banyak idea menulis pun boleh cuba juga teknik yang kedua ni
.
Baik teknik yang kedua adalah mewujudkan forum pada blog anda. Di akui kuasa forum juga dapat meningkatkan traffic pada blog. Namun teknik ini je tidak mencukupi kerana sebelum menwujudkan forum anda kena tahu apa topik niche yang ingin anda buka pada forum anda. Topik kena la popular dan orang suka dan selalu nak bertandang ke situ. Kira tidak bosan kalau menjadi ahli forum tu.

*Image contoh forum pada blog
Jangan pula membuka forum untuk berkenal-kenalan ke sebab anda bukan artis yang orang ramai perlu untuk berkenalan he..he.. Buka forum untuk berborak-borak ke sebab semua kat internet ni tiada masa nak layan anda berborak he..he.. Tapi cari sesuatu yang orang lain excited nak join forum anda. Tidak mengapa mulakan dengan bilangan ahli kecil terlebih dahulu.
Satu contoh kata lah anda pakar dalam sesuatu teknik tertentu. Apa kata anda ambil beberapa orang ahli yang ingin anda ajar secara percuma.. katalah 10 orang. Insyaallah akan berebut orang menjadi ahli pada forum anda itu. Cukup 10 orang tutup thread forum itu dan mulakan latihan. Yang pasti ahli 10 orang ini akan aktif pada forum anda
. Mana yang tidak berjaya mengikuti latihan dengan anda, saya percaya akan selalu jenguk ke forum tersebut untuk melihat lain peluang kalau ada. Mulakan dengan 10 kemudian 100 kemudian 1000
.
Atau anda boleh membuka pada umum. Tak kisah berapa ramai yang ingin belajar teknik tu.. Atau anda boleh membuat pertandingan.. atau anda boleh membantu mana-mana newbie dalam permasalahan niche yanga anda buka.. atau anda boleh membuka forum anda tempat pertanyaan atau anda boleh.. bla..bla.. bla..
Tak kisah apa niche atau fokus yang ingin anda buka pada forum anda, tapi pastikan ianya dapat menarik sedikit traffic ke blog anda itu. Mulakan dengan sedikit, insyaallah lama kelamaan akan ramai yang bertandang ke forum blog anda. walaupun anda tidak kerap membuat post pada blog
.
Tapi Jebat macam mana nak buat forum blog tu? Ummmhh!!, saya agak sibuk sedikit untuk mengajar mambuat forum pada blog. Apa kata anda pergi ke blog member saya ini, sebab kat blognya anda memberi tutorial bagaimana membina forum pada blog. Anda boleh klik link dibawah ini. Apa-apa yang tak faham buat pertanyaan kat situ he..he..
Tutorial Membina Forum Pada Blog
Saya harap ianya dapat menarik traffic atau pelawat ke blog anda. Ada banyak lagi teknik yang saya ingin ceritakan. Anda teruskan membaca pada blog saya ini. Satu saya nak ingatkan, jika anda menggunakan blog percuma anda tidak akan membina forum blog
. Jika berminat untuk mempelajari bagaimana membuat blog seperti ini anda boleh klik link dibawah ini.
Itu sahaja.. jumpa anda di lain post. Teruskan berkunjung ke blog ini. Wasalam.

4 comments January 25th, 2008
























