Posts filed under 'Idea'
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa juga kepada seluruh umat islam di mana anda berada.
Sedar tak sedar hari ini.. emmm.. lupa pula dah puasa ke berapa!. Memang saya tak pernah kira pun, benda wajib yang penting tunaikan je la sehingga syawal tiba nanti
.
Baik hari ini saya bagi satu cara atau lebih kurang macam kes studi la bagaimana membina ebook yang mempunyai value atau permintaan. Sebenarnya nak buat ebook kena tahu juga ebook itu mempunyai permintaan atau tidak. Artikel ini ditujukan pada newbie yang baru hendak mereka cipta ebook sendiri.
Selain dari membuat survey sebenarnya anda sendiri boleh rasa ebook itu mampu meletup atau tidak.. Chewah.. ini dah macam cite nujum pak belalang ni he..he.. Ya! saya tidak tipu. Baik anda baca hingga habis cerita di bawah ini. Pastu nanti anda fikir-fikirkan la ye..
Kes studi..
Keperluan asas yang perlu ada dalam perniagaan internet ialah komputer dan talian internet anda. Memang menyakitkan kepala jika kedua-dua keperluan ini bermasalah dan yang lebih menyukarkan jika anda tidak tahu nak buat apa apabila masalah menimpa kedua-duanya. Betul tak?
Selama 3 tahun saya berkecimpung dengan perniagaan internet ini, sudah 3 kali saya mengalami masalah yang berulang iaitu komputer terkena virus. Pada awalnya memang pening di buatnya. Komputer terpaksa hantar kat kedai untuk format balik kemudian masukkan software baru semula di mana kos kesemuanya ialah RM60.
Ada sekali tu kebetulan komputer bermasalah pada hari sabtu. Nak tak nak sehingga isnin baru dapat kembali komputer. Itu kalau kena peniaga yang jujur la, kalau tak mungkin makan masa 4 atau 5 hari pastu mereka buat cerita hardisk problem la, mother board terbakar la.. dari RM60 dah jadi ratusan ringgit..
Nak tak nak saya tekadkan diri belajar cara untuk format komputer ini. Kebetulan ada kawan yang tahu buat benda ni.. Nak di jadikan cerita, satu kali komputer bermasalah saya terus rujuk pada kawan ni. Saya belanja dia makan, minum dan tengok wayang sekali.. Ni bukan rasuah tau!! dan pujuk dia formatkan komputer saya tu dan ajar saya sekali he..he..
Mungkin disebabkan pujuk rayu manis tersebut
, saya berjaya belajar ilmu baru ni dan alhamdulilah kini saya boleh format komputer sendiri jika bermasalah. Saya percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah ini, namun ramai di luar sana yang mengalami masalah serupa.. betul tak?
Ini terbukti sehingga hari ini telah ada kawan-kawan yang meminta tolong format komputer mereka semula. Memang saya bagi free je.. namun ada juga diantara mereka yang menghulurkan duit atau belanja makan
.
Kesimpulannya jika saya membuat ebook berkaitan format komputer ini, anda rasa ebook ini akan laku tak? Tanya diri anda berapa ramai di luar sana yang mempunyai komputer? Tanya diri anda berapa ramai diluar sana yang tahu format komputer jika terkena virus? dan akhir sekali tanya diri anda pernah tak komputer terkena virus? he..he..
Dah tamat dah.. Saya rasa anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Yang penting dalam pembinaan ebook ialah, bagaimana ianya dapat memberikan kelebihan pada pembeli anda kelak. Semoga berjaya dalam perniagaan internet anda.
Wasalam.
p/s: Ada diluar sana yang tahu format komputer? Jangan ambil tau idea nak buat ebook berkenaan format komputer ni, ni idea saya.. ha..ha..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 13th, 2008
Assalammualaikum Semua,
Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..
Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/
Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya
.
Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.
Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.
Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung
. Selain anda juga tidak bosan melayari internet..
Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 3rd, 2008
Salam semua, moga ceria-ceria selalu, walaupun Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Thomas
. Kena tunggu lagi 2 tahun la nampaknya arrggghhh!!!!!Baik kita lupakan kisah pilu tersebut.. Untuk hari ini saya ingin kongsikan satu cara mudah bagaimana saya menghasilkan salesletter seperti mana belajarcpanel dot com. Hari tu Maizul ada bertanya sama ada saya menghasilkan sendiri salesletter belajarcpanel dot com atau saya upah orang buat? Yup!! 100% saya hasilkan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah :-) .
Ya memang bukan mudah menghasilkan salesletter untuk sesuatu produk jualan, namun jika anda gunakan cara yang saya gunakan, insyaallah anda juga dapat menghasilkan salesletter yang saling tak tumpah seperti salesletter saya
.
Baik saya andaikan anda mempunyai produk digital contohnya EBOOK MEMASAK. Bagi memulakan sesebuah salesletter pada awalnya anda perlu memilih header atau tajuk utama yang akan memberi perangsang untuk orang terus membaca isi kandungan salesletter. Yang ini saya tidak akan tekankan sangat, kerana saya pasti anda tahu bagaimana untuk memilih kata-kata power untuk pembuka kata salesletter anda. Ini ramai yang tahu buat.. tapi bagaimana dengan isi kandungan salesletter anda?
Ya!! perkara ini yang ramai tak tahu buat atau terlepas pandang. Betul tak? Jadi bagaimana cara saya menghasilkan salesletter tersebut. Walaupun tidak seindah atau sehebat mana, namun saya percaya dan yakin ramai newbie di luar sana yang ingin tahu caranya. Untuk itu saya ingin kongsikan melalui post blog ini. Kepada anda yang memang dah terror buat salesletter, mungkin post ini boleh di jadikan bahan bacaan di masa lapang he..he..
Caranya ialah semasa anda membuat salesletter, isi kandungannya haruslah menjawap semua persoalan di bawah ini. Dengan kata yang lebih manis, pastikan semua jawapan untuk soalan saya dibawah ini anda letakkan dalam salesletter anda. Tidak kira dengan hanya 1 atau 2 jawapan.. namun lebih banyak jawapan lebih OK, sebab anda betul-betul tahu dan faham mengenai produk jualan anda.
Tak faham heh!! Baik andaikata soalan saya “kenapa orang harus membeli produk anda?”. Jangan pula tulis kat salesletter ” Sebab produk saya murah”.. Itu lurus bendul namanya he..he.. ngan marah.. Cuma anda perlu kreatif sedikit dengan menjadikan jawapan tersebut sebagai isi salesletter anda.. Anda boleh menjawap seperti ini..
7 sebab kenapa anda harus mendapatkan produk ini!!
Fahamkan!!.. Ini ke semua soalan yang saya selalu gunakan dalam penghasilan salesletter produk jualan saya. Untuk tutorial ini andaikan anda ingin menjual EBOOK MEMASAK.
Kenapa masih ramai yang tidak tahu memasak? –> 1
Kenapa begitu banyak rujukan anda masih tidak tahu memasak? –> 2
Nyatakan kelebihan yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 3
Kenapa anda mesti memerlukan ebook ini? –> 4
Ebook Apa tu? –> 5
Apa yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 6
Bagaimana bentuk pembelajaran dalam ebook ini? –> 7
Ebook ini untuk siapa sebenarnya? –> 8
Berapakah harga ebook ini? –> 9
Bagaimana mendapatkan ebook ini? –> 10
Ada bonus tambahan ke? –> 11
Benarkah masalah memasak akan dapat di atasi setelah memiliki ebook ini? –> 12
Sekali lagi, bagaimana saya boleh mendapatkan ebook ini? –> 13
Ada pesanankah kepada pelanggan berkenaan ebook ini sebelum anda undur diri? –> 14
Emm.. itulah kesemua soalan yang harus anda jawap sebagai isi salesletter anda. Kini anda telah siap 70% dari salesletter anda. Setelah anda masukkan tajuk header, testimoni pelanggan, link untuk pelanggan anda subcribe dan gambar-gambar yang berkaitan untuk menguatkan hujah atau jawapan anda untuk soalan diatas.. saya berani jamin akan ada yang tangkap lentok den membeli produk anda kelak.. Insyaallah. Moga tips dari saya ini membantu anda. Jumpa lagi
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
May 19th, 2008
Salam semua,
Apa khabar anda hari ini? Harap sihat hendaknya. Post kali ini berbentuk survey mengenai minat anda terhadap proses pembelajaran melalui internet. Berbeza dengan suatu masa dahulu dimana proses pembelajar melalui internet hanya melalui ebook. Namun kini telah ramai pakar yang membuat video tutorial untuk proses pembelajaran melalui internet ini.
Bukan itu sahaja, telah ramai juga pakar yang mewujudkan forum support, servis dan tutorial melalui YM (yahoo messenger) dan macam-macam lagi. Namun hanya dua perkara yang akan saya sentuh iaitu Ebook dan video tutorial, kerana ini yang paling popular IM gunakan untuk membantu anda.
Anda lebih minat yang mana dalam proses pembelajaran ini kalau dibahagi hanya satu pilihan.. Ebook atau Video Tutiorial? Secara logik rasanya ramai yang meminati video tutorial rasanya la
. Namun tak mustahil ada yang lebih tertumpu pada ebook untuk proses pembelajar di internet berbanding dengan video tutorial. Betul tak?
“Betul la abang Jebat.. ebook ini tak berapa detail berbanding dengan video tutorial. Kalau video tutorial step by step cara ditunjukkan, rasanya seperti saya lebih dekat dengan proses tu!! Ini mungkin alasan anda yang meminati video tutorial”.
“Saya lebih mengemari ebook. Ada masalah, saya boleh pergi detail ke masalah tersebut. Hanya semak bab mana dan mukasurat mana.. terus dah ada depan mata saya. Kalau video tutorial saya nak kena tunggu buffer penuh.. Nak cari bab yang tak faham.. terpaksa tengok je video hingga sampai pada bab tersebut.. Ini contoh alasan orang yang meminati ebook la
“.
Nak tahu juga pendapat anda lebih mengemari yang mana? Sebab walaupun video tutorial lebih efektif untuk proses pembelajar, kerana ianya adalah melalui penglihatan dan pendengaran berbanding ebook yang lebih pada penglihatan.. namun saya yakin anda ada alasan sendiri kenapa lebih meminati ebook atau video tutorial?
Kerana saya yakin dan pasti masing-masing ada kelebihan masing-masing. Secara jujur saya lebih meminati ebook berbanding video tutorial. Ini mungkin di sebabkan saya lebih minat membaca dari menonton TV he..he..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
April 3rd, 2008
Salam semua,
Ini la kali pertama saya lama tidak membuat penulisan pada blog ini. Rasanya lebih seminggu kot!
. Maafkan saya kerana baru-baru ini saya kehilangan momentum untuk menulis. Inilah bahayanya kalau membiarkan diri kita dalam keadaan selesa dan langsung tidak meletakkan satu cabaran yang membolehkan kita terus rasa tertekan dan meronta-ronta untuk terus menulis. Insyaallah dan alhamdulilah kerana saya dapat kembali mood tersebut.
Kehilangan momentum untuk terus menulis post pada blog akan dihadapi oleh sesiapa sahaja. Anda juga tidak terkecuali. Ini bukan perkara luar biasa dan biasanya akan terjadi disebabkan kita meletakkan diri dalam keadaan selesa.. ” Bestnya tengok TV je”.. “Iskh tak de mood menulis, sok je la saya update blog”.. “Aduh mata ngantuk la hujan-hujan ni.. layan tidur lagi best”.. “Banyak la wayang best kat pawagam, nak pergi layan la..”
Ada seribu satu macam lagi keadaan anda meletakkan diri anda terlalu selesa.. Emm kalau sekali sekala rasanya tidak mengapa.. Macam saya ha..ha.. Tapi kalau dah selalu bahaya tu. Laman web lama tak update, pertanyaan dari pelanggan tak jawap, blog tiada post-post terbaru, produk baru jauh sekali la.. Ini semua tanda perniagaan internet anda nak bungkus
.
Tidak kisah kalau anda terlalai untuk semua tu di sebabkan anda tidak cukup tangan atau terlalu sibuk seperti saifulsham ke.. Dr.Irfan Khairi ke.. atau anda memang ada peluang perniagaan lain yang lebih menguntungkan.. Yang ini kes lain lah.. Betul tak?
Cara saya lebih suka meletakkan cabaran atau senang cakap seperti berjanji kepada anda, yang mana janji tersebut harus saya tunaikan. Cara ini akan membuatkan anda rasa tercabar dan sekaligus akan menyempurnakan semua kerja anda. Tak percaya.. Cubalah!!. Baik sebagai cabaran kepada diri saya, selama sebulan ini saya akan membuat post 2 hari sekali, ini bagi mengembalikan momentum saya untuk terus menulis. Aduh … boleh ke tak ni… risau ni.. he..he..
Tunggu post-post fresh dari saya setiap 2 hari. Banyak yang ingin saya kongsikan. Jumpa lagi!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
March 30th, 2008
Previous Posts