Posts filed under 'internet'

Kegawatan Ekonomi! - Apa Persediaan Anda?

Sejak bulan lepas saya banyak menghabiskan masa dengan ilmu baru di luar bidang perniagaan internet ini. Belum sampai masa untuk menceritakan kepada anda. Insyaallah suatu hari nanti ye :-) ..

Tahukah anda dunia kini telah di landa kegawatan ekonomi yang mungkin mengambil masa agak lama sebelum dapat di pulihkan. Bahang ini mungkin dapat di rasakan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta terutamanya bidang pembuatan, semikonduktor, perbankan dan lain-lain. Pekerja kerajaan mungkin tidak begitu dapat merasakan impak ini.

Apa Persediaan Anda?

Jika dulu saya hanya bercuti sehari dalam 3 minggu (kerja overtime), namun kini tiap-tiap hujung minggu saya free he..he.. seronok tau!. Bayangkan je bermula dari 25hb ni hingga 3hb januari tahun depan saya dipaksa bercuti. Kalau banyak annual leave dapat juga la gaji penuh, kalau tiada langsung macam saya ni alamatnya kena ambil unpaid leave.. adoi!! :-)

Nasib baik hutang piutang rendah < dari gaji.. kalau tak mahu pitam juga di buatnya he..he.. Namun ada juga kawan-kawan yang amat-amat merasakan kesan kegawatan ini bila mana mereka terpaksa menjualkan kereta, menutup pinjaman asb, menghentikan insuran serta merta dan macam-macam lagi. Ini bagi memastikan kewangan dapat menampung kehidupan.

Berbeza dengan mereka yang mempunyai pendapatan sampingan atau kerja sampingan, mungkin ini la masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan tersebut. Secara jujur kegawatan ekonomi ini tidak memberi kesan yang besar pada saya. Keadaan ini saya akan gunakan sebaiknya dalam perniagaan internet yang telah saya ceburi sejak hampir 2 tahun lepas.

Seronok tak jika mempunyai perniagaan sendiri? Kegawatan global langsung tidak memberi kesan kepada anda. Namun kerja sepenuh masa mungkin menyukarkan anda untuk berbuat demikian. Apa kata anda mencuba perniagaan internet? Bukan untuk masa sekarang, namun suatu masa kelak dan saya pasti perniagaan internet ini akan menjadi sumber pendapatan sampingan anda.

“Tapi susahlah nak belajar perniagaan internet ni, nak kena tahu buat laman web, nak kena tahu buat blog, nak kena tahu domain, nak kena tahu keyword, nak kena tahu SEO.. pening la..”. Saya ada satu formula untuk mengatasi masalah ini.. “HANYA PERLU MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA ANDA, INSYAALLAH ANDA PASTI BOLEH!”.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

1 comment December 3rd, 2008

Bukan Hanya Untuk Perniagaan Internet - Cara Mudah Claim Rebat Tunai!

Dengan adanya internet kini kerja harian kita menjadi lebih mudah. Seperti juga halnya dengan perniagaan internet, hanya duduk depan komputer sejam atau dua jam sehari untuk melihat jika ada pembeli membeli produk.. mudah bukan!! ;-) .

Pada tiap-tiap hujung bulan ramai orang yang bersesak-sesak di setiap bank membayar hutang pinjaman kereta, rumah, kad kredit dan lain-lain.. namun saya hanya perlu online seketika untuk menjelaskannya semuanya. Duit minyak kenderaan pun dapat jimat tau!! :-) .

Sebenarnya ada cara mudah untuk claim rebat tunai anda secara online. Mungkin ada yang dah tahu, namun saya pasti ramai juga yang masih belum tahu tu.. betul tak? Yang pasti kemudahan ini juga dapat anda gunakan untuk melihat sama ada rebat tunai anda sedia untuk di claim atau tidak.

1) Pergi ke laman web Pos Online.

2) Klik “First Time Registration”.

perniagaan internet 

3) Baca syarat ini kemudian klik “Accept”. Kalau tak faham klik Accept terus pun boleh :-) .

perniagaan internet

5) Create user dan password anda. Ini jangan kurang dari 6 huruf atau abjad. INGAT!! jangan dedahkan kepada sesiapa juga. Hanya untuk anda seorang. Kemudian klik “Submit”.

perniagaan internet

6) Isikan maklumat diri anda. Pastikan tidak tipu, nanti tak pasal-pasal duit rebat tak dapat claim :-p .

perniagaan internet

7) Sudah settle semuanya, pada web tadi login menggunakan user serta password yang anda create tadi dan tekan “login”.

perniagaan internet

8) Dah login, klik pada “Cash Rebate”.

perniagaan internet

8) Masukkan nombor kereta atau motorsikal anda kemudian tekan submit. Nanti akan keluar maklumat pembayaran, select bank dan masukkan nombor akaun. Dalam masa sehari atau dua hari, duit akan di bank-in ke bank pilihan anda.

perniagaan internet

9) Namun jika sebelum ini anda sudah menerima rebat tersebut maka maklumat bank tidak keluar. Yang keluar seperti paparan dibawah :-) . Jadi sebagai peringatan selepas menghidupkan road-tax tu, boleh login laman web ini untuk melihat sama ada boleh claim atau tak. Harap membantu anda.

perniagaan internet

Mudah tak dengan internet? Selamat mencuba ;-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments November 6th, 2008

RM2000.. Banyak Tu! - Mulakan Perniagaan Internet Seminima Yang Mungkin

Sebagai seorang newbie yang begitu excited dalam perniagaan internet satu perkara yang harus anda ingat ialah hadkan atau minimakan kos perniagaan internet anda seberapa yang mungkin.

Ya! anda mesti berbuat sedemikian kerana pada peringkat permulaan adalah untuk test market sama ada perniagaan internet anda boleh pergi jauh atau tidak. Salah satu caranya ialah mungkin anda harus peruntukan RM500 sebagai modal permulaan, dimana dengan RM500 tersebut semua anda telah cover dari nama domain, web hosting, laman web jualan, banner, kos promosi dan sebagainya.

Satu hakikat yang anda kena terima kerana melalui fakta hanya 4% dari 96 % sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet. Jadi untuk mengelakkan ianya berlaku kepada anda, minimakan kos anda pada awalnya dan jika anda sudah berjaya kelak melalui keuntungan perniagaan internet itu bolehlah anda laburkan duit besar untuk projek lebih besar.

Bayangkan anda perhabiskan duit sebanyak RM1000 atau RM2000.. ambil contoh RM2000 anda gunakan untuk projek perniagaan internet pertama anda, dari laman web sehinggalah cara promosi yang begitu besar kosnya. Rasa-rasanya mampukah anda berdiri jika perniagaan internet anda ini gagal?

Sekurang-kurangnya dengan meminimakan kos perniagaan anda masih mampu meneruskan perniagaan internet anda. Bayangkan jika anda hanya melaburkan RM500 tadi, jika ianya tidak berjaya anda masih ada 3 peluang sebelum kos perniagaan internet anda mencecah RM2000 untuk memperbetulkan kesilapan teknik perniagaan anda.

Cara ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anda terus berhenti dari perniagaan internet anda. Dalam perniagaan agak mustahil untuk anda terus berjaya dalam percubaan pertama anda. Mungkin perlukan masa dan ingat kos perlu tidak memberikan impak yang besar atas kegagalan tersebut.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments October 31st, 2008

Perlunya Anda Mempunyai Web Hosting Yang Berbeza Jika Anda Serius Dalam Perniagaan Internet

Hari ini 20/08/08, jika anda klik pada laman web jualan Ebook Cpanel saya, mungkin anda tidak akan dapat view laman web tersebut disebabkan masalah hardware dari Syarikat web hosting yang di sewa, dimana mereka telah memaklumkan kepada saya sebelum ini.

Hari ini juga jika anda melawat beberapa blog popular, jika masalah serupa berlaku, jangan betulkan connection internet anda, kerana semua yang menggunakan server yang sama akan mengalami masalah yang sama. Sampai bila? Mungkin 24 jam atau lebih.

Jika anda serius dalam perniagaan internet, seharusnya anda jangan menggunakan server web hosting yang sama untuk ke semua laman web atau blog anda. Tahu kenapa? Anda bayangkan jika menggunakan server web hosting yang sama, jika masalah seperti ini berlaku alamat perniagaan anda 100% lumpuh.

Namun jika anda menggunakan server yang berbeza, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai 50% perniagaan internet yang masih berjalan seperti biasa. Kalau biasa anda untung sehari RM100, mungkin hari ini kurang sikit la RM50 kot, alhamdulilah juga la anda masih mempunyai pendapatan kan :-) . Daripada tiada langsung..

Setakat ke hari ini saya telah menggunakan 4 web hosting berbeza untuk ke semua web dan blog perniagaan internet saya. Selain itu saya juga memilih server kat US untuk web yang target visitor dari sana dan server kat Malaysia untuk perniagaan internet yang kat Malaysia, salah satu contohnya adalah blog ini yang menggunakan server Malaysia.

Tahu kenapa saya gunakan server Malaysia untuk target visitor kat Malaysia dan server US untuk target visitor kat US? Salah satu sebab adalah supaya kecekapan server tu lagi tinggi jika berdekatan berbanding dengan jauh beribu batu.

Ingat lagi tak gempa bumi di China kalau tak silap saya, yang mengakibatkan gangguan kabel internet dasar laut tu.. Masa tu kat Malaysia tidak dapat view internet dari luar negara seperti yahoo, google, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Bayangkan kalau masa tu anda menggunakan server Malaysia untuk jual produk yang target pembeli dari oversea.. lumpuh lagi la perniagaan internet anda kan..

Tapi jika anda menggunakan server US, walaupun masalah ini berlaku kat Malaysia, perniagaan internet anda di luar sana masih berjalan seperti biasa. sekali lagi anda dapat mengelakkan perniagaan internet anda bermasalah.

Itu sahaja tips berkaitan web hosting untuk yang serius ingin menjalankan perniagaan internet. Walaupun masalah server ini jarang berlaku, namun bersiap sedia dari segala kemungkinan memastikan perniagaan internet anda senantiasa berjalan lancar, insyaallah ;-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments September 20th, 2008

Teknik Membuat Ebook Yang Mempunyai Permintaan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Selamat berpuasa juga kepada seluruh umat islam di mana anda berada.

Sedar tak sedar hari ini.. emmm.. lupa pula dah puasa ke berapa!. Memang saya tak pernah kira pun, benda wajib yang penting tunaikan je la sehingga syawal tiba nanti :-) .

Baik hari ini saya bagi satu cara atau lebih kurang macam kes studi la bagaimana membina ebook yang mempunyai value atau permintaan. Sebenarnya nak buat ebook kena tahu juga ebook itu mempunyai permintaan atau tidak. Artikel ini ditujukan pada newbie yang baru hendak mereka cipta ebook sendiri.

Selain dari membuat survey sebenarnya anda sendiri boleh rasa ebook itu mampu meletup atau tidak.. Chewah.. ini dah macam cite nujum pak belalang ni he..he.. Ya! saya tidak tipu. Baik anda baca hingga habis cerita di bawah ini. Pastu nanti anda fikir-fikirkan la ye.. ;-)

Kes studi..

Keperluan asas yang perlu ada dalam perniagaan internet ialah komputer dan talian internet anda. Memang menyakitkan kepala jika kedua-dua keperluan ini bermasalah dan yang lebih menyukarkan jika anda tidak tahu nak buat apa apabila masalah menimpa kedua-duanya. Betul tak?

Selama 3 tahun saya berkecimpung dengan perniagaan internet ini, sudah 3 kali saya mengalami masalah yang berulang iaitu komputer terkena virus. Pada awalnya memang pening di buatnya. Komputer terpaksa hantar kat kedai untuk format balik kemudian masukkan software baru semula di mana kos kesemuanya ialah RM60.

Ada sekali tu kebetulan komputer bermasalah pada hari sabtu. Nak tak nak sehingga isnin baru dapat kembali komputer. Itu kalau kena peniaga yang jujur la, kalau tak mungkin makan masa 4 atau 5 hari pastu mereka buat cerita hardisk problem la, mother board terbakar la.. dari RM60 dah jadi ratusan ringgit..

Nak tak nak saya tekadkan diri belajar cara untuk format komputer ini. Kebetulan ada kawan yang tahu buat benda ni.. Nak di jadikan cerita, satu kali komputer bermasalah saya terus rujuk pada kawan ni. Saya belanja dia makan, minum dan tengok wayang sekali.. Ni bukan rasuah tau!! dan pujuk dia formatkan komputer saya tu dan ajar saya sekali he..he..

Mungkin disebabkan pujuk rayu manis tersebut :-) , saya berjaya belajar ilmu baru ni dan alhamdulilah kini saya boleh format komputer sendiri jika bermasalah. Saya percaya bukan saya seorang yang mengalami masalah ini, namun ramai di luar sana yang mengalami masalah serupa.. betul tak?

Ini terbukti sehingga hari ini telah ada kawan-kawan yang meminta tolong format komputer mereka semula. Memang saya bagi free je.. namun ada juga diantara mereka yang menghulurkan duit atau belanja makan :-) .

Kesimpulannya jika saya membuat ebook berkaitan format komputer ini, anda rasa ebook ini akan laku tak? Tanya diri anda berapa ramai di luar sana yang mempunyai komputer? Tanya diri anda berapa ramai diluar sana yang tahu format komputer jika terkena virus? dan akhir sekali tanya diri anda pernah tak komputer terkena virus? he..he..

Dah tamat dah.. Saya rasa anda faham apa yang saya cuba sampaikan. Yang penting dalam pembinaan ebook ialah, bagaimana ianya dapat memberikan kelebihan pada pembeli anda kelak. Semoga berjaya dalam perniagaan internet anda.

Wasalam.

p/s: Ada diluar sana yang tahu format komputer? Jangan ambil tau idea nak buat ebook berkenaan format komputer ni, ni idea saya.. ha..ha..

Perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments September 13th, 2008

Previous Posts


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category