Posts filed under 'Jejak Jutawan'

Tetapkan Matlamat Untuk Jadi Jutawan!

Masih saya ingat semasa subjek lukisan suatu masa dulu masa masih bersekolah. Cikgu menyuruh menyiapkan tugasan bertajuk ” Malaysia pada tahun 2020“. Masa tu tak silap saya tahun 1992.. Kalau ingat kembali detik ini rasa macam nak gelak pun ada. Namun ada satu pengajaran di sebalik tugasan tersebut.

Bayangkan hampir semua lukisan, melukiskan bangunan pencakar langit, kereta boleh terbang, manusia dan robot jalan seiring dan macam-macam lagi. Kini!! Dah tahun 2007.. rasanya sukar untuk terlaksana impian tersebutkan :-) .

Meletakkan impian sebesar gunung itu tidak salah dan satu kebaikannya walaupun tidak mencapai apa yang kita bayangkan, namun kini negara kita telah mempunyai bangunan tertinggi yang boleh dibanggakan, Lapangan terbang serba moden (KLIA), Litar lumba Sepang, LRT, Komuter dan macam-macam lagi. Ini kerana matlamat untuk menjadikan Malaysia negara membangun melalui wawasan 2020.

Untuk itu kenapa hanya membiarkan diri anda tanpa arah tuju. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi jutawan. Dengan menetapkan matlamat untuk menjadi jutawan, tidak mustahil suatu hari nanti anda juga mampu untuk menjadi jutawan.

Anda tahu bagaimana nama-nama besar seperti Dr.Irfan Khairi, Azizi Ali, Tony Fernandez, Dr.Azman Chin dan ramai lagi boleh bergelar jutawan.. ini kerana mereka menetapkan suatu matlamat untuk menjadi jutawan!.

Pemberitahuan!!..

Satu program baru yang dikendalikan oleh Dr.Irfan Khairi harus menjadi program yang wajib anda dengar sekiranya anda menyimpan niat untuk menjadi jutawan. Program ini akan mengupas formula untuk menjadi jutawan. Ianya akan ke udara:

Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

Jadual Program

Jutawan Bersama Dr.Irfan

www.jejakjutawan.com

 

Wasalam.

Jebat Mesranet

 

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments November 5th, 2007


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category