Posts filed under 'Kata Kunci'
Post hari ini agak lari dari kebiasaannya
. Sebab gembira sangat-sangat & nak kongsi kegembiraan tu kat anda semua. Dengan rasminya Malaysia telah menamatkan penantian selama 25 tahun untuk menjuarai kejohanan All England Badminton bergu lelaki menewaskan China dengan straight set. Tahniah kepada Kien-Keat dan Boon Heong. Juga tidak lupa untuk jurulatih Rexy yang telah banyak mengubah reputasi pemain bergu Malaysia. Saya kalau sukan.. kena pula Malaysia yang bertanding memang sokong 100%. Ye la kalau bukan saya dan anda yang sokong.. siapa lagi, betul tak?
Nampak ketara semenjak kedatangan Rexy sebagai mentor, banyak perubahan yang ketara kepada prestasi pemain Malaysia. Sebelum ini kedua anak muda ini yang berumur hanya 20 tahun ini mendapat emas dalam Sukan Sea Doha.. Masihkah dikau ingat!! Pastu juara terbuka Malaysia dan kini Juara All England.
Pengajarannya!!.. anda yang ingin berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan internet ini, sebenarnya harus mencari seorang mentor. Anda baru hendak melangkah.. adalah amat mustahil untuk anda berjaya tanpa adanya mentor. Banyak benda yang perlu anda pelajari!. Mampukah anda berjalan seorang tanpa panduan di tempat yang anda belum pernah tujui? Saya ada jawapan untuk soalan itu.. “tersesat”. Nasihat saya mulakan langkah awal untuk mencari mencari mentor anda dalam perniagaan internet ini.
Namun ada teguran untuk semua newbie. Ingat!! mentor bukanlah tempat anda bermanja. Pantang ada masalah sedikit semua merujuk kepada mentor. Mentor juga ada banyak kerja lain nak buat. Ada masa tidak cukup tangan pun. Jadi kena faham kat situ ye. saya suka jika newbie berusaha menghasilkan sesuatu & jika ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, baru bertanya kepada mentor. Jangan risau!! Kebiasaannya mentor akan menjawap soalan anda
. Walaupun kekadang ambil masa sedikit.
Bagaimana untuk mencari mentor? Perlukah untuk hamba menjawap soalan ini? Ok lah untuk tidak menghampakan anda saya bagi panduan bagaimana untuk mencari mentor perniagaan internet ini :
- Ikuti kursus-kursus perniagaan internet Dr.Irfan Khairi, Saifulsham, Ebiz Malaysia, Osman Affan. Automatik mereka dinobatkan sebagai mentor anda.
- Membeli produk dari mereka yang anda hendak jadikan mentor
. Dengan membeli produk mereka segala pertanyaan yang berkaitan dengan produk itu anda boleh tanya mereka. Biasanya mereka yang betul-betul menjalankan perniagaan internet ini akan menjawap segala permasalahan anda. Kekadang soalan diluar topik pun mentor ni akan jawap.
- Mengikuti forum-forum. Ramai yang anda boleh jadikan mentor disana. Antara forum yang popular wangcyber.com
- Melawat blog mentor dan berikan komen-komen yang berguna pada blog. Supaya anda lebih diingati oleh bakal mentor anda.
Itulah serba sedikit formula untuk anda mencari mentor. Jika anda ada cara lain dari yang saya senarai pun anda boleh gunakan. Tiada masalah ;-). Akhir sekali jangan bertindak kacang lupakan kulit. Ada sesetengah newbie yang bersikap tidak manis terhadap mentor. Tak elok!! Orang yang telah membuat budi tidak harus anda lupakan.
P.S: Saya kini telah mempunyai beberapa orang newbie yang berminat menjadikan saya mentor!! NO PROBLEM!!! Jika ada apa-apa soalan tanya je saya. namun pastikan anda telah melakukan try & error. Jika tidak!! lupakan saja pertanyaan anda itu. Saya tidak akan menjawapnya. Itu prinsip saya!!
Â
Â
March 12th, 2007
Seperti yang saya janjikan , bagaimana dengan mudah untuk mendapatkan kata kunci atau keyword perniagaan internet anda. Cara ini tidak memerlukan anda bersusah payah untuk mencari kata kunci atau keyword. Hanya memerlukan kepakaran copy dan paste sahaja.
Anda kena target kata kunci untuk produk anda!. Andaikan kata kunci yang anda pilih adalah ‘resepi masakan”.. resepi masakan lagi!!
Time post nie tengahari, ingat nak makan je
. Ok juga lah keyword yang samakan. Senang nak buktikan mudah atau tidak carian kata kunci atau keyword nie..
Taipkan kata kunci tadi pada enjin pencari yahoo, google atau msn. Tekan search.. Contoh enjin pencari yang saya gunakan yahoo.. Anda akan lihat paparan carian seperti dibawah.

Mesra.net Recipes mendapat ranking pertama, manakala Koleksi Resepi Masakan mendapat ranking kedua. Klik pada laman web ranking top ten sahaja. Buka satu persatu laman web tersebut. pada laman web itu ‘right klik’ kan mouse komputer anda dan pilih ‘view source’.

Anda akan dapat lihat kata kunci yang digunakan oleh laman web ini. Catitkan kata kunci tersebut dan pilih yang bersesuaian dengan laman web anda
. Ingat jangan tiru bulat-bulat. Ini boleh dikategorikan sebagai spamming keyword oleh enjin pencari (black list). Ubah sekurang-kurangnya 30% dari kata kunci atau keyword yang anda hendak copy and paste.
Mudah bukan cara ini
. Namun anda perlu memekatkan kata kunci atau keyword pada laman web anda. Iaitu dengan cara mengulang-ulangkan kata kunci dan hitamkan kata kunci tersebut, untuk memberitahu enjin pencari inilah kata kunci atau perniagaan internet anda.
Kesemua cara diatas kalau dipraktikkan membolehkan anda mendapat ranking yang baik pada enjin pencari. Namun anda perlu juga mempromosi, mengemas kini, mendapatkan link dan macam-macam lagi untuk mendapatkan tempat teratas dalam enin pencari. Senantiasa bersama blog mesraintenet untuk mendapatkan lebih banyak info perniagaan internet secara percuma!
P.S : Tahukah anda post atau tulisan blog ini adalah pada 03.02.2007. Namun secara automatik saya setting untuk post hari ini 06.02.2007. Buat masa ini saya mungkin tengah tidur lagi
. Minggu nie saya kena shift malam! Nak tahu caranya, belajarlah cara membina blog wordpress DISINI!!!
February 6th, 2007
Sesi pembelajaran yang kedua adalah mencarian kata kunci (keyword). Ini adalah langkah ke#2 yang perlu anda buat setelah anda mempunyai produk :-). Ingat!! kata kunci atau keyword adalah penting dalam perniagaan internet. Bagaimana pelawat boleh menjumpai laman web anda juga bergantung sedikit sebanyak dengan peranan kata kunci ini.
Baiklah, saya mengandaikan anda telah mempunyai produk berbentuk “Ebook Masakan”. Andaian sahaja. Jika lain dari produk ini pun tidak mengapa
.
Anda perlu memikirkan kata kunci apa yang anda hendak gunakan.. Saya senaraikan masakan, restoran, Belajar memasak, makanan segera, makanan asia dan macam-macam lagi.. Setelah senaraikan semua kata kunci tersebut. Anda perlu melihat pada keyword selector tool dan taipkan kata kunci anda tadi. Sebagai contoh ‘masakan’

Setelah tekan ‘Enter’ paparan seperti dibawah akan terhasil. Anda lihat untuk kata kunci atau keyword ‘resepi masakan’ sebanyak 2169 carian sepanjang bulan ini pada enjin pencari. Untuk keyword carian perlu mencari berapa ramai pelawat yang mengunjungi menggunakan keyword tersebut. Lagi ramai pelawat lagi besar peluang untuk membeli produk dari anda!

Adakah anda perlu menggunakan kata kunci atau keyword ‘resepi masakan’ ini?? Belum lagi, kerana langkah seterusnya perlu anda buat. Iaitu perlu memastikan saingan anda pada enjin pencari terlebih dahulu. Caranya pergi pada enjin pencari samaada yahoo, google atau msn. Taipkan kata kunci ‘resepi masakan’ dan lihat berapa banyak laman web yang bersaing untuk kata kunci tersebut..

Ini adalah paparan sebelah kanan carian yahoo. Anda lihat ada 34,300 laman web yang bersaing untuk kata kunci resepi masakan ini. Jumlah carian kurang dari 1 juta adalah baik dan boleh anda pertimbangkan. Cari kata kunci yang ramai pelawat setiap bulan dan kurang pesaingnya pada laman web. Lakukan kesemua tips-tips di atas untuk mencari kata kunci-kata kunci yang lain. Simpan kata kunci itu untuk tindakan setelah anda mempunyai laman web nanti.. Cari seberapa banyak kata kunci tu ye
. Saya tinggalkan anda pada langkah 2 itu disini. Untuk anda melakukan tugasan mencari kata kunci
P.S: Ada satu cara lagi melakukan carian kata kunci ini dengan cepat. Saya akan bagitahu caranya pada tulisan yang akan datang ye.
P.S.S: Langkah ke 3 memulakan perniagaan internet ini akan menyusul. Nantikan tulisan blog ini dari masa ke semasa
February 3rd, 2007