Posts filed under 'Keyword'

Web Templet Adsense Untuk Di Jual, sesuai Digunakan untuk teknik F2R.

Saya ada membuat jualan web templet adsense di forum WangCyber. Thread pada post forum itu lebih ditujukan kepada pengiat-pengiat adsense yang menggunakan perisian HyperVRE atau teknik F2R.

Web templet ini 100% beroperasi dengan perisian HyperVRE. Ramai antara mereka yang menggunakan perisian HyperVRE dan pengamal teknik F2R mengalami masalah mendapatkan NICHE dan web templet yang sesuai. Jadi sedikit sebanyak masalah ini akan dapat di atasi dengan adanya web templet adsense ini. Tak percaya? :-)

Salah satu contoh web templet adsense yang saya bina sebentar tadi, adalah 100% sama dengan web templet yang akan saya jualkan kepada anda. Anda boleh melihat contoh pada image atau terus ke laman web tersebut

Web Templet Adsense

http://mesrainternet.com/engines

Setiap satu web templet adalah BERBEZA NICHE dan telah dilakukan research disamping Niche yang mahal. Satu Niche saya jualkan hanya untuk seorang. Bermaksud Niche yang telah saya jualkan tidak akan saya jualkan lagi kepada sesiapa.

Jika berminat, anda boleh melihat bentuk tawaran itu pada thread forum di Wang Cyber atau anda boleh Klik Disini!!

Itu sahaja, semoga anda berjaya mendapatkan pendapatan pertama anda dengan adsense selain dari perniagaan internet ini.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

1 comment March 2nd, 2008

Google Adsense - Gempar!! Baca Jangan Tak Baca.. Betul Ke Teknik Ini?

Salam maal hijrah. Moga tahun ini anda menjadi insan cemerlang dan terbilang di mata islam.. Dan berjaya dengan perniagaan internet yang diceburi.. Insyaallah!!.Hari ini saya ingin memperkenalkan satu teknik baru untuk pengiat google adsense. Teknik ini simple sahaja, siapa-siapa pun boleh buat.. tapi saya tak pasti lagi kebenarannya. Namun saya dah cuba sepanjang bulan januari ini, nampaknya mendatangkan hasil. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda. Baru boleh tahu sama ada ia secara kebetulan atau ada rahsia di sebaliknya.

he..he.. suprise tak? Kalau pada masa ini saya tak jadi cerita boleh ke? he..he.. Jangan marah ye.. Mesti cerita dan nak kongsi apa pun dengan anda semua di blog ini.

Sebelum cerita saya ingin bertanyakan anda sesuatu. Anda tahu apa ‘Smart Pricing”? Jika anda pengiat google adsense sejati mesti tahu makna smart pricing ini :-) . Ya!! satu malapetaka yang mana ada mendapat beribu-ribu pelawat namun pendapatan adsense anda hanya beberapa sen sahaja, disebabkan laman web anda hanya mendapat iklan-iklan murah.

Lebih-lebih lagi jika anda adalah pengamal teknik F2R. Anda berhabisan puluhan ringgit untuk YSM, namun pendapatan google adsense anda hanya belasan ringgit sahaja sehari. Rugi besar ooohhh!!!!!… :-)

Ramai di luar sana mengambil langkah membuka akaun google adsense baru jika perkara ini terjadi. Tapi kalau anda mengalami masalah ini 3 kali… 7 kali.. 10 kali.. masakan anda perlu membuka akaun 3.. 7.. atau 10 kali. Betul tak? Namun tidak boleh tidak, perkara ini mesti anda lakukan, jika tidak pendapatan adsense anda akan berkurangan. Saya juga akan bertindak sama jika perkara ini terjadi..

Saya hampir-hampir membuka akaun google adsense baru kerana masalah ini. Pada awalnya memang ingat kena Smart Pricing. Namun setelah mencuba teknik baru sempoi ini he..he.. alhamdulilah saya berjaya mengekalkan USD20 sehari dengan hanya beberapa klik sahaja. Yang paling latest dengan satu klik saya mendapat USD8.17.

Pendapatan Adsense

Anda boleh melihat pendapatan adsense saya sedikit merosot pada bulan oktober dan november iaitu sebanyak $104.14 dan $83.87 mungkin sebab smart pricing. Sebelum itu saya mendapat $265.53. Namun secara tidak sengaja saya menggunakan teknik ini, saya mendapat sebanyak $305.59.

Untuk pengetahuan anda saya tidak pernah menambah laman web lagi semenjak 4 bulan lepas, kerana hendak maintain dengan laman web yang ada. Itu pun tak terlayan he..he.. Jumlah keseluruhan hanya 5 laman web dan 100% menggunakan teknik F2R.

Pendapatan Adsense Bulan November

Ini sekali imbas pendapatan adsense saya bulan november. Jatuh teruk walaupun mendapat klik yang banyak dari pelawat. Saya menyedari teknik ini pada bulan disember. Di mana secara tidak sengaja pendapatan adsense saya meningkat.

Jadi saya menggunakan sepenuhnya teknik ini pada bulan januari… dan inilah hasilnya. Anda nampak tak perbezaannya..

Pendapatan Adsense Bulan Ini

He..he.. nampak tak perbezaannya..Baru 10 hari saya sudah memintas pendapatan bulan oktober dan november 2007.. dan yang berwarna kuning  pendapatan adsense ini berkurangan disebabkan saya ke KUala Lumpur hari tu dan tidak dapat untuk menggunakan teknik ini.

Iskh!! tidak sempat saya hendak menceritakan teknik tu hari ini, sebab sekejap lagi nak pergi kerja. Kerja malam minggu ni. Esok saya update post ini ye, itu pun kalau ada yang berminat nak tahu.. Jangan marah :-) .

UPDATE:

Maaf lewat sedikit membuat post update ini kerana sibuk menyiapkan projek reseller. Berita baiknya mungkin dalam seminggu dua lagi akan dilancarkan. Mahu tahu apa projek ini. Boleh KLIK DI SINI!!.

Ok berkenaan teknik baru tersebut tidak la sehebat mana pun dan saya masih tidak dapat memastikan kebenarannya sama ada secara kebetulan atau tidak. Apa kata anda cuba dan post komen kat sini sama ada berkesan atau tidak. Namun saya cuba sepanjang bulan ini ada peningkatan.

Caranya anda kerapkan login ke akaun adsense anda. Saya dalam sehari login lebih kurang 10 kali, secara tidak sengaja tiap kali kekerapan login tersebut, adsense earning saya bertambah dan sebaliknya berkurang jika saya tidak login langsung :-) . Tapi seperti yang saya katakan, sama ada benar atau tidak.. sama ada anda percaya atau tidak.. terpulang pada anda ye!! :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments January 11th, 2008

Malaysia Juara + Cari Mentor Anda Dalam E-biz

Post hari ini agak lari dari kebiasaannya :-) . Sebab gembira sangat-sangat & nak kongsi kegembiraan tu kat anda semua. Dengan rasminya Malaysia telah menamatkan penantian selama 25 tahun untuk menjuarai kejohanan All England Badminton bergu lelaki menewaskan China dengan straight set. Tahniah kepada Kien-Keat dan Boon Heong. Juga tidak lupa untuk jurulatih Rexy yang telah banyak mengubah reputasi pemain bergu Malaysia. Saya kalau sukan.. kena pula Malaysia yang bertanding memang sokong 100%. Ye la kalau bukan saya dan anda yang sokong.. siapa lagi, betul tak?

Nampak ketara semenjak kedatangan Rexy sebagai mentor, banyak perubahan yang ketara kepada prestasi pemain Malaysia. Sebelum ini kedua anak muda ini yang berumur hanya 20 tahun ini mendapat emas dalam Sukan Sea Doha.. Masihkah dikau ingat!! Pastu juara terbuka Malaysia dan kini Juara All England.

Pengajarannya!!.. anda yang ingin berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan internet ini, sebenarnya harus mencari seorang mentor. Anda baru hendak melangkah.. adalah amat mustahil untuk anda berjaya tanpa adanya mentor. Banyak benda yang perlu anda pelajari!. Mampukah anda berjalan seorang tanpa panduan di tempat yang anda belum pernah tujui? Saya ada jawapan untuk soalan itu.. “tersesat”. Nasihat saya mulakan langkah awal untuk mencari mencari mentor anda dalam perniagaan internet ini.

Namun ada teguran untuk semua newbie. Ingat!! mentor bukanlah tempat anda bermanja. Pantang ada masalah sedikit semua merujuk kepada mentor. Mentor juga ada banyak kerja lain nak buat. Ada masa tidak cukup tangan pun. Jadi kena faham kat situ ye. saya suka jika newbie berusaha menghasilkan sesuatu & jika ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, baru bertanya kepada mentor. Jangan risau!! Kebiasaannya mentor akan menjawap soalan anda :-) . Walaupun kekadang ambil masa sedikit.

Bagaimana untuk mencari mentor? Perlukah untuk hamba menjawap soalan ini? Ok lah untuk tidak menghampakan anda saya bagi panduan bagaimana untuk mencari mentor perniagaan internet ini :

  • Ikuti kursus-kursus perniagaan internet Dr.Irfan Khairi, Saifulsham, Ebiz Malaysia, Osman Affan. Automatik mereka dinobatkan sebagai mentor anda.
  • Membeli produk dari mereka yang anda hendak jadikan mentor :-) . Dengan membeli produk mereka segala pertanyaan yang berkaitan dengan produk itu anda boleh tanya mereka. Biasanya mereka yang betul-betul menjalankan perniagaan internet ini akan menjawap segala permasalahan anda. Kekadang soalan diluar topik pun mentor ni akan jawap.
  • Mengikuti forum-forum. Ramai yang anda boleh jadikan mentor disana. Antara forum yang popular wangcyber.com
  • Melawat blog mentor dan berikan komen-komen yang berguna pada blog. Supaya anda lebih diingati oleh bakal mentor anda.

Itulah serba sedikit formula untuk anda mencari mentor. Jika anda ada cara lain dari yang saya senarai pun anda boleh gunakan. Tiada masalah ;-) . Akhir sekali jangan bertindak kacang lupakan kulit. Ada sesetengah newbie yang bersikap tidak manis terhadap mentor. Tak elok!! Orang yang telah membuat budi tidak harus anda lupakan.

P.S: Saya kini telah mempunyai beberapa orang newbie yang berminat menjadikan saya mentor!! NO PROBLEM!!! Jika ada apa-apa soalan tanya je saya. namun pastikan anda telah melakukan try & error. Jika tidak!! lupakan saja pertanyaan anda itu. Saya tidak akan menjawapnya. Itu prinsip saya!!

 

 

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add comment March 12th, 2007

Tips mudah mencari kata kunci produk anda!!

Seperti yang saya janjikan , bagaimana dengan mudah untuk mendapatkan kata kunci atau keyword perniagaan internet anda. Cara ini tidak memerlukan anda bersusah payah untuk mencari kata kunci atau keyword. Hanya memerlukan kepakaran copy dan paste sahaja.

Anda kena target kata kunci untuk produk anda!. Andaikan kata kunci yang anda pilih adalah ‘resepi masakan”.. resepi masakan lagi!! :-) Time post nie tengahari, ingat nak makan je ;-) . Ok juga lah keyword yang samakan. Senang nak buktikan mudah atau tidak carian kata kunci atau keyword nie..

Taipkan kata kunci tadi pada enjin pencari yahoo, google atau msn. Tekan search.. Contoh enjin pencari yang saya gunakan yahoo.. Anda akan lihat paparan carian seperti dibawah.

Keyword Resepi Masakan Pada Yahoo

Mesra.net Recipes mendapat ranking pertama, manakala Koleksi Resepi Masakan mendapat ranking kedua. Klik pada laman web ranking top ten sahaja. Buka satu persatu laman web tersebut. pada laman web itu ‘right klik’ kan mouse komputer anda dan pilih ‘view source’.

Cara View Source

Anda akan dapat lihat kata kunci yang digunakan oleh laman web ini. Catitkan kata kunci tersebut dan pilih yang bersesuaian dengan laman web anda :-) . Ingat jangan tiru bulat-bulat. Ini boleh dikategorikan sebagai spamming keyword oleh enjin pencari (black list). Ubah sekurang-kurangnya 30% dari kata kunci atau keyword yang anda hendak copy and paste.

Mudah bukan cara ini :-) . Namun anda perlu memekatkan kata kunci atau keyword pada laman web anda. Iaitu dengan cara mengulang-ulangkan kata kunci dan hitamkan kata kunci tersebut, untuk memberitahu enjin pencari inilah kata kunci atau perniagaan internet anda.

Kesemua cara diatas kalau dipraktikkan membolehkan anda mendapat ranking yang baik pada enjin pencari. Namun anda perlu juga mempromosi, mengemas kini, mendapatkan link dan macam-macam lagi untuk mendapatkan tempat teratas dalam enin pencari. Senantiasa bersama blog mesraintenet untuk mendapatkan lebih banyak info perniagaan internet secara percuma! ;-)

P.S : Tahukah anda post atau tulisan blog ini adalah pada 03.02.2007. Namun secara automatik saya setting untuk post hari ini 06.02.2007. Buat masa ini saya mungkin tengah tidur lagi :-) . Minggu nie saya kena shift malam! Nak tahu caranya, belajarlah cara membina blog wordpress DISINI!!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

7 comments February 6th, 2007

Langkah 2 - Kata Kunci atau keyword Untuk perniagaan internet + Produk Anda!

Sesi pembelajaran yang kedua adalah mencarian kata kunci (keyword). Ini adalah langkah ke#2 yang perlu anda buat setelah anda mempunyai produk :-) . Ingat!! kata kunci atau keyword adalah penting dalam perniagaan internet. Bagaimana pelawat boleh menjumpai laman web anda juga bergantung sedikit sebanyak dengan peranan kata kunci ini.

Baiklah, saya mengandaikan anda telah mempunyai produk berbentuk “Ebook Masakan”. Andaian sahaja. Jika lain dari produk ini pun tidak mengapa ;-) .

Anda perlu memikirkan kata kunci apa yang anda hendak gunakan.. Saya senaraikan masakan, restoran, Belajar memasak, makanan segera, makanan asia dan macam-macam lagi.. Setelah senaraikan semua kata kunci tersebut. Anda perlu melihat pada keyword selector tool dan taipkan kata kunci anda tadi. Sebagai contoh ‘masakan’

keyword

Setelah tekan ‘Enter’ paparan seperti dibawah akan terhasil. Anda lihat untuk kata kunci atau keyword ‘resepi masakan’ sebanyak 2169 carian sepanjang bulan ini pada enjin pencari. Untuk keyword carian perlu mencari berapa ramai pelawat yang mengunjungi menggunakan keyword tersebut. Lagi ramai pelawat lagi besar peluang untuk membeli produk dari anda! :-)

Carian Keyword

Adakah anda perlu menggunakan kata kunci atau keyword ‘resepi masakan’ ini?? Belum lagi, kerana langkah seterusnya perlu anda buat. Iaitu perlu memastikan saingan anda pada enjin pencari terlebih dahulu. Caranya pergi pada enjin pencari samaada yahoo, google atau msn. Taipkan kata kunci ‘resepi masakan’ dan lihat berapa banyak laman web yang bersaing untuk kata kunci tersebut..

Carian keyword resepi masakan pada yahoo

Ini adalah paparan sebelah kanan carian yahoo. Anda lihat ada 34,300 laman web yang bersaing untuk kata kunci resepi masakan ini. Jumlah carian kurang dari 1 juta adalah baik dan boleh anda pertimbangkan. Cari kata kunci yang ramai pelawat setiap bulan dan kurang pesaingnya pada laman web. Lakukan kesemua tips-tips di atas untuk mencari kata kunci-kata kunci yang lain. Simpan kata kunci itu untuk tindakan setelah anda mempunyai laman web nanti.. Cari seberapa banyak kata kunci tu ye :-) . Saya tinggalkan anda pada langkah 2 itu disini. Untuk anda melakukan tugasan mencari kata kunci ;-)

P.S: Ada satu cara lagi melakukan carian kata kunci ini dengan cepat. Saya akan bagitahu caranya pada tulisan yang akan datang ye.

P.S.S: Langkah ke 3 memulakan perniagaan internet ini akan menyusul. Nantikan tulisan blog ini dari masa ke semasa

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments February 3rd, 2007


Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Posts by Month

Posts by Category