Posts filed under 'kisah dan tauladan'
Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali
.
Hari ahad lepas saya telah selamat tiba di Melaka dan pada hari isnin ke esokkan harinya saya memulakan rutin harian seperti biasa. Namun perniagaan internet saya mulakan hari ini di sebabkan terlalu banyak open house hari raya :-) . Ini menyebabkan saya agak tembam sedikit dari kebiasaan ha..ha..
Masa balik kampung hari tu, sebenarnya saya agak kagum juga la kerana rata-rata penduduk kampung saya tu telah tahu sedikit sebanyak mengenai aktiviti internet berbanding setahun lepas yang rata-ratanya tiada yang buat pun aktiviti internet ini.
Bayangkan ada 2 orang kenalan saya yang banyak menghabiskan duit membeli produk di ebay, kemudian menjualkannya dan mendapat keuntungan 100%. Hebat betul
. Tak kurang juga yang membeli barangan elektronik seperti handphone, mp4 dan lain-lain di ebay. Kagum juga la saya he..he..
Namun ada juga la berita yang kurang baik akibat daripada pengaruh internet ini. Hampir kebanyakkan kereta, bas dan van orang-orang kampung saya itu ada lekat sticker yang mempromosikan satu skim yang di ban oleh bank negara baru-baru ini.

Saya juga tidak terlepas dari promosi mereka dan seperti biasa saya terus terang katakan benda ni TIPU!!. Tak kan la semudah tu orang nak bagi duit tanpa berbuat apa-apa kerja pun. Baik betul hati diorang.. Hanya perlu labur sejumlah wang, duduk goyang kaki dan bulan-bulan dapat imbuhan yang jumlah keuntungan boleh menukar status seseorang menjadi jutawan ha..ha..ha.. Lawak.. lawak..
Namun kenyataannya, skim ini betul-betul berjaya di kampung saya. Hampir setiap rumah bercerita mengenai skim ini masa pergi beraya hari itu. Kesian pula saya pada mereka, kerana mungkin ini pengalaman kali pertama mereka. Mana yang belum masuk skim ini sebolehnya saya nasihatkan. Nak dengar atau tidak terserah pada individu tersebut.
Belum sampai seminggu saya balik Melaka..tup.. tup.. dah kena ban dah.. Hangus duit RM10,000 makcik… Memang betul manusia dapat belajar dari kesilapan. Namun kalau boleh biar la kesilapan seperti mengayuh basikal jatuh bangun dan pandai mengayuh. Jangan la kesilapan yang meninggalkan seribu macam kedukaan.
Kepada yang belum terkena tu.. Berhati-hati lain kali ye. Saya percaya modus operasi skim-skim ini tak kan pernah berhenti. Sebenarnya mudah je nak kenal skim-skim ni..
” MANA-MANA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA DENGAN HANYAÂ SEDIKIT PELABURANÂ TANPA PERLU BEKERJA KERAS, HANYA PERLU GOYANG KAKI.. AWAS!!! INI LA SKIM-SKIM YANG PERLU ANDA JAUHI!! ”
” TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA!! ”

October 17th, 2008
Salam semua,
Ini la kali pertama saya lama tidak membuat penulisan pada blog ini. Rasanya lebih seminggu kot!
. Maafkan saya kerana baru-baru ini saya kehilangan momentum untuk menulis. Inilah bahayanya kalau membiarkan diri kita dalam keadaan selesa dan langsung tidak meletakkan satu cabaran yang membolehkan kita terus rasa tertekan dan meronta-ronta untuk terus menulis. Insyaallah dan alhamdulilah kerana saya dapat kembali mood tersebut.
Kehilangan momentum untuk terus menulis post pada blog akan dihadapi oleh sesiapa sahaja. Anda juga tidak terkecuali. Ini bukan perkara luar biasa dan biasanya akan terjadi disebabkan kita meletakkan diri dalam keadaan selesa.. ” Bestnya tengok TV je”.. “Iskh tak de mood menulis, sok je la saya update blog”.. “Aduh mata ngantuk la hujan-hujan ni.. layan tidur lagi best”.. “Banyak la wayang best kat pawagam, nak pergi layan la..”
Ada seribu satu macam lagi keadaan anda meletakkan diri anda terlalu selesa.. Emm kalau sekali sekala rasanya tidak mengapa.. Macam saya ha..ha.. Tapi kalau dah selalu bahaya tu. Laman web lama tak update, pertanyaan dari pelanggan tak jawap, blog tiada post-post terbaru, produk baru jauh sekali la.. Ini semua tanda perniagaan internet anda nak bungkus
.
Tidak kisah kalau anda terlalai untuk semua tu di sebabkan anda tidak cukup tangan atau terlalu sibuk seperti saifulsham ke.. Dr.Irfan Khairi ke.. atau anda memang ada peluang perniagaan lain yang lebih menguntungkan.. Yang ini kes lain lah.. Betul tak?
Cara saya lebih suka meletakkan cabaran atau senang cakap seperti berjanji kepada anda, yang mana janji tersebut harus saya tunaikan. Cara ini akan membuatkan anda rasa tercabar dan sekaligus akan menyempurnakan semua kerja anda. Tak percaya.. Cubalah!!. Baik sebagai cabaran kepada diri saya, selama sebulan ini saya akan membuat post 2 hari sekali, ini bagi mengembalikan momentum saya untuk terus menulis. Aduh … boleh ke tak ni… risau ni.. he..he..
Tunggu post-post fresh dari saya setiap 2 hari. Banyak yang ingin saya kongsikan. Jumpa lagi!

March 30th, 2008
Assalammualaikum dan salam semua,
Dah 4 hari tak update blog ini. Maaf kepada anda yang selalu berkunjung ke sini kerana tiada post-post baru sejak sabtu lepas kerana saya merehatkan diri disebabkan demam selsema melanda. Otot-otot badan semua lemah dan lesu. Jadi ambil keputusan untuk berehat seketika. Alhamdulilah hari ni kembali sihat sepenuhnya
.
Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Cerita ni saya dengar masa sekolah menengah dahulu. Pastu lama dah lupa, entah macam mana masa kursus hari tu cerita ni kembali dalam memori sebab penceramah mengutarakan kembali cerita ini. Cerita ini berbentuk teka-teki.. logik dan ada tersirat untuk difikirkan
.
Begini ceritanya..
Ada 3 orang sahabat minum kat warung kopi. Lepas minum mereka memanggil cashier untuk meminta bil. Semua sekali RM30 kata cashier tu. Mereka pun mengeluarkan RM10 masing-masing. Campur ketiga-tiga meraka maka genaplah RM30.
Oleh kerana mereka pelanggan tetap kat warung tu, maka dengan muka manis cashier tadi memberi diskaun dengan memulangkan semula RM5. Ketiga-tiga lelaki tadi membahagikan RM1 tiap mereka. Manakala baki RM2 disedekahkan kepada peminta sedekah yang ada kat warung tu.
Baik secara logik ke tiga-tiga lelaki tadi hanya membayar RM9 sahaja. Manakala RM2 telah disedekahkan.
RM9 x 3 = RM27
RM27 + RM2 = RM29
Soalannya mana hilang lagi RM1.00 tu? ha..ha.. Jawap jangan tak jawap!!. Masa sekolah menengah dapat soalan ni, 3 hari 3 malam tak dapat tidur nak cari jawapannya. Pastu lupa macam tu je.. Last hari tu soalan ini ke udara lagi. Rata-rata yang ada kat situ mengerutkan dahi mencari jawapannya. Hanya saya seorang yang tersenyum, sebab saya tahu benda ini memang logik, namun jawapan untuk soalan ini memang tak perlu nak fikirkan pun.. sebab memang tiada jawapan
.
Pengajaran dari cerita ini, bukan semua perkara perlu anda fikirkan. Jika benda tersebut sukar untuk difikirkan, apa kata anda lupakan sahaja. Tidak perlu pening-pening kepala memikirkanya. Begitu juga dalam perniagaan internet, terutama newbie yang memikirkan terlalu banyak benda teknikal dalam perniagaan internet. Yang adakalanya tidak digunakan pun oleh IM. Daripada anda sibuk memikirkan benda-benda itu semua, apa kata anda fokus terhadap projek anda sahaja, yang kelak akan menghasilkan pendapatan untuk anda.. insyaallah.

January 30th, 2008
Bermula hari ini saya tidak akan online selama 3 hari. Ini disebabkan saya akan ke Kuala Lumpur untuk mengikuti satu kursus.Kursus apa? Emm.. sekembalinya saya nanti, akan saya ceritakan berkenaan kursus ini ye.. Jadi jangan lupa datang ke blog ini nanti ;-).
Baik untuk tajuk post hari ini berkenaan dengan IE (Internet Explorer) dan juga Firefox. Jika anda bergiat aktif dalam perniagaan internet anda perlu mendapatkan kedua-dua paparan ini. Bermaksud tiap kali anda mengubah suai laman web atau blog anda, anda perlu melihat hasil keja tersebut pada kedua-dua paparan ini.

secara jujur saya sebelum ini tidak mempunyai paparan Firefox. Namun setelah mengalami 3 kali masalah berkenaan dengan laman web dan blog, akhirnya saya memasang Firefox pada komputer saya untuk mengatasinya.
Kes pertama masa saya melakukan post dan meletakkan gambar besar. Oleh kerana saya menggunakan IE, blog saya begitu sempurna. Namun Smartzul (mentor)Â telah memberitahu saya melalui komen pada blog ini, yang sidebar saya jatuh ke bawah.. Emmm..
Kes kedua semasa saya memula upload laman web prosuk reseller En.Aku (Sahabat IM). Beliau juga tegur kerana pada ruangan testimoni, text bertindih dengan gambar. Malangnya perkara ini tidak dapat saya lihat dengan menggunakan IE.
Dan kes yang ketiga 2 hari lepas, Juga semasa membuat post pada blog ini. Jimieray (Sahabat IM) menegur kerana tajuk post sama besar dengan isi post. Ohhh!! tidak mengapa perkara ini terjadi pada saya? Akhirnya saya memasangkan paparan Firefox di komputer saya untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Jadi pastikan anda juga mempunyai dua-dua paparan ini IE (Internet Explorer) dan Firefox. Bagaimana? Mudah sahaja.. untuk internet explorer kebiasaannya memang telah ada pada komputer anda masa mula-mula beli. Namun untuk Firefox anda boleh mendapatkannya melalui google atau pada blog ini.
Akhir sekali selamat berhari minggu. Jumpa nanti ye
.

P.S: Projek saya dalam proses melakukan sentuhan terakhir. Saya akan beritahu anda setelah ianya siap sepenuhnya dan bersedia melakukan jualan.
P.S.S: Sahabat saya ada mengeluarkan produk ebook penjagaan kesihatan. Anda boleh mendapatkan produk ini secara percuma. Juga ada pertandingan yang boleh anda sertai. Anda boleh klik pada banner bergerak sebelah kiri blog ini jika berminat.
January 5th, 2008
Semalam adalah hari yang cukup menakutkan untuk saya. Seram sangat-sangat, apa tak nya saya hampir kehilangan blog ini. Oh!! tidak.. Kalau anda lawati blog ini semalam anda akan lihat pelbagai error keluar. saya tak rela kehilangan blog ini. Walaupun blog ini sedemikian rupa, saya amat sayang akan blog ini. Dengan blog ini, bermula kerier saya dalam perniagaan internet.
Ini bermula dengan satu pemasangan kecil dan selepas itu sedikit kesilapan teknikal, kemudian di tambah lagi dengan terdelete database blog ini tanpa ada sebarang backup. Ooo cuainya saya!!.. Sehingga malam tadi saya masih tidak dapat kembalikan blog saya. Akhirnya saya meminta pertolongan smartzul untuk mendapat kembali blog saya semula. Terima kasih berbanyak Zul, Jasa mu di kenang.. Untuk berjaya anda tidak perlu malu untuk bertanya. Tak semua masalah anda boleh selesaikan sorang-sorang. Akan tiba masa anda mesti memerlukan pertolongan seseorang kelak. Jadi apa tunggu.. tanya je..
. Alhamdulilah kini masalah saya selesai. Cuma nak kembalikan blog ini pada sediakala blog ini mungkin mengambil masa sikit.
Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan..
Selamat tahun baru!! kepada semua pembaca setia blog ini. Satu soalan yang biasa anda akan dengar ialah “Apa azam baru anda?”. Sebelum sesiapa bertanyakan saya soalan itu.. saya akan nyatakan matlamat atau azam saya untuk tahun ini. Harap lepas ini tiada yang bertanya saya soalan tersebut. Tapi adakah yang akan bertanya?.. Ntah la.. ada kot
.
Azam saya.. “Akan meneruskan dan akan terus mencipta nama dalam arena perniagaan internet Malaysia. Selain itu saya juga ingin menghasilkan beberapa lagi projek untuk tahun ini insyaallah. Dan ada beberapa kursus yang saya hendak ikuti tahun lepas tapi tidak tercapai kerana sibuk dengan projek offline di tempat kerja. Berkemungkinan dalam bulan mac tahun 2008 ini, saya akan tunaikan niat tersebut. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi skill saya dalam perniagaan internet”. Iskh!! banyak nak cerita lagi ni, takut anda bosan lak mendengarnya.. Jadi saya simpan azam yang lain dan akan cerita setelah atau sedang di laksanakan nanti ye!!.
Diari sepanjang tahun 2007.. Chewah!!.
7 jan 2007 - bermula saat manis saya dalam perniagaan internet ini bersama domain ini MesraInternet.Com. Sudah hampir setahun saya menggunakan domain ini.
27 jan 2007 - Saya mula membina blog ini dengan berpandukan Ebook Panduan Membina Blog SmartZul.
9 Februari 2007 - Membina persahabatan dengan ramai orang melalui forum support SmartZul dan saat paling manis apabila di lantik sebagai Moderator pada forum tersebut.
24 Februari 2007- Idea membina Ebook Panduan Asas Cpanel.
09 Mei 2007 - Ebook Panduan Asas Cpanel dilancarkan kepada umum dan berjaya menghasilkan 160 buah jualan dalam tempoh 3 hari dengan keuntungan sebanyak RM 3000 bersih, setelah menolak komisen affiliate. Terima kasih untuk mentor saya SmartZul yang memberi panduan juga sokongan. Jasa mu ku kenang.
* Melalui Ebook Asas Panduan Cpanel ini, nama saya mula dikenali dalam arena Perniagaan internet ini. Ini sedikit sebanyak memberi saya kepuasan dalam e-biz ini. Masa ini juga saya sibuk membuat promosi untuk menjayakan projek ebook ini.
20 Mei 2007 - Mula menggunakan getrespone untuk mail marketing.
September 2007 - Mula aktif dalam google adsense. Di perkenalkan dengan Formula F2R yang membolehkan saya mendapat income pertama dari adsense.
Disember 2007 - Melancarkan produk versi reseller Ebook terbitan saya. Anda boleh lihat pada link ini. Kini masih ada 65 kekosongan lagi untuk di isi.
http://belajarcpanel.com/DaftarRR/daftarRR.htm
Disamping itu saya juga telah melalakukan beberapa pelaburan untuk membina rangkaian perniagaan internet saya iaitu dengan:
* Rata-rata semua pelaburan ini menguntungkan saya. Ini sahaja coretan sepanjang tahun untuk di kongsikan kepada anda. Akhir sekali.. Selamat Tinggal 2007!!

December 31st, 2007
Previous Posts