Posts filed under 'Laman Web'

Panas!! Cara Mudah Membina Laman web, Blog & Salesletter Untuk Empayar Perniagaan Internet & Program Adsense Anda!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..Anda baru dalam perniagaan internet? Anda ada masalah membina laman web, blog mahupun salesletter? Sebenarnya ada cara mudah membinanya, ya!! semudah A B C sahaja. Sebenarnya saya terjumpa kaedah ini semasa menjelajah youtube 2 hari lepas.

Saya dah cuba praktikan ternyata ianya teramat-amat mudah digunakan.Saya sungguh kagum dengan sipencipta program ini. Masalah anda dalam perniagaan internet khususnya pembina laman web, salesletter dan blog mungkin akan dapat diatasi dengan mudah kini. Sesiapa pun boleh membuat laman web ala-ala professional dengan cara yang teramat-amat simple.. Kod-kod adsense juga boleh diletakkan mengikut kemahuan anda dimana sahaja dalam laman web yang anda bina mengikut kemahuan anda. Amat-amat sesuai untuk pengiat-pengiat adsense juga yang mempunyai masalah membina laman web mahupun blog.

Anda tidak percaya anda boleh view sedikit sedutan youtube dibawah ini.. Klik butang play, kemudian klik pause lebih kurang 3 minit kemudian klik play semula untuk memastikan videoklip tidak terputus-putus semasa anda menonton. Anda pasti teruja melihatnya he..he..

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Klik Disini Untuk Ke Laman Web Program Ini! .

Apa yang membuatkan program ini lebih menarik, kerana setelah anda siap design laman web, salesletter mahupun blog nanti secara automatik anda boleh pindahkkan ke hosting anda dengan hanya 3 langkah. Mahu guna hosting percuma juga boleh :-) .

Namun khabarnya program ini akan dibuka kepada 1000 orang yang terawal sahaja dan selepas itu ianya akan menutup keahlian, ini bagi memastikan server mereka dapat menampung penggunaan 1000 pelanggan terawal ini. Boleh juga join lepas tu, tapi berbayar la kot he..he.. Saya tidak pasti kini berapa ramai dah keahlian, namun setakat hari ini mereka masih menerima anda menjadi ahli mereka. 

Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang ini bukan sahaja menarik malahan percuma pula tu!!

Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini, saya akan mencari bahan-bahan menarik untuk anda dan perniagaan internet anda.

Jumpa lagi ye!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments July 9th, 2008

Cara Mudah Membina Salesletter Adalah Dengan..

Salam semua, moga ceria-ceria selalu, walaupun Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Thomas :-( . Kena tunggu lagi 2 tahun la nampaknya arrggghhh!!!!!Baik kita lupakan kisah pilu tersebut.. Untuk hari ini saya ingin kongsikan satu cara mudah bagaimana saya menghasilkan salesletter seperti mana belajarcpanel dot com. Hari tu Maizul ada bertanya sama ada saya menghasilkan sendiri salesletter belajarcpanel dot com atau saya upah orang buat? Yup!! 100% saya hasilkan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah :-) .

Ya memang bukan mudah menghasilkan salesletter untuk sesuatu produk jualan, namun jika anda gunakan cara yang saya gunakan, insyaallah anda juga dapat menghasilkan salesletter yang saling tak tumpah seperti salesletter saya ;-) .

Baik saya andaikan anda mempunyai produk digital contohnya EBOOK MEMASAK. Bagi memulakan sesebuah salesletter pada awalnya anda perlu memilih header atau tajuk utama yang akan memberi perangsang untuk orang terus membaca isi kandungan salesletter. Yang ini saya tidak akan tekankan sangat, kerana saya pasti anda tahu bagaimana untuk memilih kata-kata power untuk pembuka kata salesletter anda. Ini ramai yang tahu buat.. tapi bagaimana dengan isi kandungan salesletter anda?

Ya!! perkara ini yang ramai tak tahu buat atau terlepas pandang. Betul tak? Jadi bagaimana cara saya menghasilkan salesletter tersebut. Walaupun tidak seindah atau sehebat mana, namun saya percaya dan yakin ramai newbie di luar sana yang ingin tahu caranya. Untuk itu saya ingin kongsikan melalui post blog ini. Kepada anda yang memang dah terror buat salesletter, mungkin post ini boleh di jadikan bahan bacaan di masa lapang he..he..

Caranya ialah semasa anda membuat salesletter, isi kandungannya haruslah menjawap semua persoalan di bawah ini. Dengan kata yang lebih manis, pastikan semua jawapan untuk soalan saya dibawah ini anda letakkan dalam salesletter anda. Tidak kira dengan hanya 1 atau 2 jawapan.. namun lebih banyak jawapan lebih OK, sebab anda betul-betul tahu dan faham mengenai produk jualan anda.

Tak faham heh!! Baik andaikata soalan saya “kenapa orang harus membeli produk anda?”. Jangan pula tulis kat salesletter ” Sebab produk saya murah”.. Itu lurus bendul namanya he..he.. ngan marah.. Cuma anda perlu kreatif sedikit dengan menjadikan jawapan tersebut sebagai isi salesletter anda.. Anda boleh menjawap seperti ini.. 

7 sebab kenapa anda harus mendapatkan produk ini!!

  • Harga produk ini saya jamin murah dan ianya adalah satu dalam sejuta.
  • Produk ini di datangkan bersama dengan manual pembelajaran
  • bla..bla..

Fahamkan!!.. Ini ke semua soalan yang saya selalu gunakan dalam penghasilan salesletter produk jualan saya. Untuk tutorial ini andaikan anda ingin menjual EBOOK MEMASAK.

Kenapa masih ramai yang tidak tahu memasak? –> 1

Kenapa begitu banyak rujukan anda masih tidak tahu memasak? –> 2

Nyatakan kelebihan yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 3

Kenapa anda mesti memerlukan ebook ini? –> 4

Ebook Apa tu? –> 5

Apa yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 6

Bagaimana bentuk pembelajaran dalam ebook ini? –> 7

Ebook ini untuk siapa sebenarnya? –> 8

Berapakah harga ebook ini? –> 9

Bagaimana mendapatkan ebook ini? –> 10

Ada bonus tambahan ke? –> 11

Benarkah masalah memasak akan dapat di atasi setelah memiliki ebook ini? –> 12

Sekali lagi, bagaimana saya boleh mendapatkan ebook ini? –> 13

Ada pesanankah kepada pelanggan berkenaan ebook ini sebelum anda undur diri? –> 14

Emm.. itulah kesemua soalan yang harus anda jawap sebagai isi salesletter anda. Kini anda telah siap 70% dari salesletter anda. Setelah anda masukkan tajuk header, testimoni pelanggan, link untuk pelanggan anda subcribe dan gambar-gambar yang berkaitan untuk menguatkan hujah atau jawapan anda untuk soalan diatas.. saya berani jamin akan ada yang tangkap lentok den membeli produk anda kelak.. Insyaallah. Moga tips dari saya ini membantu anda. Jumpa lagi ;-) .

Jebat mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments May 19th, 2008

Jualan Produk Di Internet - Sejauh Mana Pentingnya Salesletter?

Salam semua,

Apa khabar anda dan bagaimana perkembangan internet anda kini? Baru bermula, telah bermula atau masih dalam proses pembelajaran lagi :-) . Tak kisah apa pun, saya harap anda juga berjaya seperti IM internet yang lain. Apa yang penting jangan mudah berputus asa. Hendak mudah mulakan dengan asas dan langkah demi langkah. Jangan nak buat semuanya sekaligus.. Ingat tu!! :-) .

Sejauh mana pentingnya salesletter??

Saya tidak tahu sama ada anda bersetuju dengan saya atau tidak. Namun bagi saya salesletter no. 1 lebih penting berbanding promosi. Ya!! anda tidak salah baca.. Tapi Jebat kalau tak promosi bagaimana nak dapat jualan? Namun sehebat mana pun promosi anda, jika salesletter anda main tangkap muat je, rasa-rasanya ada ke yang nak beli produk anda? Tepuk dada tanya selera..

Saya berterima kasih kepada anda yang banyak mengirimkan mesej bertanya soalan kepada saya. Ada yang telah saya reply, namun ada juga yang belum.. maaf tau! insyaallah dalam masa terdekat ini saya reply ye :-) . Dari ke semua soalan tersebut ramai yang meminta nasihat dan memberikan link jualan produk kerana tak ada orang beli dan bertanya cara promosi.. Jadi saya mengambil post ini untuk menjawap soalan anda dan dalam masa terdekat saya akan menjawap personal melalui email dan secara detail.. Yang tu kena sabar menanti tau!.

Apa yang saya perhatikan dan rasanya bukan di sebabkan promosi anda tidak mendapat sebarang jualan dari produk anda, tetapi di sebabkan salesletter anda yang begitu simple dan langsung tiada kekuatan untuk menyakinkan pembeli anda membeli produk tersebut. Apa yang lebih menyedihkan, salesletter anda langsung tidak menunjukkan anda serius untuk membuat jualan. Apa salahnya membelanjakan puluhan ringgit mengupah orang membuat design salesletter anda jika anda langsung tidak tahu design.

Saya juga mengupah pakar membina design salesletter saya, walaupun saya telah ada asas design.. Salah satu sebab kerana saya mahukan yang terbaik untuk salesletter saya. Tahukah anda untuk salesletter belajarcpanel dot com, berapa lama masa yang saya peruntukan untuk membinanya sebelum  pra pelancaran? 30 hari bersamaan 1 bulan saya membina salesletter tersebut. Lamanya.. sebab itu adalah projek pertama saya dan pada masa itu saya belum begitu popular seperti anda.

Jadi saya mengambil peluang melalui kekuatan dari salesletter ini untuk menghasilkan jualan. Bayangkan kalau masa itu salesletter saya main tangkap muat sahaja, rasa-rasanya adakah orang yang membelinya? Alhamdulilah melalui kekuatan salesletter saya mendapat jualan dan keuntungan 4 angka pada hari pertama pelancaran. Ya saya akui cara promosi yang betul juga memainkan peranan, terima kasih Smartzul.. saya masih ingat sampai bila-bila bantuan anda.. namun penangan salesletter jangan dilupakan.

Kesimpulan dari post kali ini, jika anda newbie yang ingin menjual produk di internet, sebelum pra pelancaran, saya nasihatkan anda untuk memastikan salesletter anda betul-betul power. Tapi jangan la buat scam atau tipu-tipu.. tak baik!. Sebab apa saya handakkan anda serius dalam membuat salesletter.. sebabnya anda newbie dan belum ada apa-apa lagi yang dapat membantu anda di internet untuk membuat jualan.. jadi gunakan kekuatan salesletter untuk menutup kelemahan anda itu. Good luck!

P/S: Jangan pening-pening ye.. salesletter itu sama la dengan minisite, sama la dengan laman web jualan anda. Sebab ada di kalangan newbie yang keliru dengan salesletter ini :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments May 5th, 2008


Calendar

August 2008
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Posts by Month

Posts by Category