Posts filed under 'Membuat Duit'

Aktiviti Internet SIRI 3 - Membuat Duit Melalui Video Klip (Video Sharing)

Assalammualaikum & salam sejahtera semua..

Maafkan saya, ini adalah post terpanjang saya setakat ini. Saya janji lain kali tak buat lagi he..he..

Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membuat duit melalui video klip yang anda punyai. Saya tahu ramai anda diluar sana yang gemar mengambil video-video klip. Lebih-lebih lagi kini dengan handphone pun anda boleh membuat video klip. Betul tak! tapi tahukah anda bagaimana membuat duit melalui video klip tersebut?

Saya akan tunjukkan, mungkin ini boleh dijadikan aktiviti anda di internet kelak bagi menjana pendapatan.. siapa tahukan? ;-) . Namun syarat utamanya ialah video dalam bahasa english dan video tersebut harus kepunyaan anda 100%. Kira anda sendiri la yang merakamkan video klip tu!. Contoh anak-anak anda nyanyi lagu mat salleh kemudian anda rakamkan.. Ok tak!! :-)

1) Anda daftarkan diri DISINI!!

2) Selepas itu anda akan menerima email pengesahan. Anda boleh login masuk ke akaun metacafe anda itu. Caranya masukkan email dan password yang anda create tadi.

Login ke akaun anda

Klik sini untuk login

3) Tahniah anda sudah boleh mula membuat duit melalui video klip. Caranya upload video klip tersebut ke producer rewards. Klik upload seperti gambar di bawah.

Upload video

4) Kemudian anda klik ’Browse..’ dan cari dimana video klip anda letakkan di folder komputer anda. Setelah selesai klik ‘Upload File’ dan tunggu sehingga proses upload selesai.

Proses Upload

5) Selepas itu akan kelihatan maklumat video klip yang perlu anda isikan. Maklumat ini amat-amat penting kerana semua pelawat akan menonton video klip anda jika maklumat yang anda isikan amat menarik minat mereka untuk menonton.

Maklumat video klip

Tips mengisi maklumat video klip: Pertama anda perlu cari katakunci (Tags) yang powerfull. Andaikata anda ingin meletakkan katakunci ‘joke’ bermaksud jika anda orang membuat carian video klip joke.. maka akan dipaparkan video klip anda. Beginilah cara bagaimana anda boleh mendapatkan traffic atau pelawat menonton video klip anda nanti. Jadi pastikan tags anda powerfull.

Cara mudahnya anda buat carian tags ‘joke’.. anda lihat video klip yang muncul adakah mereka mendapat pelawat ratus, ribu atau juta..

Carian kata kunci

Salah satu dari video klip yang mendapat ribuan pengunjung.. Hanya mengunakan 2 kata kunci iaitu ‘random’ dan ‘joke’. Jadi anda boleh tiru tags ini untuk diletakkan pada maklumat video klip anda. Teruskan carian kata kunci atau tags. Lagi banyak lagi ok :-). Tapi ingat video data juga harus powerfull dan seharusnya dapat menarik pelawat menonton setelah membacanya. Jadi lakukan sedikit kajian ye..

Video klip popular

6) Seterusnya klik ‘next’. Jika video klip anda asli, anda akan dibawa ke page seterusnya dan kemudian anda pilih ‘Producer Rewards’. Seterusnya anda akan diberikan link untuk membolehkan anda melihat dan mempromosikan link tersebut bagi mencari pelawat menonton video klip anda. Namun jika video klip tiruan, serta merta proses upload dibatalkan.

Bagaimana anda mendapat bayaran? Untuk membolehkan anda mendapat bayaran perlu memenuhi 2 syarat berikut iaitu video klip anda perlu mendapat 20,000 penonton sama dengan nilai USD100. Dan juga video klip anda perlu mendapat sekurang-kurang 3 star ke atas. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat di sini http://www.metacafe.com/producer_rewards/

Jangan terkejut dengan angka 20000 view kerana jika tags dan maklumat video anda tadi powerfull dalam tempoh seminggu pun boleh mendapat view puluhan ribu dan tidak mustahil ratusan ribu. Sebab itu saya katakan pentingnya maklumat video anda tadi.

Anda juga boleh menyebarkan video klip anda di youtube, friendster, Myblog, My Space dan sebagainya. Bagaimana mereka membayar anda? Maklumat pembayaran anda boleh baca DI SINI!!. Itu sahaja. Selamat mencuba dan jika ada mana-mana yang tidak faham boleh ajukan soalan pada saya ye :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments July 19th, 2008

Bosan Dengan Internet? Antara Aktiviti Yang Anda Boleh Mulakan - SIRI 2

Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.

Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung :-) . Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.

Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.

Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru :-) .

Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini? :-)

Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.

Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.

Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan? :-)

Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –> ;-)

Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Contoh Iklan Google

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.

Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:

  • Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
  • Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
  • Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.

Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.

Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:

  1. Ebook Jana Wang Adsense 
  2. Ebook Raja Adsense
  3. Ebook 7 Hari Mahir Adsense

Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet.  Moga membantu.

Jebat Mesranet

 

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments June 7th, 2008

Bosannya Walaupun Ada Internet! - SIRI 1

Assalammualaikum Semua,

Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..

Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/

Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya :-) .

Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.

Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.

Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung ;-) . Selain anda juga tidak bosan melayari internet..

Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments June 3rd, 2008

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0 Dilancarkan.

Alhamdulilah kini saya beransur pulih daripada demam yang melanda sejak 3 hari lepas. Yang peliknya walaupun demam panas, namun doktor tidak memberi MC. Jadi saya kuatkan juga diri untuk kerja offline saya di luar sana, setelah balik ke rumah, tidak mampu saya untuk update blog, apatah lagi mengerjakan kerja online ini. Hari ini baru sihat sepenuhnya ;-) .Maafkan saya kerana lewat sehari mengumumkan pelancaran Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0. Ebook ini telah dilancarkan semalam 27/05/2008. Ebook ini akan dijual secara terhad seperti mana versi 1.0 yang terdahulu. Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang pelanggan versi terdahulu.

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0

Memang saya mengakui isi kandungan ebook ini mampu untuk anda menjana pendapatan secara tetap melalui google adsense. Kerana kekuatan ebook ini adalah cara mendapatkan ranking top 10 pada search enjin seperti google, yahoo dan msn bagi menjamin traffic atau pelawat pada blog anda untuk mendapatkan pendapatan tanpa henti melalui google adsense.

Bagi anda yang belum mendapatkan isi kandungan preview setebal 33 mukasurat ebook ini, bolehlah mendownloadnya melalui link di bawah ini. Anda boleh baca serba sedikit isi kandungan ebook ini, selepas itu anda putuskan adakah ebook ini sesuai untuk anda pelajari atau tidak.

LINK DOWNLOAD PREVIEW EBOOK JANA WANG ADSENSE

Tapi kena cepat la, sebab seperti yang saya katakan tadi ebook ini adalah terhad dan jualannya akan di hentikan setelah memenuhi kuantiti jualan yang di tetapkan.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments May 28th, 2008

Web Templet Adsense Untuk Di Jual, sesuai Digunakan untuk teknik F2R.

Saya ada membuat jualan web templet adsense di forum WangCyber. Thread pada post forum itu lebih ditujukan kepada pengiat-pengiat adsense yang menggunakan perisian HyperVRE atau teknik F2R.

Web templet ini 100% beroperasi dengan perisian HyperVRE. Ramai antara mereka yang menggunakan perisian HyperVRE dan pengamal teknik F2R mengalami masalah mendapatkan NICHE dan web templet yang sesuai. Jadi sedikit sebanyak masalah ini akan dapat di atasi dengan adanya web templet adsense ini. Tak percaya? :-)

Salah satu contoh web templet adsense yang saya bina sebentar tadi, adalah 100% sama dengan web templet yang akan saya jualkan kepada anda. Anda boleh melihat contoh pada image atau terus ke laman web tersebut

Web Templet Adsense

http://mesrainternet.com/engines

Setiap satu web templet adalah BERBEZA NICHE dan telah dilakukan research disamping Niche yang mahal. Satu Niche saya jualkan hanya untuk seorang. Bermaksud Niche yang telah saya jualkan tidak akan saya jualkan lagi kepada sesiapa.

Jika berminat, anda boleh melihat bentuk tawaran itu pada thread forum di Wang Cyber atau anda boleh Klik Disini!!

Itu sahaja, semoga anda berjaya mendapatkan pendapatan pertama anda dengan adsense selain dari perniagaan internet ini.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

1 comment March 2nd, 2008

Previous Posts


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category