Posts filed under 'Mentor'
Jika anda ingin mengaktifkan diri dalam perniagaan internet ini, satu sifat atau tabiat yang harus anda kuburkan ialah sifat suka menangguh kerja. Ya! tabiat ini nanti boleh membunuh kerjaya atau perniagaan internet anda.
Sejak akhir-akhir ini perkara tersebut sering melanda diri saya sendiri. Bayangkan kalau dulu blog ini sering kali up to date, kini hampir seminggu baru ada post-post terbaru, disebabkan tabiat suka menangguh kerja dan lama ke lamaan kerja dah bertimbun-timbun menyebabkan kerja yang pada awalnya mudah, kini tampak sukar untuk di siapkan.
Memang tidak dapat di nafikan sifat menangguh kerja ini sebenarnya berlaku sejak dari bangku sekolah lagi dan sehingga kini
. Betul tak? Teringat dahulu zaman sekolah bila mana dapat homework dari cikgu yang perlu di siapkan sebelum minggu depan. “Emm.. lama tu minggu depan. Relax la dulu..”. Lama kelamaan homework semakin bertambah dan tempoh seminggu yang cikgu beri telah hampir..
Apa lagi bersengkang mata la untuk menyiapkan. Sanggup tak tengok tv. Itu kalau semua tahu buat la.. mana yang tak tahu buat, esok pagi awal-awal lagi pergi kelas untuk tiru dari kekawan. Last kantoi dengan cikgu tak buat homework, sebab ingatkan sikit je.. rupanya banyak pula nak kena salin balik ha..ha..
Ingatkan zaman tu dah berlalu, rupanya sifat menangguh kerja ni ada juga bila dah besar panjang ni. Mungkin ini yang dikatakan tabiat. Betul kata pepatah melentur buluh kena dari rebung
.
Jadi jika anda ingin melibatkan diri atau ingin serius dalam perniagaan internet pastikan anda buang terlebih dahulu sifat suka menangguh kerja, kerana ianya akan membunuh kerjaya internet tanpa anda sedari. Emm.. Jebat pandai nasihatkan orang, diri sendiri tu kena betulkan dulu he..he.. Saya ambil kata-kata nadia AF6 –> Redah je!!
Insyaallah saya akan cuba susun kembali plan ebiz saya. Anda bila lagi!!?
Good luck yer.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 23rd, 2008
Salam semua,
Apa khabar anda dan bagaimana perkembangan internet anda kini? Baru bermula, telah bermula atau masih dalam proses pembelajaran lagi
. Tak kisah apa pun, saya harap anda juga berjaya seperti IM internet yang lain. Apa yang penting jangan mudah berputus asa. Hendak mudah mulakan dengan asas dan langkah demi langkah. Jangan nak buat semuanya sekaligus.. Ingat tu!!
.
Sejauh mana pentingnya salesletter??
Saya tidak tahu sama ada anda bersetuju dengan saya atau tidak. Namun bagi saya salesletter no. 1 lebih penting berbanding promosi. Ya!! anda tidak salah baca.. Tapi Jebat kalau tak promosi bagaimana nak dapat jualan? Namun sehebat mana pun promosi anda, jika salesletter anda main tangkap muat je, rasa-rasanya ada ke yang nak beli produk anda? Tepuk dada tanya selera..
Saya berterima kasih kepada anda yang banyak mengirimkan mesej bertanya soalan kepada saya. Ada yang telah saya reply, namun ada juga yang belum.. maaf tau! insyaallah dalam masa terdekat ini saya reply ye
. Dari ke semua soalan tersebut ramai yang meminta nasihat dan memberikan link jualan produk kerana tak ada orang beli dan bertanya cara promosi.. Jadi saya mengambil post ini untuk menjawap soalan anda dan dalam masa terdekat saya akan menjawap personal melalui email dan secara detail.. Yang tu kena sabar menanti tau!.
Apa yang saya perhatikan dan rasanya bukan di sebabkan promosi anda tidak mendapat sebarang jualan dari produk anda, tetapi di sebabkan salesletter anda yang begitu simple dan langsung tiada kekuatan untuk menyakinkan pembeli anda membeli produk tersebut. Apa yang lebih menyedihkan, salesletter anda langsung tidak menunjukkan anda serius untuk membuat jualan. Apa salahnya membelanjakan puluhan ringgit mengupah orang membuat design salesletter anda jika anda langsung tidak tahu design.
Saya juga mengupah pakar membina design salesletter saya, walaupun saya telah ada asas design.. Salah satu sebab kerana saya mahukan yang terbaik untuk salesletter saya. Tahukah anda untuk salesletter belajarcpanel dot com, berapa lama masa yang saya peruntukan untuk membinanya sebelum pra pelancaran? 30 hari bersamaan 1 bulan saya membina salesletter tersebut. Lamanya.. sebab itu adalah projek pertama saya dan pada masa itu saya belum begitu popular seperti anda.
Jadi saya mengambil peluang melalui kekuatan dari salesletter ini untuk menghasilkan jualan. Bayangkan kalau masa itu salesletter saya main tangkap muat sahaja, rasa-rasanya adakah orang yang membelinya? Alhamdulilah melalui kekuatan salesletter saya mendapat jualan dan keuntungan 4 angka pada hari pertama pelancaran. Ya saya akui cara promosi yang betul juga memainkan peranan, terima kasih Smartzul.. saya masih ingat sampai bila-bila bantuan anda.. namun penangan salesletter jangan dilupakan.
Kesimpulan dari post kali ini, jika anda newbie yang ingin menjual produk di internet, sebelum pra pelancaran, saya nasihatkan anda untuk memastikan salesletter anda betul-betul power. Tapi jangan la buat scam atau tipu-tipu.. tak baik!. Sebab apa saya handakkan anda serius dalam membuat salesletter.. sebabnya anda newbie dan belum ada apa-apa lagi yang dapat membantu anda di internet untuk membuat jualan.. jadi gunakan kekuatan salesletter untuk menutup kelemahan anda itu. Good luck!
P/S: Jangan pening-pening ye.. salesletter itu sama la dengan minisite, sama la dengan laman web jualan anda. Sebab ada di kalangan newbie yang keliru dengan salesletter ini
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
May 5th, 2008
Sejak akhir-akhir ini ramai newbie yang bertanya sama ada perlu ikut kursus atau tidak untuk berjaya dalam perniagaan internet ini? Si polan tak pernah ikut kursus tapi berjaya juga. Ada juga newbie kata tidak mampu kerana kursus mahal, jadi nak belajar dari ebook je. Ada juga yang mengatakan boleh membina blog hanya berdasarkan ebook, jadi rasanya boleh kot tanpa mengikuti kursus untuk belajar tentang perniagaan internet ini.
Bukan anda sahaja, saya juga pernah mengalami situasi sama seperti ini, sama ada mahu atau tidak mengikuti kursus perniagaan internet anjuran Dr.Irfan, satu-satunya kursus perniagaan internet yang ada ketika itu. Berat juga untuk membuat keputusan kerana pada masa itu amat kurang didedahkan dengan perniagaan internet. Ditambah lagi dengan pandangan negatif kawan-kawan yang mengatakan ini semua skim cepat kaya dan tipu belaka. Saat-saat buntu mencari jawapan, saya bertekad untuk pergi sahaja kursus tersebut, kerana telah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan internet melalui buku dan ebook, namun saya masih belum dapat melihat corak ebiz ini dan bagaimana untuk bermula. satu-satunya yang ada pada akal fikiran saya ketika itu:
” Kalau saya tidak pergi kursus saya macam ni juga dan duit tetap habis, manakala kalau ikut kursus duit akan habis juga namun sedikit sebanyak dapat ilmu dan jika kena pada cara mungkin boleh berjaya ”
Alhamdulilah kini telah hampir 3 tahun berlalu kursus tersebut, sedikit sebanyak saya mula dikenali ramai di arena perniagaan internet ini. Nak kata berjaya sangat tu tak la, tapi dah boleh mengajar ilmu perniagaan internet ini kepada sesiapa yang memerlukan.
Soalnya perlukah ikut kursus? Terserah pada anda.. namun jika soalan ini ditanya pada saya.. saya akan mengatakan perlu ikut kursus jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet atau sesuatu perkara. Satu lagi kursus selain dari perniagaan internet yang saya sertai ialah kursus kuasa forex anjuran En.Nasir.
Yup!! saya mengakui meminati forex dan akan serius belajar mengenainya. Saya baru lepas fasa pertama kursus dan dalam masa terdekat akan mengikuti fasa kedua kursus pemantapan sebelum memulakan trade pertama secara live. Saya tidak berani untuk melakukan live forex sebelum benar-benar belajar atau mengetahui sepenuhnya mengenai forex ini.
Terus terang saya katakan, forex anda tidak boleh pelajari hanya melalui buku atau ebook semata-mata. Secara asas mungkin ia, namun jika sampai peringkat advance anda memerlukan seorang mentor yang mempunyai pengalaman luas mengenai forex. Caranya adalah melalui kursus. sebab itu saya lebih suka memulakan sesuatu dengan mengikuti kursus, kerana melalui kursus sebenarnya anda melantik seorang mentor atau guru untuk membimbing anda.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
February 29th, 2008
Berita baik untuk anda!!. Kini saya dalam rangka menyiapkan forum support untuk newbie seperti anda. Malangnya forum support ini tidak di buka untuk semua, tetapi hanya di buka kepada semua pembeli Ebook Panduan Asas Cpanel sahaja buat masa ini.
Kewujudan forum support kini saya rasa perlu memandangkan saya menerima banyak email setiap hari bertanyakan mengenai Cpanel. Menjadi masalah bagi saya kerana adakala email tersebut sama sahaja dan saya perlu menjawapnya 2 kali. Dan adakalanya soalan dari anda langsung saya tidak faham pun, maklumlah email adakalanya yang mengarang susah nak fahamkan mereka yang membacanya
.
Saya memohon maaf jika ada email pertanyaan yang saya tidak jawap secara tidak sengaja dan anda ternanti-nanti jawapnya. Ini tidak di sengajakan kerana adakalanya email anda tidak sampai atau terdelete dengan tidak sengaja bersama-sama beribu email spam yang sampai ke inbox email saya. Ini juga satu masalah jika menggunakan email sebagai support untuk anda. Namun telah ramai juga yang saya bantu menyelesaikan permasalahan Cpanel.
Jadi dengan kesungguhan untuk membantu anda saya kini akan menyiapkan forum support ini secepat mungkin, selain boleh berkenalan lebih rapat dengan anda, segala permasalah cpanel anda akan terjawap di sini. Namun minta maaf la kerana forum support ini tidak secantik manapun. Baru lagi.. tapi yang penting kewujudannya nanti dapat membantu anda insyaallah!.
Preview forum support khas untuk anda pembaca setia blog. Ok tak? Dalam masa terdekat ini ada email untuk anda login ke ruangan forum support ini. Tapi maafkan saya sekali lagi, kerana buat masa ini forum support hanya terbuka kepada pembeli Ebook Panduan Asas Cpanel Sahaja.

Baik saya undur diri dulu kerana banyak kerja yang harus saya siapkan. Jumpa lagi dan kepada pembeli ebook cpanel jangan lupa login email anda dalam masa terdekat ini
.

P.S: Berita projek ebook - Untuk pengetahuan anda kini saya telah menyiapkan 90% dari projek perniagaan internet ini. Insyaallah setelah siap 100%, saya akan menguji sistem terlebih dahulu sebelum umumkan kepada anda. Saya akan umumkan pelancaran rasmi melalui blog ini dan kepada semua email list saya. Untuk yang booking beli anda orang pertama menerima email tarikh sebenar pelancaran. Semoga dengan wujudnya projek ini dapat merancakkan industri perniagaan internet
. Untuk melihat projek ini anda boleh KLIK DISINI!!.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
January 14th, 2008
Apa khabar semua?Kini saya kembali
, Setelah 4 hari tidak online di internet. Sampai dari KL semalam, namun kerana kepenatan dan minggu ni kebetulan kerja malam, jadi saya tidak dapat membuat apa-apa post semalam pada blog ini. Kepada anda yang ternanti-nanti post dari saya, terima kasih kerana kesabaran anda menunggu
.Ramai juga yang bertanya saya mengikuti kursus apa di KL tu? Kursus mengenai perniagaan internet lagi ke? Tak la.. Saya sebenarnya mengikuti kursus kuasa forex anjuran En Nasir Yacob. Yup!! anda tidak silap baca, kursus kuasa forex. Terus terang saya katakan, selain daripada perniagaan internet, saya juga meminati saham dan pelaburan.
Oleh itu sedikit daripada duit keuntungan ebiz ini, saya laburkan untuk kursus forex tersebut. Maklumlah ilmu belum cukup di dada untuk bermain saham forex. Alhamdulilah setelah mengikuti kursus tersebut, kini saya sedikit sebanyak boleh membaca indicator atau chart forex. Namun masih baru dan masih banyak benda yang perlu saya pelajari lagi. Insayallah suati hari nanti saya boleh berjaya dari forex ini he..he..
Baik saya ingin kongsikan pengalaman saya mengikuti kursus kuasa forex anjuran En.Nasir ini. Secara jujur saya memberikan 5 bintang untuk kursus ini. Anda berhati-hati jika ingin mengikuti atau membayar apa-apa juga kursus mengenai forex di luar sana, kerana banyak dari mereka hanya mendapat keuntungan dari kursus dan bukannya forex. Namun jika anda ingin mengikuti kursus kuasa forex anjuran En.Nasir ini, saya 100% menyokong anda. Saya jamin anda berpuas hati dengan kursus ini.
Kini saya seolah-olah telah mahir membaca pergerakan forex. Tidak seperti mula-mula dula saya hanya mengunakan teknik rasa. Rasa-rasa nak naik saya buy, dan rasa-rasa nak turun saya sale.. Namun kini tak lagi, sebab kursus kuasa forex mengajar saya membuat analisa pergerakan forex tersebut melalui indicator. Bukan satu, tapi gabungan 3 indicator
.
Penyertaan adalah dari pelbagai negeri di Malaysia juga dari singapura dan brunei. Jadual kursus yang sepatutnya bermula pukul 9.00 pagi terpaksa lewat 30 minit dari jadual kerana saat-saat akhir ada lebih kurang 20 orang yang merayu ingin mengikuti kursus tersebut hari itu. Tapi tidak membuat pendaftaran. Jumlah hadirin adalah seramai 150 orang, dan akhirnya 5 orang sahaja dari 20 orang tersebut yang dapat mengikuti kursus ini.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa gambar dari kursus kuasa forex ini. Maaf la kerana kualiti gambar kurang memuaskan, kerana menggunakan kamera handphone dan keadaan dalam bilik kursus yang gelap sedikit.



Jadi kepada anda yang berminat mengikuti kursus kuasa forex ini, nasihat saya anda sekurang-kurangnya mempunyai asas forex terlebih dahulu. Walaupun ada di selitkan perkara-perkara asas dalam kursus ini, namun ilmu yang terlalu banyak tidak akan dapat anda terima dalam masa hanya satu hari
. Caranya :
Itu sahaja 2 perkara yang perlu anda buat sebelum mengikuti kursus kuasa forex untuk lebih memudahkan anda faham isi kursus tersebut. Kepada anda yang masih was-was, anda boleh menunggu post saya suatu masa nanti, result saya bermain forex menggunakan teknik kuasa forex. Kalau was-was la nak mengikuti kursus ni he..he..

P.S: Zul tq kerana membantu mengalihkan iklan adverlets kat blog semasa saya tidak online hari tu. Jimie juga terima kasih kerana inform saya mengenai hal ini.
P.S: Projek saya masih dalam pembinaan. saya akan cuba siapkan secepat mungkin. Harap anda sabar menunggu ye. Insyaallah saya akan emailkan kepada semua mail subcribe saya setelah ianya di lancarkan kelak.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
January 8th, 2008
Previous Posts