Aktiviti Internet SIRI 3 - Membuat Duit Melalui Video Klip (Video Sharing)
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Maafkan saya, ini adalah post terpanjang saya setakat ini. Saya janji lain kali tak buat lagi he..he..
Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membuat duit melalui video klip yang anda punyai. Saya tahu ramai anda diluar sana yang gemar mengambil video-video klip. Lebih-lebih lagi kini dengan handphone pun anda boleh membuat video klip. Betul tak! tapi tahukah anda bagaimana membuat duit melalui video klip tersebut?
Saya akan tunjukkan, mungkin ini boleh dijadikan aktiviti anda di internet kelak bagi menjana pendapatan.. siapa tahukan?
. Namun syarat utamanya ialah video dalam bahasa english dan video tersebut harus kepunyaan anda 100%. Kira anda sendiri la yang merakamkan video klip tu!. Contoh anak-anak anda nyanyi lagu mat salleh kemudian anda rakamkan.. Ok tak!!
1) Anda daftarkan diri DISINI!!
2) Selepas itu anda akan menerima email pengesahan. Anda boleh login masuk ke akaun metacafe anda itu. Caranya masukkan email dan password yang anda create tadi.

3) Tahniah anda sudah boleh mula membuat duit melalui video klip. Caranya upload video klip tersebut ke producer rewards. Klik upload seperti gambar di bawah.

4) Kemudian anda klik ’Browse..’ dan cari dimana video klip anda letakkan di folder komputer anda. Setelah selesai klik ‘Upload File’ dan tunggu sehingga proses upload selesai.

5) Selepas itu akan kelihatan maklumat video klip yang perlu anda isikan. Maklumat ini amat-amat penting kerana semua pelawat akan menonton video klip anda jika maklumat yang anda isikan amat menarik minat mereka untuk menonton.

Tips mengisi maklumat video klip: Pertama anda perlu cari katakunci (Tags) yang powerfull. Andaikata anda ingin meletakkan katakunci ‘joke’ bermaksud jika anda orang membuat carian video klip joke.. maka akan dipaparkan video klip anda. Beginilah cara bagaimana anda boleh mendapatkan traffic atau pelawat menonton video klip anda nanti. Jadi pastikan tags anda powerfull.
Cara mudahnya anda buat carian tags ‘joke’.. anda lihat video klip yang muncul adakah mereka mendapat pelawat ratus, ribu atau juta..

Salah satu dari video klip yang mendapat ribuan pengunjung.. Hanya mengunakan 2 kata kunci iaitu ‘random’ dan ‘joke’. Jadi anda boleh tiru tags ini untuk diletakkan pada maklumat video klip anda. Teruskan carian kata kunci atau tags. Lagi banyak lagi ok :-). Tapi ingat video data juga harus powerfull dan seharusnya dapat menarik pelawat menonton setelah membacanya. Jadi lakukan sedikit kajian ye..

6) Seterusnya klik ‘next’. Jika video klip anda asli, anda akan dibawa ke page seterusnya dan kemudian anda pilih ‘Producer Rewards’. Seterusnya anda akan diberikan link untuk membolehkan anda melihat dan mempromosikan link tersebut bagi mencari pelawat menonton video klip anda. Namun jika video klip tiruan, serta merta proses upload dibatalkan.
Bagaimana anda mendapat bayaran? Untuk membolehkan anda mendapat bayaran perlu memenuhi 2 syarat berikut iaitu video klip anda perlu mendapat 20,000 penonton sama dengan nilai USD100. Dan juga video klip anda perlu mendapat sekurang-kurang 3 star ke atas. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat di sini http://www.metacafe.com/producer_rewards/
Jangan terkejut dengan angka 20000 view kerana jika tags dan maklumat video anda tadi powerfull dalam tempoh seminggu pun boleh mendapat view puluhan ribu dan tidak mustahil ratusan ribu. Sebab itu saya katakan pentingnya maklumat video anda tadi.
Anda juga boleh menyebarkan video klip anda di youtube, friendster, Myblog, My Space dan sebagainya. Bagaimana mereka membayar anda? Maklumat pembayaran anda boleh baca DI SINI!!. Itu sahaja. Selamat mencuba dan jika ada mana-mana yang tidak faham boleh ajukan soalan pada saya ye :-) .

6 comments July 19th, 2008






















