Posts filed under 'Motivasi Perniagaan'
Sejak bulan lepas saya banyak menghabiskan masa dengan ilmu baru di luar bidang perniagaan internet ini. Belum sampai masa untuk menceritakan kepada anda. Insyaallah suatu hari nanti ye
..
Tahukah anda dunia kini telah di landa kegawatan ekonomi yang mungkin mengambil masa agak lama sebelum dapat di pulihkan. Bahang ini mungkin dapat di rasakan kepada mereka yang bekerja dalam sektor swasta terutamanya bidang pembuatan, semikonduktor, perbankan dan lain-lain. Pekerja kerajaan mungkin tidak begitu dapat merasakan impak ini.
Apa Persediaan Anda?
Jika dulu saya hanya bercuti sehari dalam 3 minggu (kerja overtime), namun kini tiap-tiap hujung minggu saya free he..he.. seronok tau!. Bayangkan je bermula dari 25hb ni hingga 3hb januari tahun depan saya dipaksa bercuti. Kalau banyak annual leave dapat juga la gaji penuh, kalau tiada langsung macam saya ni alamatnya kena ambil unpaid leave.. adoi!!
Nasib baik hutang piutang rendah < dari gaji.. kalau tak mahu pitam juga di buatnya he..he.. Namun ada juga kawan-kawan yang amat-amat merasakan kesan kegawatan ini bila mana mereka terpaksa menjualkan kereta, menutup pinjaman asb, menghentikan insuran serta merta dan macam-macam lagi. Ini bagi memastikan kewangan dapat menampung kehidupan.
Berbeza dengan mereka yang mempunyai pendapatan sampingan atau kerja sampingan, mungkin ini la masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian pada perniagaan tersebut. Secara jujur kegawatan ekonomi ini tidak memberi kesan yang besar pada saya. Keadaan ini saya akan gunakan sebaiknya dalam perniagaan internet yang telah saya ceburi sejak hampir 2 tahun lepas.
Seronok tak jika mempunyai perniagaan sendiri? Kegawatan global langsung tidak memberi kesan kepada anda. Namun kerja sepenuh masa mungkin menyukarkan anda untuk berbuat demikian. Apa kata anda mencuba perniagaan internet? Bukan untuk masa sekarang, namun suatu masa kelak dan saya pasti perniagaan internet ini akan menjadi sumber pendapatan sampingan anda.
“Tapi susahlah nak belajar perniagaan internet ni, nak kena tahu buat laman web, nak kena tahu buat blog, nak kena tahu domain, nak kena tahu keyword, nak kena tahu SEO.. pening la..”. Saya ada satu formula untuk mengatasi masalah ini.. “HANYA PERLU MULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA ANDA, INSYAALLAH ANDA PASTI BOLEH!”.

December 3rd, 2008
Jika anda ingin mengaktifkan diri dalam perniagaan internet ini, satu sifat atau tabiat yang harus anda kuburkan ialah sifat suka menangguh kerja. Ya! tabiat ini nanti boleh membunuh kerjaya atau perniagaan internet anda.
Sejak akhir-akhir ini perkara tersebut sering melanda diri saya sendiri. Bayangkan kalau dulu blog ini sering kali up to date, kini hampir seminggu baru ada post-post terbaru, disebabkan tabiat suka menangguh kerja dan lama ke lamaan kerja dah bertimbun-timbun menyebabkan kerja yang pada awalnya mudah, kini tampak sukar untuk di siapkan.
Memang tidak dapat di nafikan sifat menangguh kerja ini sebenarnya berlaku sejak dari bangku sekolah lagi dan sehingga kini :-). Betul tak? Teringat dahulu zaman sekolah bila mana dapat homework dari cikgu yang perlu di siapkan sebelum minggu depan. “Emm.. lama tu minggu depan. Relax la dulu..”. Lama kelamaan homework semakin bertambah dan tempoh seminggu yang cikgu beri telah hampir..
Apa lagi bersengkang mata la untuk menyiapkan. Sanggup tak tengok tv. Itu kalau semua tahu buat la.. mana yang tak tahu buat, esok pagi awal-awal lagi pergi kelas untuk tiru dari kekawan. Last kantoi dengan cikgu tak buat homework, sebab ingatkan sikit je.. rupanya banyak pula nak kena salin balik ha..ha..
Ingatkan zaman tu dah berlalu, rupanya sifat menangguh kerja ni ada juga bila dah besar panjang ni. Mungkin ini yang dikatakan tabiat. Betul kata pepatah melentur buluh kena dari rebung
.
Jadi jika anda ingin melibatkan diri atau ingin serius dalam perniagaan internet pastikan anda buang terlebih dahulu sifat suka menangguh kerja, kerana ianya akan membunuh kerjaya internet tanpa anda sedari. Emm.. Jebat pandai nasihatkan orang, diri sendiri tu kena betulkan dulu he..he.. Saya ambil kata-kata nadia AF6 –> Redah je!!
Insyaallah saya akan cuba susun kembali plan ebiz saya. Anda bila lagi!!?
Good luck yer.

June 23rd, 2008
Salam semua,
Ini la kali pertama saya lama tidak membuat penulisan pada blog ini. Rasanya lebih seminggu kot!
. Maafkan saya kerana baru-baru ini saya kehilangan momentum untuk menulis. Inilah bahayanya kalau membiarkan diri kita dalam keadaan selesa dan langsung tidak meletakkan satu cabaran yang membolehkan kita terus rasa tertekan dan meronta-ronta untuk terus menulis. Insyaallah dan alhamdulilah kerana saya dapat kembali mood tersebut.
Kehilangan momentum untuk terus menulis post pada blog akan dihadapi oleh sesiapa sahaja. Anda juga tidak terkecuali. Ini bukan perkara luar biasa dan biasanya akan terjadi disebabkan kita meletakkan diri dalam keadaan selesa.. ” Bestnya tengok TV je”.. “Iskh tak de mood menulis, sok je la saya update blog”.. “Aduh mata ngantuk la hujan-hujan ni.. layan tidur lagi best”.. “Banyak la wayang best kat pawagam, nak pergi layan la..”
Ada seribu satu macam lagi keadaan anda meletakkan diri anda terlalu selesa.. Emm kalau sekali sekala rasanya tidak mengapa.. Macam saya ha..ha.. Tapi kalau dah selalu bahaya tu. Laman web lama tak update, pertanyaan dari pelanggan tak jawap, blog tiada post-post terbaru, produk baru jauh sekali la.. Ini semua tanda perniagaan internet anda nak bungkus
.
Tidak kisah kalau anda terlalai untuk semua tu di sebabkan anda tidak cukup tangan atau terlalu sibuk seperti saifulsham ke.. Dr.Irfan Khairi ke.. atau anda memang ada peluang perniagaan lain yang lebih menguntungkan.. Yang ini kes lain lah.. Betul tak?
Cara saya lebih suka meletakkan cabaran atau senang cakap seperti berjanji kepada anda, yang mana janji tersebut harus saya tunaikan. Cara ini akan membuatkan anda rasa tercabar dan sekaligus akan menyempurnakan semua kerja anda. Tak percaya.. Cubalah!!. Baik sebagai cabaran kepada diri saya, selama sebulan ini saya akan membuat post 2 hari sekali, ini bagi mengembalikan momentum saya untuk terus menulis. Aduh … boleh ke tak ni… risau ni.. he..he..
Tunggu post-post fresh dari saya setiap 2 hari. Banyak yang ingin saya kongsikan. Jumpa lagi!

March 30th, 2008
Sejak akhir-akhir ini ramai newbie yang bertanya sama ada perlu ikut kursus atau tidak untuk berjaya dalam perniagaan internet ini? Si polan tak pernah ikut kursus tapi berjaya juga. Ada juga newbie kata tidak mampu kerana kursus mahal, jadi nak belajar dari ebook je. Ada juga yang mengatakan boleh membina blog hanya berdasarkan ebook, jadi rasanya boleh kot tanpa mengikuti kursus untuk belajar tentang perniagaan internet ini.
Bukan anda sahaja, saya juga pernah mengalami situasi sama seperti ini, sama ada mahu atau tidak mengikuti kursus perniagaan internet anjuran Dr.Irfan, satu-satunya kursus perniagaan internet yang ada ketika itu. Berat juga untuk membuat keputusan kerana pada masa itu amat kurang didedahkan dengan perniagaan internet. Ditambah lagi dengan pandangan negatif kawan-kawan yang mengatakan ini semua skim cepat kaya dan tipu belaka. Saat-saat buntu mencari jawapan, saya bertekad untuk pergi sahaja kursus tersebut, kerana telah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan internet melalui buku dan ebook, namun saya masih belum dapat melihat corak ebiz ini dan bagaimana untuk bermula. satu-satunya yang ada pada akal fikiran saya ketika itu:
” Kalau saya tidak pergi kursus saya macam ni juga dan duit tetap habis, manakala kalau ikut kursus duit akan habis juga namun sedikit sebanyak dapat ilmu dan jika kena pada cara mungkin boleh berjaya ”
Alhamdulilah kini telah hampir 3 tahun berlalu kursus tersebut, sedikit sebanyak saya mula dikenali ramai di arena perniagaan internet ini. Nak kata berjaya sangat tu tak la, tapi dah boleh mengajar ilmu perniagaan internet ini kepada sesiapa yang memerlukan.
Soalnya perlukah ikut kursus? Terserah pada anda.. namun jika soalan ini ditanya pada saya.. saya akan mengatakan perlu ikut kursus jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet atau sesuatu perkara. Satu lagi kursus selain dari perniagaan internet yang saya sertai ialah kursus kuasa forex anjuran En.Nasir.
Yup!! saya mengakui meminati forex dan akan serius belajar mengenainya. Saya baru lepas fasa pertama kursus dan dalam masa terdekat akan mengikuti fasa kedua kursus pemantapan sebelum memulakan trade pertama secara live. Saya tidak berani untuk melakukan live forex sebelum benar-benar belajar atau mengetahui sepenuhnya mengenai forex ini.
Terus terang saya katakan, forex anda tidak boleh pelajari hanya melalui buku atau ebook semata-mata. Secara asas mungkin ia, namun jika sampai peringkat advance anda memerlukan seorang mentor yang mempunyai pengalaman luas mengenai forex. Caranya adalah melalui kursus. sebab itu saya lebih suka memulakan sesuatu dengan mengikuti kursus, kerana melalui kursus sebenarnya anda melantik seorang mentor atau guru untuk membimbing anda.

February 29th, 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
Ada yang kata perniagaan internet ini mudah, Betul ke? Emmm.. mudah ke? Jika tanya pada saya, perniagaan internet ini tidak semudah yang difikirkan walaupun telah tahu caranya :-). Disamping itu ianya juga meletihkan. Jika anda yang baru hendak mula dalam perniagaan ini, memang melihat perniagaan internet ini amat-amat mudah, hanya duduk depan komputer dan duit masuk je.. Iskh!! kalau betul la semudah itu, rasanya setahun 40 buah ebook saya hasilkan dan jual :-).
Namun kenyataannya perniagaan internet sama seperti kerja offline anda. Bagaimana anda penat bekerja di luar sana, begitu juga la letihnya hendak menjalankan perniagaan internet ini. Bukan itu sahaja, dalam perniagaan internet ini, boleh dikatakan 100% menggunakan akal fikiran. Bayangkan anda duduk seharian depan komputer dan otak anda senantiasa ligat berjalan mencari idea.. letihhh… OOooo…
Masih tidak percaya? Saya boleh buktikan. Macam ni, anda cipta atau buat satu blog dengan niche atau kepakaran anda sendiri. Selepas itu anda maintain membuat post tiap-tiap hari selama sebulan.. Amacam ada berani?
Saya percaya dan yakin selepas sebulan anda akan rasa peritnya membuat post tanpa henti selama sebulan. Mungkin pada minggu pertama anda masih rasa mudah, namun masuk minggu kedua setelah idea dah habis tulis, masa itu anda akan rasa bagai nak pitam mencari idea untuk menulis. Masuk minggu ketiga.. post penulisan yang sepatutnya habis sejam pada minggu pertama kini dah mencecah 3 atau 4 jam. Masuk minggu ke empat makan sehari baru siap post.. masa itu baru anda tahu perit payahnya perniagaan internet ini.
Saya menghasilkan Ebook Panduan Asas Cpanel memakan masa hampir 1 bulan tanpa henti melakukan try & error dan juga penulisan. Setelah siap saya kena hasilkan pula salesletter. Saya juga kena memastikan semua sistem berjalan lancar sebelum tarikh pelancaran. Pendek kata saya bertungkus lumus selama hampir 45 hari sebelum projek ini dilancarkan sepenuhnya. Dalam tempoh itu, kekadang saya terlupa makan minum, masa tidur tidak menentu dan kebiasaan tidur hanya beberapa jam sahaja. Pendek kata saya begitu letih dan selepas hari pelancaran saya mencuri masa sehari untuk merehatkan diri sepenuhnya.
Jadi jika anda menganggap perniagaan internet mudah dan tidak meletihkan, semudah duduk depan komputer sambil minum-minum atau tersengeh-sengeh.. anda silap, sebab apa-apa juga pekerjaan tentunya meletihkan dan memerlukan sedikit komitmen atau usaha untuk berjaya, begitu juga dengan perniagaan internet ini. Jadi jika anda ingin serius menceburinya anda perlu siap sedia dari segi mental dan fizikal juga, bagi memastikan anda tidak berhenti sekerat jalan.

February 27th, 2008
Previous Posts