Percubaan Pertama - Panduan Subcribe Yang Betul Untuk Newbie
Setelah seharian mengadap komputer untuk menyiapkan projek dan fikiran dah semakin buntu, satu kelaziman yang saya buat adalah melupakan terus fokus terhadap projek. Sebagai hiburan saya akan membaca ebook atau berita atau mencuba sesuatu software yang ada dalam komputer saya.
Banyak sangat software kat komputer ini, yang rasanya berguna namun tidak di praktikkan. Salah satu dari software tersebut ialah camtasia studio 4. Percubaan pertama saya menggunakan software ini, boleh anda lihat pada youtube dibawah ini. Â
http://www.youtube.com/jebatmesranet
Ok tak? Saya merakamkan video klip ini selama hampir 4 jam. Tapi seronok dan masa 4 jam tersebut langsung tidak saya sedari
. Pada mulanya video klip ini diolah dengan suara.. namun bukan mudah dan faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting.. bunyi kipas angin usang, bunyi kenderaan yang lalu lalang, bunyi kucing gaduh, bunyi nafas dan yang paling terasa susah adalah text dialog yang selalu melakukan kesilapan. Ooohhh.. ohoh.. bukan mudah..
Jadi untuk menyiapkan percubaan pertama ini saya buat video klip tanpa suara. Hanya penerangan dengan menggunakan text.
Video klip ini berkisar dengan panduan yang betul jika anda membuat subcribe pada sesuatu laman web. Ini saya tuju khas untuk newbie, kerana ramai newbie yang subcribe pada sesuatu laman web tidak mengisi atau melengkapkan proses subcribe dengan betul dan mengakibatkan subcribe mereka tergantung begitu sahaja.
Jadi kepada newbie.. jangan lupa melihat sekilas video klip yang saya sediakan itu. Tak lama hanya 3 minit sahaja
. Teguran membina di alu-alukan.. Ini permulaan bagi saya menghasilkan lebih banyak video klip selepas ini.
Kepada anda yang bergiat aktif dalam arena perniagaan internet ini. Jadikan tool video marketing sebagai tempat untuk anda menarik traffic. Bagaimana? Belajar untuk menghasilkan video klip seperti ini he..he..
3 comments December 18th, 2007




























