Salam semua,
Maaf kerana kerap terlupa update blog ini. Hilang fokus sedikit minggu lepas
. Banyak sangat kerja tambahan baru. Idea tengah datang mencurah-curah. Semua nak buat sekali, la ni otak tengah bercelaru.. pening!! Cara mudah nak settlekan.. kembali kepangkal jalan. Nak tumpu pada projek yang terdahulu. Manakala kerja tambahan lain.. buat tahun depan he..he..
Baiklah saya ingin memberitahu kepada anda satu peluang membuat duit tambahan. Syaratnya anda mesti mempunyai blog yang mempunyai PR2 dan keatas. Bagimana untuk mengetahui PR blog anda. Boleh tengok melalui laman web berikut
http://www.prchecker.net/check.php
Baiklah! syarat-syarat untuk projek ini anda boleh baca melalui link thread di bawah ini. Nak join anda hanya perlu reply nak join pada thread tersebut. Ini link ke thread tersebut:
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=24804
Kepada anda yang mempunyai blog tetapi tidak berkualiti PR2 anda boleh juga cuba nasib join. Mana la tahu atas kesungguhan anda tu nanti di terima pula. Namun kepada anda yang tidak mempunyai blog.. Ooooo maafkan saya!! anda memang tidak layak.
Seperti yang saya kata, anda boleh mencari income sampingan jika anda mempunyai blog. Gunakan sedikit ruang untuk web hosting anda dengan membina satu blog sekurang-kurangnya untuk tujuan pertama mencari traffic, membina kredibiliti dan yang penting menambah sumber pendapatan anda dalam internet atau perniagaan internet ini.
Berminat nak belajar buat blog? Sini jawapannya http://belajarblog.com
P.S: Fikir-fikirkan lah
.
P.S: Jimie benda tu nanti saya bagi yer.. Tak lupa punya

December 3rd, 2007
Macam biasa post ini adalah secara automatik. Pada masa ini saya berada di Johor Bahru untuk konvensyen NPC ICC peringkat National. Bagaimana saya melakukan post automatik ini? Pastinya anda yang menggunakan blog percuma tidak dapat berbuat demikian
. Anda hanya boleh menggunakan post automatik ini, jika anda menggunakan blog dengan domain anda sendiri. Klik Disini!!
Ok berbalik pada tajuk post, hari tu saya cuba check Pagerank (PR) untuk blog saya ini. 2 bulan lepas saya pernah check sekali namun masih belum tersenarai. Berbeza pada hari itu, apabila saya check PR untuk blog ini, satu yang mengembirakan kerana blog ini telah mendapat PR 3 dari google.

PR ini bolehlah dikatakan tahap ke populariti sesuatu laman web itu. Google menggunakan PR untuk menentukan sesuatu laman web itu sama ada penting atau tidak. Jika anda menggunakan teknik SEO anda perlu mengambil kira tentang PR ini. Ingat dalam perniagaan internet teknik SEO jangan diabaikan kerana SEO yang baik membolehkan anda mendapat pelawat secara percuma yang boleh bertukar menjadi pembeli produk anda kelak
.
Bagaimana google menilai tahap populariti sesuatu blog atau laman web? Saya kurang pasti
. Namun saya percaya google menilainya berpandukan pengunjung/pelawat atau one way link.  Biasa jika laman web atau blog anda mendapat Pagerank yang baik dari google ini, sedikit sebanyak pada enjin carian laman web atau blog anda akan mendapat ranking yang baik.. percayalah!!
Bagaimana anda boleh melihat pagerank (PR) untuk laman web atau blog anda. Mudah caranya iaitu dengan hanya klik pada link ini http://www.prchecker.net/check.php , kemudian anda perlu ‘menaipkan domain name’ laman web atau blog anda dan klik ‘CheckPR’. Selepas itu anda akan dapat melihat pagerank laman web atau blog anda itu. Selamat mencuba!!

Â

P.S: Namun ada cerita terbaru disebalik Pagerank (PR) dari google ini. Mengikut berita tersebut, tidak lama lagi pagerank google ini tidak akan digunakan lagi oleh google. Sejauh mana kebenaran berita ini saya kurang pasti. Namun anda boleh baca disini http://www.searchenginejournal.com/goodbye-google-pagerank/5465/
August 16th, 2007