Posts filed under 'Panduan Blog'
Assalammualaikum semua,
Ya!! anda tidak tersalah baca.. kini Tun Dr. Mahathir juga telah mula menulis blog untuk meluahkan sebarang pandangan serta pendapat beliau mengenai perkembangan politik di negara kita Malaysia. Emm.. Kepada anda yang meminati senario politik Malaysia, silalah berkunjung ke Blog Tun kerana Tun bukan calang-calang orang dan merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang banyak mewarnai dan mencorakkan Malaysia.

http://www.chedet.com
Apa yang istimewanya mengenai blog Tun adalah kerana ianya di tulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa Malaysia dan adakalanya bahasa english bersesuaian dengan post yang akan di bincangkan.
Anda lihat sendiri.. orang yang begitu berpengaruh di Malaysia juga menggunakan blog untuk menulis. Kalau anda fikir-fikirkan sendiri, apa perlunya Tun Dr. Mahathir menulis dalam blog, sebab setiap butir patah perkataan beliau pada umum akan tersebar sekelip mata sahaja di segenap pelusuk negara kita Malaysia juga dunia.
Namun kenapa Tun Dr. Mahathir kini memilih blog sebagai medan untuk beliau menulis? Sebab Tun tahu kekuatan blog sangat-sangat hebat untuk di jadikan senjata dalam bidang penulisan di alaf baru ini. Bukti utama yang tidak boleh di sangkal adalah kekalahan teruk kerajaan pada pilihanraya baru-baru ini. Walaupun dapat memerintah Malaysia kembali, namun dengan majoriti kurang dari 2/3. Walaupun bukan 100% dari kekuatan blog.. tapi sedikit sebanyak blog juga memainkan peranan.
Adakah melampau jika saya katakan blog adalah satu kemestian kini untuk semua orang?. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai komputer dan talian internet. Fikirkan la.. kalau orang macam Tun Dr. Mahathir yang begitu popular dan berpengaruh juga menggunakan blog, apatah lagi orang yang langsung tidak ternama macam anda mahupun saya.
Jadi fikir-fikirkan la untuk mempunyai blog sendiri. Mulakan penulisan anda.. Tapi untuk apa? Untuk berkongsi pengalaman mungkin, untuk membina kredibiliti mungkin, untuk menambah kenalan talian mungkin, untuk membuat network mungkin, untuk memberi tutorial mungkin, untuk apa sahaja tak kisah!!, yang penting anda mempunyai blog peribadi anda sendiri.
Anda boleh belajar membina blog sendiri di sini http://belajarblog.com/

May 9th, 2008
Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli
.
Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join
.
Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan
.Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.
Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

February 19th, 2008
Maaf ye semalam tidak dapat buat post sebab kena kerja 12 jam.. Letih la. Emmm ada juga la yang tidak sabar nak tahu teknik yang ke dua ini. Siap email tanya macam mana teknik tu
. Jadi bersemangat pula saya nak ceritakan teknik ni he..he..
Tahniah kepada yang bertanya kerana anda ada satu dalam diri anda iaitu perasaan ingin tahu. Biasa perasaan ingin tahu dan seterusnya membuat pertanyaan adalah salah satu kaedah atau proses pembelajaran yang baik. Sebab tu budak-budak atau anak-anak kita selalu bertanya itu dan ini,disebabkan mereka dalam proses pembelajaran.
Cuma dalam perniagaan internet, tindakan juga penting la, sebab banyak teknik melibatkan teknikal.. kira dah ada teori, anda kena buat praktikal. Iskh!! membebel pula Jebat ni.. Bila nak cerita teknik yang kedua ni!!!!?? He..He..
Ok saya teruskan.. untuk teknik yang kedua ini saya tujukan kepada anda yang selalu kekeringan idea untuk menulis. Namun kepada anda yang banyak idea menulis pun boleh cuba juga teknik yang kedua ni
.
Baik teknik yang kedua adalah mewujudkan forum pada blog anda. Di akui kuasa forum juga dapat meningkatkan traffic pada blog. Namun teknik ini je tidak mencukupi kerana sebelum menwujudkan forum anda kena tahu apa topik niche yang ingin anda buka pada forum anda. Topik kena la popular dan orang suka dan selalu nak bertandang ke situ. Kira tidak bosan kalau menjadi ahli forum tu.

*Image contoh forum pada blog
Jangan pula membuka forum untuk berkenal-kenalan ke sebab anda bukan artis yang orang ramai perlu untuk berkenalan he..he.. Buka forum untuk berborak-borak ke sebab semua kat internet ni tiada masa nak layan anda berborak he..he.. Tapi cari sesuatu yang orang lain excited nak join forum anda. Tidak mengapa mulakan dengan bilangan ahli kecil terlebih dahulu.
Satu contoh kata lah anda pakar dalam sesuatu teknik tertentu. Apa kata anda ambil beberapa orang ahli yang ingin anda ajar secara percuma.. katalah 10 orang. Insyaallah akan berebut orang menjadi ahli pada forum anda itu. Cukup 10 orang tutup thread forum itu dan mulakan latihan. Yang pasti ahli 10 orang ini akan aktif pada forum anda :-). Mana yang tidak berjaya mengikuti latihan dengan anda, saya percaya akan selalu jenguk ke forum tersebut untuk melihat lain peluang kalau ada. Mulakan dengan 10 kemudian 100 kemudian 1000
.
Atau anda boleh membuka pada umum. Tak kisah berapa ramai yang ingin belajar teknik tu.. Atau anda boleh membuat pertandingan.. atau anda boleh membantu mana-mana newbie dalam permasalahan niche yanga anda buka.. atau anda boleh membuka forum anda tempat pertanyaan atau anda boleh.. bla..bla.. bla..
Tak kisah apa niche atau fokus yang ingin anda buka pada forum anda, tapi pastikan ianya dapat menarik sedikit traffic ke blog anda itu. Mulakan dengan sedikit, insyaallah lama kelamaan akan ramai yang bertandang ke forum blog anda. walaupun anda tidak kerap membuat post pada blog :-).
Tapi Jebat macam mana nak buat forum blog tu? Ummmhh!!, saya agak sibuk sedikit untuk mengajar mambuat forum pada blog. Apa kata anda pergi ke blog member saya ini, sebab kat blognya anda memberi tutorial bagaimana membina forum pada blog. Anda boleh klik link dibawah ini. Apa-apa yang tak faham buat pertanyaan kat situ he..he..
Tutorial Membina Forum Pada Blog
Saya harap ianya dapat menarik traffic atau pelawat ke blog anda. Ada banyak lagi teknik yang saya ingin ceritakan. Anda teruskan membaca pada blog saya ini. Satu saya nak ingatkan, jika anda menggunakan blog percuma anda tidak akan membina forum blog
. Jika berminat untuk mempelajari bagaimana membuat blog seperti ini anda boleh klik link dibawah ini.
http://belajarblog.com
Itu sahaja.. jumpa anda di lain post. Teruskan berkunjung ke blog ini. Wasalam.

January 25th, 2008
Post ini panjang sedikit. Jadi saya pecahkan kepada 2 siri..
Sebagai newbie dalam perniagaan internet, saya amat menyarankan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu blog peribadi sebagai langkah awal anda dalam perniagaan internet ini. Tentunya blog tersebut bukan blog percuma, tetapi blog dengan domain anda sendiri. Seperti blog ini adalah 100% kepunyaan saya. Jadi tiada siapa yang hak ke atas blog ini melainkan diri saya sendiri. Kira apa yang saya nak buat kat blog ini.. suka hati saya la he..he..
Jika menggunakan blog percuma, saya khuatir anda tetiba hilang blog tersebut setelah mempunyai traffic atau pelawat dan kerja anda selama ini akan menjadi sia-sia. Sebab pihak yang memberikan percuma boleh berbuat sesuka hati pada blog anda, sebab ia sepenuhnya milik mereka. Bagaimana membina blog menggunakan domain sendiri? Anda boleh lihat laman web dibawah ini.
http://belajarblog.com/
Setelah mempunyai blog sendiri, satu langkah awal yang anda kena lalui ialah anda mesti membuat post sekali selang 3 hari. Kenapa? Ya jika anda selalu berbuat demikian, pelawat baru yang berkunjung ke blog anda akan sentiasa melawat blog anda selalu disebabkan senantiasa ada benda baru untuk di baca. Dan semakin hari akan semakain ramai kerana pelawat yang telah menjumpai blog anda senantiasa tertumpu pada blog anda.
Jangan risau jika anda telah berbulan-bulan membuat post namun tiada seorang pun yang memberi komen pada blog anda. Itu benda normal, sebab seperti anda juga
, jarang memberi komen pada blog ini he..he.. namun anda selalu melawat blog ini kan? Jadi begitu jugalah hal nya dengan blog anda nanti. Jadi abaikan jika tidak ada orang komen, teruskan dengan post-post fresh dari anda selang 3 hari sekali. Tak kisah post itu panjang atau pendek, yang penting kena buat selang 3 hari sekali.
Saya percaya dengan yakin jika benda ini anda amalkan, pelawat blog anda akan bertambah dari sehari ke sehari. Tapi faktor menarik pelawat ke blog anda bukan ini sahaja, ada seribu satu macam lagi, namun ini lah cara yang paling berkesan buat masa ini untuk newbie seperti anda. “Iskh!!.. ini ke teknik tu jebat!!” tensionnya… Ha..ha.. Bukan teknik ini yang ingin saya ceritakan, namun ada satu teknik lain. Teknik ini boleh juga anda guna jika anda putus idea dalam penulisan. Kira power juga la teknik ini. Tapi bukan hari ini, sebab post ini sudah terlalu panjang. Esok atau lusa saya cerita
.

P.S: Tawaran masih dibuka untuk anda yang berminat dan ingin mempunyai perniagaan online pertama dalam perniagaan internet. Anda boleh lihat laman web tawaran itu DISINI!!.
January 23rd, 2008
Salam semua,
Maaf kerana kerap terlupa update blog ini. Hilang fokus sedikit minggu lepas
. Banyak sangat kerja tambahan baru. Idea tengah datang mencurah-curah. Semua nak buat sekali, la ni otak tengah bercelaru.. pening!! Cara mudah nak settlekan.. kembali kepangkal jalan. Nak tumpu pada projek yang terdahulu. Manakala kerja tambahan lain.. buat tahun depan he..he..
Baiklah saya ingin memberitahu kepada anda satu peluang membuat duit tambahan. Syaratnya anda mesti mempunyai blog yang mempunyai PR2 dan keatas. Bagimana untuk mengetahui PR blog anda. Boleh tengok melalui laman web berikut
http://www.prchecker.net/check.php
Baiklah! syarat-syarat untuk projek ini anda boleh baca melalui link thread di bawah ini. Nak join anda hanya perlu reply nak join pada thread tersebut. Ini link ke thread tersebut:
http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=24804
Kepada anda yang mempunyai blog tetapi tidak berkualiti PR2 anda boleh juga cuba nasib join. Mana la tahu atas kesungguhan anda tu nanti di terima pula. Namun kepada anda yang tidak mempunyai blog.. Ooooo maafkan saya!! anda memang tidak layak.
Seperti yang saya kata, anda boleh mencari income sampingan jika anda mempunyai blog. Gunakan sedikit ruang untuk web hosting anda dengan membina satu blog sekurang-kurangnya untuk tujuan pertama mencari traffic, membina kredibiliti dan yang penting menambah sumber pendapatan anda dalam internet atau perniagaan internet ini.
Berminat nak belajar buat blog? Sini jawapannya http://belajarblog.com
P.S: Fikir-fikirkan lah
.
P.S: Jimie benda tu nanti saya bagi yer.. Tak lupa punya

December 3rd, 2007
Previous Posts