Posts filed under 'Panduan Perniagaan'
Sebagai seorang newbie yang begitu excited dalam perniagaan internet satu perkara yang harus anda ingat ialah hadkan atau minimakan kos perniagaan internet anda seberapa yang mungkin.
Ya! anda mesti berbuat sedemikian kerana pada peringkat permulaan adalah untuk test market sama ada perniagaan internet anda boleh pergi jauh atau tidak. Salah satu caranya ialah mungkin anda harus peruntukan RM500 sebagai modal permulaan, dimana dengan RM500 tersebut semua anda telah cover dari nama domain, web hosting, laman web jualan, banner, kos promosi dan sebagainya.
Satu hakikat yang anda kena terima kerana melalui fakta hanya 4% dari 96 % sahaja yang berjaya dalam perniagaan internet. Jadi untuk mengelakkan ianya berlaku kepada anda, minimakan kos anda pada awalnya dan jika anda sudah berjaya kelak melalui keuntungan perniagaan internet itu bolehlah anda laburkan duit besar untuk projek lebih besar.
Bayangkan anda perhabiskan duit sebanyak RM1000 atau RM2000.. ambil contoh RM2000 anda gunakan untuk projek perniagaan internet pertama anda, dari laman web sehinggalah cara promosi yang begitu besar kosnya. Rasa-rasanya mampukah anda berdiri jika perniagaan internet anda ini gagal?
Sekurang-kurangnya dengan meminimakan kos perniagaan anda masih mampu meneruskan perniagaan internet anda. Bayangkan jika anda hanya melaburkan RM500 tadi, jika ianya tidak berjaya anda masih ada 3 peluang sebelum kos perniagaan internet anda mencecah RM2000 untuk memperbetulkan kesilapan teknik perniagaan anda.
Cara ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan anda terus berhenti dari perniagaan internet anda. Dalam perniagaan agak mustahil untuk anda terus berjaya dalam percubaan pertama anda. Mungkin perlukan masa dan ingat kos perlu tidak memberikan impak yang besar atas kegagalan tersebut.

October 31st, 2008
Assalammualaikum Semua,
Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..
Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/
Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya
.
Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.
Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.
Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung
. Selain anda juga tidak bosan melayari internet..
Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi
.

June 3rd, 2008
Baru-baru ini saya menemui satu cara promosi percuma perniagaan internet anda, tapi traffic beratus-ratus malahan beribu-ribu lemon kalau kena cara. Namun cara ini memerlukan anda mempunyai nama domain yang senang sebutan, tidak mengelirukan, jangan terlalu panjang dan pastinya orang yang mendengar senang nak ingat.
Kalau nama domain anda mengelirukan macam domain ni ‘4candatsotong.com’ nanti orang yang dengar akan taip fourcandatsotong.com atau terlalu panjang seperti kainbatikbaikpunya.com.. ni boleh nak ingat ke? Tentunya ingat-ingat lupa kalau nama domain panjang macam ni kan.. jadi dah rugi traffic yang dengar kat situ. Jadi kalau nak guna cara promosi ni pastikan nama domain anda betulkan terlebih dahulu menjadi seperti ini ‘belajarblog.com’.. ‘belajarcpanel.com’.. ‘mesrainternet.com’.. ha..ha.. ala mestilah Jebat kata ok, sebab semua tu domain Jebat.. Ye la adik oii!!! kalau tak saya yang nak puji siapa lagi.. betul tak?
Ok dah ada nama domain yang baik punya, mulalah melakukan promosi perniagaan internet anda di TV ataupun radio. Iskh!! Jebat ni kata promosi percuma.. ni kalau kat tv dan radio bukan percuma namanya.. ni nak bagi bankrup.. mahal gila tu!!. Relax la brother!!.. teknik ini saya jamin 100% percuma, caranya anda hanya perlu melihat atau mendengar radio yang berkaitan dan bila mereka menyuruh dail untuk bertanyakan soalan.. anda boleh mulakan ayat seperti ini..
“Hello.. saya Jebat dari melaka, laman web mesrainternet.com mempunyai pertanyaan bagaimana anda boleh bla..bla..bla..” atau anda boleh mula macam ni..
“Assalammualaikum, Saya Jebat laman web mesrainternet.com dari Melaka, ingin bertanyakan pada mawi mengenai pembabitan bla..bla..” Ha..ha.. sama ke pertanyaan tu?
Tak kisah la, namun pastikan anda memberikan pertanyaan atau cadangan-cadangan yang bernas sebelum menelefon stesen TV atau radio terbabit. Jangan main tangkap muat je, kerana kredibiliti atau cara menanyakan soalan juga memainkan peranan untuk penonton atau pendengar ingin mengetahui lebih lanjut mengenai anda.
pastu saya jamin akan ada tangan-tangan gatal yang ingin tahu mengenai laman web anda dan di sinilah segalanya bermula.. chewahh!!
. Nampak tak anda mengambil peluang secara percuma untuk mempromosikan laman web jualan anda. Jika kena cara meletup!! bayangkan berapa ramai yang menonton TV dan mendengar radio di Malaysia ni, jutaan orang ooo!!!. Andaikata hanya 1% dari sejuta orang yang melawat laman web anda, ini bermakna 10,000 traffic yang anda akan terima. Emm.. banyak tu!.
Jadi tugasan anda hanya menyediakan nama domain yang mudah dan mesra pengguna, dengar sekali orang boleh ingat dan tahu nak eja :-) , sediakan pen & kertas untuk mencatatkan nombor telefon jika dibuka ruangan soal jawap. Pastikan juga handphone anda mempunyai kredit untuk panggilan
. Duduk depan TV atau dengar radio, lebih baik topik tersebut ada kena mengena dengan produk anda, contoh kalau produk internet anda boleh tunggu rancangan Dr.Irfan ke.. ni lagi ada potensi besar mendapatkan traffic sekaligus jualan. Pastu sediakan pertanyaan yang bernas dan berinovasi dan anda selesai mempromosikan produk jualan anda dengan percuma hasil gempak beb!!

March 16th, 2008
Assalammualikum & salam sejahtera semua..
Salam bertemu kembali, anda apa khabar sihat? Lama tak menulis pada blog ini, kerana memberi laluan kepada mood anda dan pilihanraya. Apa pun keputusan pilihanraya tak begitu penting lagi kerana semuanya telah berlalu. Apa yang penting kini bagaimana untuk kita sama-sama bersatu kembali setelah hampir sebulan bertegang urat menegakkan parti masing-masing. Jangan pasal pilihanraya anda melupakan kawan disebelah anda. Ingat segala susah payah anda.. kawan sebelah itu yang banyak membantu he..he..Â
Ok untuk menyegarkan kembali mood anda, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Ianya percuma dan berbentuk tutorial iaitu bagaimana untuk menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Folder adalah terlalu penting penggunaannya dalam perniagaan internet. Bayangkan semua folder penting anda letakkan pada satu folder, kalau orang ceroboh boleh pitam juga dibuatnya
.
Teknik ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan duduk di rumah sewa. Kenapa? Sebab kekadang komputer kita mereka gunakan tanpa kebenaran dan mengusik beberapa folder penting kita. Betul tak? Jadi cara selamat ialah dengan menyembunyikan folder penting anda. Baik mari kita mulakan!!
1) Anda create satu folder pada desktop, Contoh folder adalah seperti ”file projek” ini.
Â
2) Rename folder tersebut dengan cara right click pada mouse dan pilih rename.

3) Pada keyboard komputer anda tekan butang “Alt” jangan lepaskan, kemudian tekan nombor “0160″. Ingat pastikan anda menekan nombor disebelah kanan keyboard dan bukan pada sebelah atas keyboard.

4) Jika berjaya paparan seperti dibawah akan kelihatan. Tahniah anda berjaya menyembunyikan nama fail penting anda. Kini tiba masa untuk menyembunyikan folder penting anda pula. Mari teruskan..

5) Pada folder anda, right click mouse anda dan kemudian pilih “properties”.

6) Paparan seperti ini akan keluar. Pilih “customise” dan kemudian pilih “change icon”

7) Pada paparan ini cari ruangan kosong seperti yang di tunjukkan pada gambar dibawah ini.

Klik pada ruangan kosong tersebut kemudian kemudian tekan ok dan ok..

9) Tahniah anda berjaya menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Tarik folder tersebut menggunakan mouse dan letakkan dimana-mana sudut desktop komputer anda. Tiada sesiapa yang akan menjumpainya melainkan anda seorang.

Kini folder penting untuk perniagaan internet anda tersimpan rapi pada folder tersembunyi tersebut. Harap post ini membantu anda. Jumpa lagi

March 11th, 2008
Sejak akhir-akhir ini ramai newbie yang bertanya sama ada perlu ikut kursus atau tidak untuk berjaya dalam perniagaan internet ini? Si polan tak pernah ikut kursus tapi berjaya juga. Ada juga newbie kata tidak mampu kerana kursus mahal, jadi nak belajar dari ebook je. Ada juga yang mengatakan boleh membina blog hanya berdasarkan ebook, jadi rasanya boleh kot tanpa mengikuti kursus untuk belajar tentang perniagaan internet ini.
Bukan anda sahaja, saya juga pernah mengalami situasi sama seperti ini, sama ada mahu atau tidak mengikuti kursus perniagaan internet anjuran Dr.Irfan, satu-satunya kursus perniagaan internet yang ada ketika itu. Berat juga untuk membuat keputusan kerana pada masa itu amat kurang didedahkan dengan perniagaan internet. Ditambah lagi dengan pandangan negatif kawan-kawan yang mengatakan ini semua skim cepat kaya dan tipu belaka. Saat-saat buntu mencari jawapan, saya bertekad untuk pergi sahaja kursus tersebut, kerana telah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan internet melalui buku dan ebook, namun saya masih belum dapat melihat corak ebiz ini dan bagaimana untuk bermula. satu-satunya yang ada pada akal fikiran saya ketika itu:
” Kalau saya tidak pergi kursus saya macam ni juga dan duit tetap habis, manakala kalau ikut kursus duit akan habis juga namun sedikit sebanyak dapat ilmu dan jika kena pada cara mungkin boleh berjaya ”
Alhamdulilah kini telah hampir 3 tahun berlalu kursus tersebut, sedikit sebanyak saya mula dikenali ramai di arena perniagaan internet ini. Nak kata berjaya sangat tu tak la, tapi dah boleh mengajar ilmu perniagaan internet ini kepada sesiapa yang memerlukan.
Soalnya perlukah ikut kursus? Terserah pada anda.. namun jika soalan ini ditanya pada saya.. saya akan mengatakan perlu ikut kursus jika anda benar-benar serius dalam perniagaan internet atau sesuatu perkara. Satu lagi kursus selain dari perniagaan internet yang saya sertai ialah kursus kuasa forex anjuran En.Nasir.
Yup!! saya mengakui meminati forex dan akan serius belajar mengenainya. Saya baru lepas fasa pertama kursus dan dalam masa terdekat akan mengikuti fasa kedua kursus pemantapan sebelum memulakan trade pertama secara live. Saya tidak berani untuk melakukan live forex sebelum benar-benar belajar atau mengetahui sepenuhnya mengenai forex ini.
Terus terang saya katakan, forex anda tidak boleh pelajari hanya melalui buku atau ebook semata-mata. Secara asas mungkin ia, namun jika sampai peringkat advance anda memerlukan seorang mentor yang mempunyai pengalaman luas mengenai forex. Caranya adalah melalui kursus. sebab itu saya lebih suka memulakan sesuatu dengan mengikuti kursus, kerana melalui kursus sebenarnya anda melantik seorang mentor atau guru untuk membimbing anda.

February 29th, 2008
Previous Posts