Posts filed under 'Pelaburan Internet'
Assalammualaikum dan selamat bertemu kembali
.
Hari ahad lepas saya telah selamat tiba di Melaka dan pada hari isnin ke esokkan harinya saya memulakan rutin harian seperti biasa. Namun perniagaan internet saya mulakan hari ini di sebabkan terlalu banyak open house hari raya :-) . Ini menyebabkan saya agak tembam sedikit dari kebiasaan ha..ha..
Masa balik kampung hari tu, sebenarnya saya agak kagum juga la kerana rata-rata penduduk kampung saya tu telah tahu sedikit sebanyak mengenai aktiviti internet berbanding setahun lepas yang rata-ratanya tiada yang buat pun aktiviti internet ini.
Bayangkan ada 2 orang kenalan saya yang banyak menghabiskan duit membeli produk di ebay, kemudian menjualkannya dan mendapat keuntungan 100%. Hebat betul
. Tak kurang juga yang membeli barangan elektronik seperti handphone, mp4 dan lain-lain di ebay. Kagum juga la saya he..he..
Namun ada juga la berita yang kurang baik akibat daripada pengaruh internet ini. Hampir kebanyakkan kereta, bas dan van orang-orang kampung saya itu ada lekat sticker yang mempromosikan satu skim yang di ban oleh bank negara baru-baru ini.

Saya juga tidak terlepas dari promosi mereka dan seperti biasa saya terus terang katakan benda ni TIPU!!. Tak kan la semudah tu orang nak bagi duit tanpa berbuat apa-apa kerja pun. Baik betul hati diorang.. Hanya perlu labur sejumlah wang, duduk goyang kaki dan bulan-bulan dapat imbuhan yang jumlah keuntungan boleh menukar status seseorang menjadi jutawan ha..ha..ha.. Lawak.. lawak..
Namun kenyataannya, skim ini betul-betul berjaya di kampung saya. Hampir setiap rumah bercerita mengenai skim ini masa pergi beraya hari itu. Kesian pula saya pada mereka, kerana mungkin ini pengalaman kali pertama mereka. Mana yang belum masuk skim ini sebolehnya saya nasihatkan. Nak dengar atau tidak terserah pada individu tersebut.
Belum sampai seminggu saya balik Melaka..tup.. tup.. dah kena ban dah.. Hangus duit RM10,000 makcik… Memang betul manusia dapat belajar dari kesilapan. Namun kalau boleh biar la kesilapan seperti mengayuh basikal jatuh bangun dan pandai mengayuh. Jangan la kesilapan yang meninggalkan seribu macam kedukaan.
Kepada yang belum terkena tu.. Berhati-hati lain kali ye. Saya percaya modus operasi skim-skim ini tak kan pernah berhenti. Sebenarnya mudah je nak kenal skim-skim ni..
” MANA-MANA YANG MENJANJIKAN KEUNTUNGAN BERLIPAT KALI GANDA DENGAN HANYAÂ SEDIKIT PELABURANÂ TANPA PERLU BEKERJA KERAS, HANYA PERLU GOYANG KAKI.. AWAS!!! INI LA SKIM-SKIM YANG PERLU ANDA JAUHI!! ”
” TIADA JALAN MUDAH UNTUK KAYA!! ”

October 17th, 2008
Sejak seminggu lepas saya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai produk terbaru di internet. Pada awalnya saya buat tak layan je he..he.. tapi dah ramai sangat yang bertanya tentang produk ini, jadi saya ambil keputusan untuk menjawap pada blog ini. Sebab saya tak larat nak jawap satu persatu email anda
.
Produk apa tu? Tiadalah rahsia sangat, sebab saya percaya anda juga ada menerima email berkenaan produk terbaru perniagaan internet ini dari mereka yang tidak diundang. Tak baik buat spam ni adik hoi!!.. Lagipun melanggar syarat agen affiliate tu. Baik.. produk yang saya maksudkan ialah ‘Ebook Duit Sekelip Mata’.

Oooohhh!!! Produk ni!
.. Ya! produk ini. Boleh caya ke ebook membuat duit dengan sekelip mata ni?. Nak beli rasa was-was la juga, ye la mudah sangat ke nak buat duit ni? Saya takut terkena lagi la, hari tu beli ebook buat duit juga pastu dia suruh promosikan affiliate dan dapat duit. Saya tanya abang sebab abang dah lama dalam perniagaan internet ni. Ni produk duduk diam-diam dapat duit ke? Naper dia nak bagitahu orang kalau betul produk tu boleh buat duit.. dan seribu satu macam pertanyaan lagi. Pening nak jawap ni.. sebab ebook tu bukan saya yang tuliskan
.
Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa tok bomoh bertanyakan berkenaan dengan produk ini he..he.. gurau je la. Sebagai tidak menghampakan, saya cuba menjawap pertanyaan anda kerana risau anda tidak lena tidur terkenangkan produk ini. Nak jawap saya kena tahu isi kandungan ebook ini terlebih dahulu, oleh itu semalam saya beli sendiri ebook ini dan hari ini saya melihat akaun paypal saya. Wahh!! hebat ebook ini…Â
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
duit belum masuk lagi ni he..he.. marah ni!!
Baik secara jujur produk ini adalah penerangan langkah demi langkah berkenaan ebay dan bagaimana dengan ebay anda boleh menjana pendapatan. Saya suka dengan produk ini kerana memberi saya input berkenaan cara jualan di ebay dengan satu niche tertentu. Ia bermanfaat jika sekiranya anda belum didedahkan dengan jual beli di ebay. Kepada anda yang sudah pakar mengenai ebay, rasanya produk ini tidak banyak membantu.
Namun adakah ebook ini boleh menghasilkan wang sekelip mata dan setiap saat
. Jawapannya boleh tapi anda kena bekerja keras juga la. Kalau tak kerja keras memang tak boleh dapat walau sesen pun. Saya tak buat apa lagi.. sebab tu akaun paypal pagi tadi kosong je he..he..
Sebab kat sini masih ada urusan jual dan beli. Namun teknik yang digunakan rasanya berkesan tapi kena buat sedikit kajian produk yang ada permintaan tinggi. Yang baiknya produk ini adalah penerangan langkah demi langkah dan anda akan dapat lihat proses jualan sebenar di ebay. Apa yang perlu anda buat adalah menyemak sahaja akaun paypal duit sudah masuk atau belum. Tapi ingat! anda buat baru dapat duit, tak buat duit tak dapat la.
Rumusannya produk ini adalah asas penjualan sebenar di ebay dengan sesuatu niche jualan yang rasanya berkesan juga la untuk mendapatkan hasil atau RM1 pertama akaun paypal anda. Saya ulangi produk ini hanya sesuai untuk anda yang belum mempunyai asas jual beli di ebay. Untuk melihat bentuk produk ini
http://mesrainternet.com/belajarebay
Saya juga ada membeli satu lagi ebook berkenaan ebay untuk membandingkan kedua-dua produk ini. Post ini sudah terlalu panjang, jadi saya akan ceritakan berkenaan ebook yang satu lagi di lain post. Harap mambantu
.

February 14th, 2008
Dalam perniagaan internet, produk digital adalah satu produk yang membolehkan anda mendapatkan keuntungan maksima. Anda hanya perlu membaca petikan artikel di bawah ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Rahsia Perniagaan Digital.. Ebook terbaru dipasaran Malaysia kini.*PETIKAN ARTIKEL.
Pada mulanya memang saya kurang percaya!
Tetapi apabila saya mula membaca testimoni daripada Internet Marketer Malaysia yang
diberikan di laman web beliau, saya yakin yang ini merupakan salah satu ebook yang
MESTI saya punyai pada tahun ini.
Ya, saudara Zamri Nanyan baru sahaja menerbitkan sebuah ebook hebat yang bertajuk “Rahsia Perniagaan Digital”.
Dan beliau membongkar rahsia perniagaan internet ini yang memang jarang dibincangkan
di dalam ebook tempatan berbahasa Malaysia.
“Daripada sebuah jualan produk digital, anda mampu mencipta satu peluang menjana pendapatan tanpa henti di Internet dan anda tidak perlu bersaing dengan “mat-mat saleh” di luar sana sekiranya itu yang anda mahu” - kata Zamri.
Ini cuma salah satu rahsia yang Zamri Nanyan bongkar. Ada beberapa lagi rahsia perniagaan internet ini yang dibincangkan di dalam ebook padat “Rahsia Perniagaan Digital” ini.
Di antaranya…
1. Bagaimana untuk mendapatkan produk informasi tempatan dengan murah untuk dijual di Internet – Anda boleh mencipta produk informasi anda sendiri seperti ebook atau menggunakan cara yang akan bongkarkan di sini. Cara kedua adalah lebih mudah dan menguntungkan.
2. Bagaimana untuk menerima pembayaran melalui Internet – Anda perlu tahu bagaimana utnuk menerima pembayaran secara Online jika anda menjual produk anda sendiri. Terdapat 3 cara yang digunakan tetapi mana satu yang sangat sesuai untuk pasaran tempatan? Gagal untuk memahami perkara ini akan menyebabkan anda rugi 80% dari perolehan anda.
3. Bagaimana untuk mencipta pelbagai saluran pendapatan melalui Internet tanpa perlu mengeluarkan 10-20 produk anda sendiri - Ianya semudah membina link ke beberapa laman web pilihan anda. Anda akan mempelajari kemahiran ini di akhir ebook ini nanti.
…dan banyak lagi rahsia yang dibongkar.
Jadi, pastikan anda membuat pesanan sekarang sebelum saingan anda mendapatkannya.
Oh ya, disebabkan ebook “Rahsia Perniagaan Digital” ini baru sahaja dilancarkan, saudara Zamri Nanyan menawarkan harga istimewa kepada pembeli sekiranya anda membuat pembelian di antara 1-3 Februari.
Pada 3 hari istimewa ini, ebook “Rahsia Perniagaan Digital” akan dijual pada harga RM30 atau USD$9 dan harganya akan dinaikkan kembali kepada harga asal pada RM37 (USD$9.97) pada 4 Februari.
Jadi… jangan lepaskan peluang ini.
Pesan sekarang di http://mesrainternet.com/rahsiadigital
ikhlas,

P.S: Berikut ialah apa yang Gobala Krishnan ulas mengenai ebook “Rahsia Perniagaan Digital”:
Saya memperolehi USD$ 7,776 dalam masa 4 bulan dengan menjual sebuah ebook 12 muka surat di dalam pasaran tempatan, dan saya menggunakan beberapa teknik yang diajar oleh Zamri Nanyan di dalam ebooknya “Rahsia Perniagaan Digital” - Gobala.
February 1st, 2008
Selamat pagi semua
,
Maafkan saya sebab tidak memberikan perkhabaran projek resell rights yang berlangsung semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar semalam dan di kesan hanya mempunyai satu kesilapan kecil iaitu satu paparan imej tertinggal. Namun atas maklumat seorang pembeli, kesilapan itu telah saya betulkan. Terima kasih Rawaida.
Sehingga kini jual beli terus berlangsung. Bermula dengan pelancaran semalam pada pukul 9.00 pagi, agak senyap seketika mungkin sebab orang tengah kerja dimana sehingga pukul 10.30 pagi hanya seorang sahaja yang membeli.
Namun tepat pukul 1.00 tghr, order menderu-deru masuk, mungkin di sebabkan masa rehat jadi orang mengambil masa rehat ini untuk bank-in kan duit mereka
.Setakat ini telah berlaku jualan sebanyak 18 unit dari 44 yang telah booking. Jadi saya rumuskan kini, tetap masih ada 56 lagi kekosongan yang perlu di isikan. Saya pasti anda yang menempah akan melakukan belian. Namun belum ada masa untuk mengadap komputer atau nak tunggu gaji masuk hujung bulan ini
. Tidak mengapa saya akan terus simpan unit yang anda tempah.
Setakat ini saya tidak dapat pastikan adakah semua pembeli semalam dari senarai yang membuat tempahan. Nanti saya cek balik ye, untuk memastikan mereka yang tempah awal tidak terlepas peluang ini. Saya simpan satu untuk anda!!
.
Letih juga melayan pembelian semalam. Namun amat berbaloi dengan penat lelah selama ini. Sampai pukul 11.00 malam tadi masih ada tempahan masuk dan semuanya telah saya berikan produk pakej resell rights tersebut. Anda sebenarnya sudah boleh membuat jualan serta merta.
Namun nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk membuat jualan. Pastikan semua yang saya bekalkan telah di edit dan berfungsi sepenuhnya. Berita baiknya saya telah pasangkan semuanya pada laman web. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi sahaja.
Bab penting adalah page untuk pembayaran, pastikan dapat berfungsi. Pastu atur strategi dan teknik promosi yang berkesan. Insayaallah ada rezeki untuk semua dalam perniagaan internet ini. Boleh masuk ruangan forum untuk berbincang teknik dan cara promosi.
Baik itu sahaja. Ada kerja sikit perlu saya habiskan. Emm.. ada satu order masuk lagi. Jadi jumlah unit yang sudah jual sebanyak 19 unit.

P.S: Ucapan terima kasih untuk Labanon kerana sudi JV dengan saya. Semua pembeli ebook saya akan mendapat kupon diskaun RM5 untuk produk 101 tips adsense terbongkar. Untuk melihat anda KLIK DISINI!
January 22nd, 2008
yahoo.. Kayo den!! Salah seorang kawan tempat kerja saya menjerit.. Saya pada mulanya tidak tahu hujung pangkal, tapi dah lumrah manusia.. mulut memang susah nak tutup
Cerita si polan tu menjerit suka sampai juga ke telinga saya. Dengar cerita sebab dah untung ratusan ringgit sehari dalam peniagaan internet.
Wah hebat!! Tidak sangka saya bukan berseorangan dalam perniagaan internet ni. Rupanya ada kawan yang lebih hebat dari saya. Mana tak! sehari dah untung ratusan ringgit. Saya ni dah bertahun dalam perniagaan internet ni, namun untuk mendapat untung ratusan ringgit sehari bukan mudah!. Sesuatu harus dilakukan iaitu menimba sedikit ilmu dari si polan nie
.
Laaaaaaaaaaaaa………….. Mati-mati ingatkan perniagaan internet dengan urusan jual beli. Rupa-rupanya pelaburan yang ntah apa-apa tu!! Masuk USDxxx nanti tiap hari duit masuk.. Geram lak saya!! Tahu tak pelaburan internet dan perniagaan internet tu berbeza. Perniagaan internet adalah urusniaga jual dan beli.. Saya ulang… URUSNIAGA JUAL DAN BELI. Anda jual pada pembeli dan anda mendapat keuntungan dari jual beli tu. Namun pelaburan internet tiada urusan jual dan beli, tup!! tup!! anda mendapat keuntungan. Soalnya dari mana keuntungan yang anda perolehi itu? Pelaburan la!!.. Ye tahu pelaburan!!.. tapi pelaburan yang macam mana?
Susah juga nak jawap soalan tu.. Lagi satu soalan adakah pelaburan seperti ini hukumnya halal atau haram? Lagilah susah nak jawap!! Namun persoalan ini sebenarnya sudah terjawap jika anda merujuk laman web http://www.zaharuddin.net . Merujuk pada laman web Zaharuddin tu hukum pelaburan seperti ini adalah HARAM . Nasihat saya pelaburan seperti ini anda kena tinggalkan kerana fatwa telah mengatakan ianya HARAM. Jika sebelum ini anda tidak tahu hukum pelaburan ini, saya harap lepas baca post ini dan merujuk laman web http://www.zaharuddin.net tadi anda buangkanlah pelaburan yang ntah apa-apa ini. Ingat!! Haram harus dijauhi..
Banyak soalan yang saya hendak tanya kepada anda yang melabur pelaburan internet seperti ini:
- Tahukah dimana pelaburan ini dilaburkan?
- Dari mana keuntungan yang sebanyak itu diperolehi sedangkan dalam pelaburan ada turun dan naik? Namun pelaburan ini asyik untung je memanjang..
- Jika untung berbilion-bilion.. Mereka ada modal kenapa nak ajak anda masuk dalam pelaburan tu? Baik buat duit untuk diri sendiri. Seperti Bill Gates, orang terkaya didunia tu.. mana ada ajak sesiapa. Apa faedahnya ajak anda kaya sesama?
- Kenapa pelaburan seperti ini tiada lesen dari Bank Negara?
- Esok laman web pelaburan ini tutup, ada tak jaminan untuk anda dapat duit anda semula?
Iskh!! ada seribu satu macam soalan lagi.. Namun tidak perlu untuk saya terus bertanya, kerana saya tahu anda tiada jawapan untuk soalan itu.. dan saya juga tidak mengharapkan jawapan dari anda.. Kerana yang haram tetap haram. Saya tidak sanggup dimurkaiNYA dan kerana tanggungjawap saya sebagai orang muslim patut rasanya saya menyampaikan kepada kekawan yang lain.
Jika anda mahukan kepuasan yang hakiki
, apa kata anda pelajari perniagaan internet. Anda akan rasa kepuasannya suatu masa nanti kerana anda berusaha dan keuntungan kelak adalah hasil titik peluh anda sendiri. Betul tak?
P.S Berita khas..
CERAMAH KHAS : “PELABURAN INTERNETâ€Â
Penceramah : Ust Zaharuddin Abd Rahman
Tarikh : 1 April 2007 (Ahad Malam Isnin)
Tempat : Dewan Solat, Surau As-Shakirin, Bandar Utama,
No 1 A, Jln BU 3/2, Bandar Utama, PJ
Masa : Lepas Maghrib
Masuk : Percuma
Hubungi : Ust Rosdee 013-320 3072
Kepada semua bolehlah datang mendengar ceramah untuk lebih memahami akan pelaburan internet ini. Berita ini adalah ehsan dari blog SmartZul
Â
March 20th, 2007