Posts filed under 'Pelancaran Projek'
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Apa khabar anda hari ini? Moga bertambah sihat dan ceria
. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Projek nak dilancarkan?
Secara jujur saya tengah try & error satu projek terbaru yang bakal menemui anda.. tapi tarikh pelancaran tak tahu bila kerana masih dalam proses pembuatan yang kini hanya siap lebih kurang 20%.
Jadi rasanya lama lagi la nak lancarkan projek terbaru ini. Insyaallah saya akan umumkan di blog ini setelah tiba masa pelancaran nanti. Saya juga terlibat dengan satu projek bersama (ala-ala JV) seorang usahawan baru dalam bidang perniagaan internet ini. Juga dalam proses pembuatan dan saya menunggu perkembangan terkini projek ini dari rakan JV ini.
Sebagai seorang baru (newbie) dalam perniagaan internet yang berminat untuk membuat apa-apa juga projek atau produk jualan, satu yang saya ingin anda fikirkan.. “Sama ada perlu umumkan awal-awal tarikh pra-pelancaran projek anda atau tunggu siap baru umumkan kepada semua?”
Rata-rata newbie mengumumkan tarikh pra-pelancaran projek mereka kepada umum walaupun projek tersebut masih dalam proses pembinaan
. Melalui pengalaman saya, ada baiknya pra-pelancaran projek tidak diumumkan selagi projek anda tidak siap 100%. Setelah siap 100% anda boleh berlakon seolah-olah anda baru menjalankan projek tersebut dan baru mengumumkan projek akan siap pada bulan hadapan.. Ini contoh saja la
.
Pro dan kontra yang akan anda perolehi di sini ialah anda ada banyak masa untuk menyiapkan projek supaya ianya lebih sempurna dan tiada apa-apa kecacatan masa pra pelancaran dari segi laman web, banner, sistem affiliate, promosi dan sebagainya.
Jika anda belum menyiapkan projek namun telah umumkan tarikh untuk anda lancarkan dan dalam masa yang sama anda terpaksa bersengkang mata dan memerah otak untuk menyiapkan projek serta memastikan ianya sempurna pada tarikh yang anda umumkan, dan kesudahannya tidak perlu la saya ceritakan..
Perkara ini banyak berlaku sama ada secara anda sedar atau tidak. Fikir-fikirkan la..
P/S: Happy Deepavali kepada semua penganut hindu
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
October 28th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,
Lagi produk baru perniagaan internet di pasaran yang baru di lancarkan tepat pukul 9.00 pagi tadi. Ebook kali ini adalah berkenaan dengan Panduan Asas HTML. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mazlie Nadzri kerana sudi JV dengan saya. Maaf ye agak lewat sedikit membuat post ini kerana agak sibuk kerja pagi tadi.
Anda tahu apa itu HTML? . Pernah ke anda terlihat simbol seperti di bawah ini?

:-) Simbol yang betul-betul boleh membuatkan anda pening kepala. Namun tahukah anda sedikit pengetahuan mengenai simbol-simbol ini boleh memberi sedikit kelebihan untuk anda.
Memang tidak dinafikan kini anda telah boleh membuat laman web, blog tanpa mempunyai pengetahuan mengenai HTML. Namun Jika anda mengetahui asas HTML anda sebenarnya mempunyai sedikit kelebihan dari mereka yang tidak tahu langsung bahasa HTML ini.
Sebagai contoh anda dan saya mempunyai blog masing-masing. Namun oleh kerana saya mempunyai asas HTML saya dapat memberikan kelainan atau pemandangan yang cantik pada blog saya berbanding anda yang hanya tahu menulis artikel namun keadaan blog yang sedikit suram
. Berikut adalah contoh sidebar blog saya yang menggunakan kemahiran HTML:

Menarik bukan
. Fikirkan la sama ada anda inginkan kemahiran HTML ini atau puas hati dengan kemahiran lain yang anda punyai he..he.. Namun jika anda berminat dengan ebook ini bolehlah melayari laman web jualan dibawah ini.

|
Ebook Panduan Asas HTML .
Jumpa lagi.
Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 16th, 2008
* Informasi untuk anda pembaca setia blog ini. Post ini ringkas sahaja, hanya ingin memberitahu produk terbaru perniagaan internet yang dikeluarkan oleh IM tempatan.
Hampir terlupa saya untuk mengumumkan produk terbaru perniagaan internet di Malaysia selain daripada Ebook Jana Wang Adsense yang dilancarkan 5 hari lepas.
Ebook terbaru tersebut ialah ” pakej khas panduan lengkap clickbank “. Secara ringkas clickbank adalah affiliate digital terbesar di dunia yang menawarkan sumber pendapatan kepada agen-agen yang turut serta bersama dengan clickbank.

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank .
Pakej ini mengandungi 100 produk digital yang mengandungi ilmu-ilmu khas yang anda perlukan untuk mempromosikan clickbank dengan lebih berkesan. Dimana pakej ini dipecahkan dengan 6 kategori iaitu:
- Ilmu asas clickbank.
- Mindset untuk mencapai kejayaan dengan clickbank.
- Tool-tool affiliate.
- Cara mencipta serta mencari niche yang sesuai.
- Pemasaran serta promosi yang betul.
- Bonus istimewa.
Apa yang lebih istimewa produk ini dibekalkan denag MRR (Master Resell Rights) yang mana ebook-ebook digital ini boleh anda jual semula kepada sesiapa sahaja dan 100% keuntungan milk anda sepenuhnya
.
Baik saya tinggalkan anda dengan produk ini, kerana saya sedikit sibuk dengan perniagaan internet serta sedikit review mengenai 1 produk terbaru dalam masa terdekat ini. Saya akan berikan informasi seterusnya jika produk ini telah berada dipasaran.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 8th, 2008
Alhamdulilah kini saya beransur pulih daripada demam yang melanda sejak 3 hari lepas. Yang peliknya walaupun demam panas, namun doktor tidak memberi MC. Jadi saya kuatkan juga diri untuk kerja offline saya di luar sana, setelah balik ke rumah, tidak mampu saya untuk update blog, apatah lagi mengerjakan kerja online ini. Hari ini baru sihat sepenuhnya
.Maafkan saya kerana lewat sehari mengumumkan pelancaran Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0. Ebook ini telah dilancarkan semalam 27/05/2008. Ebook ini akan dijual secara terhad seperti mana versi 1.0 yang terdahulu. Untuk pengetahuan anda, saya adalah salah seorang pelanggan versi terdahulu.

Ebook Jana Wang Adsense Versi 2.0
Memang saya mengakui isi kandungan ebook ini mampu untuk anda menjana pendapatan secara tetap melalui google adsense. Kerana kekuatan ebook ini adalah cara mendapatkan ranking top 10 pada search enjin seperti google, yahoo dan msn bagi menjamin traffic atau pelawat pada blog anda untuk mendapatkan pendapatan tanpa henti melalui google adsense.
Bagi anda yang belum mendapatkan isi kandungan preview setebal 33 mukasurat ebook ini, bolehlah mendownloadnya melalui link di bawah ini. Anda boleh baca serba sedikit isi kandungan ebook ini, selepas itu anda putuskan adakah ebook ini sesuai untuk anda pelajari atau tidak.
LINK DOWNLOAD PREVIEW EBOOK JANA WANG ADSENSE
Tapi kena cepat la, sebab seperti yang saya katakan tadi ebook ini adalah terhad dan jualannya akan di hentikan setelah memenuhi kuantiti jualan yang di tetapkan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
May 28th, 2008
Selamat pagi semua
,
Maafkan saya sebab tidak memberikan perkhabaran projek resell rights yang berlangsung semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar semalam dan di kesan hanya mempunyai satu kesilapan kecil iaitu satu paparan imej tertinggal. Namun atas maklumat seorang pembeli, kesilapan itu telah saya betulkan. Terima kasih Rawaida.
Sehingga kini jual beli terus berlangsung. Bermula dengan pelancaran semalam pada pukul 9.00 pagi, agak senyap seketika mungkin sebab orang tengah kerja dimana sehingga pukul 10.30 pagi hanya seorang sahaja yang membeli.
Namun tepat pukul 1.00 tghr, order menderu-deru masuk, mungkin di sebabkan masa rehat jadi orang mengambil masa rehat ini untuk bank-in kan duit mereka
.Setakat ini telah berlaku jualan sebanyak 18 unit dari 44 yang telah booking. Jadi saya rumuskan kini, tetap masih ada 56 lagi kekosongan yang perlu di isikan. Saya pasti anda yang menempah akan melakukan belian. Namun belum ada masa untuk mengadap komputer atau nak tunggu gaji masuk hujung bulan ini
. Tidak mengapa saya akan terus simpan unit yang anda tempah.
Setakat ini saya tidak dapat pastikan adakah semua pembeli semalam dari senarai yang membuat tempahan. Nanti saya cek balik ye, untuk memastikan mereka yang tempah awal tidak terlepas peluang ini. Saya simpan satu untuk anda!!
.
Letih juga melayan pembelian semalam. Namun amat berbaloi dengan penat lelah selama ini. Sampai pukul 11.00 malam tadi masih ada tempahan masuk dan semuanya telah saya berikan produk pakej resell rights tersebut. Anda sebenarnya sudah boleh membuat jualan serta merta.
Namun nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk membuat jualan. Pastikan semua yang saya bekalkan telah di edit dan berfungsi sepenuhnya. Berita baiknya saya telah pasangkan semuanya pada laman web. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi sahaja.
Bab penting adalah page untuk pembayaran, pastikan dapat berfungsi. Pastu atur strategi dan teknik promosi yang berkesan. Insayaallah ada rezeki untuk semua dalam perniagaan internet ini. Boleh masuk ruangan forum untuk berbincang teknik dan cara promosi.
Baik itu sahaja. Ada kerja sikit perlu saya habiskan. Emm.. ada satu order masuk lagi. Jadi jumlah unit yang sudah jual sebanyak 19 unit.

P.S: Ucapan terima kasih untuk Labanon kerana sudi JV dengan saya. Semua pembeli ebook saya akan mendapat kupon diskaun RM5 untuk produk 101 tips adsense terbongkar. Untuk melihat anda KLIK DISINI!
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
January 22nd, 2008
Previous Posts