Posts filed under 'Pembinaan Laman Web'

Perlunya Anda Mempunyai Web Hosting Yang Berbeza Jika Anda Serius Dalam Perniagaan Internet

Hari ini 20/08/08, jika anda klik pada laman web jualan Ebook Cpanel saya, mungkin anda tidak akan dapat view laman web tersebut disebabkan masalah hardware dari Syarikat web hosting yang di sewa, dimana mereka telah memaklumkan kepada saya sebelum ini.

Hari ini juga jika anda melawat beberapa blog popular, jika masalah serupa berlaku, jangan betulkan connection internet anda, kerana semua yang menggunakan server yang sama akan mengalami masalah yang sama. Sampai bila? Mungkin 24 jam atau lebih.

Jika anda serius dalam perniagaan internet, seharusnya anda jangan menggunakan server web hosting yang sama untuk ke semua laman web atau blog anda. Tahu kenapa? Anda bayangkan jika menggunakan server web hosting yang sama, jika masalah seperti ini berlaku alamat perniagaan anda 100% lumpuh.

Namun jika anda menggunakan server yang berbeza, sekurang-kurangnya anda masih mempunyai 50% perniagaan internet yang masih berjalan seperti biasa. Kalau biasa anda untung sehari RM100, mungkin hari ini kurang sikit la RM50 kot, alhamdulilah juga la anda masih mempunyai pendapatan kan :-) . Daripada tiada langsung..

Setakat ke hari ini saya telah menggunakan 4 web hosting berbeza untuk ke semua web dan blog perniagaan internet saya. Selain itu saya juga memilih server kat US untuk web yang target visitor dari sana dan server kat Malaysia untuk perniagaan internet yang kat Malaysia, salah satu contohnya adalah blog ini yang menggunakan server Malaysia.

Tahu kenapa saya gunakan server Malaysia untuk target visitor kat Malaysia dan server US untuk target visitor kat US? Salah satu sebab adalah supaya kecekapan server tu lagi tinggi jika berdekatan berbanding dengan jauh beribu batu.

Ingat lagi tak gempa bumi di China kalau tak silap saya, yang mengakibatkan gangguan kabel internet dasar laut tu.. Masa tu kat Malaysia tidak dapat view internet dari luar negara seperti yahoo, google, myspace, friendster dan lain-lain lagi. Bayangkan kalau masa tu anda menggunakan server Malaysia untuk jual produk yang target pembeli dari oversea.. lumpuh lagi la perniagaan internet anda kan..

Tapi jika anda menggunakan server US, walaupun masalah ini berlaku kat Malaysia, perniagaan internet anda di luar sana masih berjalan seperti biasa. sekali lagi anda dapat mengelakkan perniagaan internet anda bermasalah.

Itu sahaja tips berkaitan web hosting untuk yang serius ingin menjalankan perniagaan internet. Walaupun masalah server ini jarang berlaku, namun bersiap sedia dari segala kemungkinan memastikan perniagaan internet anda senantiasa berjalan lancar, insyaallah ;-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments September 20th, 2008

Panas!! Cara Mudah Membina Laman web, Blog & Salesletter Untuk Empayar Perniagaan Internet & Program Adsense Anda!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..Anda baru dalam perniagaan internet? Anda ada masalah membina laman web, blog mahupun salesletter? Sebenarnya ada cara mudah membinanya, ya!! semudah A B C sahaja. Sebenarnya saya terjumpa kaedah ini semasa menjelajah youtube 2 hari lepas.

Saya dah cuba praktikan ternyata ianya teramat-amat mudah digunakan.Saya sungguh kagum dengan sipencipta program ini. Masalah anda dalam perniagaan internet khususnya pembina laman web, salesletter dan blog mungkin akan dapat diatasi dengan mudah kini. Sesiapa pun boleh membuat laman web ala-ala professional dengan cara yang teramat-amat simple.. Kod-kod adsense juga boleh diletakkan mengikut kemahuan anda dimana sahaja dalam laman web yang anda bina mengikut kemahuan anda. Amat-amat sesuai untuk pengiat-pengiat adsense juga yang mempunyai masalah membina laman web mahupun blog.

Anda tidak percaya anda boleh view sedikit sedutan youtube dibawah ini.. Klik butang play, kemudian klik pause lebih kurang 3 minit kemudian klik play semula untuk memastikan videoklip tidak terputus-putus semasa anda menonton. Anda pasti teruja melihatnya he..he..

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Klik Disini Untuk Ke Laman Web Program Ini! .

Apa yang membuatkan program ini lebih menarik, kerana setelah anda siap design laman web, salesletter mahupun blog nanti secara automatik anda boleh pindahkkan ke hosting anda dengan hanya 3 langkah. Mahu guna hosting percuma juga boleh :-) .

Namun khabarnya program ini akan dibuka kepada 1000 orang yang terawal sahaja dan selepas itu ianya akan menutup keahlian, ini bagi memastikan server mereka dapat menampung penggunaan 1000 pelanggan terawal ini. Boleh juga join lepas tu, tapi berbayar la kot he..he.. Saya tidak pasti kini berapa ramai dah keahlian, namun setakat hari ini mereka masih menerima anda menjadi ahli mereka. 

Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang ini bukan sahaja menarik malahan percuma pula tu!!

Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini, saya akan mencari bahan-bahan menarik untuk anda dan perniagaan internet anda.

Jumpa lagi ye!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

7 comments July 9th, 2008

Cara Mudah Membina Salesletter Adalah Dengan..

Salam semua, moga ceria-ceria selalu, walaupun Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Thomas :-( . Kena tunggu lagi 2 tahun la nampaknya arrggghhh!!!!!Baik kita lupakan kisah pilu tersebut.. Untuk hari ini saya ingin kongsikan satu cara mudah bagaimana saya menghasilkan salesletter seperti mana belajarcpanel dot com. Hari tu Maizul ada bertanya sama ada saya menghasilkan sendiri salesletter belajarcpanel dot com atau saya upah orang buat? Yup!! 100% saya hasilkan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah :-) .

Ya memang bukan mudah menghasilkan salesletter untuk sesuatu produk jualan, namun jika anda gunakan cara yang saya gunakan, insyaallah anda juga dapat menghasilkan salesletter yang saling tak tumpah seperti salesletter saya ;-) .

Baik saya andaikan anda mempunyai produk digital contohnya EBOOK MEMASAK. Bagi memulakan sesebuah salesletter pada awalnya anda perlu memilih header atau tajuk utama yang akan memberi perangsang untuk orang terus membaca isi kandungan salesletter. Yang ini saya tidak akan tekankan sangat, kerana saya pasti anda tahu bagaimana untuk memilih kata-kata power untuk pembuka kata salesletter anda. Ini ramai yang tahu buat.. tapi bagaimana dengan isi kandungan salesletter anda?

Ya!! perkara ini yang ramai tak tahu buat atau terlepas pandang. Betul tak? Jadi bagaimana cara saya menghasilkan salesletter tersebut. Walaupun tidak seindah atau sehebat mana, namun saya percaya dan yakin ramai newbie di luar sana yang ingin tahu caranya. Untuk itu saya ingin kongsikan melalui post blog ini. Kepada anda yang memang dah terror buat salesletter, mungkin post ini boleh di jadikan bahan bacaan di masa lapang he..he..

Caranya ialah semasa anda membuat salesletter, isi kandungannya haruslah menjawap semua persoalan di bawah ini. Dengan kata yang lebih manis, pastikan semua jawapan untuk soalan saya dibawah ini anda letakkan dalam salesletter anda. Tidak kira dengan hanya 1 atau 2 jawapan.. namun lebih banyak jawapan lebih OK, sebab anda betul-betul tahu dan faham mengenai produk jualan anda.

Tak faham heh!! Baik andaikata soalan saya “kenapa orang harus membeli produk anda?”. Jangan pula tulis kat salesletter ” Sebab produk saya murah”.. Itu lurus bendul namanya he..he.. ngan marah.. Cuma anda perlu kreatif sedikit dengan menjadikan jawapan tersebut sebagai isi salesletter anda.. Anda boleh menjawap seperti ini.. 

7 sebab kenapa anda harus mendapatkan produk ini!!

  • Harga produk ini saya jamin murah dan ianya adalah satu dalam sejuta.
  • Produk ini di datangkan bersama dengan manual pembelajaran
  • bla..bla..

Fahamkan!!.. Ini ke semua soalan yang saya selalu gunakan dalam penghasilan salesletter produk jualan saya. Untuk tutorial ini andaikan anda ingin menjual EBOOK MEMASAK.

Kenapa masih ramai yang tidak tahu memasak? –> 1

Kenapa begitu banyak rujukan anda masih tidak tahu memasak? –> 2

Nyatakan kelebihan yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 3

Kenapa anda mesti memerlukan ebook ini? –> 4

Ebook Apa tu? –> 5

Apa yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 6

Bagaimana bentuk pembelajaran dalam ebook ini? –> 7

Ebook ini untuk siapa sebenarnya? –> 8

Berapakah harga ebook ini? –> 9

Bagaimana mendapatkan ebook ini? –> 10

Ada bonus tambahan ke? –> 11

Benarkah masalah memasak akan dapat di atasi setelah memiliki ebook ini? –> 12

Sekali lagi, bagaimana saya boleh mendapatkan ebook ini? –> 13

Ada pesanankah kepada pelanggan berkenaan ebook ini sebelum anda undur diri? –> 14

Emm.. itulah kesemua soalan yang harus anda jawap sebagai isi salesletter anda. Kini anda telah siap 70% dari salesletter anda. Setelah anda masukkan tajuk header, testimoni pelanggan, link untuk pelanggan anda subcribe dan gambar-gambar yang berkaitan untuk menguatkan hujah atau jawapan anda untuk soalan diatas.. saya berani jamin akan ada yang tangkap lentok den membeli produk anda kelak.. Insyaallah. Moga tips dari saya ini membantu anda. Jumpa lagi ;-) .

Jebat mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments May 19th, 2008

Web Templet Adsense Untuk Di Jual, sesuai Digunakan untuk teknik F2R.

Saya ada membuat jualan web templet adsense di forum WangCyber. Thread pada post forum itu lebih ditujukan kepada pengiat-pengiat adsense yang menggunakan perisian HyperVRE atau teknik F2R.

Web templet ini 100% beroperasi dengan perisian HyperVRE. Ramai antara mereka yang menggunakan perisian HyperVRE dan pengamal teknik F2R mengalami masalah mendapatkan NICHE dan web templet yang sesuai. Jadi sedikit sebanyak masalah ini akan dapat di atasi dengan adanya web templet adsense ini. Tak percaya? :-)

Salah satu contoh web templet adsense yang saya bina sebentar tadi, adalah 100% sama dengan web templet yang akan saya jualkan kepada anda. Anda boleh melihat contoh pada image atau terus ke laman web tersebut

Web Templet Adsense

http://mesrainternet.com/engines

Setiap satu web templet adalah BERBEZA NICHE dan telah dilakukan research disamping Niche yang mahal. Satu Niche saya jualkan hanya untuk seorang. Bermaksud Niche yang telah saya jualkan tidak akan saya jualkan lagi kepada sesiapa.

Jika berminat, anda boleh melihat bentuk tawaran itu pada thread forum di Wang Cyber atau anda boleh Klik Disini!!

Itu sahaja, semoga anda berjaya mendapatkan pendapatan pertama anda dengan adsense selain dari perniagaan internet ini.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

1 comment March 2nd, 2008

Aduh! Apa Dah Jadi.. Kenapa Banyak Sangat Email Spam Ni!

Selamat berhari minggu semua :-) . Hari ini tak pergi mana-mana ke? Jalan shopping ke.. tengok wayang ke.. main bowling ke.. ni la perkara yang saya suka lakukan dahulu setibanya hari minggu begini.. tu pun kalau tak kerja la. Namun selama melibatkan diri dalam perniagaan internet ini, jarang-jarang dah jalan rewang-rewang ni.. banyak masa di habiskan depan komputer ;-) .

Spam oh spam!! anda tentunya membenci spam termasuk la diri saya juga amat-amat membenci spam. Sebab itu saya akan klik spam pada semua email yang tidak diundang masuk ke inbox saya tanpa balas kesian. Anda juga patut berbuat demikian, jangan segan-segan atau ragu-ragu.. Terima je email yang tidak diundang, kategorikan ke dalam spam. Tapi kena la hati-hati juga, kerana takut email saya pula yang anda klik spam ha..ha..

Kepada anda yang tidak tahu apa itu spam, saya akan terangkan secara ringkas pada anda.. Spam adalah sebarang email yang tidak di undang yang dihantar oleh sesiapa sahaja atau oleh anda sendiri, ke email seseorang tanpa kebenaran. Pastikan anda mendapatkan kebenaran dari owner email tersebut sebelum manghantarkan email kepada mereka. Ini cara terbaik supaya email anda tidak di kategorikan sebagai spam. Contoh email spam adalah seperti dibawah ini..

Email Spam

Salah satu inbox email saya menerima hampir 800 email spam setiap hari. Salah saya juga kerana mendedahkan email tersebut di internet, tetapi kini tidak lagi. Tahukah anda email yang terdedah di internet berupaya untuk di SPAM!!. Ya ini betul kerana kini terdapat satu perisian yang boleh menarik semua email yang terdedah di internet. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan spam adalah dengan tidak mendedahkan email anda di internet.

Salah satunya jangan sekali menulis direct alamat email anda pada sesuatu laman web atau blog anda. Ini banyak dilakukan oleh newbie tanpa mereka sedari. Inilah yang mengakibatkan banyak email spam masuk ke email inbox anda. Jika anda hendak menulis juga email pastikan pada laman web anda tulis begini

jebat_abdulkadir[@]yahoo.com

Ya letakkan simbol seperti ini [ ]. Atau anda boleh create atau cipta imej bergambar untuk email anda menggunakan photoshop. Jadi anda boleh menggunakan imej tersebut pada semua laman web atau blog anda.

Imej Email Bergambar 

Anda tidak percaya? Anda cuba anda pasti akan melihat kesannya serta merta. Namun jika ada juga email spam ini, seperti yang saya katakan tadi, kategorikan email tersebut dalam spam. Lagi satu, anda semak kembali ke semua laman web anda sama ada mendedahkan email anda ddi internet. Jika ada, pastikan anda mengikuti cara yang saya sarankan. Moga membantu! :-)

P.S: Ada juga boleh melihat perbincangan pada forum WC, cara untuk mengelakkan email spam ini. Kerana banyak tips-tips yang dikongsikan di sini!.

jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments February 23rd, 2008

Previous Posts


Calendar

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Posts by Month

Posts by Category