Posts filed under 'pengumuman'
Sebentar tadi saya telah mengirimkan kesemua link download ebook kepada semua pembeli. Maaf atas sedikit kelewatan memberikan dan terima kasih di atas kesabaran anda menanti
.Moga dengan kesabaran anda akan dilipat gandakan pahala dibulan ramadhan ini.Saya kini berada di cyber Cafe K.Penyu. Saya kurang pasti talian apa yang cc ni gunakan, memang lembab, anda bayangkan hanya menghantar 5 email memakan masa 1 jam. tetapi tidak mengapa dari tiada talian internet langsungkan. Insyaallah di lain tahun saya akan pertimbangkan untuk menggunakan broadband celcom di sebabkan celcom telah menambahbaikkan taliannya di kampung ini dan telah ada yang online menggunakan talian celcom ini.
saya telah tiba di Sabah pada 26/09/2008 pukul 9.30 malam, agak lewat sedikit dari jadual penerbangan disebabkan Airasia telah delay hampir 40 minit. Saya bermalam di rumah adik dan terus balik kampung K.Penyu keesokkan harinya kerana banyak kerja-kerja rumah yang perlu di bereskan.
Hari ini semuanya dah settle, jadi ada masa sikit untuk ke cyber cafe. insyaallah pada hari raya ke 3 nanti saya akan ke cc ini lagi untuk melihat kalau-kalau ada pembeli produk atau pertanyaan dari anda.
Kepada anda yang membeli produk saya bermula hari ini, kena tunggu sampai raya ke 3 nanti la saya kirimkan link download kepada anda.
Saya undur diri dulu dan sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua. saya juga ingin menjemput anda semua beraya ke rumah saya di batu 3 kg. Kuala Penyu Sabah. Mana -mana yang ada berdekatan boleh la datang. Jangan malu atau segan, insyaallah hidangan raya cukup punya!!
.
Jumpa lagi!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 30th, 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Hari ini saya mula bercuti selama 2 minggu untuk balik ke kg halaman dan di jangka tiba di K.Kinabalu pada pukul 8.20 malam ini. Flight saya pukul 6.00 petang melalui LCCT.
Sepanjang bercuti saya akan online internet juga (perniagaan internet) melalui cc namun tidak kerap seperti ini. Disebabkan tiada kemudahan streamyx mahupun broadband di kampung halaman. Jadi kalau kebetulan pada masa itu ada yang mengemukakan soalan dan lewat reply, harap-harap faham yer
.
Saya ingin mengucapkan Selamat hari raya kepada semua. Saya juga ingin meminta ampun dan maaf jika selama perkenalan ada salah silap serta menyinggung perasaan secara sedar mahupun tidak.
Mana-mana yang drive balik kampung tu masa cuti raya nanti, memandu la dengan berhati-hati. Kalau letih sangat tu, ye la mungkin ada yang dapat cuti lewat, pastikan anda berehat secukupnya sebelum memulakan perjalan ke destinasi anda. Macam iklan kat TV tu ” ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!!”
Saya undur diri untuk packing barang-barang yang hendak di bawa balik kampung sekejap ke nanti. Jumpa lagi dan kalau makan kuih muih, lemang, ketupat, nasi himpit, rendang masa raya nanti.. ingat-ingat la saya juga yer.
p/s: Smartzul ada menyediakan kad raya digital dan paling sesuai untuk myspace dan friendster. Anda boleh lihat DISINI!! . Smartzul selamat hari raya. Maaf zahir batin
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 26th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,
Lagi produk baru perniagaan internet di pasaran yang baru di lancarkan tepat pukul 9.00 pagi tadi. Ebook kali ini adalah berkenaan dengan Panduan Asas HTML. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mazlie Nadzri kerana sudi JV dengan saya. Maaf ye agak lewat sedikit membuat post ini kerana agak sibuk kerja pagi tadi.
Anda tahu apa itu HTML? . Pernah ke anda terlihat simbol seperti di bawah ini?

:-) Simbol yang betul-betul boleh membuatkan anda pening kepala. Namun tahukah anda sedikit pengetahuan mengenai simbol-simbol ini boleh memberi sedikit kelebihan untuk anda.
Memang tidak dinafikan kini anda telah boleh membuat laman web, blog tanpa mempunyai pengetahuan mengenai HTML. Namun Jika anda mengetahui asas HTML anda sebenarnya mempunyai sedikit kelebihan dari mereka yang tidak tahu langsung bahasa HTML ini.
Sebagai contoh anda dan saya mempunyai blog masing-masing. Namun oleh kerana saya mempunyai asas HTML saya dapat memberikan kelainan atau pemandangan yang cantik pada blog saya berbanding anda yang hanya tahu menulis artikel namun keadaan blog yang sedikit suram
. Berikut adalah contoh sidebar blog saya yang menggunakan kemahiran HTML:

Menarik bukan
. Fikirkan la sama ada anda inginkan kemahiran HTML ini atau puas hati dengan kemahiran lain yang anda punyai he..he.. Namun jika anda berminat dengan ebook ini bolehlah melayari laman web jualan dibawah ini.

|
Ebook Panduan Asas HTML .
Jumpa lagi.
Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 16th, 2008
* Informasi untuk anda pembaca setia blog ini. Post ini ringkas sahaja, hanya ingin memberitahu produk terbaru perniagaan internet yang dikeluarkan oleh IM tempatan.
Hampir terlupa saya untuk mengumumkan produk terbaru perniagaan internet di Malaysia selain daripada Ebook Jana Wang Adsense yang dilancarkan 5 hari lepas.
Ebook terbaru tersebut ialah ” pakej khas panduan lengkap clickbank “. Secara ringkas clickbank adalah affiliate digital terbesar di dunia yang menawarkan sumber pendapatan kepada agen-agen yang turut serta bersama dengan clickbank.

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank .
Pakej ini mengandungi 100 produk digital yang mengandungi ilmu-ilmu khas yang anda perlukan untuk mempromosikan clickbank dengan lebih berkesan. Dimana pakej ini dipecahkan dengan 6 kategori iaitu:
- Ilmu asas clickbank.
- Mindset untuk mencapai kejayaan dengan clickbank.
- Tool-tool affiliate.
- Cara mencipta serta mencari niche yang sesuai.
- Pemasaran serta promosi yang betul.
- Bonus istimewa.
Apa yang lebih istimewa produk ini dibekalkan denag MRR (Master Resell Rights) yang mana ebook-ebook digital ini boleh anda jual semula kepada sesiapa sahaja dan 100% keuntungan milk anda sepenuhnya
.
Baik saya tinggalkan anda dengan produk ini, kerana saya sedikit sibuk dengan perniagaan internet serta sedikit review mengenai 1 produk terbaru dalam masa terdekat ini. Saya akan berikan informasi seterusnya jika produk ini telah berada dipasaran.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 8th, 2008
Ohh!! tidak.. saya di landa demam piala thomas dan uber. Inilah salah satu sukan yang saya ikuti sejak dari bangku sekolah lagi. Dari zaman misbun sehingga la kini Lee Chong Wei.. dari gandingan bergu Razif/Jalani dan kini Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong kini
.
Jadi untuk minggu ini saya agak sibuk sikit duduk depan TV menonton acara sukan kegemaran saya. Selepas itu pada bulan jun nanti EURO 2008 pula akan bermula.. Ohh..Ohh lagi satu acara sukan kegemaran saya selain dari world cup he..he.. Jadi kalau masa ni saya agak menyepi sikit faham-faham ye
. Namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa menonton acara sukan kegemaran dengan kerja-kerja online ini, insyaallah.
Untuk Piala Thomas Malaysia telah berjaya masuk ke semi final dan akan menentang pasukan China pada hari jumaat ini (17/05/08). Perlawanan ini hebat sangat, seakan-akan final piala thomas dan mesti tonton he..he.. Tak pasti bermula lepas sembahyang jumaat lebih kurang 2.30 petang atau malam selepas maghrib. Yang pasti channel astro 816. Mungkin hari tu RTM1 juga membuat siaran langsung, juga tak pasti.
Andaikata pasukan negara kita berjaya menumpaskan China, pada hari ahad nanti pada pukul 7.00 malam akan berlangsung perlawanan akhir juga mesti tonton.. rugi ohh tak tengok. Harap-harap pasukan negara kita berjaya membawa pulang piala thomas. Kali terakhir pasukan negara membawa pulang piala thomas iaitu pada tahun 1992.
Yang menyedihkan pasukan piala uber Malaysia gagal dalam suku akhir di tangan korea. Walaubagaimanapun kejayaan menewaskan Jepun harus di beri pujian.
Aduh excited sangat cerita pasal piala thomas hampir terlupa tujuan saya menulis post hari ini. Tiada yang istimewa sangat, hanya ingin memberitahu majalah IM keluaran Mei telah sedia untuk anda download. Maaf ye agak lewat sikit memberitahu anda. Emm.. semangkin hebat nampaknya majalah IM ini dan input-input mengenai perniagaan internet banyak boleh didapati di sini secara percuma.
Juga kini telah ada tambahan penulis baru untuk majalah IM ini. Nak tahu siapa? jangan lupa download dan anda boleh lihat sendiri. Yang pasti bukan saya la he..he.. Baik saya tinggalkan anda dengan majalah IM ini. Baca jangan tak baca. Banyak input menarik majalah IM keluaran Mei ini.

Download Disini!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
May 15th, 2008
Previous Posts