Posts filed under 'Perniagaan Internet'

Semua Pertanyaan Mengenai Perniagaan Internet Telah Saya Jawap!

Salam semua,

Hari ini saya meluangkan masa hampir 4 jam untuk menjawap ke semua pertanyaan mengenai perniagaan internet yang tertangguh dari anda. Saya memohon maaf atas sedikit kelewatan menjawap pertanyaan itu :-) . Mungkin selepas ini saya meluangkan masa sejam sehari untuk menjawap segala pertanyaan mengenai perniagaan internet ini. Nanti saya akan masukkan dalam jadual harian kerja online saya ye.

Jika ada pertanyaan yang belum saya reply, sila membuat pertanyaan sekali lagi. Takut ada kesilapan teknikal atau terlepas pandang yang mengakibatkan pertanyaan anda tidak saya jawap.

Buat masa ini, hanya tempat pertanyaan ini yang saya buka untuk anda mengemukakan apa-apa juga pertanyaan mengenai kekeliruan anda terhadap perkara-perkara online termasuk perniagaan internet. Bagi yang dah pro tu jangan la buat pertanyaan ye he.he.. bagi peluang pada newbie yang baru hendak bermula. Ini link pertanyaan tersebut atau boleh klik pada pilihan pertanyaan di atas blog ini.

http://www.mesrainternet.com/blog/index.php/hubungi-kami/

atau boleh direct membuat pertanyaan di sini:

(required)
(required)
 

Kebiasaannya saya akan menjawap pertanyaan yang mudah dulu, di ikuti yang susah. Jadi jika anda mahu pertanyaan anda segera saya jawap, pastikan ianya pertanyaan mudah la ha..ha..ha..

Last email yang saya jawap pertanyaan adalah melalui Saudara Khairul. Manakala ada satu alamat email dari Perwina (macam pernah dengar nama ini, tapi dimana ye..?) yang email tidak sampai kepadanya disebabkan memberikan alamat email salah. Jika Perwina membaca blog ini sila berikan alamat email sebenar anda ye. Sebab saya amat-amat berminat dengan soalan anda :-) . Email dari ijamidayu pula saya jawap melalui sms :-) .

Jadi kepada anda yang ada apa-apa jua pertanyaan mengenai perniagaan internet dan yang seangkatan dengannya (online). boleh lah mengambil kesempatan ini kerana ianya 100% percuma. Esok atau lusa saya ingin berikan anda satu teknik mudah membina… jeng..jeng..jeng.. Tungguuu!!!! 

Jumpa lagi ye.

Peminat anda,

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments August 15th, 2008

Betul Ke Program Serta Perniagaan Internet Hanya Untuk IM?.. Dan Bukan Untuk Kami!

Assalammualaikum semua,

Amboi.. lama sungguh saya tidak update post blog ini. Kepada anda yang selalu berkunjung ke blog ini maaf di pinta kerana lama tak update dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan anda.

Betul ke program internet serta perniagaan internet hanya untuk orang-orang yang telah menapak lama dalam industri ini? Emm.. macam betul je kan! :-) . Bukan apa.. baru-baru ini saya menerima email dari seseorang insan yang begitu kecewa dengan program-program serta perniagaan internet yang beliau ingin ceburi.

Masalahnya bila mana beliau mencuba pelbagai program serta perniagaan internet namun satu pun tidak mendatangkan hasil malahan telah kehabisan beratus RM. Saya tidak menafikan anda memang sukar untuk bersaing dengan IM yang telah menapak lama ini disebabkan:

  1. Ramai orang telah kenal mereka, bermaksud orang lebih percaya pada mereka berbanding anda.
  2. IM telah mempunyai beribu mail list atau senarai email, pendek kata mereka dapat menghubungi beribu pelanggan hanya dengan sekali klik sahaja :-) .
  3. Kebanyakkan IM adalah pencipta, mereka boleh memberikan pelbagai bonus untuk pembeli mereka berbanding anda.
  4. Hubungan yang rapat antara IM dengan IM lain memberi lebih kekuatan kepada mereka berbanding anda.
  5. Mereka boleh memberi support yang beratus lebih baik berbanding anda :-) .
  6. dan seribu macam alasan lagi… Pendek kata anda tidak akan mampu menandingi IM ini dalam berjual beli di internet.

Tetapi harus anda ingat kerana IM (Internet Marketer) ini juga sebenarnya suatu masa dulu sama seperti anda kini. Mereka juga baru dan harus bersaing dengan IM yang terdahulu. Namun kenapa mereka boleh sampai ke tahap ini? ;-) Saya tinggalkan anda dengan soalan ini..

Mengenai program internet pula, saya amat-amat tidak setuju jika anda mengatakan ianya hanya untuk orang-orang yang telah lama dalam industri ini. Satu contoh iaitu program adsense.. adakah IM ini ada share dengan google sehinggakan google memberikan keistimewaan kepada mereka untuk mendapat pendapatan lebih?

Sudah tentu jawapannya TIDAK. Tapi mengapa mereka boleh berjaya dalam program ini dan anda tidak? “Alaa.. dah tentu la bang, sebab IM dah tahu banyak teknik nak dapatkan pelawat”. Tapi tahukah anda saya mendapatkan teknik mempromosikan adsense juga melalui ebook yang sama dengan yang anda beli.

Saya membeli ebook raja adsense, juga membeli ebook jana wang adsense, saya juga membeli ebook teknik F2R dan pernah mengikuti kursus dengan Syed Ikhwan pakar adsense tu.. “Betul ke Jebat beli semua ebook tu?” Ya memang betul saya telah membeli ke semua ebook-ebook ini semata-mata ingin berjaya dalam adsense. Andakah anda juga seperti saya? :-)

Mungkin salah satu sebab corak atau kesungguhan pembelajaran IM dan anda berbeza. Saya tidak ingin memeningkan kepala anda dengan pelbagai soalan. Apa yang ingin saya katakan, masih terlalu banyak ruang kepada semua untuk berjaya dalam program mahupun perniagaan internet. Bak kata pepatah ‘Dimana ada kemahuan, Tuhan pasti tunjukkan jalannya’. ;-)

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments July 30th, 2008

Rahsia Menjadi Pro Affiliate

Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu begini manakah tumpuan anda untuk beristirehat? Kebiasaannya saya kalau tidak kerja, gemar menghabiskan hujung minggu saya di rumah sahaja dengan melihat-lihat perkembangan perniagaan internet yang tidak sempat saya lawati sewaktu masa sibuk. Ya la.. seminggu sibuk, tiada masa kekadang untuk melihat perkembangan industri internet ini :-) .

Bagi anda yang mempunyai sifat sama seperti saya, apa kata di masa kelapangan ini anda membaca satu ebook baru yang baru sekejap tadi dilancarkan iaitu “Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate”.

Rahsia Menjadi Pro Affiliate

Rahsia Menjadi Pro Affiliate .

Ebook ini cuba mengupas kekuatan beberapa teknik yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan pendapatan melalui affiliate walaupun anda tidak mempunyai senarai mail list untuk melakukan promosi.

Ebook ini amat sesuai untuk newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet, khususnya program affiliate kerana anda memang memerlukan satu kaedah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan melalui affililiate.

Saya tidak mahu berceloteh panjang, saya tinggalkan anda dengan Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate ini untuk bacaan di hujung minggu ;-) .

Jumpa lagi ye!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments July 13th, 2008

Panas!! Cara Mudah Membina Laman web, Blog & Salesletter Untuk Empayar Perniagaan Internet & Program Adsense Anda!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..Anda baru dalam perniagaan internet? Anda ada masalah membina laman web, blog mahupun salesletter? Sebenarnya ada cara mudah membinanya, ya!! semudah A B C sahaja. Sebenarnya saya terjumpa kaedah ini semasa menjelajah youtube 2 hari lepas.

Saya dah cuba praktikan ternyata ianya teramat-amat mudah digunakan.Saya sungguh kagum dengan sipencipta program ini. Masalah anda dalam perniagaan internet khususnya pembina laman web, salesletter dan blog mungkin akan dapat diatasi dengan mudah kini. Sesiapa pun boleh membuat laman web ala-ala professional dengan cara yang teramat-amat simple.. Kod-kod adsense juga boleh diletakkan mengikut kemahuan anda dimana sahaja dalam laman web yang anda bina mengikut kemahuan anda. Amat-amat sesuai untuk pengiat-pengiat adsense juga yang mempunyai masalah membina laman web mahupun blog.

Anda tidak percaya anda boleh view sedikit sedutan youtube dibawah ini.. Klik butang play, kemudian klik pause lebih kurang 3 minit kemudian klik play semula untuk memastikan videoklip tidak terputus-putus semasa anda menonton. Anda pasti teruja melihatnya he..he..

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Klik Disini Untuk Ke Laman Web Program Ini! .

Apa yang membuatkan program ini lebih menarik, kerana setelah anda siap design laman web, salesletter mahupun blog nanti secara automatik anda boleh pindahkkan ke hosting anda dengan hanya 3 langkah. Mahu guna hosting percuma juga boleh :-) .

Namun khabarnya program ini akan dibuka kepada 1000 orang yang terawal sahaja dan selepas itu ianya akan menutup keahlian, ini bagi memastikan server mereka dapat menampung penggunaan 1000 pelanggan terawal ini. Boleh juga join lepas tu, tapi berbayar la kot he..he.. Saya tidak pasti kini berapa ramai dah keahlian, namun setakat hari ini mereka masih menerima anda menjadi ahli mereka. 

Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang ini bukan sahaja menarik malahan percuma pula tu!!

Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini, saya akan mencari bahan-bahan menarik untuk anda dan perniagaan internet anda.

Jumpa lagi ye!!

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments July 9th, 2008

Perniagaan Internet - Apakah Ebook Pilihan Anda?

Sedar tak sedar telah 2 tahun saya berkecimpung dalam perniagaan internet ini. Pada awal penglibatan dalam perniagaan internet, tidak semeriah hari ini. Kini hampir semua rumah telah mempunyai komputer dan juga talian internet.. talian streamyx lak tu.. berbanding dulu-dulu saya memulakan hanya dengan talian dail-up.. slow ohh!! :-)

Baik.. hasil dari kemeriahan di internet kini ramai orang berlumba-lumba untuk mempelajari mengenai perniagaan internet. Melalui ini juga telah timbul nama-nama besar yang mewarnai arena ebiz ini. Apa yang amat ketara ialah lambakan ebook-ebook jualan di internet kini. Memang tidak dinafikan ebook-ebook ini banyak membantu anda dan juga saya. Pendek kata memulakan perniagaan internet kini tanpa menghadiri kursus juga membolehkan anda berjaya.

Namun tidak semua ebook-ebook ini berkualiti dan ada masanya mungkin anda terasa menyesal yang amat sangat kerana membeli ebook tersebut. Keadaan ini mungkin disebabkan orang-orang yang tidak bertanggungjawap ingin mengambil keuntungan semata-mata dari anda.. INI JANGAN AMALKAN, TAK ELOK!!.

Namun ada juga penulis ebook yang meresakan ebook mereka berkualiti, tapi anda tidak dapat menerima ebook tersebut.. Ya!! orang-orang ini yang mesti di tolong. Caranya mudah ialah dengan melakukan survey dan kajian terhadap anda pembeli-pembeli ebook.

Bagaimana tu? Caranya ialah dengan mengisikan maklumat survey ini dan anda nyatakan ebook pilihan terbaik yang anda pernah beli di internet dan kenapa anda membeli ebook ini. Yup!! hanya ebook pilihan terbaik anda.. yang tak ok tu tak payah la bagitahu, risau la anda tulis mengenai Ebook Cpanel saya pula he..he..

Survey Ebook Pilihan Anda!

http://mesrainternet.com/EbookPilihan .

Selepas suatu masa kelak saya akan membuat analisa mengapa ramai meminati ebook tersebut dan saya akan umumkan kepada anda semua melalui satu tulisan analisa dan kajian penuh melalui blog ini. Melalui survey ini nanti anda tahu ebook mana yang bermutu dan kenapa ianya menjadi pilihan. Ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada penghasilkan ebook kelak ;-) .

Jumpa lagi.

p/s: Saya membuat survey diatas memakan masa hanya 10 minit. Jika anda berminat ingin membuat sebiji seperti survey diatas, anda boleh mendapatkan perisian pasang siapnya DISINI!!. Buat masa ini harga tawaran masih dibuka iaitu RM20. Setelah memenuhi kuota ia akan dinaikkan kepada RM30.

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

4 comments July 7th, 2008

Previous Posts


Calendar

August 2008
M T W T F S S
« Jul    
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Posts by Month

Posts by Category