Posts filed under 'Pertanyaan'
Salam semua,
Hari ini saya meluangkan masa hampir 4 jam untuk menjawap ke semua pertanyaan mengenai perniagaan internet yang tertangguh dari anda. Saya memohon maaf atas sedikit kelewatan menjawap pertanyaan itu
. Mungkin selepas ini saya meluangkan masa sejam sehari untuk menjawap segala pertanyaan mengenai perniagaan internet ini. Nanti saya akan masukkan dalam jadual harian kerja online saya ye.
Jika ada pertanyaan yang belum saya reply, sila membuat pertanyaan sekali lagi. Takut ada kesilapan teknikal atau terlepas pandang yang mengakibatkan pertanyaan anda tidak saya jawap.
Buat masa ini, hanya tempat pertanyaan ini yang saya buka untuk anda mengemukakan apa-apa juga pertanyaan mengenai kekeliruan anda terhadap perkara-perkara online termasuk perniagaan internet. Bagi yang dah pro tu jangan la buat pertanyaan ye he.he.. bagi peluang pada newbie yang baru hendak bermula. Ini link pertanyaan tersebut atau boleh klik pada pilihan pertanyaan di atas blog ini.
http://www.mesrainternet.com/blog/index.php/hubungi-kami/
atau boleh direct membuat pertanyaan di sini:
Kebiasaannya saya akan menjawap pertanyaan yang mudah dulu, di ikuti yang susah. Jadi jika anda mahu pertanyaan anda segera saya jawap, pastikan ianya pertanyaan mudah la ha..ha..ha..
Last email yang saya jawap pertanyaan adalah melalui Saudara Khairul. Manakala ada satu alamat email dari Perwina (macam pernah dengar nama ini, tapi dimana ye..?)Â yang email tidak sampai kepadanya disebabkan memberikan alamat email salah. Jika Perwina membaca blog ini sila berikan alamat email sebenar anda ye. Sebab saya amat-amat berminat dengan soalan anda :-). Email dari ijamidayu pula saya jawap melalui sms
.
Jadi kepada anda yang ada apa-apa jua pertanyaan mengenai perniagaan internet dan yang seangkatan dengannya (online). boleh lah mengambil kesempatan ini kerana ianya 100% percuma. Esok atau lusa saya ingin berikan anda satu teknik mudah membina… jeng..jeng..jeng.. Tungguuu!!!!Â
Jumpa lagi ye.
Peminat anda,

August 15th, 2008
Baru-baru ini saya menemui satu cara promosi percuma perniagaan internet anda, tapi traffic beratus-ratus malahan beribu-ribu lemon kalau kena cara. Namun cara ini memerlukan anda mempunyai nama domain yang senang sebutan, tidak mengelirukan, jangan terlalu panjang dan pastinya orang yang mendengar senang nak ingat.
Kalau nama domain anda mengelirukan macam domain ni ‘4candatsotong.com’ nanti orang yang dengar akan taip fourcandatsotong.com atau terlalu panjang seperti kainbatikbaikpunya.com.. ni boleh nak ingat ke? Tentunya ingat-ingat lupa kalau nama domain panjang macam ni kan.. jadi dah rugi traffic yang dengar kat situ. Jadi kalau nak guna cara promosi ni pastikan nama domain anda betulkan terlebih dahulu menjadi seperti ini ‘belajarblog.com’.. ‘belajarcpanel.com’.. ‘mesrainternet.com’.. ha..ha.. ala mestilah Jebat kata ok, sebab semua tu domain Jebat.. Ye la adik oii!!! kalau tak saya yang nak puji siapa lagi.. betul tak?
Ok dah ada nama domain yang baik punya, mulalah melakukan promosi perniagaan internet anda di TV ataupun radio. Iskh!! Jebat ni kata promosi percuma.. ni kalau kat tv dan radio bukan percuma namanya.. ni nak bagi bankrup.. mahal gila tu!!. Relax la brother!!.. teknik ini saya jamin 100% percuma, caranya anda hanya perlu melihat atau mendengar radio yang berkaitan dan bila mereka menyuruh dail untuk bertanyakan soalan.. anda boleh mulakan ayat seperti ini..
“Hello.. saya Jebat dari melaka, laman web mesrainternet.com mempunyai pertanyaan bagaimana anda boleh bla..bla..bla..” atau anda boleh mula macam ni..
“Assalammualaikum, Saya Jebat laman web mesrainternet.com dari Melaka, ingin bertanyakan pada mawi mengenai pembabitan bla..bla..” Ha..ha.. sama ke pertanyaan tu?
Tak kisah la, namun pastikan anda memberikan pertanyaan atau cadangan-cadangan yang bernas sebelum menelefon stesen TV atau radio terbabit. Jangan main tangkap muat je, kerana kredibiliti atau cara menanyakan soalan juga memainkan peranan untuk penonton atau pendengar ingin mengetahui lebih lanjut mengenai anda.
pastu saya jamin akan ada tangan-tangan gatal yang ingin tahu mengenai laman web anda dan di sinilah segalanya bermula.. chewahh!!
. Nampak tak anda mengambil peluang secara percuma untuk mempromosikan laman web jualan anda. Jika kena cara meletup!! bayangkan berapa ramai yang menonton TV dan mendengar radio di Malaysia ni, jutaan orang ooo!!!. Andaikata hanya 1% dari sejuta orang yang melawat laman web anda, ini bermakna 10,000 traffic yang anda akan terima. Emm.. banyak tu!.
Jadi tugasan anda hanya menyediakan nama domain yang mudah dan mesra pengguna, dengar sekali orang boleh ingat dan tahu nak eja :-) , sediakan pen & kertas untuk mencatatkan nombor telefon jika dibuka ruangan soal jawap. Pastikan juga handphone anda mempunyai kredit untuk panggilan
. Duduk depan TV atau dengar radio, lebih baik topik tersebut ada kena mengena dengan produk anda, contoh kalau produk internet anda boleh tunggu rancangan Dr.Irfan ke.. ni lagi ada potensi besar mendapatkan traffic sekaligus jualan. Pastu sediakan pertanyaan yang bernas dan berinovasi dan anda selesai mempromosikan produk jualan anda dengan percuma hasil gempak beb!!

March 16th, 2008
Sejak seminggu lepas saya dihujani pelbagai pertanyaan mengenai produk terbaru di internet. Pada awalnya saya buat tak layan je he..he.. tapi dah ramai sangat yang bertanya tentang produk ini, jadi saya ambil keputusan untuk menjawap pada blog ini. Sebab saya tak larat nak jawap satu persatu email anda
.
Produk apa tu? Tiadalah rahsia sangat, sebab saya percaya anda juga ada menerima email berkenaan produk terbaru perniagaan internet ini dari mereka yang tidak diundang. Tak baik buat spam ni adik hoi!!.. Lagipun melanggar syarat agen affiliate tu. Baik.. produk yang saya maksudkan ialah ‘Ebook Duit Sekelip Mata’.

Oooohhh!!! Produk ni!
.. Ya! produk ini. Boleh caya ke ebook membuat duit dengan sekelip mata ni?. Nak beli rasa was-was la juga, ye la mudah sangat ke nak buat duit ni? Saya takut terkena lagi la, hari tu beli ebook buat duit juga pastu dia suruh promosikan affiliate dan dapat duit. Saya tanya abang sebab abang dah lama dalam perniagaan internet ni. Ni produk duduk diam-diam dapat duit ke? Naper dia nak bagitahu orang kalau betul produk tu boleh buat duit.. dan seribu satu macam pertanyaan lagi. Pening nak jawap ni.. sebab ebook tu bukan saya yang tuliskan
.
Jadi saya mengambil keputusan untuk berjumpa tok bomoh bertanyakan berkenaan dengan produk ini he..he.. gurau je la. Sebagai tidak menghampakan, saya cuba menjawap pertanyaan anda kerana risau anda tidak lena tidur terkenangkan produk ini. Nak jawap saya kena tahu isi kandungan ebook ini terlebih dahulu, oleh itu semalam saya beli sendiri ebook ini dan hari ini saya melihat akaun paypal saya. Wahh!! hebat ebook ini…Â
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
duit belum masuk lagi ni he..he.. marah ni!!
Baik secara jujur produk ini adalah penerangan langkah demi langkah berkenaan ebay dan bagaimana dengan ebay anda boleh menjana pendapatan. Saya suka dengan produk ini kerana memberi saya input berkenaan cara jualan di ebay dengan satu niche tertentu. Ia bermanfaat jika sekiranya anda belum didedahkan dengan jual beli di ebay. Kepada anda yang sudah pakar mengenai ebay, rasanya produk ini tidak banyak membantu.
Namun adakah ebook ini boleh menghasilkan wang sekelip mata dan setiap saat
. Jawapannya boleh tapi anda kena bekerja keras juga la. Kalau tak kerja keras memang tak boleh dapat walau sesen pun. Saya tak buat apa lagi.. sebab tu akaun paypal pagi tadi kosong je he..he..
Sebab kat sini masih ada urusan jual dan beli. Namun teknik yang digunakan rasanya berkesan tapi kena buat sedikit kajian produk yang ada permintaan tinggi. Yang baiknya produk ini adalah penerangan langkah demi langkah dan anda akan dapat lihat proses jualan sebenar di ebay. Apa yang perlu anda buat adalah menyemak sahaja akaun paypal duit sudah masuk atau belum. Tapi ingat! anda buat baru dapat duit, tak buat duit tak dapat la.
Rumusannya produk ini adalah asas penjualan sebenar di ebay dengan sesuatu niche jualan yang rasanya berkesan juga la untuk mendapatkan hasil atau RM1 pertama akaun paypal anda. Saya ulangi produk ini hanya sesuai untuk anda yang belum mempunyai asas jual beli di ebay. Untuk melihat bentuk produk ini
http://mesrainternet.com/belajarebay
Saya juga ada membeli satu lagi ebook berkenaan ebay untuk membandingkan kedua-dua produk ini. Post ini sudah terlalu panjang, jadi saya akan ceritakan berkenaan ebook yang satu lagi di lain post. Harap mambantu
.

February 14th, 2008
Selamat berhari minggu semua
.
Tentu ramai yang bercuti lagi dan masih berada di kampung ketika ini.. dan ada juga rasanya yang ambil kesempatan untuk melengkapkan anak-anak mereka sebelum penggal baru sekolah bermula. Bila ye.. Khamis ini ke? Susah juga kalau tinggal kat rumah bujang ni. Dulu masa tinggal dengan family tahu juga la bila cuti-cuti sekolah ni.. maklumlah ada adik yang masih bersekolah. La ni satu benda dah tak tahu, lebih-lebih lagi saat ni asyik tumpu pada perniagaan internet ini sahaja
.
Nak buat macam mana sebab perniagaan internet memang jiwa saya. Saya amat-amat mengemari perniagaan internet ini. Duduk lama depan komputer tidak membosankan saya langsung. Sebabnya saya buat perkara yang saya suka
.
Jebat dah la tu!!! membebel pula he..he..
Untuk projek terbaru saya yang memerlukan hanya 100 orang tu, setakat ni hanya tinggal 68 tempat kekosongan lagi. Klik di sini untuk melihat bentuk tawaran tersebut!!.
Mungkin ada di antara anda yang tertanya-tanya ada ke atau tak perubahan pada cover ‘Ebook Panduan Asas Cpanel’ yang terbaru? Tengok macam sama je.. Ok saya akan perlihatkan kedua-duanya. Ada beza namun tidak banyak dan ada cerita di sebalik sedikit persamaan itu.
Cover ebook lama..

 Dan ini yang terbaru..

Ada beza tak? Pada asalnya memang saya mahukan banyak perbezaan. Namun setelah fikir-fikirkan balik dan bentuk design cover ebook lama yang sememangnya mengancam. Di tambah pula dengan sedikit informasi dari designner saya yang mengatakan cover ebook ini selalu orang berikan sebagai contoh tiap kali mereka meminta buat cover ebook. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengekalkan bentuknya namun diberikan sedikit sentuhan imej yang memberikan sedikit kelainan.
Baik saya tunjukkan satu contoh cover ebook yang pada asalnya saya ingin gunakan namun akhirnya saya rejectkan.. Khas untuk pembaca setia blog ini.. jeng.. jeng..

Tak kisah la apa pun bentuknya.. Isi kandungan ebook ini tetap sama. Namun cover ebook lama akan di mansuhkan penggunaaannya setelah cover ebook baru mengambil alih kelak. Insyaallah dalam masa terdekat ini.
Â

p.s: Tahun baru hampir menjelang tiba.. serentak dengan itu saya akan memberikan sedikit kelainan untuk blog ini pada 1/1/2008 nanti. Bagaimana bentuk kelainan itu.. tungguuu…. Pesan saya supaya anda puas-puas tengok blog ini, sebab lepas 1/1/2008 blog ini bukan seperti yang anda lihat kini.. Chewahh..
Â
December 30th, 2007
Hari ni genaplah puasa kita yang ke… Emm.. 20.. 21..23.. iskh! kurang pasti saya. Tak kisah la berapa hari kini anda berpuasa yang penting janganlah putus lagi hendaknya, harap-harap genap sebulan.
Ni saya nak tanya pada anda? Bukan teka-teki, tapi pertanyaan yang amat-amat mudah. Bukan berbentuk soalan ramalan SPM, tapi soalan yang mudah sahaja. Iskh!! nak hadiah ke? Soalan mudah jer.. kalau susah bolehlah janji bagi hadiah
.
Ok soalannya “Pernahkan anda memberikan nama serta alamat email anda untuk subcribe pada sesebuah laman web?” Kalau anda kaki internet atau berminat dengan perniagaan internet.. Saya pasti anda banyak pengalaman dan telah subcribe berpuluh-puluh laman web untuk mendapatkan ebook percuma mereka.
Gambar dibawah adalah contoh subcribe yang saya letakkan pada laman web ‘Belajar Cpanel‘. Jika anda berminat untuk mendapatkan preview ebook saya anda hanya perlu meletakkan nama serta email anda, kemudian satu link download akan diberikan pada anda.

Link download ebook akan diberikan pada alamat email yang anda letakkan pada ruangan kosong di atas tu. Setelah selesai mengisi nama serta alamat email, serta merta satu link akan dihantarkan ke email anda.
Kemudian anda perlu serta merta membuka email anda itu, untuk mendapatkan satu email pengesahan subcire anda. Contoh email seperti gambar di bawah ini..

Anda buka email itu, kemudian email ini yang paling penting, sama ada anda mahu menerima link download yang di janjikan atau tidak!. Lihat gambar dibawah ini:

Ia inilah penghujung segala proses subcribe anda. Apa yang perlu anda buat adalah klik link yang diberikan itu.. kemudian anda selesai! Tapi masalahnya.. Ada segelintir daripada anda yang takut serta was-was untuk klik link pengesahan tersebut. Tak tahulah arsal!!??
Ada juga kekadang email yang saya terima meminta kepastian, untuk apa link pengesahan tersebut.
-
Adakah untuk memerangkap Anda?
-
Adakah untuk memaksa anda membeli produk saya?
-
Adakah ada sesuatu yang tersirat, yang saya tak nampak dengan mata kasar atau terfikir dek akal?
-
dan seribu macam lagi pertanyaan..
Kerana saya ada banyak pengalaman mengenai pertanyaan sebegini. Satu yang saya nampak di sini adalah ketakutan.. kot-kot ada teknik tersembunyi yang digunakan oleh owner laman web perniagaan internet tersebut, yang akan membuatkan mereka menyesal tak sudah-sudah di kemudian hari.
Jawapan untuk pertanyaan serta kerisauan anda sebenarnya tidak berasas. Link tersebut bukanlah ada mempunyai apa-apa juga teknik black hat atau seumpamanya. Saya memerlukan anda klik link subcribe tersebut adalah untuk memastikan anda bersetuju saya menghantarkan email kepada anda.
Saya tahu anda tidak suka untuk saya menghantarkan email secara SPAM atau tidak beretika. Jadi salah satu caranya adalah dengan meminta kebenaran dari anda. Cara anda memberi kebenaran adalah dengan klik link seperti gambar diatas. Itu sahaja dan semuanya seleai.. Mudah bukan?
Jadi mulai hari ini, jangan takut untuk klik link pengesahan tersebut. Kerana saya jamin anda tidak akan rugi satu sen pun dengan hanya klik pada link pengesahan tersebut. Wasalam..

October 9th, 2007
Previous Posts