Demam Piala Thomas & Majalah IM Mei Sedia Untuk Download!
Ohh!! tidak.. saya di landa demam piala thomas dan uber. Inilah salah satu sukan yang saya ikuti sejak dari bangku sekolah lagi. Dari zaman misbun sehingga la kini Lee Chong Wei.. dari gandingan bergu Razif/Jalani dan kini Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong kini
.
Jadi untuk minggu ini saya agak sibuk sikit duduk depan TV menonton acara sukan kegemaran saya. Selepas itu pada bulan jun nanti EURO 2008 pula akan bermula.. Ohh..Ohh lagi satu acara sukan kegemaran saya selain dari world cup he..he.. Jadi kalau masa ni saya agak menyepi sikit faham-faham ye
. Namun saya akan cuba sebaik mungkin untuk membahagikan masa menonton acara sukan kegemaran dengan kerja-kerja online ini, insyaallah.
Untuk Piala Thomas Malaysia telah berjaya masuk ke semi final dan akan menentang pasukan China pada hari jumaat ini (17/05/08). Perlawanan ini hebat sangat, seakan-akan final piala thomas dan mesti tonton he..he.. Tak pasti bermula lepas sembahyang jumaat lebih kurang 2.30 petang atau malam selepas maghrib. Yang pasti channel astro 816. Mungkin hari tu RTM1 juga membuat siaran langsung, juga tak pasti.
Andaikata pasukan negara kita berjaya menumpaskan China, pada hari ahad nanti pada pukul 7.00 malam akan berlangsung perlawanan akhir juga mesti tonton.. rugi ohh tak tengok. Harap-harap pasukan negara kita berjaya membawa pulang piala thomas. Kali terakhir pasukan negara membawa pulang piala thomas iaitu pada tahun 1992.
Yang menyedihkan pasukan piala uber Malaysia gagal dalam suku akhir di tangan korea. Walaubagaimanapun kejayaan menewaskan Jepun harus di beri pujian.
Aduh excited sangat cerita pasal piala thomas hampir terlupa tujuan saya menulis post hari ini. Tiada yang istimewa sangat, hanya ingin memberitahu majalah IM keluaran Mei telah sedia untuk anda download. Maaf ye agak lewat sikit memberitahu anda. Emm.. semangkin hebat nampaknya majalah IM ini dan input-input mengenai perniagaan internet banyak boleh didapati di sini secara percuma.
Juga kini telah ada tambahan penulis baru untuk majalah IM ini. Nak tahu siapa? jangan lupa download dan anda boleh lihat sendiri. Yang pasti bukan saya la he..he.. Baik saya tinggalkan anda dengan majalah IM ini. Baca jangan tak baca. Banyak input menarik majalah IM keluaran Mei ini.


2 comments May 15th, 2008
























