Posts filed under 'Produk Internet'
Selamat berhujung minggu semua. Di hujung minggu begini manakah tumpuan anda untuk beristirehat? Kebiasaannya saya kalau tidak kerja, gemar menghabiskan hujung minggu saya di rumah sahaja dengan melihat-lihat perkembangan perniagaan internet yang tidak sempat saya lawati sewaktu masa sibuk. Ya la.. seminggu sibuk, tiada masa kekadang untuk melihat perkembangan industri internet ini
.
Bagi anda yang mempunyai sifat sama seperti saya, apa kata di masa kelapangan ini anda membaca satu ebook baru yang baru sekejap tadi dilancarkan iaitu “Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate”.

Rahsia Menjadi Pro Affiliate .
Ebook ini cuba mengupas kekuatan beberapa teknik yang boleh anda gunakan dalam menghasilkan pendapatan melalui affiliate walaupun anda tidak mempunyai senarai mail list untuk melakukan promosi.
Ebook ini amat sesuai untuk newbie yang baru bermula dalam perniagaan internet, khususnya program affiliate kerana anda memang memerlukan satu kaedah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan melalui affililiate.
Saya tidak mahu berceloteh panjang, saya tinggalkan anda dengan Ebook Rahsia Menjadi Pro Affiliate ini untuk bacaan di hujung minggu
.
Jumpa lagi ye!!

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 13th, 2008
Sedar tak sedar telah 2 tahun saya berkecimpung dalam perniagaan internet ini. Pada awal penglibatan dalam perniagaan internet, tidak semeriah hari ini. Kini hampir semua rumah telah mempunyai komputer dan juga talian internet.. talian streamyx lak tu.. berbanding dulu-dulu saya memulakan hanya dengan talian dail-up.. slow ohh!!
Baik.. hasil dari kemeriahan di internet kini ramai orang berlumba-lumba untuk mempelajari mengenai perniagaan internet. Melalui ini juga telah timbul nama-nama besar yang mewarnai arena ebiz ini. Apa yang amat ketara ialah lambakan ebook-ebook jualan di internet kini. Memang tidak dinafikan ebook-ebook ini banyak membantu anda dan juga saya. Pendek kata memulakan perniagaan internet kini tanpa menghadiri kursus juga membolehkan anda berjaya.
Namun tidak semua ebook-ebook ini berkualiti dan ada masanya mungkin anda terasa menyesal yang amat sangat kerana membeli ebook tersebut. Keadaan ini mungkin disebabkan orang-orang yang tidak bertanggungjawap ingin mengambil keuntungan semata-mata dari anda.. INI JANGAN AMALKAN, TAK ELOK!!.
Namun ada juga penulis ebook yang meresakan ebook mereka berkualiti, tapi anda tidak dapat menerima ebook tersebut.. Ya!! orang-orang ini yang mesti di tolong. Caranya mudah ialah dengan melakukan survey dan kajian terhadap anda pembeli-pembeli ebook.
Bagaimana tu? Caranya ialah dengan mengisikan maklumat survey ini dan anda nyatakan ebook pilihan terbaik yang anda pernah beli di internet dan kenapa anda membeli ebook ini. Yup!! hanya ebook pilihan terbaik anda.. yang tak ok tu tak payah la bagitahu, risau la anda tulis mengenai Ebook Cpanel saya pula he..he..

http://mesrainternet.com/EbookPilihan .
Selepas suatu masa kelak saya akan membuat analisa mengapa ramai meminati ebook tersebut dan saya akan umumkan kepada anda semua melalui satu tulisan analisa dan kajian penuh melalui blog ini. Melalui survey ini nanti anda tahu ebook mana yang bermutu dan kenapa ianya menjadi pilihan. Ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada penghasilkan ebook kelak
.
Jumpa lagi.
p/s: Saya membuat survey diatas memakan masa hanya 10 minit. Jika anda berminat ingin membuat sebiji seperti survey diatas, anda boleh mendapatkan perisian pasang siapnya DISINI!!. Buat masa ini harga tawaran masih dibuka iaitu RM20. Setelah memenuhi kuota ia akan dinaikkan kepada RM30.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 7th, 2008
Salam buat semua pembaca setia blog ini..
Sejak akhir-akhir ini saya agak susah mengawal dan mengatur waktu tidur saya. Tidak seperti biasa kerana mata saya kini mudah sangat terpejam, pantang lentokkan kepala atas katil alamat hanyut la jawapnya. Saya tidak pasti adakah disebabkan penat bekerja atau cuaca sejuk kerana hujan kerap kini atau kurang bersenam seperti selalu atau gelang magnetik yang baru sebulan dua saya gunakan atau faktor usia
. Apa pun hari ini saya gagahi untuk menulis post ini untuk anda.
Dalam perniagaan internet, dapat menjual sesuatu produk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tidak kira produk tersebut ciptaan anda sendiri atau produk versi MRR atau RR. Namun berapa ramai dari anda yang dapat berbuat demikian? Emm.. sebenarnya banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda. Saya tidak akan menceritakan semuanya, namun salah satu cara hebat menjual produk anda melalui sistem affiliate.
Sistem affiliate adalah satu sistem yang membolehkan anda menjual produk menggunakan agen-agen yang berdaftar dengan anda untuk menghasilkan jualan produk dan kemudian anda memberikan komisen untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh agen-agen anda tadi.
Pengalaman saya, melalui sistem affiliate sehingga kini saya masih menerima belian untuk Ebook Panduan Cpanel terbitan saya. Bayangkan semenjak 6 bulan lepas saya tidak ada membuat apa-apa promosi untuk ebook ini melainkan hanya melalui blog mesrainternet ini sahaja. Memang tidak dinafikan mungkin ada jualan datangnya dari link pada blog ini dan harus tidak dinafikan selebihnya dari agen affiliate. Kerana sehingga kini saya masih membayar komisen untuk agen-agen affiliate yang berjaya membuat jualan.
Contoh mudahnya seperti ini, jika melalui blog saya hanya dapat menyampaikan kepada 10 orang pelawat mengenai produk jualan saya. Namun kerana adanya sistem affiliate saya mempunyai beberapa agen andaikan 10 orang yang menyertai sistem affiliate saya.. dan melalui 10 orang agen tersebut saya dapat menarik 100 pelawat ke laman web produk jualan saya dengan mengambil kira setiap agen dapat menarik 10 pelawat. 100 orang ramai tu, mustahil dari 100 orang tersebut tiada yang membeli produk anda jika ianya benar-benar bermutu.. betul tak? Anda bayangkan berapa banyak traffic atau pelawat dari agen affiliate untuk ebook panduan asas cpanel saya, yang kini berjumlah hampir 900 orang.
Saya akui tidak semua agen affiliate yang akan mempromosikan produk jualan anda sampai bila-bila. Kerana satu perkara yang anda kena faham adalah disebabkan terlalu banyak produk-produk terbaru di internet yang kini sedar kekuatan sistem affiliate. Saingan anda kini bertambah
. Tapi seperkara yang anda mesti ingat ialah:
Tidak perlu risau sama sekali kerana seperti lumrah alam patah tumbuh hilang berganti. Walaupun agen-agen lama sudah beralih kepada produk-produk baru di internet, agen-agen baru akan senantiasa ada dan berminat untuk mempromosikan terus produk anda. Itulah istimewanya sistem affiliate
. Satu petua yang betul-betul berkesan jika anda mahu agen-agen lama yang ini terus kekal mempromosikan produk internet anda adalah dengan MEMBERIKAN KOMISEN YANG LUMAYAN.. contohnya RM50 untuk setiap jualan.. saya berani jamin sampai bila-bila mereka akan terus mempromosikan produk anda he..he..
Jadi apa tunggu lagi!! jika produk anda sebelum ini tidak mempunyai sistem affiliate, apa kata anda setup satu sistem affiliate ini.. tak pandai upah la sesiapa yang terror.. ramai yang terror buat kat luar tu.. Saya pasti kelak anda pasti berjaya menghasilkan jualan.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
July 4th, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,
Lagi produk baru perniagaan internet di pasaran yang baru di lancarkan tepat pukul 9.00 pagi tadi. Ebook kali ini adalah berkenaan dengan Panduan Asas HTML. Terima kasih diucapkan kepada Saudara Mazlie Nadzri kerana sudi JV dengan saya. Maaf ye agak lewat sedikit membuat post ini kerana agak sibuk kerja pagi tadi.
Anda tahu apa itu HTML? . Pernah ke anda terlihat simbol seperti di bawah ini?

:-) Simbol yang betul-betul boleh membuatkan anda pening kepala. Namun tahukah anda sedikit pengetahuan mengenai simbol-simbol ini boleh memberi sedikit kelebihan untuk anda.
Memang tidak dinafikan kini anda telah boleh membuat laman web, blog tanpa mempunyai pengetahuan mengenai HTML. Namun Jika anda mengetahui asas HTML anda sebenarnya mempunyai sedikit kelebihan dari mereka yang tidak tahu langsung bahasa HTML ini.
Sebagai contoh anda dan saya mempunyai blog masing-masing. Namun oleh kerana saya mempunyai asas HTML saya dapat memberikan kelainan atau pemandangan yang cantik pada blog saya berbanding anda yang hanya tahu menulis artikel namun keadaan blog yang sedikit suram
. Berikut adalah contoh sidebar blog saya yang menggunakan kemahiran HTML:

Menarik bukan
. Fikirkan la sama ada anda inginkan kemahiran HTML ini atau puas hati dengan kemahiran lain yang anda punyai he..he.. Namun jika anda berminat dengan ebook ini bolehlah melayari laman web jualan dibawah ini.

|
Ebook Panduan Asas HTML .
Jumpa lagi.
Wasalam.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 16th, 2008
* Informasi untuk anda pembaca setia blog ini. Post ini ringkas sahaja, hanya ingin memberitahu produk terbaru perniagaan internet yang dikeluarkan oleh IM tempatan.
Hampir terlupa saya untuk mengumumkan produk terbaru perniagaan internet di Malaysia selain daripada Ebook Jana Wang Adsense yang dilancarkan 5 hari lepas.
Ebook terbaru tersebut ialah ” pakej khas panduan lengkap clickbank “. Secara ringkas clickbank adalah affiliate digital terbesar di dunia yang menawarkan sumber pendapatan kepada agen-agen yang turut serta bersama dengan clickbank.

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank .
Pakej ini mengandungi 100 produk digital yang mengandungi ilmu-ilmu khas yang anda perlukan untuk mempromosikan clickbank dengan lebih berkesan. Dimana pakej ini dipecahkan dengan 6 kategori iaitu:
- Ilmu asas clickbank.
- Mindset untuk mencapai kejayaan dengan clickbank.
- Tool-tool affiliate.
- Cara mencipta serta mencari niche yang sesuai.
- Pemasaran serta promosi yang betul.
- Bonus istimewa.
Apa yang lebih istimewa produk ini dibekalkan denag MRR (Master Resell Rights) yang mana ebook-ebook digital ini boleh anda jual semula kepada sesiapa sahaja dan 100% keuntungan milk anda sepenuhnya
.
Baik saya tinggalkan anda dengan produk ini, kerana saya sedikit sibuk dengan perniagaan internet serta sedikit review mengenai 1 produk terbaru dalam masa terdekat ini. Saya akan berikan informasi seterusnya jika produk ini telah berada dipasaran.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 8th, 2008
Previous Posts