Posts filed under 'Resell Rights'
* Informasi untuk anda pembaca setia blog ini. Post ini ringkas sahaja, hanya ingin memberitahu produk terbaru perniagaan internet yang dikeluarkan oleh IM tempatan.
Hampir terlupa saya untuk mengumumkan produk terbaru perniagaan internet di Malaysia selain daripada Ebook Jana Wang Adsense yang dilancarkan 5 hari lepas.
Ebook terbaru tersebut ialah ” pakej khas panduan lengkap clickbank “. Secara ringkas clickbank adalah affiliate digital terbesar di dunia yang menawarkan sumber pendapatan kepada agen-agen yang turut serta bersama dengan clickbank.

Pakej Khas Panduan Lengkap Clickbank .
Pakej ini mengandungi 100 produk digital yang mengandungi ilmu-ilmu khas yang anda perlukan untuk mempromosikan clickbank dengan lebih berkesan. Dimana pakej ini dipecahkan dengan 6 kategori iaitu:
- Ilmu asas clickbank.
- Mindset untuk mencapai kejayaan dengan clickbank.
- Tool-tool affiliate.
- Cara mencipta serta mencari niche yang sesuai.
- Pemasaran serta promosi yang betul.
- Bonus istimewa.
Apa yang lebih istimewa produk ini dibekalkan denag MRR (Master Resell Rights) yang mana ebook-ebook digital ini boleh anda jual semula kepada sesiapa sahaja dan 100% keuntungan milk anda sepenuhnya
.
Baik saya tinggalkan anda dengan produk ini, kerana saya sedikit sibuk dengan perniagaan internet serta sedikit review mengenai 1 produk terbaru dalam masa terdekat ini. Saya akan berikan informasi seterusnya jika produk ini telah berada dipasaran.

June 8th, 2008
Sebentar tadi saya telah menyelesaikan pembayaran komisen agen affiliate ebook panduan asas cpanel. Lewat beberapa hari disebabkan saya tidak dapat surf internet berikutan masalah modem dan terlupa password streamyx setelah setup modem baru beli
.
Terima kasih atas sokongan dan promosi berterusan anda. Untuk bulan ini saya telah mendapat 16 jualan Ebook Panduan Asas Cpanel ini, dimana 10 daripadanya adalah jualan melalui agen affiliate.

Untuk 2 user diatas iaitu faezah79 dan zdie_81, harap menghubungi saya disebabkan nombor akaun yang anda beri tidak dapat untuk saya membuat transaksi. Saya juga telah menghubungi anda melalui email sebentar tadi.
Kepada anda yang berminat untuk menjadi agen affiliate saya dan seterusnya mendapatkan duit pertama perniagaan internet boleh mendaftarkan diri DISINI!!!. Cara mudahnya hanya perlu letakkan pada blog, kemudian biarkan sahaja sehingga ada yang berminat untuk membeli. Namun pastikan blog anda update selalu la untuk mendapatkan traffic yang tidak putus-putus ke blog anda. Ini kaedah yang saya gunakan untuk mempromosikan affiliate yang saya join
.
Saya akan membayar RM10 untuk setiap jualan dari link anda. Lepaslah duit makan sehari atau duit untuk topup handphone anda, daripada tak dapat langsungkan
.Jika anda ingin mendapatkan 100% keuntungan melalui ebook panduan asas cpanel ini, bolehlah mendapatkan infonya DISINI!!.
Saya undur diri, banyak kerja tertangguh selama seminggu lepas. Jumpa lagi post akan datang ye..

February 19th, 2008
Sudah hampir seminggu saya tidak membuat post blog ini walaupun musim cuti perayaan kini. Jawapannya, saya tidak bercuti dan amat sibuk di sebabkan cover member yang bercuti untuk sambut perayaan. Pendek kata, semasa anda bercuti, saya sebenarnya tengah sibuk bekerja
.
Semalam saya diajukan pertanyaan oleh seorang kawan saya yang berminat untuk menceburi diri dalam perniagaan internet. Beliau bertanya “apakah produk yang boleh saya jual di internet?” Selepas itu dengan bersemangat saya menerangkan semua bentuk produk yang boleh di jual di internet. Tahu apa jawapannya.. SUSAHNYA!!. Emm.. susah!, jika anda tidak pernah membuatnya.. namun kalau anda telah membuatnya, ianya tidak la sesukar mana. Jadi untuk tidak melemah semangatkan hati beliau, saya memberi cadangan bentuk produk yang mudah untuk dijual dan semuanya telah disediakan
.
Produk tersebut adalah produk yang mempunyai resell rights atau master resell rights. Kenapa produk ini dikatakan mudah? Sebab semuanya telah disediakan untuk anda merangkumi ebook atau perisian, laman web jualan, banner promosi dan lain-lain. Disamping itu anda akan mendapat support dari owner laman web tersebut.
Bukan itu sahaja, produk resell rights atau master resell rights ini kebiasaannya mempunyai pemintaan yang tinggi di pasaran. Ini terbukti kerana daripada 3 produk reseller, saya mendapat untung berganda-ganda dari harga pembelian resell rights ebook tersebut.

Produk 1 (Resell Rights) - Ebook Panduan Maybank2u Online Stocks ini saya dapatkan dari En.Aku dengan harga RM120. Oleh itu saya boleh menjualkannya kembali dan 100% keuntungan milik saya
.Sehingga kini saya telah menjual produk ini sebanyak 11 buah dengan harga RM90.
RM90 x 11 = RM990 –> Kos RM120 (Harga RR) + RM100 (Harga web hosting) = RM220
Oleh sebab itu keuntungan saya RM990-RM220 = RM770
==========================================
Produk 2 (Resell Rights) - Ebook Panduan Asas Membina BLog ini saya beli resell rights dari Smartzul dengan harga RM137. Sehingga kini saya telah menjual sebanyak 17 buah ebook ini.
RM55 x 17 = RM935 –> Kos RM137Â (Harga RR) + RM100 (harga web hosting)Â = RM237
Oleh sebab itu keuntungan saya RM935-RM220 = RM715
==========================================
Produk 3 (Master Resell Rights) - Ebook panduan mudah FTP ini saya dapatkan dengan harga RM20 dan kini saya telah menghasilkan jualan sebanyak 10 buah. Oleh itu keuntungan RM20 x 10 = RM200 –> RM200 - RM20 (Harga MRR) = RM180
Anda lihat bagaimana dengan produk Resell Rights dan Master Resell Rights saya membuat keuntungan berlipat kali ganda dalam perniagaan internet ini. Bukan sahaja mudah, malahan yang penting sehingga kini produk ini masih saya jual dan menjadi salah satu hasil pendapatan saya di internet.
Mudah bukan!!
. Secara ringkasnya jika anda tidak mempunyai produk jualan di internet, apa kata cuba cara saya mendapatkan keuntungan dengan menjual produk RR atau MRR.
Saya berminat la!! Tapi mana nak dapatkan produk RR atau MRR ini? Anda boleh mendapatkan produk ini jika ada sesiapa yang menawarkan bentuk produk sebegini. Atau anda boleh mendapatkannya dari saya.. kerana saya kini sedang mencari 100 orang yang berminat menjual produk Ebook Cpanel dengan 100% keuntungan milik anda. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link di bawah ini.
http://belajarcpanel.com/ResellRights
Harap anda juga boleh mendapatkan RM1 pertama di internet
. Jumpa lagi!!

February 10th, 2008
Selamat pagi semua
,
Maafkan saya sebab tidak memberikan perkhabaran projek resell rights yang berlangsung semalam. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar semalam dan di kesan hanya mempunyai satu kesilapan kecil iaitu satu paparan imej tertinggal. Namun atas maklumat seorang pembeli, kesilapan itu telah saya betulkan. Terima kasih Rawaida.
Sehingga kini jual beli terus berlangsung. Bermula dengan pelancaran semalam pada pukul 9.00 pagi, agak senyap seketika mungkin sebab orang tengah kerja dimana sehingga pukul 10.30 pagi hanya seorang sahaja yang membeli.
Namun tepat pukul 1.00 tghr, order menderu-deru masuk, mungkin di sebabkan masa rehat jadi orang mengambil masa rehat ini untuk bank-in kan duit mereka
.Setakat ini telah berlaku jualan sebanyak 18 unit dari 44 yang telah booking. Jadi saya rumuskan kini, tetap masih ada 56 lagi kekosongan yang perlu di isikan. Saya pasti anda yang menempah akan melakukan belian. Namun belum ada masa untuk mengadap komputer atau nak tunggu gaji masuk hujung bulan ini
. Tidak mengapa saya akan terus simpan unit yang anda tempah.
Setakat ini saya tidak dapat pastikan adakah semua pembeli semalam dari senarai yang membuat tempahan. Nanti saya cek balik ye, untuk memastikan mereka yang tempah awal tidak terlepas peluang ini. Saya simpan satu untuk anda!!
.
Letih juga melayan pembelian semalam. Namun amat berbaloi dengan penat lelah selama ini. Sampai pukul 11.00 malam tadi masih ada tempahan masuk dan semuanya telah saya berikan produk pakej resell rights tersebut. Anda sebenarnya sudah boleh membuat jualan serta merta.
Namun nasihat saya, jangan terlalu gopoh untuk membuat jualan. Pastikan semua yang saya bekalkan telah di edit dan berfungsi sepenuhnya. Berita baiknya saya telah pasangkan semuanya pada laman web. Anda hanya perlu melakukan sedikit konfigurasi sahaja.
Bab penting adalah page untuk pembayaran, pastikan dapat berfungsi. Pastu atur strategi dan teknik promosi yang berkesan. Insayaallah ada rezeki untuk semua dalam perniagaan internet ini. Boleh masuk ruangan forum untuk berbincang teknik dan cara promosi.
Baik itu sahaja. Ada kerja sikit perlu saya habiskan. Emm.. ada satu order masuk lagi. Jadi jumlah unit yang sudah jual sebanyak 19 unit.

P.S: Ucapan terima kasih untuk Labanon kerana sudi JV dengan saya. Semua pembeli ebook saya akan mendapat kupon diskaun RM5 untuk produk 101 tips adsense terbongkar. Untuk melihat anda KLIK DISINI!
January 22nd, 2008
Alhamdulilah projek berjaya dilancarkan sejam setengah lebih awal dari target saya iaitu pada pukul 10.00 pagi nanti. Kepada anda yang tidak sabar untuk membeli bolehlah membuat belian sekarang kerana bermula dari pagi hingga petang nanti saya akan melayan anda
.
Mungkin semasa pelancaran ini ada sedikit kekurangan yang saya tidak dapat lihat, namun anda di luar sana dapat melihat kekurangan itu, segera menghubungi saya untuk memberitahu dan saya akan betulkan kekurangan tersebut.
Dah seharian test uji kesemua sistem dan alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Untuk pengetahuan anda produk reseller kini hanya tinggal 56 unit sahaja lagi, setelah 44 unit telah sedia di tempah. Kepada anda yang berminat tetapi tiada membuat tempahan hari tu, apa kata anda cepat membuat belian takut anda terlepas peluang baik ini
. Anda boleh melihat laman web versi reseller ini melalui link dibawah.
http://belajarcpanel.com/ResellRights/
Saya akan memberi informasi terkini perjalanan projek pada blog ini jika tidak sibuk nanti ye. Sudi-sudikan la ke blog ini untuk membacanya. Sekejap lagi saya akan menghubungi semua yang book produk ini terlebih dahulu sebelum menghubungi senarai mail list juga pada member WC. Ramai ni nak contact hampir 2000 orang, namun tawaran saya buka hanya untuk 100 orang sahaja. Berminat!! kena bertindak cepat la he..he..

January 21st, 2008
Previous Posts