Posts filed under 'saifulsham'

Online Store - Jom Membina Dan Memiliki Kedai Online Sendiri

Salam.. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu. Tentunya di hujung minggu begini anda lebih banyak masa keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama keluarga.. Ialah walau sesibuk mana sekali pun.. ” Keluarga haruslah di utamakan”. Namun kepada anda yang ada masa mengadap komputer, bolehlah membaca sikit post santai hujung minggu dari saya ;-) .

Tahukah anda? Perniagaan yang benar-benar dikatakan perniagaan internet sebenar-benarnya ialah Kedai Online. Memang betul anda juga boleh membuat duit dalam internet tanpa adanya kedai online.. Namun dapat membuat duit dengan adanya hanya satu produk belum cukup mengelarkan anda sebagai usahawan perniagaan internet. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Sebelum itu ingin saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan kedai online. kedai online ialah kedai di internet yang menjual pelbagai jenis produk dengan hanya satu domain dan web hosting. Berbeza dengan perniagaan internet biasa yang hanya memfokuskan hanya satu produk untuk satu domain dan web hosting. Contoh seperti laman web jualan saya ini :-) .

Perniagaan Internet Biasa

Manakala contoh Kedai Online adalah seperti laman web dibawah ini.. Beza bukan??

Online Store

Perniagaan internet biasa ini kalau dalam situasi nyata adalah seperti penjual burger, penjual air ABC, penjual surat khabar dll kerana sifat mereka yang hanya menumpukan 1 produk sahaja.. manakala Kedai Online bolehlah di ibaratkan seperti Tesco, Jaya Jusco, Carrefour dll.

Tak salah hanya menumpukan pada perniagaan internet biasa sahaja, namun perniaagaan internet secara kedai online sebenarnya akan memberikan kepuasan kepada anda dan pembeli anda, kerana seolah-olah mempunyai kedai besar di alam cyber.

Bukan itu sahaja, pembeli yang datang ke kedai maya anda mungkin berulang-ulang membeli dan akan memberikan keuntungan yang lebih kepada anda kelak walau dengan hanya satu web hosting dan domain.

Jika anda hanya menggunakan perniagaan internet biasa anda pastinya perlu membina banyak laman web,  perlu ada lebih dari satu web hosting, perlu mencipta lebih banyak produk, kerja tentunya bertambah kerana banyak yang perlu di uruskan.. manakala pembeli akan membeli sekali sahaja kerana hanya satu produk yang anda jualkan untuk satu kadai anda di internet.. Emmm… letih tu!!

Jadi kepada anda yang baru hendak bermula.. jangan hanya fikirkan hendak menjual ebook atau video tutorial atau apa sahaja yang bersifat sementara. Kenapa tidak mencuba kedai online dan meraih lebih keuntungan dan tentunya dengan kos yang amat-amat berpatutan.

Namun satu nasihat dari saya, sebelum memulakan sesuatu atau perniagaan kedai online ini, apa kata anda menimba ilmu terlebih dahulu. Kerana tiada jalan mudah untuk berjaya.. lebih-lebih lagi dalam perniagaan cyber, kerana selain dari ilmu perniagaan anda juga perlu tahu aspek-aspek teknikal komputer dan perniagaan internet itu sendiri.

Saya bukanlah orang yang layak bercakap mengenai kedai online ini, kerana saya juga masih belajar untuk menghasilkan kedai online sendiri :-) . Jika anda betul-betul hendak membina kedai online sendiri anda boleh senantiasa ke blog saifulsham dot com. kerana telah terbukti mereka berjaya dalam perniagaan kedai online ini.

Baru-baru ini saifulsham dot com ada menghasilkan video tutorial episod pertama menceritakan tentang kedai online ini. Episod kedua saya tengah tunggu, mereka kata akan keluar selewat-lewatnya petang atau malam ini. Sekarang ini sudah pukul 6.00 petang, namun video tersebut belum ada lagi.. mungkin malam nanti. Jadi jangan lupa ke blog mereka hari ini :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments April 6th, 2008


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category