Posts filed under 'Sekadar Renungan'
Salam & selamat berpuasa semua,
Sedikit coretan kerja harian saya kini.. Maaf la coretan ini puyoo sikit..
Baru sebentar tadi saya menghabiskan lebih kurang RM150 dalam masa sejam. Bukan untuk membeli keperluan raya atau baju raya
, namun untuk membeli beberapa database untuk laman web yang berbentuk video streaming.
Ini adalah aktiviti terbaru saya, buat masa ini hanya satu laman web video anime iaitu naruto yang saya buat sepenuhnya bukan untuk sesiapa namun untuk kegunaan saya sendiri ha..ha.. Berdasarkan minat terhadap cerita ini, saya menyimpannya untuk koleksi dalam bentuk laman web. Ok tak? Ada juga kawan yang menyimpan koleksi ini dalam bentuk DVD.. Mahal tu..
Kelebihan laman web video streaming ini ialah pelawat yang berulang-ulang serta view sehingga beribu sehari jika anda pandai dan tahu cara promosi. Ini berita baik kerana dari hanya suka-suka sebenarnya anda mempu membuat duit darinya. Namun fokuskan kepada kerja anda nanti duit akan terhasil dengan sendiri
.
Namun kerja meletakkan kod satu persatu yang saya benci dan memerlukan banyak masa untuk melakukannya, Sampai berair-air mata ni duduk depan komputer. Lebih-lebih lagi cerita naruto ini telah sampai ke episode 300 dan oleh itu saya kena research, copy & paste sebanyak 300 kali.. ooohhhh!! letihnya. Namun setelah siap kelak kerja lebih mudah kerana hanya letak beberapa kod mengikut keluaran cerita setiap bulan. Kini saya baru siapkan sehingga episode 180 he..he..
Saya sebenarnya kagum dengan anda yang mempu membuat beratus-ratus cerita serta episode dalam masa hanya 1 hari. Saya memang tak mampu buat semua tu, sebab itu saya mengambil jalan mudah dengan membeli database yang dah siap sebentar tadi. Cuma kelemahan database ini ialah cerita akan banyak saingan dengan ramai orang yang membeli sama dengan anda.
Untuk pengetahuan anda sebenarnya saya dalam tempoh pembelajaran dan mengkaji beberapa pendapatan yang boleh dijana di internet dengan menggunakan blog, video streaming, adsense, zangocash dan lain-lain.
Nak buat semua sekali memang tak mampu, jadi buat masa ini saya mulakan dengan benda yang saya minat terlebih dahulu. Tak pe saya akan cuba merangka perlahan-lahan kerana market tumpuan saya tetap perniagaan internet sebenar. Ini hanya kerja sampingan.
Ada yang tanya saya bila nak buat produk baru? Dah ada dalam kepala ni, namun masa sesuai belum ada lagi. Insyaallah mungkin lepas raya nanti jika ada masa terluang. Jumpa lagi nanti yer..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
September 10th, 2008
Jika anda ingin mengaktifkan diri dalam perniagaan internet ini, satu sifat atau tabiat yang harus anda kuburkan ialah sifat suka menangguh kerja. Ya! tabiat ini nanti boleh membunuh kerjaya atau perniagaan internet anda.
Sejak akhir-akhir ini perkara tersebut sering melanda diri saya sendiri. Bayangkan kalau dulu blog ini sering kali up to date, kini hampir seminggu baru ada post-post terbaru, disebabkan tabiat suka menangguh kerja dan lama ke lamaan kerja dah bertimbun-timbun menyebabkan kerja yang pada awalnya mudah, kini tampak sukar untuk di siapkan.
Memang tidak dapat di nafikan sifat menangguh kerja ini sebenarnya berlaku sejak dari bangku sekolah lagi dan sehingga kini
. Betul tak? Teringat dahulu zaman sekolah bila mana dapat homework dari cikgu yang perlu di siapkan sebelum minggu depan. “Emm.. lama tu minggu depan. Relax la dulu..”. Lama kelamaan homework semakin bertambah dan tempoh seminggu yang cikgu beri telah hampir..
Apa lagi bersengkang mata la untuk menyiapkan. Sanggup tak tengok tv. Itu kalau semua tahu buat la.. mana yang tak tahu buat, esok pagi awal-awal lagi pergi kelas untuk tiru dari kekawan. Last kantoi dengan cikgu tak buat homework, sebab ingatkan sikit je.. rupanya banyak pula nak kena salin balik ha..ha..
Ingatkan zaman tu dah berlalu, rupanya sifat menangguh kerja ni ada juga bila dah besar panjang ni. Mungkin ini yang dikatakan tabiat. Betul kata pepatah melentur buluh kena dari rebung
.
Jadi jika anda ingin melibatkan diri atau ingin serius dalam perniagaan internet pastikan anda buang terlebih dahulu sifat suka menangguh kerja, kerana ianya akan membunuh kerjaya internet tanpa anda sedari. Emm.. Jebat pandai nasihatkan orang, diri sendiri tu kena betulkan dulu he..he.. Saya ambil kata-kata nadia AF6 –> Redah je!!
Insyaallah saya akan cuba susun kembali plan ebiz saya. Anda bila lagi!!?
Good luck yer.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 23rd, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua,*Artikel ini khusus untuk mereka yang mencari-cari aktiviti atau perniagaan internet yang boleh dijadikan hobi mereka untuk membuat duit melalui internet, bagi mengelakkan kebosanan berhadapan dengan internet.
Bertemu kembali dengan harapan anda ceria selalu, walaupun harga minyak melambung
. Memang tidak dapat dielakkan kenaikan ini disebabkan kenaikan harga minyak serantau.
Kepada anda yang mempunyai talian internet di rumah, mungkin boleh mencari sedikit duit poket untuk menampung kos hidup yang semangkin meningkat kini melalui internet, sama ada mempunyai perniagaan internet sendiri atau pun aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet, bagi menghilangkan kebosanan anda berdepan dengan internet. Rasanya rugi jika kelebihan internet ini anda tidak gunakan sebaik mungkin, kerana ramai juga yang berjaya dalam arena ini, begitu juga dengan anda kelak.. insyaallah.
Baik tanpa membuang masa saya ceritakan kini aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan melalui internet. Aktiviti berbeza dengan perniagaan internet ya.. usah keliru
.
Saya mulakan aktiviti yang begitu popular sekali iaitu google adsense. Ramai juga mereka yang membuat perniagaan internet terlibat dengan google adsense ini dan berita baiknya ramai juga yang baru bermula berjaya dalam google adsense. Mungkinkah anda selepas ini?
Google adsense adalah milik Syarikat Google sepenuhnya. Enjin pencari google yang begitu popular digunakan oleh berbillion pengguna internet dunia telah menarik banyak syarikat-syarikat besar untuk menggunakan google sebagai tempat untuk mereka melakukan promosi terhadap produk mereka.
Google yang tidak mampu melayan kesemua pengiklan ini secara bijak telah mereka program yang dinamakan google adsense. Melalui google adsense, syarikat google berjaya menerima kesemua pengiklanan dari syarikat-syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka. Caranya adalah menggunakan ANDA.
Bagaimana tu? Saya terangkan secara mudah, syarikat google menerima bayaran dari pengiklan tadi, oleh kerana google tidak mampu menampung ke semuanya jadi anda boleh mendaftarkan diri untuk membantu google mempromosikan iklan yang mereka terima dari syarikat-syarikat tadi. Boleh fahamkan?
Bagaimana ia boleh membuat keuntungan untuk anda? –>
Setelah anda diluluskan sebagai agen google adsense tadi, anda perlu ada laman web atau blog (blog percuma seperti blogger pun boleh), digunakan untuk meletakkan iklan-iklan google tersebut. Bermakna jika ada pelawat yang masuk ke laman web atau blog anda dan seterusnya klik iklan google yang anda pasangkan, secara automatik anda akan menjana pendapatan.

Nilai duit yang anda akan hasilkan bergantung pada mahalnya sesuatu iklan yang anda pasangkan pada laman web atau blog anda. Bermula dari USD.001 untuk sesuatu klik, sehinggalah bernilai puluhan USD untuk sesuatu klik.
Untuk mempelajari google adsense ini sekurang-kurangnya anda mesti mempunyai:
- Alamat email sendiri, sebaik-baiknya email gmail (kepunyaan google).
- Mempunyai blog atau laman web untuk melakukan pengiklanan. Boleh juga menggunakan blog percuma seperti blogger.com .
- Mendaftarkan diri dengan program google adsense untuk membolehkan anda mendapatkan iklan-iklan dari google.
Secara teorinya pada peringkat permulaan ini sahaja yang anda perlukan untuk menjalankan aktiviti google adsense ini. Namun ketiadaan asas mungkin sedikit menyukarkan kerana anda perlu tahu bagaimana mendaftar pada google, membina blog atau laman web, mempromosi dan lain-lain.
Oleh itu jika anda berminat untuk lebih mempelajari mengenai google adsense ini, saya cadangkan anda mendapatkan ebook-ebook yang berkaitan untuk membolehkan anda memulakan aktiviti ini. Antara ebook-ebook cadangan saya ialah:
- Ebook Jana Wang Adsense
- Ebook Raja Adsense
- Ebook 7 Hari Mahir Adsense
Jumpa lagi untuk aktiviti seterusnya yang boleh anda lakukan di internet. Moga membantu.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 7th, 2008
Assalammualaikum Semua,
Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..
Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/
Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya
.
Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.
Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.
Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung
. Selain anda juga tidak bosan melayari internet..
Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi
.

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
June 3rd, 2008
Salam semua,
Apa khabar anda hari ini? Harap sihat hendaknya. Post kali ini berbentuk survey mengenai minat anda terhadap proses pembelajaran melalui internet. Berbeza dengan suatu masa dahulu dimana proses pembelajar melalui internet hanya melalui ebook. Namun kini telah ramai pakar yang membuat video tutorial untuk proses pembelajaran melalui internet ini.
Bukan itu sahaja, telah ramai juga pakar yang mewujudkan forum support, servis dan tutorial melalui YM (yahoo messenger) dan macam-macam lagi. Namun hanya dua perkara yang akan saya sentuh iaitu Ebook dan video tutorial, kerana ini yang paling popular IM gunakan untuk membantu anda.
Anda lebih minat yang mana dalam proses pembelajaran ini kalau dibahagi hanya satu pilihan.. Ebook atau Video Tutiorial? Secara logik rasanya ramai yang meminati video tutorial rasanya la
. Namun tak mustahil ada yang lebih tertumpu pada ebook untuk proses pembelajar di internet berbanding dengan video tutorial. Betul tak?
“Betul la abang Jebat.. ebook ini tak berapa detail berbanding dengan video tutorial. Kalau video tutorial step by step cara ditunjukkan, rasanya seperti saya lebih dekat dengan proses tu!! Ini mungkin alasan anda yang meminati video tutorial”.
“Saya lebih mengemari ebook. Ada masalah, saya boleh pergi detail ke masalah tersebut. Hanya semak bab mana dan mukasurat mana.. terus dah ada depan mata saya. Kalau video tutorial saya nak kena tunggu buffer penuh.. Nak cari bab yang tak faham.. terpaksa tengok je video hingga sampai pada bab tersebut.. Ini contoh alasan orang yang meminati ebook la
“.
Nak tahu juga pendapat anda lebih mengemari yang mana? Sebab walaupun video tutorial lebih efektif untuk proses pembelajar, kerana ianya adalah melalui penglihatan dan pendengaran berbanding ebook yang lebih pada penglihatan.. namun saya yakin anda ada alasan sendiri kenapa lebih meminati ebook atau video tutorial?
Kerana saya yakin dan pasti masing-masing ada kelebihan masing-masing. Secara jujur saya lebih meminati ebook berbanding video tutorial. Ini mungkin di sebabkan saya lebih minat membaca dari menonton TV he..he..

Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
April 3rd, 2008
Previous Posts