Posts filed under 'SEO'
Maaf ye semalam tidak dapat buat post sebab kena kerja 12 jam.. Letih la. Emmm ada juga la yang tidak sabar nak tahu teknik yang ke dua ini. Siap email tanya macam mana teknik tu
. Jadi bersemangat pula saya nak ceritakan teknik ni he..he..
Tahniah kepada yang bertanya kerana anda ada satu dalam diri anda iaitu perasaan ingin tahu. Biasa perasaan ingin tahu dan seterusnya membuat pertanyaan adalah salah satu kaedah atau proses pembelajaran yang baik. Sebab tu budak-budak atau anak-anak kita selalu bertanya itu dan ini,disebabkan mereka dalam proses pembelajaran.
Cuma dalam perniagaan internet, tindakan juga penting la, sebab banyak teknik melibatkan teknikal.. kira dah ada teori, anda kena buat praktikal. Iskh!! membebel pula Jebat ni.. Bila nak cerita teknik yang kedua ni!!!!?? He..He..
Ok saya teruskan.. untuk teknik yang kedua ini saya tujukan kepada anda yang selalu kekeringan idea untuk menulis. Namun kepada anda yang banyak idea menulis pun boleh cuba juga teknik yang kedua ni
.
Baik teknik yang kedua adalah mewujudkan forum pada blog anda. Di akui kuasa forum juga dapat meningkatkan traffic pada blog. Namun teknik ini je tidak mencukupi kerana sebelum menwujudkan forum anda kena tahu apa topik niche yang ingin anda buka pada forum anda. Topik kena la popular dan orang suka dan selalu nak bertandang ke situ. Kira tidak bosan kalau menjadi ahli forum tu.

*Image contoh forum pada blog
Jangan pula membuka forum untuk berkenal-kenalan ke sebab anda bukan artis yang orang ramai perlu untuk berkenalan he..he.. Buka forum untuk berborak-borak ke sebab semua kat internet ni tiada masa nak layan anda berborak he..he.. Tapi cari sesuatu yang orang lain excited nak join forum anda. Tidak mengapa mulakan dengan bilangan ahli kecil terlebih dahulu.
Satu contoh kata lah anda pakar dalam sesuatu teknik tertentu. Apa kata anda ambil beberapa orang ahli yang ingin anda ajar secara percuma.. katalah 10 orang. Insyaallah akan berebut orang menjadi ahli pada forum anda itu. Cukup 10 orang tutup thread forum itu dan mulakan latihan. Yang pasti ahli 10 orang ini akan aktif pada forum anda :-). Mana yang tidak berjaya mengikuti latihan dengan anda, saya percaya akan selalu jenguk ke forum tersebut untuk melihat lain peluang kalau ada. Mulakan dengan 10 kemudian 100 kemudian 1000
.
Atau anda boleh membuka pada umum. Tak kisah berapa ramai yang ingin belajar teknik tu.. Atau anda boleh membuat pertandingan.. atau anda boleh membantu mana-mana newbie dalam permasalahan niche yanga anda buka.. atau anda boleh membuka forum anda tempat pertanyaan atau anda boleh.. bla..bla.. bla..
Tak kisah apa niche atau fokus yang ingin anda buka pada forum anda, tapi pastikan ianya dapat menarik sedikit traffic ke blog anda itu. Mulakan dengan sedikit, insyaallah lama kelamaan akan ramai yang bertandang ke forum blog anda. walaupun anda tidak kerap membuat post pada blog :-).
Tapi Jebat macam mana nak buat forum blog tu? Ummmhh!!, saya agak sibuk sedikit untuk mengajar mambuat forum pada blog. Apa kata anda pergi ke blog member saya ini, sebab kat blognya anda memberi tutorial bagaimana membina forum pada blog. Anda boleh klik link dibawah ini. Apa-apa yang tak faham buat pertanyaan kat situ he..he..
Tutorial Membina Forum Pada Blog
Saya harap ianya dapat menarik traffic atau pelawat ke blog anda. Ada banyak lagi teknik yang saya ingin ceritakan. Anda teruskan membaca pada blog saya ini. Satu saya nak ingatkan, jika anda menggunakan blog percuma anda tidak akan membina forum blog
. Jika berminat untuk mempelajari bagaimana membuat blog seperti ini anda boleh klik link dibawah ini.
http://belajarblog.com
Itu sahaja.. jumpa anda di lain post. Teruskan berkunjung ke blog ini. Wasalam.

January 25th, 2008
Macam biasa post ini adalah secara automatik. Pada masa ini saya berada di Johor Bahru untuk konvensyen NPC ICC peringkat National. Bagaimana saya melakukan post automatik ini? Pastinya anda yang menggunakan blog percuma tidak dapat berbuat demikian
. Anda hanya boleh menggunakan post automatik ini, jika anda menggunakan blog dengan domain anda sendiri. Klik Disini!!
Ok berbalik pada tajuk post, hari tu saya cuba check Pagerank (PR) untuk blog saya ini. 2 bulan lepas saya pernah check sekali namun masih belum tersenarai. Berbeza pada hari itu, apabila saya check PR untuk blog ini, satu yang mengembirakan kerana blog ini telah mendapat PR 3 dari google.

PR ini bolehlah dikatakan tahap ke populariti sesuatu laman web itu. Google menggunakan PR untuk menentukan sesuatu laman web itu sama ada penting atau tidak. Jika anda menggunakan teknik SEO anda perlu mengambil kira tentang PR ini. Ingat dalam perniagaan internet teknik SEO jangan diabaikan kerana SEO yang baik membolehkan anda mendapat pelawat secara percuma yang boleh bertukar menjadi pembeli produk anda kelak
.
Bagaimana google menilai tahap populariti sesuatu blog atau laman web? Saya kurang pasti
. Namun saya percaya google menilainya berpandukan pengunjung/pelawat atau one way link.  Biasa jika laman web atau blog anda mendapat Pagerank yang baik dari google ini, sedikit sebanyak pada enjin carian laman web atau blog anda akan mendapat ranking yang baik.. percayalah!!
Bagaimana anda boleh melihat pagerank (PR) untuk laman web atau blog anda. Mudah caranya iaitu dengan hanya klik pada link ini http://www.prchecker.net/check.php , kemudian anda perlu ‘menaipkan domain name’ laman web atau blog anda dan klik ‘CheckPR’. Selepas itu anda akan dapat melihat pagerank laman web atau blog anda itu. Selamat mencuba!!

Â

P.S: Namun ada cerita terbaru disebalik Pagerank (PR) dari google ini. Mengikut berita tersebut, tidak lama lagi pagerank google ini tidak akan digunakan lagi oleh google. Sejauh mana kebenaran berita ini saya kurang pasti. Namun anda boleh baca disini http://www.searchenginejournal.com/goodbye-google-pagerank/5465/
August 16th, 2007
Seperti yang anda sedia maklum, hari ini masuk hari ke sepuluh pertandingan SEO kata kunci ‘cari duit‘ anjuran En.Aku pada forum wangcyber. Ini adalah idea En.aku sempena ebook terbitan beliau “Panduan Maybank2u Online Stocks” yang bakal keluar dalam masa terdekat ini.
Melalui pertandingan cari duit ini, En.Aku telah meletakkan dua cara pertandingan iaitu perseorangan melalui ranking pada google dan juga acara berkumpulan iaitu kumpulan mana yang membawa banyak klik ke link laman web En. Aku.
Untuk acara perseorangan saya kini berada entah ranking ke berapa
. Memang mencabar kalau menggunakan google. Sukar sangat rasanya mendapatkan ranking. Berbeza menggunakan yahoo. Terus terang saya katakan saya lebih mengemari yahoo berbanding google kerana yahoo mudah mendapatkan ranking yang baik. Namun google, memang mencabar. Sebab itu saya suka mengikuti setiap pertandingan SEO.. lebih-lebih lagi yang melibatkan pakcik google. Ini adalah untuk memperbaiki kelemahan mendapatkan ranking untuk google. Untuk result terkini pada google untuk kata kunci CARI DUIT anda boleh klik link ini http://www.google.com.my/search?hl=ms&q=cari+duit&btnG=Carian+Google&meta . Jika terlihat blog saya bagitahu ya ha..ha..
Untuk acara berkumpulan team “Gagak Hitam” adalah nama yang di pilih. Kenapa kita orang memilih nama team ini. Sebenarnya saya pun tidak ada jawapannya
.Ianya secara spontan saya pilih, sebab semasa mendaftar penyertaan pertandingan SEO cari duit ini, saya tengah menonton tv filem lama lakonan Dato.Jins Shamsudin ‘Gerak Kilat’. Dimana ada watak team gagak hitam. Dengar sedap, saya namakan sempena nama team kami. Antara ahli-ahli kumpulan
Kumpulan Gagak Hitam
=================
1. Jebat Mesranet - http://mesrainternet.com/blog
2. Syed_ikhwan - http://cariduit.jemput.com
3. Mdhilmi - http://www.blogmas.com/ (Blog pertandingan belum confirm lagi)
4. Shahrul - http://www.plazacentre.net/cgi-php/forumphp/index.php
5. Gmos - http://onlinebisnes.com/blog
Inilah senarai hero-hero yang akan bersama-sama saya memeriahkan perjalanan Team Gagak Hitam dalam pertandingan SEO cari duit. Motto team gagak hitam “Menang dah tentu! Kalah Tak tahu lagi” he..he.. Mungkin ada diantara anda yang ingin kenal lebih rapat dengan hero-hero gagak hitam ini. Baiklah untuk tidak menghampakan anda saya paparkan ke empat-empat gambar hero gagak hitam ini selain saya.

*Duduk pegang bunga Gmos, duduk atas sofa syed_ikhwan, Rambut perang Mdhilmi dan yang control mancho Shahrul he..he.. Kepada gadis-gadis Afundi Gagak Hitam
Setakat ini sahaja info dari saya dalam pertandingan SEO cari duit. Oyaaa!! sebelum terlupa dibawah ini senarai ranking blog yang membawa banyak traffic untuk laman web En. Aku
lebah.wordpress.com/
plazacentre.net/iklan-bidvertiser.txt
www.mesrainternet.com/blog
www.enaku.com
faizbesh.blogspot.com/
www.ambsmart.com/
blog.impakpopup.com/wordpress/
melayu-boleh-blah.blogspot.com/
tazamfnbiz.com/blog/
http://www.enaku.com/2007/05/25/rahs…sebelum-1-jun/
blog.impakpopup.com/wordpress/7-langkah-membina-trafik-dengan-mudah/
onlinebisnes.com/blog/2007/06/06/cari-duit-challenge-update-2-got-1st-page-on-google/
www.melayu-boleh-blah.blogspot.com/
www.princeq.com/
rahsia-cari-duit.blogspot.com/
cariduit.jemput.com/
http://www.plazacentre.net/cgi-php/f…ic,3729.0.html
blog.impakpopup.com/wordpress/category/apa-itu-impact-popup/
www.ambsmart.com/contact/
www.onlinebisnes.com/blog/
budin.tobiahost.com/testin.htm
lebah.wordpress.com/2007/06/08/apa-itu-fxmalay/
lebah.wordpress.com/tag/forex-trading/
www.badruzamani.org/blog/
www.x-kl.com/
cari-duit-ae86.blogspot.com/
caracariduit.wordpress.com/
princeq.com/rakan-blog/istimewa-untuk-pengunjung-blog-princeqdotcom.html/
http://www.mohdsufian.com/umum/tak-t…cari-duit.html
feeds.feedburner.com/WeddingsCelebrityGossipsPersonalsSyokkahwincom
abdfatah.com/blog/isu-semasa/rm999999-ke-arah-jutawan-tanpa-rm1-di-sisi.html
www.mohdsufian.com/
belajarforexmarketiva.wordpress.com/
www.x-kl.com/page/2/

June 11th, 2007
Mana satu pilihan hati? Antara ebook dan jualan produk nyata? Mana satu ea.. Emmm.. jika tanya saya kini, saya lebih suka jual produk nyata. Tahu sebabnya? Bukan mudah sebenarnya untuk membuat ebook sendiri. kalau tengok orang menghasilkan ebook sendiri nampak mudah je!!, tapi yang empunya diri.. Penat OOooo
.
Berbeza dengan produk nyata, anda tidak perlu memikirkan tentang produk kerana semuanya telah memang sedia ada, cuma bezanya produk nyata biasanya bukan produk ciptaan anda, tapi produk yang anda borong dari mana-mana kedai untuk dijualkan semula kepada pelanggan internet anda.
Satu perbezaan ketara antara produk nyata dan ebook sendiri adalah ebook ciptaan anda sendiri biasanya anda penat pada mulanya sahaja, namun selepas pelancaran anda hanya perlu tunggu duit masuk.. Ehhh.. seronoknya.. Tu pun kalau ada orang nak belilah
. Namun produk nyata anda tidak perlu bersusah pada mulanya, namun jika ada orang beli produk anda, masa ni sibuk anda bukan main lagi. Nak bungkus barang, nak siapkan resit untuk pelanggan, nak ke pejabat pos, pastu nak email tracking post dan macam-macam lagi.
Jadi anda pilih sendiri mana satu anda nak? Mahu bersusah dahulu bersenang kemudian.. atau mahu bersenang dulu bersusah kemudian.. Saya pilih yang ketiga. Dua-dua pun mahu senang.. Tapi macam mana? Anda ada idea he..he.. Saya sudah lalui jualan produk nyata. Mula-mula memang kelam kabut jika ada pelanggan beli. Tapi lama kelamaan sudah biasa.
Produk ebook sendiri ini adalah pengalaman pertama. Memang sibuk pada mulanya. Tapi dijangkakan lepas ebook ini dilancarkan, saya hanya perlu tumpukan pada promosi sahaja. Jika ada pelanggan beli saya hanya akan hantarkan link download. Mudahnya kerja saya masa tu
.
Lagi satu kelebihan membuat ebook sendiri adalah kepuasan pada diri.. Anda akan rasa benda tu nanti jika anda telah mempunyai ebook ciptaan anda sendiri. Dua hari lepas saya telah mendapat design cover ebook saya. Rasa gembira amat sangat melihat nama penulis adalah diri sendiri. Nanti saya akan tunjuk pada anda melalui blog saya ini. Jumpa lagi
.

P.S: Jangan lupa untuk mendownload ” Teknik nama domain dalam SEO”. Dapatkan juga kupon diskaun 20% untuk anda. Klik pada banner warna kuning pada sidebar blog saya tu
.
May 1st, 2007
Selamat bercuti bersama keluarga. Mana yang bekerja walaupun pada hari cuti ini, saya ucapkan selamat berkerja atau Selamat hari pekerja pada selasa nanti
. Saya hari ini dan esok sengaja mengambil cuti kerana hendak memastikan ebook terbitan pertama saya nanti lengkap dari pelbagai aspek.
Ebook saya khususkan kepada newbie. Berita baik untuk newbie. Kepada anda yang dah expert mengenai perniagaan internet ini, tidak saya galakkan membeli ebook saya ini, kerana ianya adalah panduan asas untuk newbie.
Berita baik untuk newbie, harga ebook saya pada hari pelancaran itu nanti saya kurangkan sebanyak 15%. Namun sebagai ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kerana sokongan anda semua, hari ini saya akan memberikan kupon sebanyak 20% lagi. Bermakna pada hari pelancaran ebook saya nanti anda akan mendapat sebanyak 35% diskaun dari saya. Rebutlah peluang ini! Daftar nama anda untuk mendapat kod kupon diskaun anda serta merta
.
Melalui link kupon diskaun itu juga saya sertakan ebook “teknik menggunakan nama domain dalam SEO” yang saya gunakan suatu masa dulu, yang membolehkan laman web jualan saya mendapat ranking pertama dalam enjin pencari yahoo.com. Anda boleh baca dan cuba kaedah itu. Anda pasti tidak akan menyesal mempelajarinya.
Baiklah.. saya ada kerja lagi nak diuruskan. saya berhenti setakat ini. Anda boleh mendownload ebook serta kupon yang saya janjikan. KLIK DISINI!!!

P.S: Selalu melawat blog ini untuk info terkini mengenai projek ebook saya
. Blog untuk projek terbaru ini akan saya lancarkan tidak lama lagi. Tungguuuuuuuuuu!!!
April 28th, 2007
Previous Posts