Baru-baru ini saya telah join salah satu affiliate terbesar di dunia selain dari Clickbank iaitu Commission junction (cj). Sebelum ini saya telah join Clickbank dan mendapati kedua-duanya tidak jauh beza. Pembayaran komisen adalah menggunakan cek dan seharusnya jumlah terkumpul USD100 dan ke atas. Kedua-dua program ini adalah di iktiraf dan mempunyai kepercayaan yang tinggi di internet.
Sebab itu ramai pengusaha-pengusaha internet menggunakan cj dan clickbank mempromosikan produk mereka dan ramai juga internet marketer yang bertungkus lumus mempromosikan link clickbank dan cj mereka, termasuk saya
.
Namun ada perbezaan kecil yang menjadikan clickbank dan cj ini menjadi pilihan seseorang. Perbezaan tersebut dalam Clickbank link untuk promosi senang untuk anda create iaitu dengan cara mengisikan form dan anda selesai, namun berbeza pula dengan cj kerana link akan diberikan selepas mendapat pengesahan dari owner produk tersebut. Adakalanya anda tidak diterima pun menjadi agen affiliate mereka.
Setakat ini mana satu pilihan anda?
Satu lagi perbezaan kedua-duanya ialah Clickbank kebanyakkan atau hampir ke semua produk pembayaran dalam bentuk komisen jualan. Bermakna anda promosikan link, orang beli dari link anda dan anda mendapatkan komisen.
Berbeza dengan cj selain komisen jualan, terdapat juga komisen melalui lead (free trial atau join member) produk tersebut. Bermakna anda promosikan link affiliate, kemudian ada orang hanya join free trial atau join member melalui link affiliate anda sudah boleh mendapatkan komisen antara USD1 - USD10.
Ok saya tanya semula, mana satu pilihan anda? Itu yang menjadikan kedua-duanya begitu istimewa dan dapat memberikan pendapatan sampingan dalam internet jika kena cara. saya ulangi mana satu yang lebih anda gemari?
p/s: Anda boleh mendapatkan video tutorial Commission junction dalam bahasa Malaysia melalui produk lisahilmi iaitu Pakej Video Youtube. Beliau menggunakan platform youtube dan telah berjaya menjana 4 angka dalam masa hanya 3 hari.
p/s/s: Ebook mengenai Clickbank telah banyak di jual kini. Namun jika hanya mahukan ebook tutorial clickbank asas, saya telah menyediakannya. Namun terus terang saya katakan, ianya tidak sesuai untuk anda yang telah mempunyai ilmu dalam Clickbank ini. Boleh Download DI SINI! .
p/s/s: Salam maal hijrah & happy new year

January 1st, 2009
Salam buat semua pembaca setia blog ini..
Sejak akhir-akhir ini saya agak susah mengawal dan mengatur waktu tidur saya. Tidak seperti biasa kerana mata saya kini mudah sangat terpejam, pantang lentokkan kepala atas katil alamat hanyut la jawapnya. Saya tidak pasti adakah disebabkan penat bekerja atau cuaca sejuk kerana hujan kerap kini atau kurang bersenam seperti selalu atau gelang magnetik yang baru sebulan dua saya gunakan atau faktor usia
. Apa pun hari ini saya gagahi untuk menulis post ini untuk anda.
Dalam perniagaan internet, dapat menjual sesuatu produk adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tidak kira produk tersebut ciptaan anda sendiri atau produk versi MRR atau RR. Namun berapa ramai dari anda yang dapat berbuat demikian? Emm.. sebenarnya banyak kaedah yang boleh anda gunakan untuk menjual produk anda. Saya tidak akan menceritakan semuanya, namun salah satu cara hebat menjual produk anda melalui sistem affiliate.
Sistem affiliate adalah satu sistem yang membolehkan anda menjual produk menggunakan agen-agen yang berdaftar dengan anda untuk menghasilkan jualan produk dan kemudian anda memberikan komisen untuk setiap jualan yang dihasilkan oleh agen-agen anda tadi.
Pengalaman saya, melalui sistem affiliate sehingga kini saya masih menerima belian untuk Ebook Panduan Cpanel terbitan saya. Bayangkan semenjak 6 bulan lepas saya tidak ada membuat apa-apa promosi untuk ebook ini melainkan hanya melalui blog mesrainternet ini sahaja. Memang tidak dinafikan mungkin ada jualan datangnya dari link pada blog ini dan harus tidak dinafikan selebihnya dari agen affiliate. Kerana sehingga kini saya masih membayar komisen untuk agen-agen affiliate yang berjaya membuat jualan.
Contoh mudahnya seperti ini, jika melalui blog saya hanya dapat menyampaikan kepada 10 orang pelawat mengenai produk jualan saya. Namun kerana adanya sistem affiliate saya mempunyai beberapa agen andaikan 10 orang yang menyertai sistem affiliate saya.. dan melalui 10 orang agen tersebut saya dapat menarik 100 pelawat ke laman web produk jualan saya dengan mengambil kira setiap agen dapat menarik 10 pelawat. 100 orang ramai tu, mustahil dari 100 orang tersebut tiada yang membeli produk anda jika ianya benar-benar bermutu.. betul tak? Anda bayangkan berapa banyak traffic atau pelawat dari agen affiliate untuk ebook panduan asas cpanel saya, yang kini berjumlah hampir 900 orang.
Saya akui tidak semua agen affiliate yang akan mempromosikan produk jualan anda sampai bila-bila. Kerana satu perkara yang anda kena faham adalah disebabkan terlalu banyak produk-produk terbaru di internet yang kini sedar kekuatan sistem affiliate. Saingan anda kini bertambah
. Tapi seperkara yang anda mesti ingat ialah:
Tidak perlu risau sama sekali kerana seperti lumrah alam patah tumbuh hilang berganti. Walaupun agen-agen lama sudah beralih kepada produk-produk baru di internet, agen-agen baru akan senantiasa ada dan berminat untuk mempromosikan terus produk anda. Itulah istimewanya sistem affiliate
. Satu petua yang betul-betul berkesan jika anda mahu agen-agen lama yang ini terus kekal mempromosikan produk internet anda adalah dengan MEMBERIKAN KOMISEN YANG LUMAYAN.. contohnya RM50 untuk setiap jualan.. saya berani jamin sampai bila-bila mereka akan terus mempromosikan produk anda he..he..
Jadi apa tunggu lagi!! jika produk anda sebelum ini tidak mempunyai sistem affiliate, apa kata anda setup satu sistem affiliate ini.. tak pandai upah la sesiapa yang terror.. ramai yang terror buat kat luar tu.. Saya pasti kelak anda pasti berjaya menghasilkan jualan.

July 4th, 2008