Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua..Anda baru dalam perniagaan internet? Anda ada masalah membina laman web, blog mahupun salesletter? Sebenarnya ada cara mudah membinanya, ya!! semudah A B C sahaja. Sebenarnya saya terjumpa kaedah ini semasa menjelajah youtube 2 hari lepas.
Saya dah cuba praktikan ternyata ianya teramat-amat mudah digunakan.Saya sungguh kagum dengan sipencipta program ini. Masalah anda dalam perniagaan internet khususnya pembina laman web, salesletter dan blog mungkin akan dapat diatasi dengan mudah kini. Sesiapa pun boleh membuat laman web ala-ala professional dengan cara yang teramat-amat simple.. Kod-kod adsense juga boleh diletakkan mengikut kemahuan anda dimana sahaja dalam laman web yang anda bina mengikut kemahuan anda. Amat-amat sesuai untuk pengiat-pengiat adsense juga yang mempunyai masalah membina laman web mahupun blog.
Anda tidak percaya anda boleh view sedikit sedutan youtube dibawah ini.. Klik butang play, kemudian klik pause lebih kurang 3 minit kemudian klik play semula untuk memastikan videoklip tidak terputus-putus semasa anda menonton. Anda pasti teruja melihatnya he..he..
Apa yang membuatkan program ini lebih menarik, kerana setelah anda siap design laman web, salesletter mahupun blog nanti secara automatik anda boleh pindahkkan ke hosting anda dengan hanya 3 langkah. Mahu guna hosting percuma juga boleh .
Namun khabarnya program ini akan dibuka kepada 1000 orang yang terawal sahaja dan selepas itu ianya akan menutup keahlian, ini bagi memastikan server mereka dapat menampung penggunaan 1000 pelanggan terawal ini. Boleh juga join lepas tu, tapi berbayar la kot he..he.. Saya tidak pasti kini berapa ramai dah keahlian, namun setakat hari ini mereka masih menerima anda menjadi ahli mereka.
Jadi apa tunggu lagi, rebut peluang ini bukan sahaja menarik malahan percuma pula tu!!
Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini, saya akan mencari bahan-bahan menarik untuk anda dan perniagaan internet anda.
Jumpa lagi ye!!
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Salam bertemu kembali, anda apa khabar sihat? Lama tak menulis pada blog ini, kerana memberi laluan kepada mood anda dan pilihanraya. Apa pun keputusan pilihanraya tak begitu penting lagi kerana semuanya telah berlalu. Apa yang penting kini bagaimana untuk kita sama-sama bersatu kembali setelah hampir sebulan bertegang urat menegakkan parti masing-masing. Jangan pasal pilihanraya anda melupakan kawan disebelah anda. Ingat segala susah payah anda.. kawan sebelah itu yang banyak membantu he..he..
Ok untuk menyegarkan kembali mood anda, saya ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Ianya percuma dan berbentuk tutorial iaitu bagaimana untuk menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Folder adalah terlalu penting penggunaannya dalam perniagaan internet. Bayangkan semua folder penting anda letakkan pada satu folder, kalau orang ceroboh boleh pitam juga dibuatnya .
Teknik ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan duduk di rumah sewa. Kenapa? Sebab kekadang komputer kita mereka gunakan tanpa kebenaran dan mengusik beberapa folder penting kita. Betul tak? Jadi cara selamat ialah dengan menyembunyikan folder penting anda. Baik mari kita mulakan!!
1) Anda create satu folder pada desktop, Contoh folder adalah seperti ”file projek” ini.
2) Rename folder tersebut dengan cara right click pada mouse dan pilih rename.
3) Pada keyboard komputer anda tekan butang “Alt” jangan lepaskan, kemudian tekan nombor “0160″. Ingat pastikan anda menekan nombor disebelah kanan keyboard dan bukan pada sebelah atas keyboard.
4) Jika berjaya paparan seperti dibawah akan kelihatan. Tahniah anda berjaya menyembunyikan nama fail penting anda. Kini tiba masa untuk menyembunyikan folder penting anda pula. Mari teruskan..
5) Pada folder anda, right click mouse anda dan kemudian pilih “properties”.
6) Paparan seperti ini akan keluar. Pilih “customise” dan kemudian pilih “change icon”
7) Pada paparan ini cari ruangan kosong seperti yang di tunjukkan pada gambar dibawah ini.
8) Klik pada ruangan kosong tersebut kemudian kemudian tekan ok dan ok..
9) Tahniah anda berjaya menyembunyikan folder penting pada desktop komputer anda. Tarik folder tersebut menggunakan mouse dan letakkan dimana-mana sudut desktop komputer anda. Tiada sesiapa yang akan menjumpainya melainkan anda seorang.
Kini folder penting untuk perniagaan internet anda tersimpan rapi pada folder tersembunyi tersebut. Harap post ini membantu anda. Jumpa lagi
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Selamat berhari minggu semua . Hari ini tak pergi mana-mana ke? Jalan shopping ke.. tengok wayang ke.. main bowling ke.. ni la perkara yang saya suka lakukan dahulu setibanya hari minggu begini.. tu pun kalau tak kerja la. Namun selama melibatkan diri dalam perniagaan internet ini, jarang-jarang dah jalan rewang-rewang ni.. banyak masa di habiskan depan komputer .
Spam oh spam!! anda tentunya membenci spam termasuk la diri saya juga amat-amat membenci spam. Sebab itu saya akan klik spam pada semua email yang tidak diundang masuk ke inbox saya tanpa balas kesian. Anda juga patut berbuat demikian, jangan segan-segan atau ragu-ragu.. Terima je email yang tidak diundang, kategorikan ke dalam spam. Tapi kena la hati-hati juga, kerana takut email saya pula yang anda klik spam ha..ha..
Kepada anda yang tidak tahu apa itu spam, saya akan terangkan secara ringkas pada anda.. Spam adalah sebarang email yang tidak di undang yang dihantar oleh sesiapa sahaja atau oleh anda sendiri, ke email seseorang tanpa kebenaran. Pastikan anda mendapatkan kebenaran dari owner email tersebut sebelum manghantarkan email kepada mereka. Ini cara terbaik supaya email anda tidak di kategorikan sebagai spam. Contoh email spam adalah seperti dibawah ini..
Salah satu inbox email saya menerima hampir 800 email spam setiap hari. Salah saya juga kerana mendedahkan email tersebut di internet, tetapi kini tidak lagi. Tahukah anda email yang terdedah di internet berupaya untuk di SPAM!!. Ya ini betul kerana kini terdapat satu perisian yang boleh menarik semua email yang terdedah di internet. Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan spam adalah dengan tidak mendedahkan email anda di internet.
Salah satunya jangan sekali menulis direct alamat email anda pada sesuatu laman web atau blog anda. Ini banyak dilakukan oleh newbie tanpa mereka sedari. Inilah yang mengakibatkan banyak email spam masuk ke email inbox anda. Jika anda hendak menulis juga email pastikan pada laman web anda tulis begini
jebat_abdulkadir[@]yahoo.com
Ya letakkan simbol seperti ini [ ]. Atau anda boleh create atau cipta imej bergambar untuk email anda menggunakan photoshop. Jadi anda boleh menggunakan imej tersebut pada semua laman web atau blog anda.
Anda tidak percaya? Anda cuba anda pasti akan melihat kesannya serta merta. Namun jika ada juga email spam ini, seperti yang saya katakan tadi, kategorikan email tersebut dalam spam. Lagi satu, anda semak kembali ke semua laman web anda sama ada mendedahkan email anda ddi internet. Jika ada, pastikan anda mengikuti cara yang saya sarankan. Moga membantu!
P.S: Ada juga boleh melihat perbincangan pada forum WC, cara untuk mengelakkan email spam ini. Kerana banyak tips-tips yang dikongsikan di sini!.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Bermula hari ini saya tidak akan online selama 3 hari. Ini disebabkan saya akan ke Kuala Lumpur untuk mengikuti satu kursus.Kursus apa? Emm.. sekembalinya saya nanti, akan saya ceritakan berkenaan kursus ini ye.. Jadi jangan lupa datang ke blog ini nanti .
Baik untuk tajuk post hari ini berkenaan dengan IE (Internet Explorer) dan juga Firefox. Jika anda bergiat aktif dalam perniagaan internet anda perlu mendapatkan kedua-dua paparan ini. Bermaksud tiap kali anda mengubah suai laman web atau blog anda, anda perlu melihat hasil keja tersebut pada kedua-dua paparan ini.
secara jujur saya sebelum ini tidak mempunyai paparan Firefox. Namun setelah mengalami 3 kali masalah berkenaan dengan laman web dan blog, akhirnya saya memasang Firefox pada komputer saya untuk mengatasinya.
Kes pertama masa saya melakukan post dan meletakkan gambar besar. Oleh kerana saya menggunakan IE, blog saya begitu sempurna. Namun Smartzul (mentor) telah memberitahu saya melalui komen pada blog ini, yang sidebar saya jatuh ke bawah.. Emmm..
Kes kedua semasa saya memula upload laman web prosuk reseller En.Aku (Sahabat IM). Beliau juga tegur kerana pada ruangan testimoni, text bertindih dengan gambar. Malangnya perkara ini tidak dapat saya lihat dengan menggunakan IE.
Dan kes yang ketiga 2 hari lepas, Juga semasa membuat post pada blog ini. Jimieray (Sahabat IM) menegur kerana tajuk post sama besar dengan isi post. Ohhh!! tidak mengapa perkara ini terjadi pada saya? Akhirnya saya memasangkan paparan Firefox di komputer saya untuk memastikan perkara ini tidak berulang.
Jadi pastikan anda juga mempunyai dua-dua paparan ini IE (Internet Explorer) dan Firefox. Bagaimana? Mudah sahaja.. untuk internet explorer kebiasaannya memang telah ada pada komputer anda masa mula-mula beli. Namun untuk Firefox anda boleh mendapatkannya melalui google atau pada blog ini.
Akhir sekali selamat berhari minggu. Jumpa nanti ye .
P.S: Projek saya dalam proses melakukan sentuhan terakhir. Saya akan beritahu anda setelah ianya siap sepenuhnya dan bersedia melakukan jualan.
P.S.S: Sahabat saya ada mengeluarkan produk ebook penjagaan kesihatan. Anda boleh mendapatkan produk ini secara percuma. Juga ada pertandingan yang boleh anda sertai. Anda boleh klik pada banner bergerak sebelah kiri blog ini jika berminat.
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Majalah M-blogger edisi jun yang hangat di perkatakan kini. Majalah ini adalah terbitan Ramzan dan anda boleh mendownload secara percuma. Jika anda belum mendapatkan majalah ini, anda boleh mendownload melalui link yang saya berikan.
Anda lihat sahaja cover majalah ini, amat-amat menarik perhatian. Kulit majalah ini adalah hasil tangan Labonan. Kepada sesiapa yang berminat menghasilkan ezine, bolehlah mendapatkan khidmat Labonan ni. Design dari Labonan ini, amat-amat bermutu. Anda lihat sendiri cover ezine ini.
Apa yang boleh diletakkan dalam Newsletter Blog anda?
5 Tips Menulis Newsletter
Perkhidmatan Mana Satu?
-Tips - 5 Tips Menulis Blog Secara Serius
-Berita dan Informasi
-Ulasan - Direktori Submitter Percuma
-Suara Blogger - Pengalaman Berblog
Anda juga akan diberikan satu video tutorial bagaimana anda mengumpulkan mailing list anda menggunakan zookoda.com. Buat masa ini Ezine ini adalah percuma. Cepat download Ezine ini, kerana dikhuatiri akan di kenakan bayaran setelah sampai target tertentu.. Harap-harap Ramzan memberikan Ezine ini percuma sampai bila-bila.
Ok sedikit preview setelah saya membaca Ezine ini. Ia sememangnya Ezine ini menarik dan mempunyai input yang berguna. Namun isinya sedikit dan di harap Ramzan akan menambah banyakkan isi Ezine ini di lain keluaran. Bukan apa Ramzan, baru nak sedap baca, tengok dah habis!!
Ok itu sahaja dari saya hari ini. Jangan lupa download dan baca Majalah M-Blogger keluaran Ramzan ini. Saya jamin anda tidak rugi membaca input yang terkandung di dalam Majalah ini. Jangan pening ya.. Sekejap saya bahasakan Ezine.. pastu sekejap Majalah!! Yang sebenarnya saya sudah mengantuk ni he..he..
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.