Posts filed under 'Tutorial Perniagaan Internet'
Dapat menjual produk di internet adalah saat-saat yang begitu indah dalam perniagaan internet
.Lebih-lebih lagi produk tersebut adalah 100% milik anda sorang he..he..
Telah menjadi kebiasaan selepas sesuatu urusniaga jualan produk, pembeli diharuskan mengisi form pengesahan pembayaran yang mengandungi maklumat pembeli seperti nama, alamat, nombor telefon, email, butir pembayaran dan lain-lain. Ini bagi memudahkan penjual memberikan produk tersebut dengan lancar dan selamat.

Apa yang menjadi masalahnya adalah kerana terdapat segelintir yang gatal tangan klik pada button submit walaupun tidak membeli, tujuan mereka adalah untuk mempermainkan anda. Ini mengakibatkan anda menerima banyak tempahan belian palsu.

Kepada pembeli ebook cpanel saya ada tunjukkan kepada anda bagaimana menghalang orang yang tidak bertanggungjawap ini dari menembusi semula laman web jualan anda.
Satu lagi teknik yang boleh anda gunakan ialah dengan meletakkan tanda amaran seperti ini pada laman web jualan anda.

Saya percaya dan yakin, jika 10 orang yang klik sebelum ini.. selepas anda meletakkan tanda amaran ini hanya akan tinggal seorang dua yang masih berdegil untuk klik. Adat la tu
, agak sukar mendapat keputusan 100%. Namun dapat kurangkan sebanyak 80%.. kira ok la tu!

December 20th, 2008
Kemahiran penulisan sebenarnya memberikan kelebihan pada seseorang yang berminat berkecimpung dalam perniagaan internet. Namun tidak bermakna anda yang tidak mempunyai latar belakang penulisan tidak boleh berjaya dalam perniagaan internet ini!.
Kenapa saya berkata demikian? Ya jika anda ingin berjaya dalam perniagaan internet tak boleh tidak anda perlu menulis
. Semua IM pun sama mereka perlu menulis. Kerana kekuatan perniagaan internet sebenarnya melalui penulisan tidak kira sama ada anda menerbitkan ebook, membuat artikel, update blog, salesletter, menjawap pertanyaan pelanggan, membuat broadcast pada mail list anda dan seribu macam lagi.
“Namun masalahnya saya langsung tidak ada pengalaman untuk menulis? Boleh ke saya menceburi perniagaan internet ini?”. Boleh! selagi anda ada keinginan untuk menulis
.
Saya sebenarnya tertarik dengan teknik Fadzli yusoff yang berjaya menghasilkan 15 buah buku dalam tempoh setahun. Walaupun bukan berlatarbelakangkan bidang penulisan, namun beliau berjaya menghasilkan penulisan yang bermutu dan dapat menyiapkan buku sebanyak itu dalam tempoh setahun.

Bagaimanakah teknik saudara Fadzli yusof? Caranya amat simple.. Pada awalnya saudara Fadzli akan merancang penulisan sesuatu buku dan target buku tersebut andaikan 120 mukasurat. Tukarkan 120 mukasurat kepada 120 hari dan ini bersamaan 4 bulan. Jadi saudara Fadzli akan mula menulis tiap-tiap hari hanya 1 mukasurat dan selang 4 bulan buku tersebut siap untuk di terbitkan.
Bayangkan untuk hanya 1 muka surat dalam sehari, pastinya sesiapa pun mampu berbuat demikian dan saya percaya jika anda mengarang sesuatu penulisan hanya satu mukasurat sehari saya yakin karangan anda akan terlalu indah dan bermutu. Laa tak kan karang 1 mukasurat dalam tempoh 24 jam tak boleh cari isi yang meletooppp!!! betul tak?
Teknik saudara Fadzli ini sebenarnya sesuai diaplikasikan dalam penerbitan ebook atau untuk update blog anda. Andaikata anda ingin menerbitkan ebook sendiri, boleh cari niche yang power tak kisah la ambil la berapa masa pun. Setelah jumpa niche yang sesuai rancang dan terbitkan ebook mengikut teknik saudara Fadzli. Andaikata hari ini anda sibuk tak sempat menyiapkan 1 mukasurat, keesokannya tak boleh tidak anda perlu menyiapkan 2 mukasurat.
Untuk update blog juga anda boleh gunakan teknik ini. Andaikan anda ingin membuat post 3 hari sekali, gunakan 3 hari tu untuk membuat 1 artikel yang bermutu. Jika teknik ini anda boleh disiplin dan amalkan, saya yakin anda boleh pergi jauh dalam perniagaan internet anda. Kredit untuk Saudara Fadzli Yusoff. Tq

November 21st, 2008
Assalammualaikum & salam sejahtera semua..
Apa khabar anda hari ini? Moga bertambah sihat dan ceria
. Agak lama juga saya tidak update blog ini. Projek nak dilancarkan?
Secara jujur saya tengah try & error satu projek terbaru yang bakal menemui anda.. tapi tarikh pelancaran tak tahu bila kerana masih dalam proses pembuatan yang kini hanya siap lebih kurang 20%.
Jadi rasanya lama lagi la nak lancarkan projek terbaru ini. Insyaallah saya akan umumkan di blog ini setelah tiba masa pelancaran nanti. Saya juga terlibat dengan satu projek bersama (ala-ala JV) seorang usahawan baru dalam bidang perniagaan internet ini. Juga dalam proses pembuatan dan saya menunggu perkembangan terkini projek ini dari rakan JV ini.
Sebagai seorang baru (newbie) dalam perniagaan internet yang berminat untuk membuat apa-apa juga projek atau produk jualan, satu yang saya ingin anda fikirkan.. “Sama ada perlu umumkan awal-awal tarikh pra-pelancaran projek anda atau tunggu siap baru umumkan kepada semua?”
Rata-rata newbie mengumumkan tarikh pra-pelancaran projek mereka kepada umum walaupun projek tersebut masih dalam proses pembinaan
. Melalui pengalaman saya, ada baiknya pra-pelancaran projek tidak diumumkan selagi projek anda tidak siap 100%. Setelah siap 100% anda boleh berlakon seolah-olah anda baru menjalankan projek tersebut dan baru mengumumkan projek akan siap pada bulan hadapan.. Ini contoh saja la
.
Pro dan kontra yang akan anda perolehi di sini ialah anda ada banyak masa untuk menyiapkan projek supaya ianya lebih sempurna dan tiada apa-apa kecacatan masa pra pelancaran dari segi laman web, banner, sistem affiliate, promosi dan sebagainya.
Jika anda belum menyiapkan projek namun telah umumkan tarikh untuk anda lancarkan dan dalam masa yang sama anda terpaksa bersengkang mata dan memerah otak untuk menyiapkan projek serta memastikan ianya sempurna pada tarikh yang anda umumkan, dan kesudahannya tidak perlu la saya ceritakan..
Perkara ini banyak berlaku sama ada secara anda sedar atau tidak. Fikir-fikirkan la..
P/S:Â Happy Deepavali kepada semua penganut hindu
.

October 28th, 2008
Assalammualaikum Semua,
Apa khabar anda hari ini.. SIHAT? Harapnya anda sihat dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Saya alhamdulilah sihat. Emm.. sepanjang bulan jun ini, rutin harian anda dan tentunya saya akan berubah. Kalau dulu saya dan anda akan berjaga pagi, mungkin kepada peminat fanatik bola seperti saya akan berjaga malam he..he..
Anda boleh mendapatkan jadual perlawanan EURO 2008 yang akan bermula pada 7hb jun ini di sini http://www.excely.com/
Berbalik pada tajuk post ini, jangan salah sangka pula sebab bukan saya yang bosan dengan adanya kemudahan internet ini, namun sebilangan besar di luar sana dan mungkin juga anda. Sebab utama adalah kerana anda tidak tahu apa nak buat dengan internet. Memang betul kalau setakat belek-belek itu ini depan komputer dan internet, saya berani kerat jari jamin anda akan jumpa keadaan yang membosankan bila tiba harinya
.
Salah satu cara untuk hilangkan kebosanan anda adalah anda tahu atau anda mempunyai kerja atau target sebelum melayari internet. Keadaan ini akan membolehkan anda tertumpu pada kerja depan internet tersebut dan kebosanan terhadap internet akan hilang.
Apa kerja yang saya boleh buat depan internet dan kerja tersebut adalah menyeronokan? Kalau soalan ini yang anda tanya, saya akan jawap pengusaha dan perniagaan internet. Sebab apa ianya seronok adalah kerana anda boleh mendapatkan duit dengan usaha seharian depan internet anda. Seronok tak? Selain melayari internet anda juga boleh membuat duit dan insyaallah perniagaan internet juga.
Tak mahu ke anda jadi jutawan dengan aktiviti serta perniagaan internet? Memang bukan mudah, namun untuk mendapatkan duit puluhan ringgit sehari tidak lah sesukar mana.. daripada tiada langsung
. Selain anda juga tidak bosan melayari internet..
Akan datang artikel post blog ini yang akan membongkar aktiviti di internet serta keperluan yang mesti anda punyai. Jumpa SIRI KE 2 post ini. Jumpa lagi
.

June 3rd, 2008
Salam semua, moga ceria-ceria selalu, walaupun Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Thomas
. Kena tunggu lagi 2 tahun la nampaknya arrggghhh!!!!!Baik kita lupakan kisah pilu tersebut.. Untuk hari ini saya ingin kongsikan satu cara mudah bagaimana saya menghasilkan salesletter seperti mana belajarcpanel dot com. Hari tu Maizul ada bertanya sama ada saya menghasilkan sendiri salesletter belajarcpanel dot com atau saya upah orang buat? Yup!! 100% saya hasilkan sendiri dengan hanya beberapa langkah mudah :-) .
Ya memang bukan mudah menghasilkan salesletter untuk sesuatu produk jualan, namun jika anda gunakan cara yang saya gunakan, insyaallah anda juga dapat menghasilkan salesletter yang saling tak tumpah seperti salesletter saya
.
Baik saya andaikan anda mempunyai produk digital contohnya EBOOK MEMASAK. Bagi memulakan sesebuah salesletter pada awalnya anda perlu memilih header atau tajuk utama yang akan memberi perangsang untuk orang terus membaca isi kandungan salesletter. Yang ini saya tidak akan tekankan sangat, kerana saya pasti anda tahu bagaimana untuk memilih kata-kata power untuk pembuka kata salesletter anda. Ini ramai yang tahu buat.. tapi bagaimana dengan isi kandungan salesletter anda?
Ya!! perkara ini yang ramai tak tahu buat atau terlepas pandang. Betul tak? Jadi bagaimana cara saya menghasilkan salesletter tersebut. Walaupun tidak seindah atau sehebat mana, namun saya percaya dan yakin ramai newbie di luar sana yang ingin tahu caranya. Untuk itu saya ingin kongsikan melalui post blog ini. Kepada anda yang memang dah terror buat salesletter, mungkin post ini boleh di jadikan bahan bacaan di masa lapang he..he..
Caranya ialah semasa anda membuat salesletter, isi kandungannya haruslah menjawap semua persoalan di bawah ini. Dengan kata yang lebih manis, pastikan semua jawapan untuk soalan saya dibawah ini anda letakkan dalam salesletter anda. Tidak kira dengan hanya 1 atau 2 jawapan.. namun lebih banyak jawapan lebih OK, sebab anda betul-betul tahu dan faham mengenai produk jualan anda.
Tak faham heh!! Baik andaikata soalan saya “kenapa orang harus membeli produk anda?”. Jangan pula tulis kat salesletter ” Sebab produk saya murah”.. Itu lurus bendul namanya he..he.. ngan marah.. Cuma anda perlu kreatif sedikit dengan menjadikan jawapan tersebut sebagai isi salesletter anda.. Anda boleh menjawap seperti ini..Â
7 sebab kenapa anda harus mendapatkan produk ini!!
Fahamkan!!.. Ini ke semua soalan yang saya selalu gunakan dalam penghasilan salesletter produk jualan saya. Untuk tutorial ini andaikan anda ingin menjual EBOOK MEMASAK.
Kenapa masih ramai yang tidak tahu memasak? –> 1
Kenapa begitu banyak rujukan anda masih tidak tahu memasak? –> 2
Nyatakan kelebihan yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 3
Kenapa anda mesti memerlukan ebook ini? –> 4
Ebook Apa tu? –> 5
Apa yang anda perolehi jika memiliki ebook ini? –> 6
Bagaimana bentuk pembelajaran dalam ebook ini? –> 7
Ebook ini untuk siapa sebenarnya? –> 8
Berapakah harga ebook ini? –> 9
Bagaimana mendapatkan ebook ini? –> 10
Ada bonus tambahan ke? –> 11
Benarkah masalah memasak akan dapat di atasi setelah memiliki ebook ini? –> 12
Sekali lagi, bagaimana saya boleh mendapatkan ebook ini? –> 13
Ada pesanankah kepada pelanggan berkenaan ebook ini sebelum anda undur diri? –> 14
Emm.. itulah kesemua soalan yang harus anda jawap sebagai isi salesletter anda. Kini anda telah siap 70% dari salesletter anda. Setelah anda masukkan tajuk header, testimoni pelanggan, link untuk pelanggan anda subcribe dan gambar-gambar yang berkaitan untuk menguatkan hujah atau jawapan anda untuk soalan diatas.. saya berani jamin akan ada yang tangkap lentok den membeli produk anda kelak.. Insyaallah. Moga tips dari saya ini membantu anda. Jumpa lagi
.

May 19th, 2008
Previous Posts