Posts filed under 'Video Marketing'

Aktiviti Internet SIRI 3 - Membuat Duit Melalui Video Klip (Video Sharing)

Assalammualaikum & salam sejahtera semua..

Maafkan saya, ini adalah post terpanjang saya setakat ini. Saya janji lain kali tak buat lagi he..he..

Seperti yang saya janjikan, saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh membuat duit melalui video klip yang anda punyai. Saya tahu ramai anda diluar sana yang gemar mengambil video-video klip. Lebih-lebih lagi kini dengan handphone pun anda boleh membuat video klip. Betul tak! tapi tahukah anda bagaimana membuat duit melalui video klip tersebut?

Saya akan tunjukkan, mungkin ini boleh dijadikan aktiviti anda di internet kelak bagi menjana pendapatan.. siapa tahukan? ;-) . Namun syarat utamanya ialah video dalam bahasa english dan video tersebut harus kepunyaan anda 100%. Kira anda sendiri la yang merakamkan video klip tu!. Contoh anak-anak anda nyanyi lagu mat salleh kemudian anda rakamkan.. Ok tak!! :-)

1) Anda daftarkan diri DISINI!!

2) Selepas itu anda akan menerima email pengesahan. Anda boleh login masuk ke akaun metacafe anda itu. Caranya masukkan email dan password yang anda create tadi.

Login ke akaun anda

Klik sini untuk login

3) Tahniah anda sudah boleh mula membuat duit melalui video klip. Caranya upload video klip tersebut ke producer rewards. Klik upload seperti gambar di bawah.

Upload video

4) Kemudian anda klik ’Browse..’ dan cari dimana video klip anda letakkan di folder komputer anda. Setelah selesai klik ‘Upload File’ dan tunggu sehingga proses upload selesai.

Proses Upload

5) Selepas itu akan kelihatan maklumat video klip yang perlu anda isikan. Maklumat ini amat-amat penting kerana semua pelawat akan menonton video klip anda jika maklumat yang anda isikan amat menarik minat mereka untuk menonton.

Maklumat video klip

Tips mengisi maklumat video klip: Pertama anda perlu cari katakunci (Tags) yang powerfull. Andaikata anda ingin meletakkan katakunci ‘joke’ bermaksud jika anda orang membuat carian video klip joke.. maka akan dipaparkan video klip anda. Beginilah cara bagaimana anda boleh mendapatkan traffic atau pelawat menonton video klip anda nanti. Jadi pastikan tags anda powerfull.

Cara mudahnya anda buat carian tags ‘joke’.. anda lihat video klip yang muncul adakah mereka mendapat pelawat ratus, ribu atau juta..

Carian kata kunci

Salah satu dari video klip yang mendapat ribuan pengunjung.. Hanya mengunakan 2 kata kunci iaitu ‘random’ dan ‘joke’. Jadi anda boleh tiru tags ini untuk diletakkan pada maklumat video klip anda. Teruskan carian kata kunci atau tags. Lagi banyak lagi ok :-). Tapi ingat video data juga harus powerfull dan seharusnya dapat menarik pelawat menonton setelah membacanya. Jadi lakukan sedikit kajian ye..

Video klip popular

6) Seterusnya klik ‘next’. Jika video klip anda asli, anda akan dibawa ke page seterusnya dan kemudian anda pilih ‘Producer Rewards’. Seterusnya anda akan diberikan link untuk membolehkan anda melihat dan mempromosikan link tersebut bagi mencari pelawat menonton video klip anda. Namun jika video klip tiruan, serta merta proses upload dibatalkan.

Bagaimana anda mendapat bayaran? Untuk membolehkan anda mendapat bayaran perlu memenuhi 2 syarat berikut iaitu video klip anda perlu mendapat 20,000 penonton sama dengan nilai USD100. Dan juga video klip anda perlu mendapat sekurang-kurang 3 star ke atas. Untuk keterangan lanjut anda boleh lihat di sini http://www.metacafe.com/producer_rewards/

Jangan terkejut dengan angka 20000 view kerana jika tags dan maklumat video anda tadi powerfull dalam tempoh seminggu pun boleh mendapat view puluhan ribu dan tidak mustahil ratusan ribu. Sebab itu saya katakan pentingnya maklumat video anda tadi.

Anda juga boleh menyebarkan video klip anda di youtube, friendster, Myblog, My Space dan sebagainya. Bagaimana mereka membayar anda? Maklumat pembayaran anda boleh baca DI SINI!!. Itu sahaja. Selamat mencuba dan jika ada mana-mana yang tidak faham boleh ajukan soalan pada saya ye :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

6 comments July 19th, 2008

Anda Lebih Minat Yang Mana? Ebook Atau Video Tutorial?

Salam semua,

Apa khabar anda hari ini? Harap sihat hendaknya. Post kali ini berbentuk survey mengenai minat anda terhadap proses pembelajaran melalui internet. Berbeza dengan suatu masa dahulu dimana proses pembelajar melalui internet hanya melalui ebook. Namun kini telah ramai pakar yang membuat video tutorial untuk proses pembelajaran melalui internet ini.

Bukan itu sahaja, telah ramai juga pakar yang mewujudkan forum support, servis dan tutorial melalui YM (yahoo messenger) dan macam-macam lagi. Namun hanya dua perkara yang akan saya sentuh iaitu Ebook dan video tutorial, kerana ini yang paling popular IM gunakan untuk membantu anda.

Anda lebih minat yang mana dalam proses pembelajaran ini kalau dibahagi hanya satu pilihan.. Ebook atau Video Tutiorial? Secara logik rasanya ramai yang meminati video tutorial rasanya la :-) . Namun tak mustahil ada yang lebih tertumpu pada ebook untuk proses pembelajar di internet berbanding dengan video tutorial. Betul tak?

“Betul la abang Jebat.. ebook ini tak berapa detail berbanding dengan video tutorial. Kalau video tutorial step by step cara ditunjukkan, rasanya seperti saya lebih dekat dengan proses tu!! Ini mungkin alasan anda yang meminati video tutorial”.

“Saya lebih mengemari ebook. Ada masalah, saya boleh pergi detail ke masalah tersebut. Hanya semak bab mana dan mukasurat mana.. terus dah ada depan mata saya. Kalau video tutorial saya nak kena tunggu buffer penuh.. Nak cari bab yang tak faham.. terpaksa tengok je video hingga sampai pada bab tersebut.. Ini contoh alasan orang yang meminati ebook la :-) “.

Nak tahu juga pendapat anda lebih mengemari yang mana? Sebab walaupun video tutorial lebih efektif untuk proses pembelajar, kerana ianya adalah melalui penglihatan dan pendengaran berbanding ebook yang lebih pada penglihatan.. namun saya yakin anda ada alasan sendiri kenapa lebih meminati ebook atau video tutorial?

Kerana saya yakin dan pasti masing-masing ada kelebihan masing-masing. Secara jujur saya lebih meminati ebook berbanding video tutorial. Ini mungkin di sebabkan saya lebih minat membaca dari menonton TV he..he..

Jebat mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments April 3rd, 2008

Percubaan Pertama - Panduan Subcribe Yang Betul Untuk Newbie

Setelah seharian mengadap komputer untuk menyiapkan projek dan fikiran dah semakin buntu, satu kelaziman yang saya buat adalah melupakan terus fokus terhadap projek. Sebagai hiburan saya akan membaca ebook atau berita atau mencuba sesuatu software yang ada dalam komputer saya.

Banyak sangat software kat komputer ini, yang rasanya berguna namun tidak di praktikkan. Salah satu dari software tersebut ialah camtasia studio 4. Percubaan pertama saya menggunakan software ini, boleh anda lihat pada youtube dibawah ini.  

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

http://www.youtube.com/jebatmesranet

Ok tak? Saya merakamkan video klip ini selama hampir 4 jam. Tapi seronok dan masa 4 jam tersebut langsung tidak saya sedari :-) . Pada mulanya video klip ini diolah dengan suara.. namun bukan mudah dan faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting.. bunyi kipas angin usang, bunyi kenderaan yang lalu lalang, bunyi kucing gaduh, bunyi nafas dan yang paling terasa susah adalah text dialog yang selalu melakukan kesilapan. Ooohhh.. ohoh.. bukan mudah..

Jadi untuk menyiapkan percubaan pertama ini saya buat video klip tanpa suara. Hanya penerangan dengan menggunakan text.

Video klip ini berkisar dengan  panduan yang betul jika anda membuat subcribe pada sesuatu laman web. Ini saya tuju khas untuk newbie, kerana ramai newbie yang subcribe pada sesuatu laman web tidak mengisi atau melengkapkan proses subcribe dengan betul dan mengakibatkan subcribe mereka tergantung begitu sahaja.

Jadi kepada newbie.. jangan lupa melihat sekilas video klip yang saya sediakan itu. Tak lama hanya 3 minit sahaja :-) . Teguran membina di alu-alukan.. Ini permulaan bagi saya menghasilkan lebih banyak video klip selepas ini.

Kepada anda yang bergiat aktif dalam arena perniagaan internet ini. Jadikan tool video marketing sebagai tempat untuk anda menarik traffic. Bagaimana? Belajar untuk menghasilkan video klip seperti ini he..he..

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

3 comments December 18th, 2007


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category