Posts filed under 'video tutorial'

Clickbank & Commission junction - Mana Satu Pilihan Anda?

Baru-baru ini saya telah join salah satu affiliate terbesar di dunia selain dari Clickbank iaitu Commission junction (cj). Sebelum ini saya telah join Clickbank dan mendapati kedua-duanya tidak jauh beza. Pembayaran komisen adalah menggunakan cek dan seharusnya jumlah terkumpul USD100 dan ke atas. Kedua-dua program ini adalah di iktiraf dan mempunyai kepercayaan yang tinggi di internet.

Sebab itu ramai pengusaha-pengusaha internet menggunakan cj dan clickbank mempromosikan produk mereka dan ramai juga internet marketer yang bertungkus lumus mempromosikan link clickbank dan cj mereka, termasuk saya :-) .

Namun ada perbezaan kecil yang menjadikan clickbank dan cj ini menjadi pilihan seseorang. Perbezaan tersebut dalam Clickbank link untuk promosi senang untuk anda create iaitu dengan cara mengisikan form dan anda selesai, namun berbeza pula dengan cj kerana link akan diberikan selepas mendapat pengesahan dari owner produk tersebut. Adakalanya anda tidak diterima pun menjadi agen affiliate mereka.

Setakat ini mana satu pilihan anda? :-)

Satu lagi perbezaan kedua-duanya ialah Clickbank kebanyakkan atau hampir ke semua produk pembayaran dalam bentuk komisen jualan. Bermakna anda promosikan link, orang beli dari link anda dan anda mendapatkan komisen.

Berbeza dengan cj selain komisen jualan, terdapat juga komisen melalui lead (free trial atau join member) produk tersebut. Bermakna anda promosikan link affiliate, kemudian ada orang hanya join free trial atau join member melalui link affiliate anda sudah boleh mendapatkan komisen antara USD1 - USD10.

Ok saya tanya semula, mana satu pilihan anda? Itu yang menjadikan kedua-duanya begitu istimewa dan dapat memberikan pendapatan sampingan dalam internet jika kena cara. saya ulangi mana satu yang lebih anda gemari? ;-)

p/s: Anda boleh mendapatkan video tutorial Commission junction dalam bahasa Malaysia melalui produk lisahilmi iaitu Pakej Video Youtube. Beliau menggunakan platform youtube dan telah berjaya menjana 4 angka dalam masa hanya 3 hari.

p/s/s: Ebook mengenai Clickbank telah banyak di jual kini. Namun jika hanya mahukan ebook tutorial clickbank asas, saya telah menyediakannya. Namun terus terang saya katakan, ianya tidak sesuai untuk anda yang telah mempunyai ilmu dalam Clickbank ini. Boleh Download DI SINI! .

p/s/s: Salam maal hijrah & happy new year ;-)

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

Add comment January 1st, 2009

Video Tutorial Panduan Belajar Paypal Untuk Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera Semua,

Apa khabar? Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca setia blog ini. Harapnya puasa genap sebulan bagi yang berkemampuan tu ye :-) .

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini, apa pun sebagai pembuka kata di awal bulan mulia ini, saya ingin mengajak anda semua melihat satu produk baru yang memang sesuai untuk newbie yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet ini.

Ebook Belajar Paypal

http://belajarpaypal.com .

Bertuah anda kerana awal-awal lagi telah ada panduan tentang paypal. Masa saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet, tiada panduan mengenai paypal ini, jika ada pun hanya cara mendaftar, aktifkan paypal, send dan cara penerimaan pembayaran sahaja.

Namun kini anda di hidangkan dengan pelbagai kaedah mengenai paypal dan yang seronok tu ianya dalam bentuk tutorial video. Anda boleh lihat sendiri ke semua isi kandungan dalam pakej belajar paypal ini.

Panduan Belajar Paypal

Seronok tak? Memang seronok kalau dapat mengetahui ke semua kaedah paypal ini. Ini adalah salah satu produk yang saya syokkan kepada anda dan tak rugi membelinya. Lebih-lebih lagi kini hampir semua penggunaan internet dunia menggunakan paypal sebagai method pembayaran atau transaksi di internet. Jika tidak hari ini, saya percaya suatu hari anda juga akan menggunakan paypal. Jadi kenapa tidak anda pelajari kaedah ini sekarang. Betul tak? :-)

Untuk pengetahuan anda, produk ini telah di lancarkan minggu lepas, namun saya terlepas pandang satu email dari owner belajarpaypal dot com iaitu member saya Ahmad adnin, disebabkan Ahmad mengirimkan ke email domain ini yang jarang-jarang sekali saya buka he..he.. maafkan saya Ahmad Adnin. Kesimpulan dari itu, harga RM25 untuk video tutorial ini bila-bila masa je kot akan di naikkan. Nak murah kena beli sekarang la.. Tapi kalau banyak duit lain hari la baru beli.. pun boleh he..he.. Undur diri jap ye!!

p/s: Hari ini berbuka puasa juadah apa tu? ;-)

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

2 comments September 5th, 2008

Online Store - Jom Membina Dan Memiliki Kedai Online Sendiri

Salam.. Selamat beristirehat bersama keluarga di hujung minggu. Tentunya di hujung minggu begini anda lebih banyak masa keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama keluarga.. Ialah walau sesibuk mana sekali pun.. ” Keluarga haruslah di utamakan”. Namun kepada anda yang ada masa mengadap komputer, bolehlah membaca sikit post santai hujung minggu dari saya ;-) .

Tahukah anda? Perniagaan yang benar-benar dikatakan perniagaan internet sebenar-benarnya ialah Kedai Online. Memang betul anda juga boleh membuat duit dalam internet tanpa adanya kedai online.. Namun dapat membuat duit dengan adanya hanya satu produk belum cukup mengelarkan anda sebagai usahawan perniagaan internet. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Sebelum itu ingin saya terangkan apa yang dimaksudkan dengan kedai online. kedai online ialah kedai di internet yang menjual pelbagai jenis produk dengan hanya satu domain dan web hosting. Berbeza dengan perniagaan internet biasa yang hanya memfokuskan hanya satu produk untuk satu domain dan web hosting. Contoh seperti laman web jualan saya ini :-) .

Perniagaan Internet Biasa

Manakala contoh Kedai Online adalah seperti laman web dibawah ini.. Beza bukan??

Online Store

Perniagaan internet biasa ini kalau dalam situasi nyata adalah seperti penjual burger, penjual air ABC, penjual surat khabar dll kerana sifat mereka yang hanya menumpukan 1 produk sahaja.. manakala Kedai Online bolehlah di ibaratkan seperti Tesco, Jaya Jusco, Carrefour dll.

Tak salah hanya menumpukan pada perniagaan internet biasa sahaja, namun perniaagaan internet secara kedai online sebenarnya akan memberikan kepuasan kepada anda dan pembeli anda, kerana seolah-olah mempunyai kedai besar di alam cyber.

Bukan itu sahaja, pembeli yang datang ke kedai maya anda mungkin berulang-ulang membeli dan akan memberikan keuntungan yang lebih kepada anda kelak walau dengan hanya satu web hosting dan domain.

Jika anda hanya menggunakan perniagaan internet biasa anda pastinya perlu membina banyak laman web,  perlu ada lebih dari satu web hosting, perlu mencipta lebih banyak produk, kerja tentunya bertambah kerana banyak yang perlu di uruskan.. manakala pembeli akan membeli sekali sahaja kerana hanya satu produk yang anda jualkan untuk satu kadai anda di internet.. Emmm… letih tu!!

Jadi kepada anda yang baru hendak bermula.. jangan hanya fikirkan hendak menjual ebook atau video tutorial atau apa sahaja yang bersifat sementara. Kenapa tidak mencuba kedai online dan meraih lebih keuntungan dan tentunya dengan kos yang amat-amat berpatutan.

Namun satu nasihat dari saya, sebelum memulakan sesuatu atau perniagaan kedai online ini, apa kata anda menimba ilmu terlebih dahulu. Kerana tiada jalan mudah untuk berjaya.. lebih-lebih lagi dalam perniagaan cyber, kerana selain dari ilmu perniagaan anda juga perlu tahu aspek-aspek teknikal komputer dan perniagaan internet itu sendiri.

Saya bukanlah orang yang layak bercakap mengenai kedai online ini, kerana saya juga masih belajar untuk menghasilkan kedai online sendiri :-) . Jika anda betul-betul hendak membina kedai online sendiri anda boleh senantiasa ke blog saifulsham dot com. kerana telah terbukti mereka berjaya dalam perniagaan kedai online ini.

Baru-baru ini saifulsham dot com ada menghasilkan video tutorial episod pertama menceritakan tentang kedai online ini. Episod kedua saya tengah tunggu, mereka kata akan keluar selewat-lewatnya petang atau malam ini. Sekarang ini sudah pukul 6.00 petang, namun video tersebut belum ada lagi.. mungkin malam nanti. Jadi jangan lupa ke blog mereka hari ini :-) .

Jebat Mesranet

Bookmark Artikel Ini:
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

5 comments April 6th, 2008


Calendar

January 2009
M T W T F S S
« Dec    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Posts by Month

Posts by Category